Saturday, January 31, 2009

Hitler Itu Mungkin Ada benarnya

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

*Dipetik dari : Minda Tajdid

Sunday, January 25, 2009

Matematik???

Kalo Abu amek masa untuk cat sebuah rumah selama 3 jam dan Ali 5 jam, braper jam yg diperlukan oleh mereka berdua untuk cat sebuah rumah???


***Kenapa tak beli umah yg dah dicat jer??

Saturday, January 24, 2009

Palestin Oh Palestin...

Assalamualaikum...

Aku tengok semenjak dua menjak ni...ramai giler manusia secara am nyer dan Islam secara khusus nyer mengutuk tentang apa yang berlaku kat Palestin....masing-masing sibuk untuk menunjukkan bahawa dier lah orang yang prihatin...dier lah orang yang mempunyai semangat keamanan...dan masing-masing cuba menunjuk jaguh dengan mengadakan pelbagai demonstrasi...

Pada pendapat aku lah kan...aku selalu pegang "jgn byk ckp...buat jer"..maksud aku kat sini..kita sibuk wat demonstrasi sana sini...terpekik terlolong....mandi peluh sana sini...tapi aku tak nampak kesan dier pada Israel Lahanat tuh...aku rasa org Israel Lahanat tuh pun gelak jer tgk kiter terpekik terlolong di jalanan membantah,memprotes,mengutuk perangai derang...tapi ader derang kisah???

Pada aku..tak perlu lah kita meletihkan diri berdemonstrasi..kalo boikot tuh aku sokong..sebab secara terus kita mampu memberi kesan pada Israel Lahanat dan Sekutu Wahabi nyer....tapi itu pon ader gak orang Islam yang buta hati..aku tengok ramai gak yang dok menyibukkan diri kat Mc'D...hehe..kata nyer "takleh lah Duke..Mc'D nih dah jadi darah daging aku"...hak ptuih!!!

Kita tak pernah belajar dari sejarah..Dalam Al-Quran sendri dah tertulis.."Tidak akan redha yahudi dan nasrani terhadap kamu selain dari kamu mengikut jalan mereka"...tapi ader jugak umat Islam yang nak wat baik ngan derang..Celaka lah kamu dunia akhirat!!!

Kita sibuk mengutuk Israel Lahanat & Sekutu Wahabi nyer...tapi kita lupa..semua itu berpunca dari kelemahan kita..baik dari segi ketenteraan,ekonomi,ilmu...bah kan agama. Kita sendri tak pernah bersatu...Palestin diserang..tapi aper tindakan jiran2 seARAB dengan mereka???Apa tindakan Saudi yang diwar-warkan pengeluar minyak terbesar??Apa tindakan Saudi yang mempunyai Tanah Haram??? Apa tindakan Mesir yang dikatakan mempunyai kelengkapan perang yang canggih???yang aku tengok Ahmadinejad yang kutuk derang..baguslah tuh..

Kalo kita tgk keadaan skrang..muda mudi sebaya kita...kita tgk kita sendri...aper pernah kita terdetik walo sekalipun..untuk kita mendalami ilmu agama kita???Tahukah kita kenapa kita solat lima waktu??Tahukah kita maksud disebalik perbuatan dalam solat kita??Tahukah kita D'Jalur Ghaib??Tahukah kita maksud 786???Tahukah kita sejarah bacaan dalam Tahiyat Akhir??Tahukah kita kunci langit???Kita sendri lemah dalam agama....dan kita sibuk untuk memerangi Kafir Wahabi...tanpa kita memahami Islam yang sebenar....

***siyes skit kali nih...hehe...

Sunday, January 18, 2009

Penamaan Calon??

Assalamualaikum...

Masa aku balik kg arituh sempat jugak lah aku gi tengok ceramah pada malam Penamaan Calon kat Bandar Kuala Terengganu...tu pun lepas pakcik aku beriyer2 ajak..suh temankan dier...aku dah lah penat..esok nak drive balik Sak Alam lak...tapi disebabkan PAKCIK...aku gi jugak lah..hehe

***

Aku: Mak aih...ramai nyer umat...(mata melilau)
Pakcik: Tulah...dah macam pesta aku tengok...(mata melilau gak)

***

Aku: (pandang pentas)..Mak aih...seme heavyweight....
Pakcik: (pandang pentas sambil kepit rokok surya kat celah jari)...Bese lah..ni baru orang panggil ceramah
Aku: (angguk2 paler)

***

Aku: Ramai kan su...sesak bandar..kalah KL cenggini..hehe
Pakcik: Ha'a..aku pun tak penah tengok keling ramai2 ketok gendang kat KT nih...hahaha

*Aku tak mo citer pasal politik sangat..aku dah cakap awal2..aku takmo citer politik dalam blog aku nih...heheh..aku mo jadikan blog aku nih blog untuk berkaseh sayang...:P...muahahahaha

Saturday, January 17, 2009

Duit??Life???

Assalamualaikum...

Aku sering tertanya-tanya....Adakah duit merupakan segala-galanya dalam hidup nih??Perlu ker kita mengejar duit dan bekerja sesuatu yang tidak kita minat semata-mata kerana kerja tersebut tawaran gajinyer lagi tinggi??

***
Si A:ko tengok si Polan tuh...gaji dah 3k...dok kat sarawak..duit tak abes pon...
Aku:duit banyak..tapi ader life ker??
Si A:Bestu ko...nak balik kg raya cina ni pon takleh dah..dah abes duit..
Aku:aku kalo tade gaji 2 bulan lagi pon aku mampu survive agi....
Si A:ko takper lah....bujang...aku dah kahwen...
Aku:Kalo idup nih kehendak lebeh dari keperluan..sampai mati pun takkan pernah cukup...

***

Aku tengok ramai kawan aku selalu ngadu.."duit tak cukup lah Duke"..tapi esok nyer..."weh Polan..sabtu ni gi Aeon..shopping"..aku nganga..

Si B:Aku bayar zakat Rm**.** jer..tu jer aku mampu..
Aku:Tak kisah...janji ko bayar...

Esok nyer...
Si B:weh Polan..ni ader katalog baru..aku nak beli handbag nih lah...
Aku: "nganga lagi"

***
Aku sering dilabelkan selekeh...tak trendy..erm..tak Lelaki Ampang...tapi bila pikir2 balik..tade lak aku mintak duit derang nak makan ker..nak minum ker..nak isap rokok ker...Dan aku jugak tak into sangat nak komen penampilan derang..Yang derang selalu nak komen penampilan aku napa??pelik tul aku....Dan lagi pelik....derang2 yang sibuk komen aku tuh tade lah aku nampak trendy sangat..or..CHANTEKKKK SGT!!!well..maybe i'm juz blind...~sigh..

***lebeh baik aku buta dalam menilai fizikal orang asalkan aku tak buta menilai perangai manusia...

Saturday, January 10, 2009

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum...

Aku baru jer selamat tiba kembali ke daerah perantauan aku di Shah Alam selepas beberapa hari aku di kampung...Aku menyambut ketibaan tahun baru dalam kete on the way balik ke kg. Tengah hari tuh aku dapat msg dari adik tiri aku.."along..umie sakit berat..dia suruh seme anak2 dia balik"...kelam kabut aku carik bos aku mintak EL...terus petang tu jugak aku balik kg..aku sampai kira2 jam 1.30 pagi..kepenatan wat aku terus lena...

Pagi esok nya terus aku gegas ke rumah umie aku ngan adik pempuan aku dan abg kandung aku no 2...Sampai umah umie...terus naik umah cari umie...tgk umie ader atas kerusi..muka tak berdaya..nampak sangat umie aku sakit..aku rasa dia gagahkan jugak badan dia dok atas kerusi. Adik tiri aku cakap arituh sajer 3 kali umie aku pitam...Aku ajak umie aku gi spital tapi dia tak nak...tapi lepas 2-3 ari aku ngan abang2 aku pujuk..baru dier setuju nak masuk spital...
umie aku sakit buah pinggang,kencing manis,darah tinggi & jantung...

Aku bercuti lebih kurang 9 hari..menguruskan hal-hal keluarga kat kg...penat sangat2...duit tak yah citer...mengalir cam air terjun...hehe..tapi apa aku kisah..untuk family sendri..takper..aku sampai shah alam ari khamis...jumaat aku tak pegi keje coz aku rasa penat..drive sengsorang selepas tenaga diguna secara total..amat memenatkan...aku hanya terbaring...bangun sekadar untuk minum,makan.mandi & solat.

Apa yang berlaku kali ini pada aku cukup banyak hikmah nya...dari keperitan ini aku kutip pengalaman untuk lebih tabah untuk menghadapi masa depan..so..aku terus tersenyum untuk menghilangkan rasa beban di benak kepala aku nih...