Tuesday, December 27, 2011

GitarKu

Setiap orang pasti mempunyai barang kesayangan kan? Ke aku sorang jer? Ada yang sayanggggggg sangat dengan bantal busuk mereka. Ada yang sayanggggg sangat dengan koleksi movie mereka. Ada yang sayanggggggg sangat dengan koleksi Coke mereka. Macam-macam. Pelbagai. *Senyum*

Aku juga mempunyai barang kesayangan aku. Barang kesayangan aku adalah sebuah gitar tong jenama Kapok yang ku beli dengan duit loan PTPTN pertama yang kudapat dahulu. Orang bagi pinjam duit untuk belajar aku gi beli gitar. Elok sangatlah tuh Hencek Asrol!!

Diam tak diam. Sedar tak sedar. Gitar ini telah menemani aku selama 10 tahun!!Suku dari umur aku!!Aku bajet nak wat anniversary lah....haha.

Aku namakan gitar aku dengan nama yang sangat macho. Nama gitaris pujaan hati. Lu gile gitar gua nama Justin Bieber!! Nama gitar aku...Hammet!! Diambil dari nama gitaris utama Metallica - Kirk Hammet. Sebab dia pon ada sebijik gitar kaler sama dengan aku punya!!Ouh..adek laki aku panggil Metallica dengan sebutan melayu. Sila lah sebut.

Semoga gitar aku nih panjang umur. Sentiasa sihat walafiat. Owh..aku pernah kena sound sebab dekat gitar aku ada satu sticker "All Politian Is Lie!!". Minah tu sound aku.." tak semua ahli politik tu penipu". Sambil mata aku kebil-kebil.Haha...

Apa pun..selain pc aku yang sangat aku sayang, ini lah jua barangan kesayangan aku. Walaupun warnanya sudah lusuh, nampak buruk, nampak tua, tergores sana sini...aku sangat sayang Hammet aku. Yang menemani aku kala sunyi. Yang menemani aku kala aku bergelak ketawa. Dia sentiasa disisi aku.

Kepada Hammet-Selamat Ulang tahun ke-10 bersama aku- Ailebiu beri mach!!

Bahasa Jiwa

Kebelakangan ini, aku sudah berubah. Bukan menjadi insan lebih baik tapi sebaliknya. Hingga menyebabkan orang sekelilingku rasa tidak selesa. Rasa terluka. Malah aku sendiri hampir tidak mengenal diri aku sendiri. Aku sendiri mula tidak faham dengan diri aku.

Setiap manusia dianugerahkan dengan masalah olehNYA. Sebagai pelajaran. Sebagai pengalaman. Harus ku akui, aku mula gagal menyerap tekanan yang datang bertubi-tubi. Kiri dan kanan. Aku cuba meraih ketenangan dengan hadap padaNYA, namun nyata aku gagal meraih khusyuk.

Aku tiada tempat ingin berkongsi. Apa yang ada dijiwa. Ingin berkongsi dengan teman, namun aku tidak punya kekuatan. Seboleh aku,tidak ingin meragut keceriaan mereka dengan masalah aku. Aku cuma ingin mereka sentiasa tersenyum. Untuk teman-temanku yang aku sangat sayang, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka.

Namun akhirnya, ia memakan diri. Teman-temanku menjadi mangsa. Tiada terniat untuk melukakan. Tidak pernah aku inginkan jadi orang yang biadap. Aku kurang ajar dengan temanku. Aku kurang ajar dengan keluarga mereka. Aku kurang ajar dengan teman-teman mereka. Sungguh ini bukan diriku lagi.

Mungkin ini ujian. Mungkin jua ini balasan di atas dosa-dosaku. Dan aku redha.

Aku mohon maaf pada semua insan-insan disekeliling aku. Atas kekhilafan diri aku. Aku akan cuba berubah jadi lebih baik.

Wednesday, December 21, 2011

Persoalan

Aku still wat silap..dan mungkin akan terus wat silap.

Sengal.

Dari dulu, aku seorang yang suka bertanya tentang apa saja yang aku ingin tahu. Jiwa ingin tahu yang terlalu kuat. Hingga selalu terbabas melanggar batas hak dan had yang aku sendiri tetapkan.

Sengal.

Sekarang aku belajar, untuk kurang bertanya walau persoalan memenuh. Biar saja begitu.

Yer. Biar saja begitu.

*Senyum*

Thursday, December 15, 2011

Hati Seorang Hamba II

Hamba itu sebenarnya bukanlah seorang penulis yang hebat...Yang mampu menulis
dengan penuh madah dan puitis...Bukan jua seorang seniman agung yang mampu
menjelmakan sakti melalui tinta keramat...kerana hamba itu dilahirkan bukan
sebagai seorang pujangga istana...

Hamba itu menulis tika mana hati itu mengatakan "aku mahu mengeluarkan rasa
ini"...atau.. "aku mahu luahkan sakit ini"...atau...tika mana fikiran dan akalnya
seiringan mahukan ianya dikeluarkan...

Dalam beberapa detik dalam kehidupannya...hamba itu seolah-olah mula berlaku
kejam pada diri sendiri...hamba itu menyakiti hati sendiri dengan berterusan
memendam...menahan...sehingga akhirnya menyakiti hatinya sendiri tanpa hamba itu
sedari...Perasaan sakit itu...bergelojak..berombak..mahu ianya dikeluarkan seberapa
segera dari kotak hitam hatinya...tapi akal hamba itu terus menahan..
"engkau akan terus diam disitu"...maka berterusanlah ianya terpendam
dalam kotak hitam hatinya...membakar,meradak,mengelar...sedikit demi
sedikit hati itu...sakit dikotak hati itulah yang melumpuhkannya..melemahkan
anggota sendi di rangka badan hamba itu..Ia seolah-olah racun yang mula menjalar...
menyelusuri ke segenap urat saraf dan nadi hamba itu...meracuninya..memamahnya...
membakar...menegang...hingga hamba itu kehilangan satu nikmat dalam
kehidupan...Mungkin kerana hamba itu telah diwariskan satu sifat...Diajarkan satu
kalimah..."BERSABARLAH"..

Mungkin jua akalnya itu masih tidak berputus asa terhadap diri hamba tersebut...
ia terus membimbing...mengajar...meniupkan angin dingin yg mampu memadamkan
seketika bisa dan sakit itu...yang terus mengajar hamba itu apa itu erti senyum...
apa itu erti ketawa...walau hakikatnya ianya terpaksa..

Hingga saat dan tika ini..aku hanya mampu memandang dan terus memandang...
tanpa mampu untuk menghulurkan apa-apa pada Si Hamba Itu...dan aku hanya
akan terus mampu memandang Hamba Itu yang mempunyai satu renungan yang sepi
dan kosong...

Wednesday, December 14, 2011

Rancangan Pertama

Ader beberapa perancangan utntuk tahun depan. Belum pasti kesudahan kerana sekadar perancangan. Harap terlaksana. InsyaAllah. Semua yang baik datang dari DIA.

Rancangan pertama adalah untuk mengumpulkan beberapa orang fotografer/pencinta fotografi/pencinta seni/orang seni/sesiapa sahaja yang berminat dalam satu kumpulan fotografi. Berpusat di Shah Alam. Dan daripada Ahli Jemaah yang ada dalam saf, InsyaAllah akan ada beberapa perancangan lain terutama Outing fotografi. Target adalah sekurang-kurangnya akan organize satu event pada setiap bulan. Tinggi cita-cita nih...Haishh...

Harap jadi kenyataan.


Monday, December 12, 2011

"Dia" Datang Lagi

"dia" kembali menjengah selepas setengah tahun menghilang.

Aku tak suka "dia". Tapi siapa aku untuk menghalang "dia" dari bertamu. Aku biarkan.

Buat sementara nafas, aku masih mampu untuk bertahan. Walau risau akan rebah hujungnya.
Masih bertahan walau dalam mengah nafas.

Memang sekarang ni musim. Tapi kiranya NTbody aku agak kuat lah yer. Cik Pemberi Amaran Keras lama dah "dia" bertamu. 2-3 kerat member aku dah siap gigil lama dah. Aku ni saf akhir kot.

Cik Viva Hijau? Aih...dia sampai sekarang belum pulih sepenuhnya. NTbodi kurang kot.

"dia".....cepatlah menghilang. Aku tidak merindui kamu.

Sunday, December 11, 2011

Dia Nafasku

Ma, Umi, Mummy, Mama, Mak, Ibu, Bonda atau apa saja panggilan menjurus pada dia yang satu. Satu dan satu.

Dia yang mengajar kita tentang erti hidup. Dia yang mendidik, membesarkan, menjaga kita. Tanpa sungut lelah, tanpa rebah asa.

Dia...tiada kata, ucap, tangis, madah, lukisan, gambar atau apa saja, mampu untuk menggambarkan pengorbanan dia. Terlahir kita didunia, dari darahnya. Membesar kita dari jasanya. Mana mungkin terbanding dengan apa yang kita lakukan padanya. Tidak tertanding walau kecil zarah.

Dan kita, selalu melukakannya. Dalam sedar, dalam alpa. Kita menentang ucapnya. Kita bingkas pada tuturnya. Kita mencebik pada pesannya. Dan kita terus melukakan. Kita seringkali derhaka.

Ma, Umi, Mama, Mummy, Mak, Bonda, Ibu dan walau apa saja gelaran untukmu...

Dikau bukan bulan dalam mimpiku. Dikau bukan matahari dalam jagaku. Tapi dikau adalah Nafas dalam setiap helaanku.