Sunday, January 26, 2014

Bulan Januari

Assalamualaikum

Wah.. lamanya tak menaip disini. (sapu-sapu habuk)

Okay...nampak kemas sikit.

Sabtu lepas ada shoot di satu kelas anjuran My Ideal Weight.  Kelas yang mengajar cara pemakanan yang betul, detox, senaman, kesihatan dan lain-lain.

Aku mula shoot pada jam 9 pagi - 6 petang. Banyak juga yang aku pelajari sambil shoot tu. Kalau sesiapa ingin mengikuti kelas My Ideal Weight tu, boleh kontek aku. Nanti aku bagi no kontek Puan Nurul iaitu owner My Ideal Weight. Sangat-sangat di recommend oleh aku. Sangat bagus!

Baru-baru ni alhamdulillah dapat rezeki lebih untuk beli kamera baru. Semoga memudahkan lagi aku untuk terus berkerja dalam bidang yang aku cintai ini. Bidang yang buat aku lena beradu didalamnya.

Semalam aku berkesempatan untuk bertemu dan berbual dengan Felixia Yeap. Lepas habis shooting di studio, aku,azam dan felixia ke Plaza Massalam sebab azam nak mencuci gambar. Selepas itu kami sempat makan tengahari. Jadi agak banyak jugak lah perkara yang diperbualkan bersama.

Aku bukan seorang yang cekap untuk menilai manusia lain. Cuma apa yang aku dapat simpulkan dari sesi sembang-sembang tu, Felixia seorang yang humble. Dan seorang yang sangat menjaga batas. Mungkin ada yang melihat dia sebagai seorang playboy bunny. Mungkin ada yang melihat dia seorang yang seksi.

Aku melihat dia dari sudut seorang manusia yang berjuang untuk berubah menjadi lebih baik. Walau apa jua niat disebaliknya, itu bukanlah urusan aku untuk menilai. Aku serah urusan hati kepada Yang MAha Menjaga Hati. Semoga yang baik-baik saja. Kan?

InsyaAllah. Aku akan menulis lagi.

Assalamualaikum.