Wednesday, February 26, 2014

Kita....Hamba.

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni, kita akan selalu dihadapkan dengan pelbagai isu. Pelbagai masalah. Pelbagai karenah. Bergantung pada kita cara mana kita berfikir. Cara mana kita menangani.

Ada yang membuat keputusan secara terburu-buru bila dihadapkan dengan satu masalah. Ada pula antara kita yang sentiasa cuba mengupas isu terlalu dalam sehingga menyentuh keperibadian orang lain. Ada pula yang suka berfikir menggunakan logik akal semata. Itulah antara karekter yang ada dikalangan kita.

Mungkin disebabkan aku seorang yang berfikir secara ringkas menyebabkan aku tidak memahami manusia yang berfikir secara terlampau kompleks.

Mungkin disebabkan aku seorang yang cuba mencari dalil agama terlebih dahulu sebelum menggunakan logik akal menyebabkan aku tidak selalu sependapat dengan mereka yang memandang dengan logik akal mereka.

Mungkin disebabkan aku tidak suka terlalu memikirkan sesuatu masalah secara tertekan/menumpukan/(berfikir term yg sesuai...tak jumpa) menyebabkan aku tidak memahami orang-orang yang kelihatan tertekan dan melepaskan tekanan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Mungkin disebabkan aku selalu cuba untuk sentiasa berfikir positif (walau bukan kadang-kadang aku terbabas) menyebabkan aku tidak mampu memahami mereka yang selalu cuba berfikir dan bertindak negatif.

Aku tidak suka menilai manusia sehingga aku mempersoalkan niat seseorang. Pada aku cukuplah apa saja yang aku nampak. Bersangkan baik lah. Berlapang dadalah dengan manusia lain. Jangan persoalkan niat mereka. Bukan kerja kita mempersoalkan niat manusia lain. Jika dia ikhlas, pahala lah untuknya. Jika dia munafik, dosalah untuknya. Jangan ditambah dosa kita yang kian meleret dengan dosa yang lain pula. Jangan sampai kita mempersoalkan urusan takdir dan hidayahNya. Apa yang melibatkan urusanNya, serah saja pada Dia. Dia lebih Mengetahui.

Ada pula yang aku lihat meremehkan agama. Astaghfirullah.  Kadang tanpa sedar, kita sendiri meremehkan agama. Meremehkan HakNYA. Kita lewatkan solat malah ada yang meninggalkan solat. Kita jarang mengingatinya. Kita meremehkan hukumNYA.

Dengan alasan,

Allah itu Maha Pengampun.

Adakah kita tahu bila kita dijemput pulang? Bila nyawa kita bakal direntap Izrael? Pastikah kita bahawa kita sempat bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun?

Janganlah disebabkan sifat pemurahNya, kita memandang mudah hukumNya. Kita meremehkan hukumNya.

Kita ini bukan sesiapa. HambaNya sahaja. Mohon sedar. HAMBA!!

Moga kita semua sentiasa dalam ampunanNya dan rahmaNya.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 18, 2014

The LEGO® Movie - Official Main Trailer [HD]





Assalamualaikum...



Baru-baru ni sempat menonton movie  The LEGO. Sebetulnya sudah hampir setahun aku tak masuk panggung wayang. Last movie yang aku tengok di panggung The Olympus Has Fallen. Lebih kurang bulan 3 tahun lepas. Itu pun niat asalnya nak tengok movie Rock Oo tapi dah tak ditayangkan. Movie TOHF pulak dicadangkan oleh brader yang jual tiket tuh.



Isnin lepas, tak semena-mena je idea nak tengok wayang tu timbul time melepak. Aku pulak disebabkan memang dah lama sangat tak masuk wayang, ikut je lah. Tengok wayang hari isnin pada waktu malam, heaven!!aku siap dapat berlunjur kaki, mengiring kiri kanan.



Citer LEGO ni quite okay lah. Unik pada aku. Kreatif. Walau pun ada sesetengah babak tu dicedok dari movie lain, aku abaikan sebab ia diolah dengan agak baik. Lagi pun, seni itu bermula dengan peniruan. huhu.



Dari sudut lain, cuba bayangkan kalau kehidupan kita seperti lego yang digam dan tak bergerak. Melalui rutin yang sama. Menyanyi lagu yang sama. Dan mandi dengan air block berketul!!~fuhhh...(berpeluh dahi)



Ahad ni for the first time aku akan assist fotografer lain untuk satu wedding. Seriously sebab aku tak pernah ambil job jadi assist dah agak lama buat aku rasa seperti teruja. Dapat lihat cara orang lain berkerja. Cedok ilmu. Jom Shoot!!



Assalamualaikum

Friday, February 7, 2014

Pulang Ke Halaman

Assalamualaikum...

Last week pulang ke Setiu Terengganu. Tapi percutian kali ini ada sedikit "kurang".

Aku asthma. Malah terpaksa ke Hospital Besar Setiu untuk dapatkan rawatan Nebulizer.

Cuaca disana sangat sejuk. Betul-betul macam ais rasa bila nak berwuduk waktu subuh.

Tengahari pula sangat tenang dan nyaman.

Dah macam oversea.

Sempat jugak makan apam berkuah. Resipi istimewa family aku. Memang tak jumpa tempat lain.

Ramai yang menyangka kuah tu adalah kari. Kuah tersebut bukan kari, bukan gulai. Kuah tersebut adalah adunan istimewa rempah-rempah,kelapa,ikan dan beberapa lagi bahan.

Hujung bulan ini pulang lagi atas urusan kerja. Terfikir jugak sekali sekala, nak cari kerja di terengganu.

hmm???