Sunday, February 22, 2015

Trip To Terengganu

Assalamualaikum

Cuti raya cina kali ni sempat juga balik kampung walopon cuma sekejap. Takpelah. At least balik jugak.

Balik kampung menumpang kawan aku yang kebetulan ke Terengganu sebab abang dia kahwin dengan orang terengganu.

Yan, Abg Zul (suami Yan), Adik & Kakak (anak2 Yan) & si manis Zainab.

Ni 1st time aku jupe Zainab selepas beberapa tahun. Dulu dia praktikal kat tempat aku berkerja. Tapi siyesli aku lupa Zainab penah praktikal kat Ara.

Aku follow insta Zainab lepas diperkanalkan oleh yan.(aku lupa atas urusan apa, cuma mungkin Yan ingin menunjukkan hasil mekap dia yang ditacap pada Zainab).

Aku sangat tertarik dgn hasil2 artwork Zainab. Seorang yang bukan berkelulusan art tapi hasil artnya sangat2 menarik. Kreatif. Pada aku, Zainab ni gifted.

Boleh lah folow insta dia - @zainabahmad24.

Aku selalunya mudah menjadi teruja bila jupe dgn org2 yang gifted nih. Cuma kali perlu behave. Aku tak biasa sangat dgn Enab. kedua, zainab pon tak biasa dgn aku.

Tapi semasa di melalui kawasan Pantai Kuala Abang, Aku ckp kat Abg zul "kat depan seelepas selekoh ni ada port cantik"
Tak sempat lama lepas tu aku dengar suara Enab "benti jom benti jom". Nampak sangat eksaited dapat tgk pantai.Hahaha.

Aku pun rasa teruja jadi pemandu pelancong pada Yan 7 family dan Enab. Menunjukkan sisi Terengganu yang jarang diketahui orang luar.

Apa pon, seronok dapat hangout dgn mereka.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 3, 2015

Hasil kerja sebagai fotografer kahwin dan butik...saje aku letak tajuk panjang2

Assalamualaikum

Bulan januari. Baru melewati angka tarikhnya. Bulan yang sedikit lapang dari memegang kamera.

Ada beberapa perkara yang sedang mengisi ruang pertanyaan dalam ruang lingkup otak aku.

Kadang hidup tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun bukan bererti kita perlu mengalah. Bukan?

***



Ini pasangan dari Bangi. Punya bridesmaid yang ceria. Haha. Dan pertama kali juga shoot di Taman Hijau PutraJaya. Ramai yang amat.

 Ini pula Post Wedding. Sebenarnya mereka ini kenalan. Perempuan tu adalah MuA untuk Snappix Studio. Sudah berkahwin selama setahun. Moga terus dilanjutkan usia perkahwinan.





Ini pula job untuk butik Chemboja. Modelnya Sunshine seorang Chindian. Bukan seorang muslimah namun bila berhijab nampak seperti seorang Arab Muslimah. Walaupun ada beberapa kesulitan semasa proses shooting, alhamdulillah berjaya disempurnakan.



Ini antara latest artwork. Hasil kerja untuk Nurul Wonder Wardrobe dengan Syazwani Yunus sebagai model. First time bekerjasama dengan mereka. Shooting berjalan lancar. Senang berkerjasama dengan mereka.



Ini pula shooting sebaik sahaja selepas habis shooting NWW. ShawlStation butik. Terdapat pelbagai pilihan hijab disana termasuk bawal (yang kadang aku nampak seperti makin terpinggir). Model pula Nabila Asyikin. Muka baru dalam modelling namun semakin meningkat naik namanya. Mana tahu satu hari dapat menembus nama seperti model-model sedia ada such as Marfatin Riko, Syazwanie Yazip, Shaheera Abd Wahab, Adiela Ridzuan dan ramai lagi. Tak mustahil pon.

Cuma kadang aku terfikir, aku bukan lah sesuai sangat untuk menjadi fotografer model/butik. Hasil karya aku jika nak dibandingkan dengan fotografer lain, terasa sangat jauh.

Entah. Selagi ada orang nak aku shoot, dan itulah rezeki aku, aku teruskan. Perlu terus belajar.