Friday, April 10, 2015

Jalan Ke Syurga

Assalamualaikum

Sabtu - Jumpa Zarip & Radzi. Senior ketika aku di Skul Seramik. Seorang sebagai usahawan. Seorang sebagai Gomen servent. Dengan Radzi aku selalu jugak jumpa. Dengan Zarip yang betul-betul lama aku tak jumpa. Dari jauh dia melaung bila nampak aku. Tak sangka, senior aku masih cam aku. Borak panjang-panjang.

Isnin - Jumpa Salman & Lylie. Dua2 gomen servent. Aku sorg je private sector. Masa tu aku tgh ngadap laptop kat booth. Tetiba ade plak mamat ni dari jauh dah gelak sambil "woi woi" kat aku. Angkat kepala, nampak si salman nih. Mamat poyo kontrol hensem. Hahaha. Dulu sekelas aku. Macam-macam jugak bende gila kitorg buat. Tengah borak-borak kat booth, tetiba ade minah nih "eh?" sambil tunjuk aku ngan salman. Lylie ni skul fine metal. Dulu ramai yg tergolek tengok dia sbb HOT. Aku je kebal berdiri. Salman dulu dah buih2 mulut kalo nampak si Lylie nih. Pastu gi minum2. Lepak2 ngan dorang sambil cerita perkembangan(yang memang makin kembang termasuk aku) sambil gelak2 ingat kisah dulu2. Tentang bagaimana aku ngan Salman keliling satu UiTM dengan motor sambil bagi hon kat setiap gegadis. Cerita tentang kene ban ngan lecturer. Cerita tentang Salman eksiden dan aku yang kene siapkan artwork dia. Juga mengenang kembali saat2 kitorg sentiasa perati si Lylie nih.

Bila dah lama tak jumpa, memang banyak yang dikisahkan. Sekurangnya, kami masih mampu mengingati babak-babak hidup bersama.

***

Cerita tentang kawen ni tak abes. Last week rasanya, berdiskusi di grup wassap tentang soal hantaran mahal bila nak kahwein. Pihak perempuan dengan hujah-hujah mereka. Pihak laki dgn hujah kami.
Pada aku, cubalah jangan membazir. Buang apa yang tak perlu. Buat apa yang perlu. Zaman sekarang, bukan zaman untuk bermewah-mewah. Jangan sampai kita dilaknat hanya kerana kita terdetik untuk menunjuk2. Mohon jauh.

***

Muslimah. Anggap saja aku seorang yang skeptikal. Tetapi pada aku, bila ko tau ko seorang muslimah ko sepatutnya tahu menjaga gelaran muslimah. Dan membezakan diri dari mereka yang bukan muslimah.(lelaki pon sama sewajibnya..malah lebih lagi). Cuma aku agak terkilan, bila seorang muslimah, berkerjaya ( part time/full time ) model/talent muslimah, tetapi tidak menjaga adab seorang muslimah. Ko berkeras dengan prinsip tidak membuka hijab ( bagus ) tetapi ko juga suka berselfie sambil menunjukkan bentuk kaki/badan/tangan dalam jeans/lagging/inner/pakaian sukan ( boleh jadi org yang suka bersukan ). Sebenarnya, bertudung/berhijab tu tak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat. Dan juga bukan membalut aurat. Tak kisah lah nak balut kalo ko sorg2, tetapi tak perlulah ko selfie dan post di insta/fb/twitter bagai. Tidak kah itu menunjukkan tahap akal kamu?

Lebih aku tak faham, bila berphotoshoot  cuma nak muslimah attire sahaja tetapi bila upload gambar bersama balak/pakwe/bakal tunang or watever boleh pulak ko tayang-tayang rambut bagai. Siyesli...korg pikir tuhan ada dalam studio je ker?

Aku tak kata sesapa bakal masuk neraka or syurga. Itu bukan kerja aku. Aku sendiri belum tentu ke syurga walau pun aku tau aku sangat-sangat takutkan neraka ( dosa buat jugak ). Tapi kita semua tahu, jalan mana ke neraka, jalan mana ke Syurga. Pandai-pandailah pilih. Aku kadang ada jugak menegur secara private. Terpulang nak terima atau tidak. Aku sekadar berpesan. Supaya aku tidak dipersalahkan di Akhirat kerana tidak menyampaikan.

Semoga kita semua menuju jalan ke syurga.