Monday, August 24, 2015

Tentang Hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah di atas segala limpah rahmat kurniaanNya. Begitu banyak rahmat yang diterima walaupun aku tau aku seringkali derhaka.

Alhamdulillah. Kini aku bergerak setapak lagi. InsyaAllah akan membekalkan buku-buku indie pada library-library di Malaysia. Sebab dah dapat jalan ke arah itu. Alhamdulillah. Semoga lancar. InsyaAllah.

Ini bukanlah usaha aku semata. Lebih banyak berusaha adalah Shah. Seorang yang sangat oppoturnist.

Terima kasih.

***

Aku dah melalui pelbagai episod hati. Cinta,kecewa,marah,sayang. Kalau dibukukan dah boleh menjadi sebuah novel. Mungkin seperti travelog. Travelog Cinta Seorang Asrol. Perkh...

Kalau tanya aku sekarang, aku penat untuk melalui semua itu. Aku bukan lagi mendambakan teman. Aku mahukan seorang isteri. Hati dah mula terdetik kembali. Harap jumpa jawapan dalam istikharah. Moga sahaja Allah memandu ke arah yang baik-baik.

Adakah aku kembali jatuh chenta? Tak.
Mungkin sekadar ada rasa kaseh.
Dan selebihnya...aku pulang kembali pada Dia.

***

Baru-barui ini berdiskusi dengan seorang teman. Perempuan. Bakal isteri pada bakal suaminya. Diskusi tentang hantaran,majlis kahwin dan lain-lain.(Dia bukan bakal zaujah ku...tak perlu meneka terlebih dalam. Dia sekadar partner jual buku)

Dia bersetuju dengan pendapatku. Hantaran itu tidak terdapat dalam agama kita. Ia sekadar adat. Ringankanlah pengantin yang baru hendak memulakan hidup bersama. Kenapa perlu pengantin lelaki menanggung perbelanjaan sebelah perempuan? sedangkan dia juga perlu menanggung perbelanjaan kenduri disebelahnya. Kalau rasa mampu untuk 200 tetamu, buatlah sekadar itu. Kalau rasa mampu menjamu tetamu dengan bihun goreng, buatlah sekadar itu. Tak perlu karaoke. Tak perlu kompang. Budaya dan adat kita lebih banyak membazir.

Timbul isu mas kahwin. Pada aku bab mas kahwin, ia adalah hadiah untuk isteri. Berhabis sedikit untuk isteri untuk menyenangi hatinya tidak mendatangkan mudarat pon.

Utamakan agama dulu sebelum adat. Janganlah sampai kita mengundang murkaNya pada hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia kita.

Sunday, August 16, 2015

Ukirkan Senyum

Assalamualaikum

Mereka bercherita tentang jiwa yang sakit.
Sedang aku mencari jiwa.

Mereka bercherita tentang manisnya kasih.
Sedang aku lupa rasa kasih.

Lalu untuk apa perasaan ini?

***

Style jugak sekali sekala menulis ala-ala sajak jiwa puitis ni.

Ada banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Yang aku tak mampu untuk nukilkan disini. Banyak perkara yang perlu dipendam. Banyak benda yang perlu hanya dijeruk tinggal.

Sehingga timbul rasa penat. Aku bukan Nabi. Jauh sekali malaikat. Aku juga punya kelemahan. Malah teramat banyak. Tinggal sahaja Allah masih melindungi aibku dari ternampak.
Namun mungkin kerna ajaran yang aku terima, aku dilarang untuk berputus asa. Maka selagi ada asa, selagi itu aku perlu ukirkan senyum.

Mengukir senyum di rekah bibir sendiri itu bukanlah perkara yang memberat jiwa. Mengukir senyum melakar tawa di rekah bibir mereka yang kita sayang itulah yang memberat jiwa.  Semoga mereka tak ternampak ada titis tanges disebalik senyum ini.

Siapa yang kita sayang? Keluarga. Suami. Isteri. Anak-anak. Adik beradik. namun aku selalu rasakan ianya seperti kewajipan kita. Jiwa aku rasa puas bila melihat ada tawa. Ada senyum disebalik ulas bibir mereka. Keluarga. Kawan-kawan.

Moga kamu semua terus bahagia. Moga sahaja aku masih mampu mengukir senyum dibibir kamu semua.

Thursday, August 13, 2015

Rumah Tangga II

Assalamualaikum

Datang lagi kes-kes hendak bercerai. Kadang macam kaunselor or peguam syariah dah aku rasa.
Lepas raya nih, termasuk yang terbaru dah 5 kes bercerai.

4 darinya kes salah dapat laki. Ingat manusia rupanya binatang. Kalau takpon, setan.

1 darinya pulak kes selisih faham sampai melarat pada keluarga.

Kene pukul. Kene dera. Kene ugut bunuh. Apa ko pikir bini ko punching bag? Baghal tak abes.

Pastu dah cerai tuduh bini macam-macam pulak. Eh? bekas bini. Baghal tak sudah.

Ada pulak tu muka naif gile. Macam baik yang amat. Setan kalau dah menyamar, memang hampir perfect. Baghal. Ok dah abes baghal.

Tolong lah perempuan. Selepas ni, tolong lah pilih yang ade jiwa agama. Yang solat. Yang bertanggungjawab. Kalau terkena jugak, itu aku takleh cakap apa.

Aku tak nafikan yang bersolat pon ade yang jahat. Pakai kopiah tapi merogol. Ade jer. Tapi itu lah setan. Sebab tu aku suka sebut jiwa yang beragama. Bukan sekadar nampak beragama pada fizikal.

Yang lelaki, kalau ko ade niat semata kerana nafsu, lebih baik ko cari pelacur. Jangan diseksa anak orang. Jangan sampai ko mati kene bunuh.

Aku ni nak kawen tapi belum jugak ketemu zaujah ku. Agaknya dia tengah sesat cari aku. Takpe. Tapi ini dah berjodoh, dapat yang cantik-cantik pulak tu. Tapi korang sesiakan amanah Allah. Korang seksa pulak dorang.

Sanggupnya hati korang....macam mana lah mak bapak korang ajar korang jadi manusia? Aku tak salahkan mak bapak 100%. Ade jugak yang jahat padahal bapak imam masejid.
Cuma mostly anak yang gagal daatang dari keluarga yang gagal. Maksud gagal aku adalah gagal rohani. Bukan gagal jasmani or lahiriah.

Jangan kita jadi setan  kawan-kawan




Monday, August 10, 2015

Rumah Dan Tangga

assalamualaikum

Lama sangat tak hapdet. Rasa nak tutup je blog nih pon ada. Dah makin kurang rasa ingin menulis.
Tapi rasa sayang. Biarlah. At least, satu hari nanti kalau cucu cicit aku nak kenal siapa lejen dalam keturunan dorang, boleh lah dorang rujuk blog aku nih.

Lately, aku dihadapkan dengan masalah rumahtangga orang. Satu persatu berakhir. Buat aku terfikir, apa sebenarnya yang kurang dalam hidup rumahtangga mereka sampai perlu berakhir sedemikian? berakhir dengan perceraian. Berakhir dengan penderaan. Berakhir dengan seksaan.

Bukan kah satu tika dulu, kamu semua berkaseh sayang? Mana pergi kaseh sayang itu?

Lama aku berfikir. Kenapa sekarang ramai yang bercerai?Kenapa makin ramai yang gila sampai dera isteri, dera anak, bunuh anak, maki apa semua. kenapa?

Otak aku cuma jumpa satu sebab.

Tiada lagi jiwa agama dalam jiwa mereka.

Ramai yg bersolat tapi mendera isteri. Ramai yang bersolat tapi bercerai juga. Betul. Aku tak nafikan.

Seperti yang aku tulis tadi. Mereka hilang jiwa agama. Bukan jiwa solat.

Mereka bersolat. Tapi benarkah jiwa mereka sama menunduk? Benarkah jiwa mereka sama bersujud?

Ia memberati jiwa aku. Kadang menyebabkan aku risau dengan generasi akan datang. Tapi, benarlah.

Kita umat akhir zaman. Kita umat di zaman penuh fitnah.

Bila jiwa tiada pengamalan agama, pengamalan rohani, jiwa itu kosong. Dan ia dihuni dengan perkara-perkara yang melalaikan. Yang membusukkan.

Dan kesannya, berlaku lah apa yang terjadi dihadapan aku. Perceraian. Penderaan. Ini belum dikira jenayah lain. Rogol, bunuh, minum arak, rasuah dan lain-lain.

Andai (insyaAllah) aku berjodoh satu hari nanti, aku harap aku mampu membahagiakan suri aku sepanjang hidup aku. Sampai aku dijemput pulang. Moga sahaja Allah memandu aku untuk membimbing suriku ke jalan yang diredhaiNya.

Aameen