Monday, March 25, 2013

Mereka Yang Pergi

Assalamualaikum wbt..

Kembali ke laptop!!Ok..ini ayat Tukul Empat Mata.

Banyak yang terjadi dalam sebulan ni. Nasib baik masih mampu hadap satu persatu. Walau kadang-kadang hampir tergolek.

Ada yang bertanya padaku. "Ko tak sedih ker?"

Soalan itu seperti mereka tidak melihat aku sedang bersedih. Hahaha. Alhamdulillah.

Yang pergi itu Umi aku. Ibu kandung aku. Perempuan yang melahirkan aku. Jadi adakah aku tidak bersedih?
Senyum.

Itulah takdir. Cubalah untuk redha. Allah beri ujian sebab Dia ingat dan sayangkan kita...Kan?

Biar saja aku lapisi kesedihan ini dengan gelak tawa senda gurau.(ayat novelis ni!!)

Aku pernah kehilangan my only Pa. Aku pernah kehilangan nenek(aku panggil mak). Aku pernah kehilangan dua orang pakcik ku yang rapat dengan aku. Atuk-atuk saudara dan nenek-nenek saudara banyak kali. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang diredhai. Amiin.

Mungkin hanya mereka yang benar-benar memahami aku, dapat melihat ada titis tangis disebalik senda gurau itu.Cewahhh!!

Mungkin ada. Jangan mengharap, nanti kecewa. Bila kecewa nanti mudah marah.

Aku pernah menolak sebanyak dua kali tawaran untuk ke luar negara sebelum ini. Dengan alasan Umi aku kurang sihat dan aku risau jika terjadi apa-apa, aku tiada disini. Ada yang menerima dan ada juga yang mungkin kurang memahami. Namun tawaran ini kali ketiga. Dan aku cuba untuk berfikir positif. Aku terima.

Dan itulah takdir aku.Senyum

Yang pergi tetap pergi. Tinggalkan kita untuk meneruskan legasi mereka yang terdahulu. Sementara menunggu masa kita pula dijemput pulang.


Wednesday, March 13, 2013

Prolog Untuk Sebuah Perjalanan

Baru pulang dari tugasan di Geneva. Pertama kali berada di Negara Atas Angin. Satu pengalaman yang sangat berharga.

Semua perkara yang berbeza. Cuaca, makanan, budaya, bahasa dan segalanya. Sangat berbeza dengan Malaysia khususnya dan Asia secara amnya.

Aku berpeluang untuk singgah ke tiga negara untuk tugasan kali ini. Pertama sekali aku ke Amsterdam, Holland. Walaupun tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke luar lapangan terbang, tapi sedikit gambaran tentang Holland boleh didapati disana.

Negara kedua adalah Switzerland. Di sebuah bandar bernama Geneva. Sebuah bandar yang menempatkan Palais of The Nations. Sebuah bandar yang indah dengan binaan bangunan lama yang terpelihara dan landskap yang berlatarbelakangkan puncak gunung bersalji. Ketepikan isu gangster, pelacuran dan kelab malam. Semua itu atas pilihan individu. Allah bagi kita pilihan. Syurga atau Neraka. Pilih lah sewarasnya.

Negara ketiga adalah France. Di sebuah pekan kecil bernama Annecy dalam wilayah Haute Savoie. Masyarakat disini hampir kesemua yang ditemui aku, tidak boleh berbahasa Inggeris dan itu sedikit menyukarkan komunikasi. Namun perlu nyatakan, keindahan alam milik Annecy adalah sangat menakjubkan. Dengan salji yang memutih di kawasan perbukitan dan dilitupi dengan kabus, keindahan alam disana sangat mengujakan bagi seorang melayu dari Malaysia yang pertama kali menjejak kaki ke sana.

Aku mencatat secara terperinci tentang perjalananku dari hari pertama hingga hari terakhir didalam sebuah buku. InsyaAllah aku akan taipnya disini.

Sekarang aku di Malaysia. Kembali melayari kehidupan yang sementara. Melatari warna kehidupan dengan warna aku sendiri. Mungkin dengan sedikit pengalaman yang aku timba di sana, mampu mengubah aku sedikit sebanyak untuk menjadi manusia yang lebih baik.

InsyaAllah.

Sunday, March 3, 2013

Cromok - The Gift (Music Video)



The Gift..Because U r the gift...
From Allah...

Enjoy this music video while we still can..

Ok.Ayat omputeh ini rasa sgt poyo..

Hahahaha

Monday, February 25, 2013

Trip

Assalamualaikum

Tak lama lagi aku akan berangkat. Apa persiapan pun belum dibuat. Apa barang perlu dibawa atau dibeli belum di-list-kan. Sebenarnya aku pun tatau apa perlu dan apa tak perlu dibawa. Biarlah. Nanti-nanti difikirkan. Cuma yang  wajib adalah kamera.

Tak ramai yang tahu tentang trip aku. Family? Cuma ma aku sahaja yang aku khabarkan. Kononnya nanti seprais!!!Ayat ma aku bila tahu aku nak ke oversea..."biar betul".."ma ikut boleh?"hahaha...

Tengok-tengok gambar di tenet. Cantik. Aku cadang nak shoot street & landskap kat sana nanti kalau sempat. Hopefully. Pastu jual. Dapat juta-juta. Pastu beli tanah. Pastu fly lagi. Pastu dapat juta-juta lagi. Pastu....

***

Harini kepala rasa sangat berat. Terlantar. Cuba bangun. Cuma mampu hadap laptop. Sambil harap ada makanan turun dari langit. Hahaha....

Hopefully kondisen badan sihat walafiat bila berangkat nanti. Dan hopefully dapat setel beberapa perkara sebelum pergi. Sebab kita tatau adakah kita akan kembali.

Senyum je lah selagi mampu.Kan?senyum

Gumam

Assalamualaikum...

Ku mulakan tulisan dengan lafaz Bismillah..moga Allah memandu tulisanku agar ia memberi manfaat kepada yang membaca. Yang baik itu dari Dia. Yang teruk itu aku.

Diam tak diam, dah lama jugak aku menjadikan ruangan ini untuk melontarkan pendapat-pendapat yang sepi. Gumam suara yang kelu. Aku teringat tentang satu  tulisanku dulu. Betapa aku berharap aku dikurniakan seorang teman yang boleh menjadi tempat aku meluah sesama manusia. I wish that.

Semakin kita jauh berjalan. Melatari kehidupan kita. Semakin kita mendapat pelajaran. Benarlah, Jalanan adalah tempat memperolehi pengalaman dan pengajaran. Kita akan sentiasa belajar. Tentang apa sahaja. Samada secara langsung atau tidak. Kita kutip perlahan-lahan. Membentuk ia menjadi sebahagian dari diri kita.

Dulu. Aku lebih senang memendam semua perkara. Sekali sekala terluah pada rakan-rakan. Namun kebanyakkan dari kisahku, aku simpan untuk diriku sahaja. Penat, lelah, meraung, menangis..biar saja aku yang tanggung. Mereka tidak perlu tahu. Kerana pada aku, rakan-rakanku perlu sentiasa gembira bila bersamaku. Dan aku bermohon didatangkan seseorang yang aku boleh meluah apa saja yang telah terbuku. Membentuk barah dalam diri.

Namun, percayalah. Hanya Allah saja yang layak. Hanya Dia. Dia yang mendatangkan cubaan dan dugaan pada kita. Jadi selayaknya hanya kepada Dia kita pulang. Namun kita manusia. Lemah. Kadang kita lupa. Kadang kita alpa. Dan aku, hanya manusia yang seringkali alpa dan lupa. Aku hanyalah manusia yang seringkali derhaka.

Mungkin dari pengalaman yang lepas membentuk aku hari ini. Seseorang cuba untuk sentiasa berpegang pada kata. Sentiasa cuba untuk adil. Namun itulah aku. Manusia. Dan bukan malaikat. Sering akan tersasar. Adil? Wujudkah adil dalam manusia?senyum

Aku juga pernah berdoa tentang sesuatu. Dan akhirnya, aku rasa aku telah menemukan jawapan. Walaupun pelajaran yang sangat pedih, namun itulah nama ubat. Kerna yang pahit itu Ubat. Maka kita selayaknya hamba, cubalah untuk sentiasa belajar tentang satu perkataan. REDHA.

Dan ia bukan lah semudah kita mengucapkannya.kan? senyum




Thursday, February 21, 2013

Teguran Dari Allah

Assalamualaikum...

Lama tak hapdet. Juz buka blog & baca blog orang lain.

Minggu ni selepas kelas, sempat minum-minum ngan ustaz. Berborak panjang setelah beberapa minggu tidak sempat bersembang.

Setiap kali berborak dengan ustaz, tidak pernah lari dari topik agama. Itu yang membuatkan aku seronok berbual dengan beliau. Lagipun aku suka memandang wajah ustaz yang sangat tenang. Damai sedang didalam tiada sesiapa yang tahu. Kan?hehe

Sepanjang berbual dengan Ustaz, terkeluar topik tentang teguran dari Allah kepada Rasulullah saw sehingga turunnya surah Abasa.

Soalan ustaz kepadaku "duke tau siapa muazin yang kedua selepas Bilal Bin Rabah?"

Aku sekadar menggelengkan kepala kerana cetek ilmuku.

Ustaz memulakan bicara.(Izinkan aku meringkaskan)

"Pernah datang seorang sahabat yang buta pada Rasulullah saw untuk meminta pertolongan. Namun Rasulullah saw memalingkan muka baginda kerana marah (diatas kesalahan sahabat itu-lupa untuk bertanya). Selepas sahabat itu berlalu, maka turunlah surah Abasa"


[1]Ia memasamkan muka dan berpaling,

[2]Kerana ia didatangi orang buta.

[3]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

[4]Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

[5]Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

[6]Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

[7]Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

[8]Adapun orang yang segera datang kepadamu,

[9]Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

[10]Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

[11]Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat 
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

Ustaz meneruskan lagi " Dan sahabat yang buta itulah muazin kedua selepas Bilal Bin Rabah"

Aku terus bertanya pada ustaz "Ustaz, macam mana kita nak mengawal marah,sakit hati, kecewa, dan sebagainya tu?"

Ustaz tersenyum. Selepas meneguk air dihadapan beliau, beliau berkata "saya sendiri dah lama berperang dengan marah. Cuma kita kena selalu ingat, marah itu pintu syaitan. Sekarang saya amalkan..setiap kali terasa marah, saya akan tanya "siapa/apa yang aku nak marah?" "kenapa kita perlu marah?". Semua yang terjadi adalah sebab Allah. Jadi untuk apa kita marah? Seperti kalau kita marah, indirectly kita memarahi Allah. Siapa kita nak marah Allah? Kita tak layak. Kita hamba. Hanya Dia yang layak marah kita. Namun kita manusia. Kadang-kadang saya juga terlepas. Cuma cepat-cepatlah muhasabah dan mohon maaf."

Aku terpegun. Kerana tetiba rasa diri ini penuh salah. Penuh dosa. Perkataan ustaz betul-betul mengesankan hati aku.

Rasulullah saw yang agung dan kekasih Allah ditegur kerana memalingkan muka.

Jadi siapakah aku jika nak dibandingkan dengan Rasulullah saw? Jauh...Tak mungkin terbanding.
Kalu memalingkan muka apabila berhadapan dengan orang lain adalah satu kesalahan yang ditegur sendiri oleh Allah, berapa banyak kali telah aku melakukan kesalah? Malah jauh lebih teruk. Astagfirullahal 'azim.

Sama-sama lah kita muhasabah.

Thursday, January 31, 2013

Perkongsian

Bismillah...

Assalamualaikum....

Berlalu sudah Januari. Menjengah kini Februari. Tarikh yang sangat cantik.

1/2/13. Terima kasih kerana mengingatkan.

http://waritaku.blogspot.com/2013/02/andai-ini-jumaat-terakhir-muhasabah-diri.html

Di atas adalah satu tulisan dari seorang saudara saya En.Faizal. Satu tulisan yang penuh makna. Dan ada isinya. Bukan sebarang penulisan yang semborono (itu merujuk pada tembakaujiwa...haha).

Satu kupasan mengenai sebuah lagu. Terima kasih kerana menterjemahkan lirik yang sangat mendalam maksudnya.

http://waritaku.blogspot.com/2013/02/tika-sepi-menggamit-rasa.html

Dan ini pula salah satu entri terbaru beliau. Mengajak untuk kita sama-sama berfikir. Dan merenung dalam-dalam (jangan dalam sangat..nanti lemas...huhu). Apa itu sepi? Yang seingat aku ada dua perkara yang secara spontan akan terbayang di benak.

Filem Sepi arahan Khabir Bhatia

Dan juga satu pepatah cina "Hanya Yang Tak Terkalah Tahu Erti Kesepian Sebenar"

Jom sama-sama membaca. Dan berfikir.