Aku melihat dari sudut tingkap kecil rumahku. Rintik-rintik hujan yang turun membangkitkan bau rumput yang segar. Indahnya pagi ini. Ditemani bersama bunyi hujan yang menimpa pada atap asbestos rumah kepunyaan ibuku. Termanggu aku seketika disudut itu. Menerawang fikiran bersama khayalan dan mungkin sebuah impian.
Aku longlai menuju ke ruang makan. Rumah yang sederhana ini ku rasa sepi. Namun aku telah kalis pada perkataan itu. Tersedia di ruang empat segi tepat dan berkaki empat, segelas nescafe O kegemaran aku.
"ah...ma selalu tahu apa kegemaran aku"
Dua adikku telah pun keluar seawal pagi untuk menuntut ilmu dan mencari sesuap nasi.
Saat-saat seperti ini aku rindukan sesusuk seorang lelaki bergelar ayah. Yang pernah membesarkanku dan mengajarku tentang dunia.
Ku teguk perlahan minuman dihadapanku dan seolah aku masih terasa hangatnya senyuman lelaki itu.
Seperti hangatnya matahari yang mula bersinar di balik kabus selepas reda rintik hujan.
No comments:
Post a Comment