Wednesday, November 30, 2011

Amaran Keras

Apa yang ingin aku coret-coret kali ni?

Tade idea...Ouh. Pada 29 / 11 / 2011 yakni pada hari selasa bersamaan dua hari lepas pada jam 7.45am, aku telah mendapat satu amaran. Amaran Keras.

Kalau dah nama AMARAN KERAS memang aku takleh buat main-main. Ini bukan runcit-runcit punya amaran.

Dan kerana amaran tersebut, aku mula memikirkan sesuatu secara siriyes. Ya, SIRIYES!!

Wahai pemberi AMARAN KERAS, amaran itu telah di-alert-kan.



Saya Yang Menurut Perintah,

TembakauJiwa

Thursday, November 24, 2011

Sisi Hati

Apa yang terbentuk pada diri kita hari ini, adalah peri lambang masa dan perjalanan yang kita lalui sepanjang ruang lingkup waktu. Segala pengalaman dan pelajaran yang kita kutip di laluan umur kita.

Begitu jua aku. Aku adalah apa yang pernah aku lalui. Apa yang telah aku tempuh. Sepanjang jalan usiaku. Kita boleh melupakan cebisan pengalaman yang kita tidak sukai, namun jangan kita lupa pelajaran dari pengalaman itu. Tapi kita jua sekadar manusia. Tidak akan lekang dari sifat lupa. Kerana kita adalah insan. Yang tidak sempurna.

Setiap manusia, aku percaya mempunyai banyak sisi. Aku jua begitu. Punya sisi kerasku namun aku jua punya sisi lembutku. Aku punya sisi gelapku namun aku jua punya sisi sinarku. Aku punya sisi kebudak-budakkan aku namun aku jua punya sisi kedewasaan aku. Punya sisi degilku namun punya sisi tolak-ansurku. Namun apa yang penting pada aku, kita perlu untuk sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Yang mana buruk, kita cuba untuk buang. Yang mana elok, kita cuba untuk tingkatkan ia. Bukan maksud ku kita berubah menjadi orang lain, tapi kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun jauh dari sempurna.

Aku jarang menonjolkan sisiku sepenuhnya. Malah tidak ada seorang pun yang pernah ku buka sisiku sepenuhnya.Ijal, Abe dan C-Pain, mereka merupakan insan yang tahu tentang banyak sisiku walaupun tidak semua. Aku cuba tinggalkan sisi gelapku. Kerana ku mengejar sisi sinarku. Aku cuba kurangkan sisi kerasku yang dulu dominan, kerana aku cuba penuhkan sisi lembut dalam jiwa. Aku sekadar cuba mencontohi akhlak yang baik. Dari suri teladan yang terbaik. Rasulullah s.a.w. Walaupun sangat jauh untuk digapai.

Aku percaya tentang hak dan had dalam hidup. Setiap manusia punya hak masing-masing. "Jangan langkau hak dan had itu". Tutur hatiku. Namun aku selalu terlepas pandang. Dan ia adalah dari kelemahan diriku. Maaf. Sememangnya aku tidak sempurna. Malah jauh dari dari gelaran malaikat.

Aku marah, aku geram. Namun ku ajar jiwaku supaya ia ditanam jauh. Supaya ia tidak timbul di riak wajahku. Tapi itulah, semakin kita berusaha untuk memperbaiki diri, ujian yang datang untuk mengajar dan menguji, pasti semakin hebat. Mereka datang dengan nada marah. Mereka datang dengan melanggar hak dan had. Namun aku bersyukur, malah berterima kasih. Kerana mereka sudi untuk mengajar dan menunjukkan kelemahan aku. Terima kasih.

Untuk apa benci dan dendam tika Rahmat dan Cinta Allah berterbangan?

Senyum Itu Adalah Penawar maka untuk itu, senyum lah.

Maaf itu Ubat Jiwa maka untuk itu maafkanlah.

Agama Itu Adalah Kehidupan maka hidupkanlah ia.

Tuesday, November 22, 2011

Aku

Pertama

Aku bukan sesiapa untuk dikenang atau diingat. Dan aku tidak minta untuk itu. Tak mengapa kalau lupa tentang aku.

Siriyes.*Senyum*

Kedua

Mungkin aku dilahirkan untuk melihat senyuman orang disekeliling aku. Aku senang untuk itu. Dan aku bahagia.*Senyum*

Ketiga

Kalau rasa aku tidak diperlukan, buang saja aku dari senarai hidup. Campak saja dimana saja yang disukai.

Keempat

Aku sentiasa disini. Dan akan terus begini. Dan itu lah aku seadanya aku.

Kelima

Tiada apa.

Sunday, November 20, 2011

TakdirNya

Setiap yang berlaku kadang-kadang diluar pemikiran kita.

Kadang langsung tak terfikir, macam tetiba jer jadi. Tapi itulah kehendakNya. Itulah takdirNya.

Ada yang pernah bertanya pada Imam Al-Syafie, "Apa yang datang dahulu?Usaha atau takdirNya"
Jawab Imam Al-Syafie "TakdirNya".

Moga bulan depan menjadi satu titik permulaan baru. Satu titik perubahan. InsyaAllah. Amin.

Wednesday, November 9, 2011

Rasa Yang Tertanggung

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya

Walau kita rasa manis, tak semestinya ia manis untuk mereka yang lain.

Walau kita rasa pahit, tak semesti pahit bagi mereka.

Kadang lelah, penat.....

Menanggung beban ini buat aku tenggelam. Mungkin akan karam.

Rasa ini, datang tak pernah dijemput.