Tuesday, January 20, 2015

Full House

Assalamualaikum

It's been a while since the last day i wrote here. Sebenarnya tiada apa yang menarik sangat untuk ditulis.

Ketika bercuti di kampung baru-baru ini, aku banyak menhabiskan masa di rumah. Maklum sahaja ketika itu musim bah dan hujan di Terengganu. Selain dari ke rumah pakcik aku di Kuala Terengganu, aku hanya habiskan masa di rumah aku di Setiu. Menemani Ma aku sementara aku ada masa terluang. Aku juga tinggalkan 2 "sahabat rapat" selama ini. Laptop dan  kamera.

Aku kembali membelek album-album lama yang aku tinggalkan sekian lama. Lukisan-lukisan aku serta pelbagai artwork yang pernah aku hasilkan ketika aku masih bergelar penuntut.

Rindu.

Tentu saja memori aku di UiTM Machang adalah yang paling banyak aku kenang. I should say, that is the best time i had in my life. Jatuh bangun aku, gelak tawa, tangis sendu dan pelbagai lagi ingatan yang takkan mungkin dapat aku padam.

Sepanjang di kampung bercuti, terjebak kembali menonton saluran korea. Gara-gara melayan karenah sepupu-sepupu kecilku (lagipun aku akan kalah dalam perebutan remote). Menonton drama korea yang aku tak tahu tajuk apa. Cuma yang kembali menarik perhatian adalah Running Man. Setelah lama aku tidak menonton game show tersebut, baru kali ini aku menontonnya kembali.

Paling menarik dalam episod yang aku tonton aalah episod 225. Aku anggap itu adalah satu susun atur game yang genius. "Menghapuskan" lawan dengan menulis. It's so cool!!.

Kembali ke Shah Alam, aku kembali teringat Running Man. Aku kembali mencari episod-episod yang seronok untuk ditonton dengan merujuk kepada kawan-kawan ofis yang sangat gilakan korea.
Aku memilih untuk mendownload episod-episod tersebut. Nanti boleh jadikan ubat tika bosan.

Weekend lepas, aku kembali teringat  cerita Full House yang pernah (satu-satunya drama korea yang tonton sampai habis) aku tonton ketika aku di Uitm S.Alam. Aku kembali mencari siri drama tersebut. Aku lengkapkan balik cerita tersebut dalam koleksi aku. Baru sahaja menonton sampai episod 12. Dan kembali jatuh hati dengan Han Ji-eun. Haha. Si Naif yang positif.




Nanti malam ni nak habiskan semua episod. hahaha.

Assalamualaikum