Wednesday, December 17, 2014

Fuhhh....fuhhhh

Assalamualaikum

Aku perasan, blog aku ni asek citer pasal keje je..

Keje...

Keje...

Keje...

Gambor...Gambor...Gambor...

Hahaha..

Skang setiap ari jumaat malam, harus terpacak di Royal Theater Shah Alam, shoot untuk grup Jalor : Maharaja Lawak Mega 2014. Memula dulu agak eksaited nak tengok show dorang, tapi dah 2-3 kali, rasa biasa je.

Tapi dorang memang best. Memang dekat luar pon kelakar. Sewel. Gila.

Minggu depan nih, nak balik kampung main banjir. Dah eksaited sangat nih. Musim banjir dah kat Terengganu. Lagipon isnin ni Ma aku balik dari umrah. Panjang karangan jugak aku tulis doa kirim kat ma aku. Hihihi...

Sabtu ni pulak Cik Kenari akan Kahwin. Alhamdulillah. Semoga semua yang baik2 sahaja.

Apa lagi nak update...

Tade dah kot.

Assalamualaikum

Thursday, October 30, 2014

Cerita Bola Sepak Malaysia, Jovian Mandagie dan Cik Piah Sinar Fm....

Assalamualaikum

La ni dok kecoh pasal bola. Musim bola. Piala Malaysia. Orang Johor jupe orang Pahang. Aku idok lah kisoh sangat pasal bola Malaysia nih sebab aku tak minat sangat. Setiap kali aku tengok bola Malaysia, lebih banyak menyakitkan hati dari menghiburkan. Tapi itu lah standard kita. Daripada dok  marah-marah, sakit-sakit hati bagai, baiklah aku buat benda lain yang lagi banyak pekdahnya.

Aku lebih tertarik dengan perangai penyokong-penyokong yang amat-terlalu-fanatik-bangat. Yang dok sibuk-sibuk jadi pahlawan-papan-kunci. Yang dok sibuk maki hamun sana sini. Mencarut tak tentu hala. Lebih manis bila keluar carutan dan makian dari sang gadis bertudung litup. Maka benarlah, tudung itu bukan pengukur tahap kecelikan otak.

Ouh, tak lupa juga dari mereka yang sudah cukup baligh untuk berfikir baik buruk.

Seolah kita ini Melayu yang mengaku Islam, sudah habis bahasa yang indah selain makian, carutan dan pelbagai kata kesat dalam perbendaharaan kosa kata kita Melayu Islam.

Dan itu baru bola. Belum bahasa politik yang lagi tinggi darjat carutannya.

***

Baru-baru ni dapat jemputan untuk shoot Jovian Mandagie. Aku sekadar kenal dengan namanya sahaja sebelum ni. Jemputan ni dari JovianistaClub iaitu kelab peminat official Jovian Mandagie. Antara yang hadir Julia Ziegler dan Cik Piah Sinar Fm.

Cute Cik Piah nih.

Apa pun, aku salute dengan pencapaian Jovian. Dari bukan sesiapa menjadi seseorang (aku pelik betul terjemahan melayu nih)

***

Dah la. Malas dah nak menaip.

Assalamualaikum

Tuesday, October 14, 2014

Hasil kerja

Assalamualaikum

Malas nak menulis banyak-banyak...panjang-panjang...jamu mata udah la yer...






Ini antara hasil kerja yang sempat di upload di fb dan instagram..masih ada beberapa album lagi yang perlu disiapkan.

Kadang rasa tak terkejar. Tapi dalam masa yang sama, seronok. Buat apa yang kita suka...kan..

^_^

Assalamualaikum

Monday, September 8, 2014

Hapdet skit

Assalamualaikum

Lama sangat tak menulis disini. Bulan lepas update skali je. Nampak makin pemalas untuk menghapdet.

Aku baru je blajar teknik editing yang selama ni aku nakkkkkkkkkk sangat belajar.hehe

Tapi nak siapkan sekeping gambar guna teknik ni...azab jugak lah. Takkan kurang dari 20 layer...

Gigih sangat rasanya...

Jadi disini aku upload 2 keping gambar yang dah pun aku edit.

p.s - nanti dah terer leh wat kelas nih...hihihi

Sunday, August 10, 2014

Animation Project - SPLIT





Assalamualaikum...



Alhamdulillah..kerja selama dua bulan untuk menyiapkan satu short story dalam bentuk 2D animation akhirnya berhasil.



Walau pun hasilnya takde lah segempak mana tapi untuk langkah pertama dalam bidang animation, alhamdulillah.



Satu kisah yg lebih kepada sebuah metafora personaliti manusia.



Selamat menonton...

Monday, July 21, 2014

Ramai Yang Nak Jadi Tuhan

Assalamualaikum..

Tak lama lagi bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Sekejap je masa berlalu...
Dalam pada risau untuk menhadap Ramadan, tup tap tup tap dah tiba penghujung.

Alhamdulillah.

Persiapan raya langsung tade. Baju raya? Tade. Juz beli kerepek2 untuk aku bawak pulang.
Pastu ade beli sikit hadiah untuk 2 orang adek aku tuh.
Tak rasa nak beraya sangat pon.

***

Baru-baru ni heboh kes cdm25. Di ikuti oleh kes2 lain melibatkan chinese dan macam2 lagi.
Aku mengikuti isu sekadar sahaja. Tak berminat sangat.

Cuma apa yang aku perasan, orang kita teramat suka mencaci, memaki, mengeji dan menjatuh hukum.

Kiki dah mintak maaf kat uncle.

So, yg dok maki2 Kiki tu bila lak nak mintak maaf ngan Kiki?
Huhuhu..naseb korang lah. Paling tidak nanti Kiki tuntut kat akhirat.

Ramai dikalangan kita ingin menjadi "tuhan' dengan menjatuhkan hukum pada manusia lain, sedang TUHAN yang kuSEMBAH sifat PENGAMPUNNYA MEMBELAKANGI KEMURKAANNYA.

Selamat beribadah pada hari2 terakhir Ramadan...

Thursday, July 17, 2014

Briged Izzuddin Al-Qassam



Bosan-bosan....

Layan buat vector...

Tersiap pulak design Al Qassam ni...

Pasni leh print kat baju lak...


Monday, June 30, 2014

Ramadan 2014

Assalamualaikum...

Salam Ramadan Al-Mubarak...

Bulan Ramadan kembali. Bersama jutaan rahmatNya dan pengampunanNya.

Pertama kali juga menyambut bulan ramadan dalam keadaan sedikit takut.

Ini kali pertama menyambut ramadan dalam keadaan gastrik.

Puasa hari pertama, aku rasa seperti aku budak kecil yang baru belajar berpuasa. Pada sebelah petang aku mula rasa tak larat. Perut dan kepala mula sakit. Kepala dah mula huyung-hayang. Cuba bertahan. Alhamdulillah. Berjaya.

Hari kedua, juga begitu. Harap mampu bertahan sampai keakhir Ramadan yang mulia ini.

Dan aku gagahkan juga untuk bangun bersahur walau dalam rumah hanya aku seorang sahaja yang bersahur. Lagipun Ma aku akan kejutkan aku untuk bersahur. 

Semoga diberi kesihatan yang baik untukku dan untuk semua, agar dapat kita dapat terus beribadah dalam Ramadan ini..

Thursday, June 19, 2014

Update

Assalamualaikum

2 bulan yang agak memenatkan. Dipenuhi dengan shoot, video animation, meeting, outstation, editing, website dll.

Rezeki Allah punya. Alhamdulillah.

Jadi untuk entry kali ni, aku kongsikan sedikit hasil kerja aku ( wedding & boutique shoot ).

Hujung bulan ni pulak perlu submit projek video animation. Semoga dipermudahkan segala urusan..

Yoshhaa!!








Monday, May 19, 2014

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum

3-4 hari yang lepas

Lebih kurang jam 1 pagi dapat wasap(whatsapp)

"Salam bro...ada rahsia aku nak beritahu nih.."

"Waalaikumsalam..huhu..rahsia apa lak nih?"...

Diam.

Sampai sekarang betul-betul rahsia. Hahaha...

***

Mata kanan tak berhenti berkelip. Dah hampir dua minggu.

Dan 2 hari lepas terjawab. Jumpa seseorang yang hampir 4 bulan tak bersua. Dan datangnya dengan membawa sekeping perutusan. Kad Kahwin.

"eh?napa duke punya kad tebal dari kad-kad lain?"
"untuk yang rapat sahaja"

OOoooOOOoo...

Alhamdulillah.

Semoga berbahagia. Dan semoga kekal hingga ke Syurga.Amin.

***

Bulan 5 dengan bulan 4 rasa sedikit pack. Rezeki mencurah. Hampir setiap minggu dapat job shoot wedding. Ada yang aku jadi assist. Ada juga yang aku jadi OP. Apa pun, Alhamdulillah diatas kurnia rezekiNYA.

Ada jugak dapat job printing sikit-sikit. 

Rezeki untuk raya kot. *senyum*

Selamat Pengantin baru kepada mereka yang baru/bakal bergelar pengantin. Semoga kalian berbahagia selamanya. Amin.

***

ouh..Selamat Pengantin Baru untuk Beah, Abby dan Fiza.

Monday, April 28, 2014

Jadi Chegu

Assalamualaikum....

Tetiba,

Ada orang datang dan ofer...

"Ajarkan anakku bermain gitar"

"Ajarkan anakku mengaji"


Tetiba,

Nak jadi chegu gitar.

Nak jadi guru mengaji.

Pendidik.


Jauh benor rasa ngan jiwa aku.

Main gitar pun takat nak main2 dalam bilik.

Mengaji?...(pandang kiri kanan)...aku sendiri tengah belajar mengaji tak abes2..

Hmmm..Apa lah nasib budak-budak tu nanti bila aku yang mengajar..hihi..
Kalau tatau pun, juz wat muka konfiden. Dorang mesti kagum jugak. Hahahaha..

Ouh..satu berita baik. Wife Azam (owner studio) dah mengandung. Untuk anak ke-4.
Rezeki. Alhamdulillah. Tumpang seronok.

Pastu kang stendet lah soklan "ko bile lak?"
dan jawapan stendet aku "anak aku dah masuk U.Dengar citer dapat 4flat" sambil wat muka serius.

senyum

Hidup. Senyum. Dan hadaplah satu persatu. Indah sebenarnya.


Sunday, April 20, 2014

21April2014

Assalamualaikum

It's been a while...since the last entry.

Penyakit malas nak update ni kadang-kadang datang jugak.

Mendapat satu tawaran yang sangat menarik hati. Peluang untuk mengembangkan minat dan kerjaya sebagai fotografer. Masih belum membuat keputusan. Istikharah dulu. Semoga Allah memandu ku...

Lately aku perasan, seolah menjadi satu trend dikalangan kita untuk mengkritik/memberi komen dengan bahasa yang kasar/nista/menyindir/mencela pada sesetengah manusia lain yang tidak sehaluan dengan kita. Malah ada sesetengah manusia yang disindir/dicela itu berstatus ustaz/ulama/guru. Allahuakhbar...

Kita bertingkah sesama kita pada sesuatu yang boleh diperhalusi bicara tanpa perlu perdebatan umum.

Berlapang dada lah kita... Astaghfirullahalazim...SubhanaAllah..

Kita sayang semua kaum kerabat muslimin muslimat kita. Sebarkan rasa kasih bukan benci.

Semoga Allah mengampuni kita semua yang berdosa...

Amin.

Monday, March 24, 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum

***Pandang monitor. Kosong***

Maka semua spekulasi terhenti. Semua fitnah terjawab.

Mereka telah pergi. Tinggal kita disini menerus hidup. Dan dosa bagi mereka yang berkata buruk tentang mereka yang pergi.

#PrayforMH370

***

Al-Fatihah

Saturday, March 15, 2014

Kasih Sayang

Assalamualaikum

Kasih sayang.

Apa maknanya?Apakah maksudnya?

Ramai dari kita punya interpretasi yang tersendiri. Ia sesuatu yang sepatutnya indah. Suatu perasaan yang sepatutnya dengan penuh kelembutan. Perasaan ingin mengambil berat.

Perasaan ini terlalu universal. Mencakupi segenap ruang kehidupan. Boleh jadi kasih sayang pada binatang. Kasih sayang pada teman-teman. Kasih sayang pada keluarga. Kasih sayang pada Yang Maha Pencipta.

Namun kadang disebabkan perasaan ini, kita jadi buta. Kita jadi sasau. Buat kita tersasar dengan tindakan-tindakan yang tak sepatutnya.

Kadang perasaan ini buat kita tidak mampu untuk berfikir. Dengan waras.

Bukan orang lain. Aku juga kadang begitu.

Tapi, walau apa pun kesilapan kita, walau sebesar mana pun masalah kita, it won't last forever.Ain't?

Apa yang penting, bukan memandang kesalahan tapi memandang langkah untuk terus kedepan. Kesilapan tetap akan menjadi kesilapan. Terpulang samada kita untuk terus meratap menyesal atau kita cuba kembali positif. Memandang terus kedepan. Jadikan kesilapan sebagai pengajaran. Dan bertekad untuk tidak lagi mengulanginya.

Lagipun seperti yang aku selalu tulis, aku selalu sebut,

KITA SEMUA HANYA MANUSIA. BUKAN MALAIKAT.

Pasti kita akan melakukan kesilapan sepanjang kehidupan.

Mohon maaf dan maafkan.

Teruskan melangkah. Terus menghadap segala yang didepan. Jangan berputus asa. Jangan gentar. Jangan melarikan diri.

Cuma teruslah tabah. Teruslah positif.

"Hidup ini tiada sesuatu pun yang kekal. Nikmatilah masa bahagia kerna ia akan berlalu. Namun jika melalui masa yang sakit, jangan risau. Itu juga tidak akan kekal"

Tuesday, March 11, 2014

Hari Selasa

Assalamualaikum

Hmmm.. hampir 3 minggu menempuh ruang masa yang sangat hectic. Kerja ofis bagaikan menggila.. Macam ombak besar. Makin tambah tekanan. Rasa sakit pada dan lenguh pada bahu. Dan kadang kala rasa pening dan terhuyung-hayang.

Aku tambahkan lagi tekanan pada diri sendiri dengan menetapkan target untuk part time fotografi aku.

Sibuk cari kastemer. Sibuk forward quotation pada kastemer. Bila tertekan, kerja lebih efisen.

Sepatutnya, dari tahun lepas aku mulakan semua ni. Cuma ada beberapa hal terlebih dahulu perlu aku setelkan. Dan lagi keadaan kesihatan aku sepanjang tahun lepas tidak begitu memberangsangkan.

InsyaAllah. Tahun ni rasa lebih bagus. Jadi perlu kembali kerja keras dalam bidang ni sebab aku dah meninggalkan wedding photography hampir  satu setengah tahun. Tapi insyaAllah bukan satu halangan.

Dapat satu peluang untuk mengarahkan video. Tentang communication history. Video yang seakan dari Discovery Chanel. InsyaAllah. Akan cuba yang terbaik.

Khamis malam ni ada appointment dengan seorang ustaz. Aku menyuarakan hasrat untuk belajar dengan beliau tentang kaedah bekam. Aku ingin mewarisi kaedah bekam kerana ini salah satu sunnah Nabi saw. InsyaAllah.

23hb ni perlu assist Ammar untuk job wedding. Baru ni assist Ammar untuk akad nikah. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar.

So..apa lagi?hmm..ntah..rasa jiwa kurang tenang. Mungkin disebabkan banyak bende yang perlu difikirkan. Sehingga badan pun kurang rehat.

Cukuplah. Assalamualaikum

Wednesday, March 5, 2014

Untuk Kamu Semua

Assalamualaikum

Dimana harus aku mulakan.

2 tahun lepas. Bulan Ogos ini genap 3 tahun. Aku berjumpa dengan seseorang.
Seseorang yang perlu untukku catit.
Seseorang yang perlu untuk aku kenang.
Seseorang yang telah membentuk aku hari ini.

Sedikit atau banyak bukan persoalan.

Dia hadir tika aku dalam perjalanan mencariNYA. Dalam perjalanan mengenalNYA. Dalam bertatih mengamalkan suruhanNYA.

Kerna dia, aku lebih berhati-hati bila berkata.
Kerna dia, aku lebih suka pendamkan saja kata-kata.
Kerna dia, aku belajar mengenal sedikit sifat wanita.

Dan kerna dia, hari ini aku bebas dari mencandukan tembakau.Walaupun nickname aku tidak berubah.

Terima kasih untuk segala-galanya. Terlalu banyak jasa untuk dibalas. Semoga Allah mengurniakan limpahan rahmatNYA padamu.

***

Hari ini

Walaupun sudah lama aku tidak berjumpa, berbual, melepak, berkongsi tentang apa saja namun segala yang pernah aku pelajari ketika dulu seolah bersebati dengan diri.

Bila kali terakhir aku melepak, berbual, minum, makan dengan dia? 30/3/13.
Bila kali terakhir aku berjumpa dengan dia? Jamuan hari raya. Mungkin dalam setengah tahun.

Masa yang berlalu denga begitu pantas.

Maka, apabila ada yang meminta aku "bercakap" setelah lama aku bersebati dengan "berdiam", ia
pastinya menjadi sedikit sukar untuk aku.

Maka apabila ada yang meminta aku berterus-terang dengan perkataan sedang aku sudah terpatri dengan berterus-terang dengan perbuatan, ia menjadi kesukaran untukku.

Tapi, ini lah hidup. Ini lah pelajaran. Yang tak mungkin pernah habis.

Kedua-dua cara. Bercakap dan berdiam. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Bergantung pada situasi dan keadaan.
Walau mngkin aku lebih selesa berdiam, tidak bermakna itu yang terbaik.

Maka tegurlah aku untuk setiap perbuatan yang menyimpang hati.

Kerna aku cuma manusia. Bukan malaikat.

Assalamualaikum.

***

Entry ini adalah sebagai satu penghargaan untuk Cik Kenari dan juga jawapan kepada yang mungkin seringkali menganggap aku selalu keluar dengan Cik Kenari.senyum

Juga sebagai jawapan tentang sedikit dari perangai aku.

Sunday, March 2, 2014

Citer Tentang Hati

Assalamualaikum...

Hmm..Blog ini telah lama menemani aku. Banyak yang ku coretkan disini. Seumpama diari aku. Mungkin sebab tu aku tak punya ramai pembaca. Sebab aku tak promote pon blog nih. Sekadar tempat aku meluah rasa gembira, bosan, sedih, terlentang, tergolek dan lain-lain.

Aku jarang sangat menulis tentang perasaan. Tentang jiwa. Tentang cinta.perkhhhhhhhh...tergolek

Ada seseorang bertanya. "Kenapa tak kahwin lagi?"

Jawapan stendet " Blom jodoh", "tade orang nak", "malas pikir" dan lain-lain. Tapi aku pernah cakap..

"Aku susah nak bukak hati untuk itu sekarang nih"

Mungkin sebab itulah aku tade sesiapa yang istimewa sekarang. Tambah lagi perangai aku cuma reti berkawan "lebih dr seorang kawan" dengan cuma seorang perempuan. Aku tak pandai nak bahagi2 kan hati aku. Bak kata chegu aku dulu.."fokus Asrol..fokus".haha

Ada jga yang pernah bertanya "ko memilih ke?"

"Giler tak memilih!Takkan nak main rembat je"

hahaha..cuma sangat memilih rasanya tak. Cuma tak jupa orang yang mampu buka hati aku.

Ada.

Cuma rasa sangat kompliketed.

cis. Jadi blog bunga.

Chow. Assalamualaikum

Wednesday, February 26, 2014

Kita....Hamba.

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni, kita akan selalu dihadapkan dengan pelbagai isu. Pelbagai masalah. Pelbagai karenah. Bergantung pada kita cara mana kita berfikir. Cara mana kita menangani.

Ada yang membuat keputusan secara terburu-buru bila dihadapkan dengan satu masalah. Ada pula antara kita yang sentiasa cuba mengupas isu terlalu dalam sehingga menyentuh keperibadian orang lain. Ada pula yang suka berfikir menggunakan logik akal semata. Itulah antara karekter yang ada dikalangan kita.

Mungkin disebabkan aku seorang yang berfikir secara ringkas menyebabkan aku tidak memahami manusia yang berfikir secara terlampau kompleks.

Mungkin disebabkan aku seorang yang cuba mencari dalil agama terlebih dahulu sebelum menggunakan logik akal menyebabkan aku tidak selalu sependapat dengan mereka yang memandang dengan logik akal mereka.

Mungkin disebabkan aku tidak suka terlalu memikirkan sesuatu masalah secara tertekan/menumpukan/(berfikir term yg sesuai...tak jumpa) menyebabkan aku tidak memahami orang-orang yang kelihatan tertekan dan melepaskan tekanan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Mungkin disebabkan aku selalu cuba untuk sentiasa berfikir positif (walau bukan kadang-kadang aku terbabas) menyebabkan aku tidak mampu memahami mereka yang selalu cuba berfikir dan bertindak negatif.

Aku tidak suka menilai manusia sehingga aku mempersoalkan niat seseorang. Pada aku cukuplah apa saja yang aku nampak. Bersangkan baik lah. Berlapang dadalah dengan manusia lain. Jangan persoalkan niat mereka. Bukan kerja kita mempersoalkan niat manusia lain. Jika dia ikhlas, pahala lah untuknya. Jika dia munafik, dosalah untuknya. Jangan ditambah dosa kita yang kian meleret dengan dosa yang lain pula. Jangan sampai kita mempersoalkan urusan takdir dan hidayahNya. Apa yang melibatkan urusanNya, serah saja pada Dia. Dia lebih Mengetahui.

Ada pula yang aku lihat meremehkan agama. Astaghfirullah.  Kadang tanpa sedar, kita sendiri meremehkan agama. Meremehkan HakNYA. Kita lewatkan solat malah ada yang meninggalkan solat. Kita jarang mengingatinya. Kita meremehkan hukumNYA.

Dengan alasan,

Allah itu Maha Pengampun.

Adakah kita tahu bila kita dijemput pulang? Bila nyawa kita bakal direntap Izrael? Pastikah kita bahawa kita sempat bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun?

Janganlah disebabkan sifat pemurahNya, kita memandang mudah hukumNya. Kita meremehkan hukumNya.

Kita ini bukan sesiapa. HambaNya sahaja. Mohon sedar. HAMBA!!

Moga kita semua sentiasa dalam ampunanNya dan rahmaNya.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 18, 2014

The LEGO® Movie - Official Main Trailer [HD]





Assalamualaikum...



Baru-baru ni sempat menonton movie  The LEGO. Sebetulnya sudah hampir setahun aku tak masuk panggung wayang. Last movie yang aku tengok di panggung The Olympus Has Fallen. Lebih kurang bulan 3 tahun lepas. Itu pun niat asalnya nak tengok movie Rock Oo tapi dah tak ditayangkan. Movie TOHF pulak dicadangkan oleh brader yang jual tiket tuh.



Isnin lepas, tak semena-mena je idea nak tengok wayang tu timbul time melepak. Aku pulak disebabkan memang dah lama sangat tak masuk wayang, ikut je lah. Tengok wayang hari isnin pada waktu malam, heaven!!aku siap dapat berlunjur kaki, mengiring kiri kanan.



Citer LEGO ni quite okay lah. Unik pada aku. Kreatif. Walau pun ada sesetengah babak tu dicedok dari movie lain, aku abaikan sebab ia diolah dengan agak baik. Lagi pun, seni itu bermula dengan peniruan. huhu.



Dari sudut lain, cuba bayangkan kalau kehidupan kita seperti lego yang digam dan tak bergerak. Melalui rutin yang sama. Menyanyi lagu yang sama. Dan mandi dengan air block berketul!!~fuhhh...(berpeluh dahi)



Ahad ni for the first time aku akan assist fotografer lain untuk satu wedding. Seriously sebab aku tak pernah ambil job jadi assist dah agak lama buat aku rasa seperti teruja. Dapat lihat cara orang lain berkerja. Cedok ilmu. Jom Shoot!!



Assalamualaikum

Friday, February 7, 2014

Pulang Ke Halaman

Assalamualaikum...

Last week pulang ke Setiu Terengganu. Tapi percutian kali ini ada sedikit "kurang".

Aku asthma. Malah terpaksa ke Hospital Besar Setiu untuk dapatkan rawatan Nebulizer.

Cuaca disana sangat sejuk. Betul-betul macam ais rasa bila nak berwuduk waktu subuh.

Tengahari pula sangat tenang dan nyaman.

Dah macam oversea.

Sempat jugak makan apam berkuah. Resipi istimewa family aku. Memang tak jumpa tempat lain.

Ramai yang menyangka kuah tu adalah kari. Kuah tersebut bukan kari, bukan gulai. Kuah tersebut adalah adunan istimewa rempah-rempah,kelapa,ikan dan beberapa lagi bahan.

Hujung bulan ini pulang lagi atas urusan kerja. Terfikir jugak sekali sekala, nak cari kerja di terengganu.

hmm???

Sunday, January 26, 2014

Bulan Januari

Assalamualaikum

Wah.. lamanya tak menaip disini. (sapu-sapu habuk)

Okay...nampak kemas sikit.

Sabtu lepas ada shoot di satu kelas anjuran My Ideal Weight.  Kelas yang mengajar cara pemakanan yang betul, detox, senaman, kesihatan dan lain-lain.

Aku mula shoot pada jam 9 pagi - 6 petang. Banyak juga yang aku pelajari sambil shoot tu. Kalau sesiapa ingin mengikuti kelas My Ideal Weight tu, boleh kontek aku. Nanti aku bagi no kontek Puan Nurul iaitu owner My Ideal Weight. Sangat-sangat di recommend oleh aku. Sangat bagus!

Baru-baru ni alhamdulillah dapat rezeki lebih untuk beli kamera baru. Semoga memudahkan lagi aku untuk terus berkerja dalam bidang yang aku cintai ini. Bidang yang buat aku lena beradu didalamnya.

Semalam aku berkesempatan untuk bertemu dan berbual dengan Felixia Yeap. Lepas habis shooting di studio, aku,azam dan felixia ke Plaza Massalam sebab azam nak mencuci gambar. Selepas itu kami sempat makan tengahari. Jadi agak banyak jugak lah perkara yang diperbualkan bersama.

Aku bukan seorang yang cekap untuk menilai manusia lain. Cuma apa yang aku dapat simpulkan dari sesi sembang-sembang tu, Felixia seorang yang humble. Dan seorang yang sangat menjaga batas. Mungkin ada yang melihat dia sebagai seorang playboy bunny. Mungkin ada yang melihat dia seorang yang seksi.

Aku melihat dia dari sudut seorang manusia yang berjuang untuk berubah menjadi lebih baik. Walau apa jua niat disebaliknya, itu bukanlah urusan aku untuk menilai. Aku serah urusan hati kepada Yang MAha Menjaga Hati. Semoga yang baik-baik saja. Kan?

InsyaAllah. Aku akan menulis lagi.

Assalamualaikum.