Thursday, August 25, 2011

Aku,Mereka Dan Blog.

Hari ini merupakan hari terakhir di ofis. Sebelum pulang ke Terengganu. Ingat dapat pulang awal. Mungkin kerja setengah hari. Lepas Sembahyang Jumaat fikir dapat Ca Alif But. Tapi tak lepas. Aiseh...Teruslah menghadap PC ini.

......Dan mendengar terus lagu-lagu raya yang dah berkumandang dari hari pertama Ramadhan.

Jenguk kat luar, mendung.

Jenguk kat dalam, kelam.

Buka blog. Jenguk blog-blog lain. Aku rasa sangat teruja.

Mereka sangat berbakat dalam menulis. Kretip dowh!!

Dan kebanyakkan mereka perempuan. Blog-blog lelaki?? Macam biasa. Stendet. Strek to de poin.

Bila membaca penulisan mereka, aku tau, ianya datang dari hati mereka. Mereka jujur. Dan itu sepatutnya. Kadang tak terfikir bagaimana mereka mampu berfikir tentang suatu hal yang kadang ( selalunya) aku tak pernah fikirkan.

Mereka ini Genius?? Maybe...

Walaupun aku lelaki, aku tak pernah rasa malu untuk belajar dari perempuan. Asalkan ianya ilmu untukku, aku tak kesah.

Sebab kita kena selalu ingat, kita tidak pernah sempurna dan takkan pernah. Jadi boleh berhenti bermimpi untuk kesempurnaan. Namun kita boleh saling melengkapi.

Sunday, August 21, 2011

Poligami

Sebagai lelaki..aku selalu mendengar ayat-ayat seperti ini dari mulut seorang lelaki.

"kahwin ramai ni sunnah"

"dah takdir kahwin lebih"

Islam menghalalkan poligami. Malah Rasulullah sendiri menunjukkan teladan dan contoh bahawa poligami memang dibenarkan didalam Islam.

Malah turunnya ayat Al-Quran dalam Surah An-Nisaa ayat 3

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Ini lah ayat yang sering digunakan oleh lelaki apabila berbicara tentang poligami. Tanda halalnya poligami disisi Islam.

Kebanyakkan lelaki suka menggunakan separuh ayat tersebut. Ambil yang mana suka dan buang yang mana tidak sesuai. Itulah moto kebanyakkan dari kita. Bacalah sepenuhnya kawan. Bacalah sampai habis ayat. Kalau rasa tidak mampu untuk berlaku adil,cukup sekadar satu untuk mengelakkan dari berlaku kezaliman.

Mampukah kamu kalau Solatmu tidak dijaga? Mampukah kamu kalau masih lagi menumpang gaji isteri? Mampukah kamu?

Berbicara tentang sunnah. Aku tau poligami antara sunnah Nabi S.A.W. Namun perlu diingat, dari kalangan isteri-isteri Baginda, hanya Aisyah bt. Abi Bakr r.a sahaja yang dikahwini Baginda berstatus anak dara. Sementara yang lain-lain adalah balu-balu,ibu tunggal malah ada yang sudah lanjut usianya. Bukankah berbeza dengan poligami yang diamalkan lelaki sekarang?

Aku lelaki namun aku tidak setuju dengan trend poligami sekarang. Sebelum berbicara sunnah Nabi tentang poligami, elok kita lihat dalam diri. Apakah sunnah-sunnah lain telah kita perbuat? Solat 5 waktu secara berjemaah merupakah antara sunnah pada pendapatku yang paling penting. Sudahkah kita menunaikannya??

Sudahkah kita memahami maksud-maksud ayat Al-Quran?

Maaf, ini sekadar pendapatku. Hanya sekadar manusia yang kekurangan ilmu. Sesungguhnya Allah jualah Yang Lebih Mengetahui. Ku Pulangkan segala padaNya.

Monday, August 8, 2011

Flikr

Aku dah lama perasan...tapi buat-buat tak berapa perasan.

Aku dah lama tak update flikr aku!!!

Haish.....(tunduk kepala)

Ini semua angkara fesbuk!!