Monday, October 24, 2011

Suatu Petanda

||Tarik nafas, hembus. Tarik lagi, hembus||

||Cari mood||

Lately, rasa jiwa selalu berbolak balik. Makin veteran agaknya...

Jantung berdegup tidak normal. Sentiasa berdebar. Seperti suatu petanda buruk.

Malam selalu sejuk. Kadang sangat sejuk. Terlalu.

Rasa ini selalu datang dulu. Dan ia datang kembali menjengah. Setelah lama tidak bertanya khabar.

Dan rasa ini tidak pernah diiringi berita yang menyenangkan. Untuk jiwa. Untuk kotak fikiran. Malah untuk hati.

Moga diri ini tabah. Untuk mendengar/melihat perkhabaran.

Wednesday, October 12, 2011

Doa Solat Istikharah

Aishah r.a menyebut, Rasulullah s.a.w mengajar doa istikharah sepertimana Baginda mengajar surah.



Ya Allah
Aku beristikharah
Dengan ilmuMu
Memohon kudratMu
Engkau mengetahui
Aku tidak mengetahui
Engkau mengetahui segala yang ghaib

Ya Allah
Jika pada pengetahuanMu
Perkara yang akan aku buat ini
Baik untukku
Agamaku
Kehidupanku
Dan kesudahan urusanku
Takdirkanlah ia untukku
Mudahkanlah ia padaku
Dan berkatkanlah

Dan jika ia tidak baik untuk
Agamaku
Kehidupanku
Dan kesudahan urusanku
Palingkan ia dariku
Palingkan aku daripadanya

Dan datangkanlah kebaikan
Dari mana saja ia berada
Dan berkatilah aku

WaAllahualam

Sunday, October 9, 2011

Aku Bukan Sesiapa

Aku hanyalah manusia biasa. Kadang gembira kadang berduka. Hati kadang mekar kadang lesu.

Namun bahasa duka adalah bahasa terbaik. Yang sering mengajarku. Yang menyedarkanku. Hakikat dunia yang keliru.

Dan ia terus mengajarku. Tentang manusia. Dan menyedarkanku tentang manusia.

Bahawa bukanlah aku yang layak mengajar.

Bahawa bukanlah aku yang layak.

Hanya Dia. Bukan aku. Aku bukan sesiapa. Apa yang ku ada. Apa yang kumiliki. Semua datang dari Dia. Semua adalah milikNya. Semua adalah haqNya.

Dan aku sebenarnya hanya manusia yang tak punya apa-apa.

Dan bersifatlah..selayaknya aku. Yang tak punya apa-apa.

Wednesday, October 5, 2011

Ilmu Fotografi

Assalamualaikum...

Aku rasa ramai yang kenal aku tahu aku memang peminat fotografi. Malah lebih dari itu aku mahu hidup didalam seni. Kerana seni itu pada ku cukup indah.

Telah beberapa tahun aku masuk dalam dunia fotografi. Macam-macam yang aku cuba. Juga macam-macam ragam manusia yang ku jumpa. Dari senaif manusia hingga yang hitamnya kata.

Tapi aku akui, jika dibandingkan dengan ramai lagi fotografer diluar sana, aku ini bukan apa-apa. Ilmu yang aku ada hanya sedikit. Terlampau ramai diluar sana yang lagi banyak ilmu nya dariku. Yang ingin aku kenal. Yang ingin aku cungkil ilmunya.

Namun dalam masa yang sama, aku mempunyai kawan-kawan yang mula berjinak dengan kamera DSLR. Dengan sedikit ilmu yang kutahu, ku ajarkan satu persatu. Setakat yang aku tahu. Namun aku tak pernah anggap hubungan mereka dengan aku sebagai hubungan guru-murid. Pada aku,aku hanya berkongsi. Lagipun, ilmu yang ku ada,semua sekadar pinjaman dari Allah. Sekuarang-kurangnya, jika satu hari nanti aku hilang ingatan, aku ada kawan-kawan yang boleh mengingatkan aku.

Namun kadang timbul rasa berat. Bukan berat hati ingin berkongsi, namun berat dengan tanggungjawab yang aku pikul. Ilmu yang kuberi, akan dipersoalkan di akhirat. Aku cuma ingin ilmu yang aku kongsi, boleh mendatangkan manfaat.

Aku selalu berpendapat, mendengar dan belajar dari pelbagai sumber adalah lebih baik dari satu sumber. Belajarlah dari fotografer-fotografer yang ramai di luar sana. Cungkil lah ilmu mereka. Mungkin bukan setakat ilmu fotografi, malah ilmu tentang kehidupan.

Owh..bulan sebelas nanti aku dapat buat Wedding Lightpainting pertama. Hope semua akan berjalan lancar. Lokasi di Melaka.InsyaAllah.

Tuesday, October 4, 2011

Perkara Kecil

Maaf. Aku selalu bermasalah dalam memikirkan tajuk. Aku tau tajuk bunyi cam skema. Abaikan.Hehe

Kita selalu berfikir tentang perkara yang besar-besar. Bercakap tentang perkara yang hebat-hebat. Selalu ingin melakukan perkara-perkara yang dahsyat-dahsyat.

Supaya kita disedari. Supaya kehadiran kita diketahui. Supaya kewujudan kita diiktiraf.

Namun kadang-kadang kita lupa.termasuk aku.

Banyak perkara-perkara kecil yang nampak remeh menyumbang pada kesan yang sangat besar pada hujung garisan jalanan hidup kita.

Seolah kita terlupa pada perkataan terima kasih.

Seolah kita buta pada perkataan Minta Maaf.

Seolah kita alpa pada segarit senyuman.

Kita selalu lupa dinding yang besar tak mampu berdiri tanpa sebatang tiang.

Lupa....lupa dan lupa..

Itu lah lumrah bagi kita manusia.

Semoga kita selalu berpesan khabar. Berpesan tanya.