Wednesday, September 24, 2008

Wanita II

Assalamualaikum...

Aku sentiasa bermasalah bila ingin memulakan tulisan
diruangan blog ini..aku memang bermasalah untuk mencari
ayat sebagai pembuka kata...heheh..jadi setiap tulisan
di blogku mempunyai pembuka kata yang agak kurang menarik.

Untuk topik kali ini,aku ingin menyambung sedikit tentang
wanita/perempuan/gadis..DARI SUDUT PANDANGAN MATA KASAR
SEORANG INSAN LELAKI YANG KHILAF...

Aku sentiasa memerhati...aku cuba memahami suatu makhluk
ciptaan Allah dari kaum HAWA..Pada pandangan aku..
mereka ini suatu makhluk yang amat istimewa..sehingga
Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan kita supaya berbakti
pada ibu kita lebih 3 kali dari seorang ayah..Ini
menunjukkan bahawa kaum HAWA ini memang istimewa.

Pada diri seorang wanita..adanya satu sifat SABAR yang
tiada dalam lelaki...Dalam diri wanita..adanya satu sifat
LEMAH LEMBUT yang tiada dalam diri lelaki..Dalam diri
wanita adanya satu sifat MALU yang tiada dalam diri lelaki.
Dalam diri wanita adanya satu sifat PRIHATIN/PEKA walau
dalam perkara yang kecil yang tiada dalam diri lelaki.
Dan aku sebagai seorang lelaki..aku akui...AKU KAGUM
DENGAN SIFAT-SIFAT ITU..

Lelaki mana yang sanggup bangun pada tengah malam
semata-mata untuk membuat susu anak??Lelaki mana yang
sanggup bangun pada tengah malam untuk menukar lampin
seorang anak??Lelaki mana yang sanggup untuk kedapur
menyiapkan makan malam selepas pulang dari kerja??
DAN ITU SEKALI LAGI MEMBUATKAN AKU KAGUM!!

Tapi kenapa kaum yang seistimewa ini merupakan golongan
yang paling ramai dalam NERAKA??hrmm...Aku tak bermaksud
cuba mengupas dari sudut agama sebab aku sendiri kurang
arif dalam agama...cuma dari pendapat aku...
sekarang ini terlampau ramai perempuan yang MURAH...
Ingin aku tekankan disini..TIDAK SEMUA...TAPI HAMPIR
KEBANYAKKAN...

Aku sedih bila aku memandang..ramai dikalangan muslimah
hari ini..makin kehilangan sifat "HAWA" itu...Mereka suka
untuk menjadikan BADAN mereka sebagai tatapan umum...
Mereka suka dieksploitasikan sebagai PELARIS sesuatu
produk...Mereka tanpa segan silu BERPELUKAN dengan lelaki
tanpa memikirkan batas yang ada..DAN AKU SEDIH UNTUK ITU..

Memang aku sedari..Syurga @ Neraka itu HAK MUTLAK ALLAH..
Walau sejahat mana pun manusia itu,tapi kalau Allah
mengatakan "ENGKAU MASUK SYURGA"..orang itu akan tetap masuk
syurga...tak semesti YANG SELALU SOLAT itu masuk syurga..
dan belum tentu seorang PELACUR itu masuk neraka...Itu
ketentuan-Nya.Namun jalan yang kita pilih boleh
menjuruskan kita ke arah mana kita pergi apabila kita MATI.

DAN AKU HANYA TERUS MAMPU MEMANDANG..DENGAN KESEDIHAN...

Monday, September 22, 2008

Wanita...

Assalamualaikum....

Erm...hari-hari yang aku lalui setakat ini masih berjalan seperti biasa.
Ada jugak lah sedikit sebanyak perkara-perkara or peristiwa yang
menggembirakan/menyedihkan berlaku..tapi itu lah kehidupan..kan???

Ada jugak seorang dua dari kalangan umat manusia nih yang bertanya padaku..
"ko nih bukak blog nak jadi anti-Gov gak ker??"..or.."ko nak berpolitik ker?"
(tersenyum)..ingin aku tekankan disini..BLOGKU BUKAN UNTUK DIPOLITIKKAN!!
Aku bukan bermaksud politik itu tak penting..politik itu penting..tapi sekarang
ramai yang menunjukkan mereka itu pandai..mereka itu serba tau bila bercakap
soal politik...dan biarlah aku yg NOOB/BENDUL/SENGAL/BODOH or apa saja yang
sama waktu dengannya menulis tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan politik.
(walaupun agak susah sebab kebanyakkan bende didunia ini melibatkan politik).

Erm..itu bukan topik yang ingin aku lakarkan/coretkan...Aku cuma tertanya-tanya..
(mungkin disebabkan aku agak KEKAMPUNGAN yang tak byk bergaul dengan golongan
HAWA)..Apa sebenarnya yang penting bagi seorang wanita/perempuan/gadis bila
ingin memilih pasangan??RUPAKAH??HARTA BENDA??KETURUNAN??PEKERJAAN?? or hanya sekeping HATI YANG TULUS DAN IKHLAS MENYAYANGI???
(walaupun spesis yang hanya memandang HATI semata-mata pada aku makin berkurangan). Aku akui...HARTA,RUPA antara aspek yang perlu dititik beratkan..kalau aku jadi wanita/gadis/perempuan pun takkan aku nak kahwin dengan pengemis..kan??
(walau hakikatnya pengemis skang makin kaya).
Tapi perlukah ianya menjadi satu aspek yang TERLALU BESAR??TERLALU PENTING??
Maksud aku..kalau seseorang lelaki itu sudah mempunyai pekerjaan yang stabil
(maybe belom kaya)..itu sudah memadai...ITU PADA AKU LAH..

Pada aku..bila aku ingin mencari pasangan (macam perkara rutin jer ayat aku nih)..
haha..erm...First..aku tak nafikan..WAJAH/RAUT MUKA..tapi itu hanya sementara.
Aku lebih suka menilai seorang perempuan dari segi sifatnya..perangainya..
dan pada aku..ITULAH YANG TERPENTING..Apa guna beristeri/berbini cantek tapi
menyakitkan hati..Apa guna isteri langsing kalau buat aku sakit kepala??
Apa guna pandai berhias kalau tak tahu menghormati??Disebabkan itu...
pada aku yang sebenar-benar menjadi keutamaan aku..adalah PERANGAI..maksud aku..
perangai yang buat aku rasa selesa/gembira/aman.Tak perlu sempurna..
coz tiada apa pun yang sempurna selain Allah S.W.T. Walaupun idaman inginkan
wanita berambut panjang..wanita yang baik hati,wanita yang cantik,wanita yang
langsing,wanita yang berkulit cerah (memandangkan aku berkulit gelap)hahah...
tapi itu hanya impian..kalau dapat..ia BONUS!!..kalau tak..aku tak pernah kisah..
yang penting..AKU SELESA DENGAN PEREMPUAN ITU!or can i say "I Love U Juz the way U are" ..cukup..titik.noktah.hehe...

Wanita itu sendiri dijadikan dari tulang rusuk lelaki...Mana letaknya tulang rusuk ini??
BERDEKATAN HATI DAN DILINDUNGI LENGAN/TANGAN..Apa bentuknya??BENGKOK...Pada pendapat aku..
Wanita itu adalah untuk dicintai..disayangi..dilindungi sesuai dengan kejadiannya.
BENGKOK...itu lah perangai perempuan..maksud aku..ianya bengkok minta dilurut..
bukan dipaksa untuk menjadi lurus..namun tak boleh dibiarkan bengkok selamanya...
Maka pada aku tegurlah dengan cara yang baik..nasihat..kalau berkasar takut nanti
mematahkan tulang yang dah sedia bengkok...SEKADAR PENDAPAT DARI LELAKI...
Kadang-kadang aku terdengar jugak..."perempuan camtuh lah..sikit-sikit merajuk"..hahaha...
Nak buat camner bang..dah nama perempuan..kan??..Dah memang itu sifat mereka..
Nasib baik dia marah dia merajuk..kalau dia marah dia cakap "kalau tak puas hati..
tunggu saya kat luar..one by one"...tak ke naya...hahaaha..

Aku mintak maaf kalau tulisan ku ini tak betul/mengguris perasaan or apa sahaja..sekadar
meluahkan pendapat untuk dikongsi...(kalau terasa ingin berkongsi)hihi..erm..
Ada beberapa isu lagi(wahhh..cam bende besar jer bila sebut ISU)..haha..yang aku ingin
coretkan pasal perempuan..tapi biarlah di halaman yang lain...

Sementara itu....biarlah tulisan ini berhenti disini...salam hormat dari aku insan yang
khilaf...assalamualaikum...

Thursday, September 18, 2008

Yang Tersirat DiBalik Yang Tersurat...

Dunia ini terus berputar..tanpa ada sedetik masa yang terhenti..
Dan kita terus mengejar sesuatu...yang kadang-kala kita sendiri
Tidak pasti...

Disebalik kejayaan...mungkin juga kekayaan..yang kita kejarkan...
Yang bersifat zahir..jasmani..jasad..tersurat atau apa sahaja
Yang kita gelarkan..
Kadang-kadang mungkin membutakan kita...melalaikan kita
Dalam menjaga apa yang telah kita miliki
Dalam menilai apa yang telah kita perolehi
Sesuatu yang bersifat tersirat..rohani..halus atau apa sahaja
Yang kita gelarkan..

Diri ini pernah bercita-cita..berimpian..atau mungkin juga berangan..
Ingin memeluk GUNUNG
Ingin menawan DUNIA
Ingin menyentuh BINTANG
Ingin menggapai BULAN

Tapi itu takkan mungkin dapat dijejaki..
Andai tiada pengorbanan...

Dan diri ini takut untuk membayangkan..
Pengorbanan itu adalah SETIAKAWAN
Pengorbanan itu adalah CINTA
Pengorbanan itu adalah KASIH SAYANG
Pengorbanan itu adalah KEBAHAGIAAN

Dan diri ini terfikir...
Apa guna kekayaan...apa guna kejayaan...
Tanpa dapat dikongsi..
Bersama TEMAN
Bersama YANG TERSAYANG
Bersama KELUARGA!!

Dan diri ini akan tetap...
Terus mengejar JASMANI
Tanpa melupakan ROHANI
Dan andai pengorbanan itu adalah ROHANI...
Diri ini sanggup melupakan JASMANI..

DAN MUNGKIN INILAH KENYATAAN DIRI INI...

Saturday, September 13, 2008

Kehidupan...Kehilangan...

Setiap hari kita melalui pelbagai cerita..suka duka..tawa tangis
yang kadang kala kita tidak mampu untuk fahami. Saat ini kita berduka...
kemudian kita tertawa gembira..(tersenyum)...yeah..itulah manusia.

Kadang-kadang kita terlupa..kita selalu meminggirkan sesuatu yang berharga
yang berada tepat didepan mata kita..Kita tidak pernah untuk cuba menghargai
atau kita tidak pernah mahu untuk menghargai. Sepertimana nasib sebuah
telefon awam. Terpacak sendirian..terpaku dibawah hujan dan panas. Hanya mampu
untuk memandang manusia-manusia yang makin melupakan kehadirannya di dunia.
Setiap masa ianya merindui untuk mendengar suara manusia dihujung gagangnya.
Dan saat kita tidak memerlukannya..memandang walau sebelah mata pun kita
tak mampu..Dan kita hanya tahu akan kegunaannya apabila kita mula menghadapi masalah
dengan sistem komunikasi kita yang sedia ada..bergegas kita mencari syiling untuk
menggunakannya...tapi saat itu..telefon itu sudah rosak...malah mungkin sudah tiada.
Saat itulah kita akan tahu betapa pentingnya sebuah telefon awam.

Mungkin apa yang aku coretkan bunyinya sedikit kelakar..."hahahaha..sebuah telefon awam.
Itupun nak kecoh ker Asrol...".(tersenyum). Ya..kalau dipandang dari sudut zahirnya
coretan ini..ianya seperti memperkatakan tentang sesuatu yang remeh. Tapi pada aku,
sepertimana telefon itu..begitu jugak lah kita dalam kehidupan bersama manusia-manusia.
kadang-kadang tanpa sedar kita mengabaikan insan yang selalu merindui untuk mendengar
suara kita. Insan yang selalu mengambil berat tentang kita. Insan yang selalu memandang
kita dari kejauhan. (Perkataan insan itu tidak dirujuk pada mana-mana pihak yang tertentu).
Boleh jadi ibu kita..boleh jadi ayah kita (pada yang masih mempunyai mereka).
Mungkin jugak sahabat kita...mungkin jugak seorang tanpa definasi yang tertentu
yang selalu cuba untuk mengambil berat,yang selalu cuba berdamping...kita abaikan.
Mungkin saat kita kehilangannya baru kita mampu sedari betapa berharganya mereka/dia/ia.
Adakah kita akan menangisi kehilangan mereka??Adakah kita terasa kekosongan apabila
mereka tiada???Saat itu semua itu umpama debu yang tak berguna..yang tak mampu untuk
mengembalikan semuanya ke dalam dakapan kita.

Mungkin kerana itulah kita digelar INSAN..satu makhluk yang lemah dan selalu lupa.
Saat ini mungkin aku sendiri telah mengabaikan sesuatu yang berharga yang berada
didepanku...

Wednesday, September 10, 2008

Hati Seorang Hamba...

Hamba itu sebenarnya bukanlah seorang penulis yang hebat...Yang mampu menulis dengan penuh madah dan puitis...Bukan jua seorang seniman agung yang mampu menjelmakan sakti melalui tinta keramat...kerana hamba itu dilahirkan bukan sebagai seorang pujangga istana...
Hamba itu menulis tika mana hati itu mengatakan "aku mahu mengeluarkan rasa ini"...atau.. "aku mahu luahkan sakit ini"...atau...tika mana fikiran dan akalnya seiringan mahukan ianya dikeluarkan...
Dalam beberapa detik dalam kehidupannya...hamba itu seolah-olah mula berlaku kejam pada diri sendiri...hamba itu menyakiti hati sendiri dengan berterusan memendam...menahan...sehingga akhirnya menyakiti hatinya sendiri tanpa hamba itu sedari...Perasaan sakit itu...bergelojak..berombak..mahu ianya dikeluarkan seberapa segera dari kotak hitam hatinya...tapi akal hamba itu terus menahan.."engkau akan terus diam disitu"...maka berterusanlah ianya terpendam dalam kotak hitam hatinya...membakar,meradak,mengelar...sedikit demi sedikit hati itu...sakit dikotak hati itulah yang melumpuhkannya..melemahkan anggota sendi di rangka badan hamba itu..Ia seolah-olah racun yang mula menjalar...menyelusuri ke segenap urat saraf dan nadi hamba itu...meracuninya..memamahnya...membakar...menegang...hingga hamba itu kehilangan satu nikmat dalam kehidupan...Mungkin kerana hamba itu telah diwariskan satu sifat...Diajarkan satu kalimah..."BERSABARLAH"..
Mungkin jua akalnya itu masih tidak berputus asa terhadap diri hamba tersebut...ia terus membimbing...mengajar...meniupkan angin dingin yg mampu memadamkan seketika bisa dan sakit itu...yang terus mengajar hamba itu apa itu erti senyum...apa itu erti ketawa...walau hakikatnya ianya terpaksa..
Hingga saat dan tika ini..aku hanya mampu memandang dan terus memandang...tanpa mampu untuk menghulurkan apa-apa pada Si Hamba Itu...dan aku hanya akan terus mampu memandang Hamba Itu yang mempunyai satu renungan yang sepi dan kosong...