Saturday, September 13, 2008

Kehidupan...Kehilangan...

Setiap hari kita melalui pelbagai cerita..suka duka..tawa tangis
yang kadang kala kita tidak mampu untuk fahami. Saat ini kita berduka...
kemudian kita tertawa gembira..(tersenyum)...yeah..itulah manusia.

Kadang-kadang kita terlupa..kita selalu meminggirkan sesuatu yang berharga
yang berada tepat didepan mata kita..Kita tidak pernah untuk cuba menghargai
atau kita tidak pernah mahu untuk menghargai. Sepertimana nasib sebuah
telefon awam. Terpacak sendirian..terpaku dibawah hujan dan panas. Hanya mampu
untuk memandang manusia-manusia yang makin melupakan kehadirannya di dunia.
Setiap masa ianya merindui untuk mendengar suara manusia dihujung gagangnya.
Dan saat kita tidak memerlukannya..memandang walau sebelah mata pun kita
tak mampu..Dan kita hanya tahu akan kegunaannya apabila kita mula menghadapi masalah
dengan sistem komunikasi kita yang sedia ada..bergegas kita mencari syiling untuk
menggunakannya...tapi saat itu..telefon itu sudah rosak...malah mungkin sudah tiada.
Saat itulah kita akan tahu betapa pentingnya sebuah telefon awam.

Mungkin apa yang aku coretkan bunyinya sedikit kelakar..."hahahaha..sebuah telefon awam.
Itupun nak kecoh ker Asrol...".(tersenyum). Ya..kalau dipandang dari sudut zahirnya
coretan ini..ianya seperti memperkatakan tentang sesuatu yang remeh. Tapi pada aku,
sepertimana telefon itu..begitu jugak lah kita dalam kehidupan bersama manusia-manusia.
kadang-kadang tanpa sedar kita mengabaikan insan yang selalu merindui untuk mendengar
suara kita. Insan yang selalu mengambil berat tentang kita. Insan yang selalu memandang
kita dari kejauhan. (Perkataan insan itu tidak dirujuk pada mana-mana pihak yang tertentu).
Boleh jadi ibu kita..boleh jadi ayah kita (pada yang masih mempunyai mereka).
Mungkin jugak sahabat kita...mungkin jugak seorang tanpa definasi yang tertentu
yang selalu cuba untuk mengambil berat,yang selalu cuba berdamping...kita abaikan.
Mungkin saat kita kehilangannya baru kita mampu sedari betapa berharganya mereka/dia/ia.
Adakah kita akan menangisi kehilangan mereka??Adakah kita terasa kekosongan apabila
mereka tiada???Saat itu semua itu umpama debu yang tak berguna..yang tak mampu untuk
mengembalikan semuanya ke dalam dakapan kita.

Mungkin kerana itulah kita digelar INSAN..satu makhluk yang lemah dan selalu lupa.
Saat ini mungkin aku sendiri telah mengabaikan sesuatu yang berharga yang berada
didepanku...

No comments: