Wednesday, September 10, 2008

Hati Seorang Hamba...

Hamba itu sebenarnya bukanlah seorang penulis yang hebat...Yang mampu menulis dengan penuh madah dan puitis...Bukan jua seorang seniman agung yang mampu menjelmakan sakti melalui tinta keramat...kerana hamba itu dilahirkan bukan sebagai seorang pujangga istana...
Hamba itu menulis tika mana hati itu mengatakan "aku mahu mengeluarkan rasa ini"...atau.. "aku mahu luahkan sakit ini"...atau...tika mana fikiran dan akalnya seiringan mahukan ianya dikeluarkan...
Dalam beberapa detik dalam kehidupannya...hamba itu seolah-olah mula berlaku kejam pada diri sendiri...hamba itu menyakiti hati sendiri dengan berterusan memendam...menahan...sehingga akhirnya menyakiti hatinya sendiri tanpa hamba itu sedari...Perasaan sakit itu...bergelojak..berombak..mahu ianya dikeluarkan seberapa segera dari kotak hitam hatinya...tapi akal hamba itu terus menahan.."engkau akan terus diam disitu"...maka berterusanlah ianya terpendam dalam kotak hitam hatinya...membakar,meradak,mengelar...sedikit demi sedikit hati itu...sakit dikotak hati itulah yang melumpuhkannya..melemahkan anggota sendi di rangka badan hamba itu..Ia seolah-olah racun yang mula menjalar...menyelusuri ke segenap urat saraf dan nadi hamba itu...meracuninya..memamahnya...membakar...menegang...hingga hamba itu kehilangan satu nikmat dalam kehidupan...Mungkin kerana hamba itu telah diwariskan satu sifat...Diajarkan satu kalimah..."BERSABARLAH"..
Mungkin jua akalnya itu masih tidak berputus asa terhadap diri hamba tersebut...ia terus membimbing...mengajar...meniupkan angin dingin yg mampu memadamkan seketika bisa dan sakit itu...yang terus mengajar hamba itu apa itu erti senyum...apa itu erti ketawa...walau hakikatnya ianya terpaksa..
Hingga saat dan tika ini..aku hanya mampu memandang dan terus memandang...tanpa mampu untuk menghulurkan apa-apa pada Si Hamba Itu...dan aku hanya akan terus mampu memandang Hamba Itu yang mempunyai satu renungan yang sepi dan kosong...

No comments: