Thursday, December 23, 2010

Islam Sekarang

Semenjak kebelakangan ini heboh satu Malaysia tentang pergerakkan Syiah yang makin tersebar di Malaysia. Pelbagai cerita dan kisah mula terpapar.Pelbagai tanggapan, label, persepsi timbul.

Syiah bukan satu aliran yang baru. Ia bermula pada zaman Khalifah Uthman. Dipercayai dikalangan Ahlu Sunnah dan Syiah, orang yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba. Aliran ini diperangi oleh Ali Karramallahuwajhah sendiri walaupun pada hakikatnya aliran ini mengagungkan beliau. Di dalam Syiah pula terdapat banyak Mazhab. Antaranya Zaidiyah,Imamiah dan lain-lain lagi. Ada yang bersederhana dan ada yang ekstrim sehingga mengkafirkan para sahabat dan Khalifah selain Ali. Terlampau banyak perkara yang dilakukan oleh golongan ini berdasarkan kepercayaan tanpa bukti dari dalil atau nas-nas Al-Quran atau dari Hadith yang Sahih. Mempercayai 12 imam mereka adalah maksum, mempercayai Imam ke-12 mereka yang hilang didalam sebuah gua sejak berabad lama akan muncul kembali antara perkara yang tak masuk akal dipercayai oleh mereka. Syiah satu golongan yang bersandarkan pada masa lalu tanpa mahu terus melihat ke depan. Terperangkap oleh belenggu masa lalu yang menjerut leher mereka sendiri.

Namun, apa bezanya Syiah dan Ahlu sunnah pada masa kini?Atau umat Islam keseluruhannya?

Kita juga terperangkap oleh keagungan tamadun Islam yang lampau. Mana Keagungan tamadun Islam pada masa sekarang? Kita bercerita tentang kehebatan Ibnu Sina,Ibnu Khaldun,Umar Abdul Aziz,Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Muhammad Bin Idris, Imam Ahmad bin Hambal,Imam Nawawi,Imam Ibn Taimiyyah, Abu Hassan Al-Assyari dan ramai lagi tokoh-tokoh besar dalam Islam. Tapi itu semua satu masa dulu. Sekarang?

Kita bercerita tentang kehebatan Tamadun Kerajaan Islam. Bermula dari Nabi Muhammad S.A.W, Zaman Khalifah Ar-Rasyidin,Ummaiyyah,kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tapi dimanakah kerajaan Islam sekarang?

Islam itu SATU. Allah itu SATU.Nabi Muhammad itu SATU.Al-Quran juga SATU. Tapi kita berpecah kepada pelbagai golongan yang tak terkira banyaknya. Dan kita terus berbalah sesama sendiri dan menikus bila diacah oleh mereka yang bukan Islam terutama oleh bangsa Yahudi. Lantang bergaduh dan berbalah sesama Islam, pengecut bila disergah Yahudi,Amerika dan Sekutu.

Dalam Ahlu Sunnah sendiri berpecah pada pelbagai Mazhab. Maka lahirlah ramai fanatik-fanatik mazhab yang kadangkala dangkal fikiran tak boleh ditegur dan disentuh. Dah ikut Syafie mana boleh ikut Maliki. Sedangkan ramai dikalangan mereka tidak mengetahui nama Imam Mazhab Syafie itu sendiri. Apa kitab yang dikarang Al-Imam Syafie pun tak diketahui. Hanya tahu mengikut membuta tuli. Bukankah didalam Al-Quran sudah terang melarang untuk kita mengikut tanpa ILMU? Bukan kah ada Hadith Sahih yang menyatakan hanya dengan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, barulah kita takkan tersesat? Tidakkah kita berfikir?

Sudah-sudahlah berbalah. Cukup-cukuplah bersengketa antara Islam. Islam tidak pernah lemah. Namun Umat Islam adalah satu umat yang lemah selagi tidak bersatu.

Thursday, December 16, 2010

Plagiat

Kisah tentang manusia-manusia penyangak yang suka mencuri hasil karya manusia-manusia lain dah banyak kali aku jumpa. Sekali fikir, memang palat. Dua kali fikir.......tetap palat. Tapi lepas tu terfikir.....kesian.

Nampak seolah-olah penyangak tu sangat kering idea dan juga gila glamor. Nak dapatkan perhatian dengan menciplak hak orang lain. Nampak sangat akal tak berapa nak ada.

Aku selalu mengikut blog Nazri (dunia-vovin). Kaedah penulisan dan cerita-cerita sangat menarik. Dan entri terbaru tentang seekor mangkuk yang memplagiat karya-karya beliau.

Aku juga kadang-kadang kekurangan idea untuk menulis di blog tapi tak pulak sampai untuk aku meng-copy dan meng-paste karya orang lain dan selepas tu mengaku karya sendiri. Mungkin aku bukan budak yang kurang akal.

Taubat lah weih..mencuri tu berdosa.

Sunday, December 12, 2010

Loan

Ader sesaper nak wat loan???

RM380k...boleh kontek gua..

Ini Siriyes....

Wednesday, December 1, 2010

Update Blog Weih!!

Semenjak kebelakangan ini aku perasan. Aku tak capai KPI blog. Siap berdebu. Setiap hari dijenguk tapi malas untuk menulis sesuatu.

Esok aku akan ke PWTC sempena KLIM yang diadakan disana. Bunyi-bunyi Bumblebee turun skali. Boleh mintak dia tukor kan kereta aku jadi Transformer sekali. Harap dapat masuk grup Autobot.

Lusa aku dah terbayang kepenatan yang bakal aku alami. Pagi photoshoot konvo. Petang sebelum asar mesti ada kat Pendamar untuk majlis akad nikah dan malam untuk majlis berinai. Bila saja cuti sekolah bermula, maka kerja aku biasanya bertambah. Alhamdulillah.

Owh..aku jugak perasan. Majlis Meja Bulat sudah lama tidak bersidang. Apa sudah jadi dengan Ahlijawatankuasa Mesyuarat Tingkap?? Hidup kah? Sakit kah?

Erin-M.I.A (Missing In Action)
Fariz My Baby - M.I.A (Missing In Action)
Benz - Masih hidup. Dapat dikesan menggunakan SMS. Syukur teknologi SMS wujud pada zaman aku.

Monday, November 15, 2010

Kita Sekadar Hamba

Kadang kita lupa untuk BERTERIMA KASIH

Kadang kita lupa untuk BERPESAN TANYA

Kadang kita lupa untuk MERENDAH DIRI




Tapi Jangan pula kita lupa

KITA TETAP HAMBA-NYA!

Sunday, October 31, 2010

Jalan P.Ramlee...Satu Ironi

Sabtu Malam...Jam 12 lebih..atau lebih tepat pagi ahad.

Aku dengan dua tiga ketul budak-budak aku gerak ke KL. Ada hal dengan sepupu member aku. Lokasi di BB. Oh ya,kitorang gerak dengan kete family member aku. Mecedis mata belalang. Dan aku rasa macam orang tua. Celaka.

Sampai di BB dan dah setel hal dengan kazen member aku, kitorang cari tempat urut kaki. Member aku sorang ni lenguh kaki sangat katanya. Takpe lah. Lagipon dia yang drive. Mana dia bawak kitorang polo jer. Dalam pada dok tunggu dia setel,kitorang cuci mata kat area situ. Betul.Memang bersih mata aku.

Pas dah setel,kitorang gerak ke Setiawangsa. Konon nak layan ShiSha.Betul ker eja?
Lalu di Jalan P.Ramlee. Aku nampak ramai perempuan bertanduk merah. Bila lak mata aku leh nampak setan nih??Bau kencing setan pon semerbak.Aku dah meremang bulu roma. Oh....rupanya tema Halloween.

Nampak pulak sorang gadis berpakaian yang amat amat amat sangat sangat sangat sendat sedang menahan teksi. Tapi dia tak bertanduk. Sebelah beliau ada sorang lagi gadis berpakaian hitam. Yang ni ada tanduk.Kaler merah. Aku cuba usha kot kot ada ekor tapi kecewa. Budak-budak aku semua tak kedip mata tengok gadis berpakaian sendat berwarna putih itu. Sebab??Beliau tak memakai bra dan jelas kelihatan semua yang ada didalam.oh....tetek nama nya. Aku bajet gadis berpakaian hitam bertanduk merah itu telah berjaya menghasut gadis berpakaian putih untuk berfoya-foya. Lagikan Ex-Ketua Malaikat pun dah jadi Syaitan inikan pulak gadis berpakaian putih. Member-member aku mintak aku snap gambar sebab kebetulan aku memang bawak kamera. Tapi aku terfikir, kemungkinan besar kamera aku akan dipanah kilat kalau menangkap gambar gadis itu. Lantas aku membatalkan hasrat.

Lepas layan asap kepul-kepul kat Setiawangsa kitorang gerak balik dengan mata yang sangat bersih. Terima Kasih Jalan P.Ramlee!!

Wednesday, October 20, 2010

Epilog I

Lama benar aku tak mencoret disini...takde idea plus tak berkesempatan...sangat-sangat bizi. Macam-macam orang aku jumpa sekarang.Tiap-tiap malam kene jumpa orang.letih tapi best.

nnt len kali lak aku sambung tulis kat sini..hehe

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Rempit Gua DiPetang Ahad


Satu petang yang damai,
Member gua datang melepak dan menepek di lantai rumah gua yang suci murni. Sambil membaca suratkabar cerita tentang ayat-ayat kambing.

Gua sound cara beragama..."assalamualaikum"
"waalaikumusalam" jawab beliau penuh berhemah.

"apa cer?"soal gua pendek.
"jom minum"balas beliau pendek jua.
"tapi gua bawak motor jer ari nih"sambung beliau lagi.
"lu ingat gua bukan bekas samseng jalanan era 90an ke?"balas gua penuh yakin.

***
"gua rasa macam gua rela jalan kaki dari bawak motor lu nih"ucap gua seraya menghembus asap rokok mahal dan merenung kearah motor didepan gua.
"ala....lu bawak lah.ni bukan motor gua.motor akak gua.gua pinjam"

Gua jeling dengan mata keluar api.
"lu chilake.Kalau tak sebab lu nak banjer makan,haram najis mutawageli gua nak bawak motor akak lu nih"ucap gua sambil pulas trotel motor dan terus menghala ke kedai mamak dan seterusnya dijeling orang ramai.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri buat kengkawan,sedara mara,jiran tetangga,tapir sebelah rumah serta semua yang kenal diri guaatau yang tak pernah kenal atau yang bakal kenal...

Maaf Zahir jugak Batin.(gua buat ayat skema)

Berhati-hati kat atas jalan,tepi jalan mahupun jauh dari jalan.

Taking Care.

Monday, September 6, 2010

Seorang Aku

Aku bersyukur
Apa adanya aku
Syukurku hanya untukMU
Yang Maha Satu

Yang kelam itu jiwaku
Disirami salju kasehMU
Aku tunduk membisu
Membatu
Ampuni segala dosa-dosaku

Jiwa yang kontang itu
Milik seorang aku
Jauh dari ChentaMU
Pohon disuburkan pintaku
Dengan Chenta dan KasehMU
Yang tiada sempadan waktu

Seorang itu aku
Sujud itu tetap milikMU

***disedut dari http://daerahtembakau.blogspot.com

Pemilik Kotak Hati

Di satu sudut
Aku melintas
Terpuruk kotak hatimu
Sepi Kelam Berdebu

Kaki mendekat
Mata terpaku
Hati terpaut
Bibir membisu

Aku termenung
Jiwa meronta
Ingin kugapai
Namun tangan membatu
Akal berputar
Mungkin kotak itu
Milik insan yang ku tak tahu

Angin yang bertiup
Masa seolah terpadam
Dan aku terus menunggu
Ketibaan pemilik
Kotak hatimu

Dan kalau kotak itu
Tiada pemiliknya
Bolehkah aku menjadi
Pemilik kotak hatimu???

***disedut dari http://daerahtembakau.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

Kueh Raya

Aku angkat henset.Belek-belek.Picit-picit.Tekan-tekan.

"Ada pun"

"Hello...assalamualaikum"

Kedengaran suara dicorong henset aku menjawab salam.

"ma,ni ada orang jual biskut Elmen Landen.Ma nok dok?"

"Banyok doh kueh.Tapi kalau Along nok beli gok,beli lah"

"baeklah"

Kenapa Raya tahun nih aku mesti beriya-iya tentang kueh,baju,serunding,gajah,tenuk dan apa bagai??

Tak rok star langsung.

Friday, August 27, 2010

Kemeje G.A.P & Perfume Bugatti


Jenis : Perfume
Jenama : Bugatti
Rege : RM250.00
Nego sampai lebam








Jenis:Baju Kemeja
Jantina : Lelaki
Jenama : G.A.P
Rege : RM200.00
Saiz : Lebor (L)

Nego sampai lebam
Saper nak, kontek gua...barang baru.Tak penah pakai.Memang bagus untuk buat berlagak dekat orang kampung dengan barang ori.
017-386 9053-no tepon gua...bukan jiran gua.






Sunday, August 15, 2010

Spesis Manusia

Manusia...

Satu spesis yang pada gua sangat kompeliketed..dan juga spesis bermuka-muka.

Ramai jugak lah yang dah gua jumpa...

Oh..tak kurang juga yang trit gua sebagai HelpDesk.Gua memang suka buat pahala

Tak kurang jugak manusia yang suka buat aku-janji-aku-bayar-hujung-bulan.Lu bagilah makan duit haram kat anak bini lu. Gua tak kisah.

Sekali duakala gua fikir, jadi rejim zionis pon ader bagusnya.

Kan?

Keh Keh Keh

Saturday, August 14, 2010

Menu Puasa

Selamat Berpuasa yer sahabat-sahabat..(bg yang berpuasa sahaja).

Tiap-tiap kali ketibaan bulan puasa aku pasti menghadapi satu masalah.

Hilang Selera Makan!!!

Kalau pergi bazar ada ayam golek,kambing bakar, tenuk madu, babi beratur.....name it..

Nak jeling pon aku malas.

Menu aku tiap-tiap hari:

1)Air (sebarang jenis,warna dan rasa)
2)Kuih dalam 3 bijik.
3)Rokok dan lighter.

Wednesday, August 4, 2010

Aku Seorang Psikik

Aku dapat mempelajari sesuatu yang baru...
Aku rasa dengan ilmu tuh aku dah layak jadi kaunselor or paling tidak seorang psikik yang tersohor..

kepada kawan-kawan yang ingin mencuba ilmu psikik terbaru aku nih..boleh tinggalkan tarikh lahir kamu...

Yer..dan secara percuma aku akan menyaikikkan kamu semua...

hahahahaha.....

Friday, July 30, 2010

Tabligh

Aku selalu berpendapat, kalau seseorang itu cuba mencari agama, cuba mengikuti agama, mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik. Sebab Islam adalah satu agama yang sempurna. Walaupun semua 'agama' menyarankan kebaikan, namun Islam jauh lebih dari itu. Islam adalah Sejahtera. Islam itu adalah Keamanan. Islam itu adalah Kebahagiaan.

Namun ada dikalangan kita yang mempergunakan agama untuk menghalalkan keinginan. Aku bukan Anti-Tabligh. Aku menyokong gerakan dakwah kerana itu lah sunnah. Namun dalam masa yang sama, segelintir dari golongan penyebar risalah Islam ini lupa bahawa mereka perlu untuk menunjukkan uswah yang terpuji. Uswah yang sebenar dalam Islam. Adakah bila kita berjubah berserban kita diberi lesen untuk menghina,memerli atau mengherdik perempuan tidak bertudung? Adakah kita diberi lesen untuk mencemuh lelaki yang bertindik? Adakah itu Uswah yang dianjurkan dalam Islam?

Aku memahami golongan Tabligh sentiasa berjalan kesana kemari dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Berpeluh,debu,asap,penat lelah itu adalah sajian kepada mereka. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi ganjaran buat kamu. Namun jangan kita lupa, Islam sentiasa menganjurkan kebersihan. Kekemasan. Jangan sampai orang terpaksa menutup hidung bila berhadapan dengan mu. Jagalah kebersihan. Nabi sendiri sentiasa membawa sikat,cermin dan bercelak mata. Kenapa? Apa yang Baginda s.a.w cuba tonjolkan? Itulah kekemasan. Kebersihan.

Sebarlah dakwah di serata pelusuk dunia. Itu sangat terpuji. Namun jangan dilupa tanggungjawab yang ada. Pada isteri,anak-anak, ibu bapa dan keluarga. "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Itu ulat. Kita manusia.Ulat makan apa saja. Kita perlukan makanan yang baik-baik. Semua itu memerlukan perbelanjaan. Ulat tak perlukan RM untuk beli sebungkus Maggi Perisa Asam Laksa. Jangan lupa, Allah menyuruh kita berusaha dahulu. Baru berdoa. Dan kemudia bertawakkal. Bolehkah kita bertawakkal tanpa berusaha? Kaum lelaki telah dipertanggunjawabkan dengan pelbagai amanah. Gunalah akal yang dianugerahkan untuk mengatur kehidupan sebaik mungkin.

Isteri itu adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Namun apa yang terjadi, segelintir dari Tabligh lupa hakikat ini. Namun mereka tidak lupa berkahwin lebih dari satu itu adalah sunnah. Sunnah yang sekecil menjaga sillaturahim sesama keluarga dan masyarakat tidak mampu untuk dipikul, inikan pula untuk berlaku adil dikalangan isteri-isteri. Apakah mereka ini suka bermimpi?

Sekali lagi aku tekankan, aku bukan Anti-Tabligh. Tapi Tabligh rosak kerana manusia didalamnya.

Thursday, July 22, 2010

Awek Bus Stop

Apsal sekarang bila aku lalu kat bus stop Seksyen 2 aku nampak awek-awek UiTM zaman mutakhir semakin lawa-lawa??

Kenapa zaman aku dulu-dulu tak ramai yang lawa-lawa??Muka kebanyakkan dari mereka membuatkan aku terfikir bahawa aku berada di rumah orang-orang tua.Yang lawa pada masa itu mungkin aku anggap warden rumah orang-orang tua.

Atau nampak sangat aku kerja ditempat yang dipenuhi makcik-makcik sehingga aku begitu menghargai kecunnan seorang anak dara (hanya tekaan..belum tentu).

Oh awek bus stop....kamu membuat aku makin susah membuat pilihan.

Thursday, July 15, 2010

Pekerjaan Pasangan Yang Sesuai (tajuk ini umpama tajuk majalah WANITA)

160710

Dua minggu lepas semasa aku menghadiri satu kenduri (Tangkap gambar)..
DJ kat situ cuba untuk bercerita tentang satu lawak yang agak horror...

"orang tua2 cakap, kalau nak kahwin jangan kahwin dengan polis dan nurse tapi kahwin dengan konduktor bas"

Aku pelik...

Sebab kalau korang kahwin dengan polis dia akan selalu cakap 'STOP"...

Kahwin dengan Nurse dia akan selalu sebut 'NEXT'...

Kahwin dengan konduktor bas dia akan sebut..."MASUK...MASUK...."

Aku terfikir...

Ada logiknya disitu...

Thursday, July 8, 2010

Jarman Vs Spain

080710

Malam tadi niat di hati nak tengok Spain lwn Jarman...(walopon atiku Oranje)

Pall Mall 20...ada.
Nusantara 12...ada.
Nes O Ais...ada.

Memang sedap ni. Hati kecilku berkata.

First half....

Bosan...

****

Jam 6.30 pg...

Aku dapat esemes..Jarman 0-1 Spain. Delete esemes. Sambung tido.

Tido itu sangat berharga.

Thursday, July 1, 2010

Gadis Marmalade

Seindah malam bernyanyi menantikanmu
Fikiran melayang ku ingin bertemu
Merunyup mata merundung jiwa
Mengenang kisahmu hiba

Tercari berlari degupan berbunyi
Bayangan terbayang khayalan membayang
Kiri kau tiada kanan bertakhta
cahaya suriamu dinda

Jangan tinggalkanku
Kataku merayu
Tubuh peluk aku
Siapa kau ku tak tahu

Gadis marmalade
Jelma dalam mimpiku
Hadir dalam hidupku

Gadis marmalade
Jelma dalam mimpiku
Hadir dalam hidupku

Terbangun dari tidur kau tiada disisi
Tersungkur terjatuh ku cuba berdiri
Sesak bernafas kakiku lemah
Mencapai hajat tak sampai

Kekosongan meleret bulan purnama
Caramu berdansa tarian tak sama
Senyuman manis menanti iblis
Tergiris nafsuku tepis

Jangan tinggalkanku
Kataku merayu
Tubuh peluk aku
Siapa kau ku tak tahu

Gadis marmalade
Jelma dalam mimpiku
Hadir dalam hidupku

Gadis marmalade
Jelma dalam mimpiku
Hadir dalam hidupku

Nafsuku berteman bisikan nafasmu

Wednesday, June 30, 2010

Dunia Ku...

010710

Dunia ku Sekarang mulai makin mengecil.
Teman-teman rapat semakin berkurang.
Walaupun sekarang aku berada ditengah-tengah kelompok manusia.
Seolah-olah aku berada dalam lingkungan bulatan manusia yang tak kukenali dan aku hanya memandang dalam satu ruangan hitam dan putih.

Mungkin sebab sekarang apa yang aku tau dan apa yang suka lakukan hanyalah kerja.
Kerja aku adalah kerja.
Hobi aku adalah kerja.
Masa bersosial aku adalah kerja.
Selain itu...

Bila berada dalam dunia ini, dunia freelance yang semakin membesar...
Aku mulai belajar tentang ragam manusia yang makin pelbagai.
Dan aku...
Hanya mampu tersenyum dan tergelak.

Next photoshoot...
Weekend nih di Sijangkang. Area Sub Urban.Aku rasa lah...

Oh ya, aku dah tarik diri dari kedai.
Bersama 3 teman seperjuangan ku yang lain.
Cuba untuk berubah angin.
Dan aku rasa itu pilihan yang lebih tepat.

Saturday, June 19, 2010

Lelaki Itu

Satu waktu dulu,
Aku lihat lelaki itu gigih menaip sesuatu yang tak ku fahami di atas sebuah meja didalam sebuah pejabat kecil. Tekun menulis dan menyemak kertas-kertas yang tidak ku fahami isi kandungannya. Dia mengangkat muka, tersenyum padaku.

Satu waktu dulu,
Ku lihat sesusuk badan yang diseliputi pakaian uniform. Lena di atas kerusi disudut ruang tamu. Tak mengeluh penat walau tidak bermaya.

Satu ketika dulu,
Lelaki itu berulang-alik ke sebuah bangunan yang dipanggil Hospital. Aku tau, dia lemah. Dia sakit. Tapi senyuman tak pernah lekang dari wajahnya.

Satu ketika dulu,
Aku dirotan teruk oleh mak atas masalah disiplin yang aku lakukan di sekolah. Dia berusaha meredakan kemarahan mak aku. Berusaha menghalang dari badanku menjadi landasan rotan untuk mendarat.

Satu ketika dulu,
Aku lihat sekujur badan yang makin lemah. Dan berusaha dengan kudrat yang ada untuk bertahan. Dan aku memangku kepalanya.

Dan dia pergi juga...
9 Januari 1997 jam 11.45pg

Dan hari ini,
Aku berada ditempatku kerana jasanya.
Yang tak mungkin mampu untuk aku balas untuk seumur hidupku.

Namun aku mampu berkata dengan bangga
"Dia ayahku"

Selamat Hari Bapa untuk Arwah Ayahku...

You Are Simply The best.

Abu Bakar Bin Musa

Tuesday, June 15, 2010

Manual Book

150610

Pagi yang cerah. Permai. Damai. Sedikit berhabuk dicetuskan lori-lori tanah yang bersimpang siur keluar masuk dari kiri kanan namun bukan bawah ke atas. Aku memandang dari satu sudut di tingkat kedua diatas bangunan berlapis. Sambil otak ligat berputar dan telinga disumbatkan dengan keroncong-keroncong Allahyarham Mikael.

Di satu sudut, terpunduk beg kamera berserta isi-isinya. Juga sebuah manual book untuk kamera itu. Di satu sudut yang lain, terbaring sebuah printer berskala sederhana untuk pemprosesan kertas bersaiz A3. Juga dibeli bersama dengan manual book. Mungkin juga kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia mempunyai manual booknya yang tersendiri.

Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga ke ruang lingkup penciptaan berasaskan teknologi yang sukar diproses kehebatannya dalam otak kita, semuanya mempunyai manual book masing-masing. Andaikata kita dan mereka-mereka yang berkaitan menggunakan dengan sebarangan, rosak punah kacau bilau haru biru sudahnya.

Maka aku tertanya.

Adakah penciptaan kita sebagai manusia tidak mempunyai sebuah manual book?

Friday, June 11, 2010

Monoloque Itu

120610
2.22pagi

Aku masih dalam kedai. Mendengar dendangan 3 doors down sambil terus cuba menghirup nafas yang yang dirasakan semakin menyempit di sudut rongga paru-paru. Dan juga sambil membelek komik-komik yang entah bila akan sampai pada penamat. Dan aku terus ditipu.

Aku cuba menyedut asap-asap yang dulu sangat aku dambakan. Tapi seolah-olah aku tertelan asap bas mini yang hitam kelam kelibut di celah kotaraya. Dan aku mengah menahan nafas. Peluh berjurai menitik perlahan. Hilang seketika ditiup angin kipas dinding yang bertiup perlahan.

Aku harus pulang sebelum pagi kian menjengah suria. Sebelum burung berkicau riang terbang di awan. Sebelum muazim melaungkan kalimah-kalimah keramat yang melenakan ramai manusia.
Dan sebelum bermula sepak mula France di Piala Dunia.

Oh..aku lupa. Aku sekadar penyokong lalang. (Brazil,Sepanyol,Belanda,Argentina)

Monday, May 31, 2010

Mati Itu Pasti

Aku terfikir....

Setiap hari ada jer berita tentang kematian...

Yang datang dalam pelbagai bentuk...

Eksiden, sakit jantung, jatuh bangunan, kene bunuh dll...

Yang tua, muda malah kanak-kanak...

Tanpa mengira jantina....

Lelaki, perempuan atau yang separuh-separuh

Bersediakah kita untuk mengadap Pencipta kita??

Apakah kita sudah mencuba untuk menurut setiap perintah dan laranganNya??

Aku takut memikirkan jika aku mati sebelum mendapat keredhaanNya...

Wednesday, May 19, 2010

Back to 2007

Back to 2007...

Location : Tesco S13 Shah Alam.

Satu petang, gua ngan sekutu gua pergi Tesco. Fes taim gi Tesco nak beli soping barang rumah. Biasa kat blakang umah gua jer. Kedai Jawa.

Disebabkan keadaan financial gua dan sekutu masa tuh agak kencang, kitorang soping seme yang saiz XXL. Tapi satu perkara, gua lupa masa tu gua & sekutu belum ada kerete.

Bersandarkan harapan gua pada 100sport keramat gua, selamba gua usung barang2 yang disoping beserta mamat sekutu. Masa kat tempat parking motor....

Gua nampak awek 3 orang cun giler melintas depan gua & sekutu. Dengan sekampit beras di celah lengan dan plastik yang penuh dengan segala mak nenek sos gua sound sekutu gua...

"Tulah..ader kete tak nak bawak" dengan nada kuat.

Thursday, May 13, 2010

Sabar

Sabar...

Satu perkataan.

Senang nak nyebutnya.

Tapi SubhanaAllah, payah yang amat nak guna dalam diri.

Kadang rasa sabar sangat-sangat amat-amat dah. Tapi ekceli, baru sikit jer pon.

Bila gua cakap kat sekutu-sekutu gua, "Lu sabar ok".."Bawak-bawak bersabar", gua tahu tu ayat stendet.

Senang gua ucap tapi susah bagi yang merasa. Sama jugak untuk gua. Orang cakap kat gua "Lu sabar beb", lu ingat lu ada-dalam-kasut-gua ke? Tapi sekurang-kurangnya ucapan tu buat gua ingat apa itu sabar sebab kadang-kadang kita nih jadi makhluk yang pelupa.

Gua ingat satu ayat. Mutiara kata ke apa gua lupa. Tapi yang cakap kalau tak silap gua Saidina Ali.

"Sabar itu ada dua. Sabar dalam menahan kemarahan dan sabar ketika mula-mula menerima perkhabaran yang buruk. Itu lah sabar" Lebih kurang camtu lah ayat dia. Kalau salah, tolong betulkan.

"Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar"...InsyaAllah.

Wednesday, May 12, 2010

Aku Tatau Nak Letak Tajuk Pe!!

Aku tatau nak update aper kat blog nih..
Otak berserabut dengan keje yang bertimbun tak pernah sudah...
Sosial Life???Apa bende tuh?

Parah dah aku ni...aku rasa lah..

Esok presentation kat Proton untuk Persona R3 & EMAS..

Abes nih, gua bajet nak gi hanimun.

Bulan 6 insyaAllah, balik kg. Lama dah aku tak balik. Kang takut sesat lak lupa jalan kat kg sendri. Anak derhaka!!

So, pada gegadis yang free, leh kontek ai..kita gi hanimun.Yeah!!

Thursday, May 6, 2010

Cantik

Cantik itu satu perkara yang subjektif...

Adakah pada bentuk hidungnya?
Atau alis matanya?
Atau mulus pipinya?
Atau mungil bibirnya?

Atau

Tinggi pekertinya...
Baik budinya...
Mulia akhlaknya...
Dan rendah tutur katanya..

Wednesday, May 5, 2010

Hati Itu Lah Yang Terpenting

Aku selalu terfikir...berfikir....

Kenapa dunia semakin haru biru? Semakin kacau bilau....

Kenapa membunuh itu seperti makan kacang cap Ngan Yin?
Berzina itu seperti meminum ais kosong di tengahari?
Buang anak itu seperti membuang mangkuk yang pecah?
Minum arak itu seperti pekena teh tarik kat kedai Hakim Seksyen 7?
Bertatu itu sebagai lambang kemodenan?

Nak kata mereka tak belajar agama? Sekolah dari kecik dah ajar...

Pada aku, banyak faktor yang menyumbang ke arah itu semua.

Ibu Bapa, Jiran, Kawan-kawan, Masyarakat, Sekolah, Pemerintahan....

Semua saling berkait.

Tapi salah satu faktor, pada aku mungkin faktor yang agak besar.

Di dalam Al-Quran ada satu surah.

Surah An Nas...

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Tertulis disitu, tempat serangan jin dan manusia ke atas manusia yang lain....HATI!

Yang mendorong kita melakukan sesuatu samada baik atau buruk adalah hati. Kalau baik hati itu, baik lah manusia itu. Kalau buruk hati itu, buruk lah manusia itu.

Dan ada satu ayat lagi...Surah Al-'Ankabut ayat 49

Maksudnya

(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim."

Apa yang aku cuba kaitkan disini, bilamana hati kita tidak diisi dengan Al-Quran, maka hati kita akan kosong. Tiada pelindung. Tiada Kaspersky...

Maka mudahlah Iblis, Syaitan, Jin dan manusia membisikkan dan menghasut kita ke arah yang tidak sepatutnya.

Aku rasa, bukan pendidikan seks yang perlu kita tekankan.

Tapi Pengajian Al-Quran dan Pelaksanaannya itu lah yang lebih penting.
Maksud aku bukan setakat mengaji, bertajwid, bertaranum. Tapi yang lebih penting, terjemahan dan tafsirnya. Bukan pula setakat belajar, malah mesti dilaksanakan.

Bukan mudah, aku tau...
Tapi itulah yang dilalui oleh Nabi Besar kita dahulu...

Baginda tidak mengajar sahabat-sahabat bertaranum. Tapi baginda menyampaikan Al-Quran.

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari perjuangan Baginda S.A.W dan bukan setakat mengingati Baginda semasa Maulidur Rasul..

Tuesday, May 4, 2010

Tolong jangan Wat lawak bangang!!

Aku tak pernah halang..malah aku menggalakkan orang berbuat baik...

Sangat-sangat aku galakkan.

Aku tak pernah marah kalau aku kecewa disebabkan matlamat tidak kesampaian disebabkan kebodohan atau ketidakupayaan aku sendiri...

Tapi aku still tak boleh terima bila aku gagal disebabkan oleh kebodohan orang lain.

Aku tak boleh terima bila ko terlampau bermurah hati sampai menyusahkan aku.

Kalau ko nak buat baik,silakan. Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Dah jadi tak baik pulak.

Spoil mood aku pepagi ni!

Thursday, April 29, 2010

Nasi Ganja...

2 minggu yang sangat penuh dengan aktiviti..

2 minggu yang sangat-sangat memenatkan...

Baru balik dari Kedah...Gurun. Pergi NAZA..Memang GURUN SE GURUN nya...

Pekena NASI Ganja Tasek Gelugor...juga masak apa ntah.Tapi guna perut lembu. Aku syak dalam tu pun ada ganja. Sedap semacam.

Setel Kedah.Esok Aku ke Bentong..Mau pekena Gulai Tempoyak Ikan Patin...

Aku tatau dalam Gulai Tempoyak nanti diorang letak apa lak..

Kot-kot ada morfin...hope aku tak kena ujian air kencing lak pasni..

Tuesday, April 20, 2010

Hidup Yang tenang

Setiap hari yang berlalu sekarang....

Aku rasa tenang. Aku rasa aman. Dan aku mampu tersenyum.

Satu ketika dulu, kalau jadi kejadian seperti masa aku eksiden, perkataan pertama..."shit". Takpun "babi"..Tapi masa eksiden baru-baru ni, aku hanya hulur kepala melihat bonet ku yang terangkat. Dan berkata "kena dah". Aku keluar sambil bertanya akak kereta depan "Akak ok?"
Dalam kereta semasa OTW pegi balai, aku siap boleh gelak ngan Ijal.

Tapi aku tak nafikan, kepala aku berfikir. Dan terus berfikir. Cuba untuk mencari jalan keluar yang terbaik. Namun aku mampu berfikir dengan keadaan yang tenang.

Aku sendiri tak pasti dengan perubahan aku. Tapi aku rasa jiwa aku makin tenang.

Beberapa perubahan yang aku dapati pada aku...

-Masih merokok namun dengan jumlah yang amat sedikit berbanding dulu.
-Baran aku semakin menipis. Kalau ada, aku mampu mengawal.
-Mudah menerima teguran.

Aku rasa hidup aku lebih bernilai. Alhamdulillah.

=)...

Saturday, April 17, 2010

RM RM RM

Tadi aku gi jenguk-jenguk vehicle resing aku kat bengkel di Andalas..

Hari ni baru masuk Hospital...banyak jugak penyakit selepas di diagnosis...

Tulang bengkok,paru-paru pecah, kulit kepala tanggal...

Isnin ni member aku operate..

Pesan aku kat Dr.Kawan..."Tulang kalo boleh luruskan balik, jangan masuk tulang baru"

Aku dah nampak Rm Rm Rm......terbang bersayap putih...

Wednesday, April 14, 2010

Bila kereta gua jadi pervert...

14/4/2010..

Jam 8.15 malam..

Tarikh keramat....

Depan kete gua ngengada cium bontot kete orang...Pervert!

Bonet out...frame bengkok...

Maka dengan ini..secara official...Kete gua masuk klinik.

Yessszzzaaaaa!!!!bonet baru...

Sunday, April 11, 2010

Aku Dan Tidur

Hari cuti...

Yer...Hari cuti yang terisi dengan sepenuhnya....

Hari cuti yang membuatkan aku puas...

Berehat. Tengok muvi. Basuh Baju dan seluar. Tengok muvi lagi. Tido macam orang mati.

Aku rasakan kepuasan ditahap klimaks.

Sejak akhir-akhir ni, aku cukup menghargai setiap peluang yang ada untuk aku tidur. Macam orang yang telah ada bini dan berpisah untuk jangka waktu yang lama, bila bertemu kembali setiap saat pasti akan diguna sepenuhnya.

Wednesday, April 7, 2010

Bacalah....Kajilah...Sedarlah...

Aku pelik dengan sesetengah manusia dalam kelompok masyarakat kita hari ni...

Kenapa??

Sebab semakin ramai yang hanya tau mengikut tanpa mahu mengkaji sendiri...
Macam mana nak ubah mentaliti??

Pada aku..setiap bende..setiap tindakan...setiap hukum...
MESTI BERLANDASKAN BUKTI/NAS/DALIL...

Kenapa kita hanya mahu bertaklid buta-buta?? Alasan sebab kita tak tahu...Dah tuh kenapa tak cuba belajar??Takde masa...Kita yang bahagi masa atau masa yang bahagi kita?

Belajarlah...Bacalah...Walau secebis suratkhabar....

Untuk entry kali nih...aku tinggalkan dengan satu soalan...

Kalau korang perasan dalam doa Iftitah...

Ayat last...

wa ana minal muslimin...

Doa tu diambil dari Ayat AlQuran...
Tapi dalam Al Quran tulis...

Wa ana Awallu muslimin...

Kenapa kita mengubah ayat AlQuran??

Monday, April 5, 2010

Salesman Cekelat

Hari ini satu sejarah telah tercipta...

Berbekalkan semangat yang sungguh padu bak panglima perang di perbatasan sempadan, aku melangkah masuk ke opis aku.

Dengan senjata yang penuh ditangan...

Berat senjata dianggarkan mencecah hampir 3 kilo...

Namun demi masa depan..aku pertaruhkan maruahku...

***

"Cekelat ni RM4.50 jer kak..saya jual murah jer nih"

Maka hari ni aku menjadi Salesman cekelat di opis aku.

Monday, March 29, 2010

Orang Kita...Stendet.

Apsal orang kita suka tengok sekadar luaran ek??

Bila gua pakai jeans lusuh baju t itam berseno kep,ingat gua budak lulusan UPSR jer ker?

Takkan bila nak sembang ilmiah gua kene pakai baju kemeja berslek hitam bernektai kemas?

Gua bajet pasnih bila nak sembang ilmiah, gua kene bukak fail sijil2 gua.

Sijil Merejam Lembing,Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Naib pengerusi PBSM masa gua skolah menengah dulu.

Thursday, March 25, 2010

Kembalilah Pada Fitrah

Bismillahirahmanirahim...

Kalo korang perasan, sejak akhir-akhir nih aku tengok keadaan or masalah akhlak dikalangan remaja terutama berbangsa melayu beragama Islam semakin teruk.

Seriyes..aku sedih. Tapi biasalah. Bila keluar berita-berita pasal buang bayi,budak mati kene dera,ustazah kene tangkap khalwat,ustaz kene tengkap khalwat,anak bunuh keluarga, berlumba-lumba lah mereka yang memegang kuasa memberi pandangan itu dan ini.

Kononnya tindakan mesti diambil. Menggunakan cara dan hukum hakam kepala otak manusia.

Tapi baguslah. Daripada tak ambil tindakan langsung.

Tapi pendapat aku,bukan hukuman itu yang penting. Yang penting macam mana cara untuk mencegah.

Rasulullah sendiri mula-mula dapat wahyu bukan terus pasal hukum hudud. Wahyu pertama "Bacalah"...Iqra'.Dan wahyu-wahyu yang diturunkan di Mekah lebih kepada membetulkan akidah. Bukan hukuman.

So, pada aku, kenapa kita tidak mengambil cara Rasulullah?Betulkan akidah dari peringkat akar umbi. Bukan semata galakkan remaja masuk Af,Mentor or apa lagi yang aku tak tau.

Tapi orang akan cakap, Islam itu banyak sangat cabang,ideologi,fahaman yang berbeza pendapat. Ya,aku akui.Kita ader Sunnah wal jamaah dan Syiah (Syiah dah ada pengikut kat Malaysia,kalo tak silap aku.Cuma minoriti sangat).Dalam Sunni pulak ada 4 mazhab. Tak campur lagi yang Syariah dan yang tarekat.

Tapi kalau dari awal mentaliti kita dah cakap tak boleh, memang lah tak boleh. Kalau kita nak,mesti ada jalan. Mesti ada titik persamaan.

"Telah aku tinggalkan kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu AlQuran dan Sunnah RasulNya"..hadis wasiat yang diberitahu oleh Rasulullah pada Haji Wida'.

Nah,Nabi dah tunjukkan jalan. Kenapa kita perlu cari jalan lain?Hanya itu jer jalan yang dapat memastikan kita tidak sesat. AlQuran dan Sunnah RasulNya.

Orang akan cakap pula.Tak boleh belajar sendiri-sendiri.Nanti lain kita tafsir.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Maka pada aku tak perlu timbul soal salah tafsir.Kita belajar dulu ayat yang jelas. Yang samar-samar dan tak faham,baru rujuk pada orang yang lebih arif.

(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; Surah AlBuruj ayat 21.

Allah dan Rasul dah bagi jawapan.Kenapa kita mencari jawapan yang selain itu?

Mampukah kita yang tidak sempurna mencipta sesuatu yang sempurna?

Monday, March 22, 2010

Akhirnya

Selepas hampir sekian lama aku bertahan...

Akhirnya jiwa aku roboh jua...

Namun ini terpaksa aku lakukan...

Bukan ini yang aku minta terjadi...

Tapi aku terpaksa...

Akhirnya aku membuat keputusan ini.

Blog aku akhirnya bertukar layout.

Sunday, March 21, 2010

Pempuan Yang Suka Baju Sendat

Gua semakin hari semakin gua tak faham...
Semakin gua kelam....
Dengan spesis pempuan...
Siyes...

Kalo lu orang pakai baju chantek-chantek untuk apa?
Mesti dengan niat untuk kelihatan chantek pada pandangan mata sendiri dan juga pandangan manusia-manusia awam disekeliling kan?
Takkan pakai baju chantek-chantek nak bagi tengok kat ayam serama gred A..
Ok..gua faham.

Tapi spesis yang pakai baju sendat sampai nampak semua jojolan dan lurah bilut pakai sedemikian rupa untuk tayang kat sapa ek?
Bila gua tenung...derang daring gua cam nak tersembul bijik mata.
Sah-sah lu orang pakai macam nak tayang kat orang awam macam gua. Gua tengok jer pon. Tak sentuh. Haram. Bukan muhrim. Gua tengok tak berkelip. Kalo berkelip baru gua toleh tengok pempuan sendat lain lak.

Kalau lu orang taknak bagi spesis orang awam macam gua tenung, janganlah pakai macam tu. Kalau nak pakai juga, lu orang kene lah redha untuk jadi tatapan umum. Gua bukan apa, menghargai keindahan ciptaan Pencipta.

Apa kata kalau lu orang betul-betul nak tunjuk aset lu orang, lu orang pakai two piece jer...setel. Gua pun senang. Tak payah gua susah-susah nak terkendap-kendap mencari aset. Muahahahaha...

***Entry ni sedikit keji.Sikit jer.

Friday, March 19, 2010

Jangan Bagi Ayat Tergantung Jika Tidak Buruk Padahnya

Satu hari....

Gua dengar radio...

Keluar lak ceramah pasal solat...

Kata penceramah

"Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah bersembahyang..."

Gua buntang bijik mata...dalam hati berkata "Ni sesat nih..sesat.Kompem."

"kecuali berjemaah"sambung penceramah tersebut selepas gua tarik nafas.

Tolong habiskan ayat kamu itu secepat yang mungkin.Kalau time tu tiba-tiba blackout, tak ke naya. Tak pasal-pasal gua dapat ajaran baru.

Thursday, March 18, 2010

Gua kene sihir

Kenapa sejak dua menjak nih gua rasa sengal jer?

Kepala asyik melata entah kemana...

Gua syak gua kene ilmu pengasih nih...

Dan membayangkan gua kene ilmu pengasih samalah seperti membayangkan cubaan melontar jarum sampai ke bulan...

~sigh

Monday, March 15, 2010

Jangan Mengaku Apa Yang Bukan Kita

Dua tiga hari lepas aku lepak-lepak ngan Angah,member aku. Tetiba dia tanya aku

"Siapa Jibril ko?". Hah!!!Dengan kepala dan ilmu yang takat suam-suam kuku aku nih selamba je lah aku jawab. "Jibril tu kan malaikat. Mana aku tau aku ada jumpa ke tak ngan Jibril. Naper Ngah?"
Angah bitau aku ada sorang mamat yang mengaku orang tarekat tanya dia soalan tuh. Soalan kedua mamat tu tanya "Macam mana Nabi Muhammad S.A.W masuk Islam?"

HAHHH!!!Lagi satu kes naya. Angah cakap "Nabi terima wahyu". Boleh pulak mamat tu cakap "EH..itu tabligh". Plak dah.Bukan semua orang Islam tau ke yang Nabi terima apa sahaja arahan dari Allah melalui wahyu?Bestuh orang Syariah percaya Nabi Muhammad terima melalui apa lak? Tarekat percaya Nabi Muhammad terima arahan/pesanan melalui apa lak?

Terus aku tepuk bahu Angah. "Ngah,kalau betul dia orang tarekat yang betul,mintak dia bukak sanad.Kalau tak terputus sampai kepada Nabi, kita boleh dengar dan kaji.Kalau terputus sanadnya,jangan lah memandai nak ambil"

Aku tanya member aku orang tarekat Naqsyabandiah,dia senyum jer. Katanya "Tarekat tidak akan bercanggah dengan Syariah. Kalau bercanggah,selidik dulu Tarekat apa yang diamalkan"

Dalam kepala otak jendul aku nih aku cuma mampu fikir samada mamat tuh memang betul masuk tarekat tapi belom khatam lagi ataupun dia bukan orang tarekat tapi mendengar cerita orang tarekat dan mengaku sebagai orang tarekat. Nampaknya aku bersyakwasangka. keh keh keh

Fotografer Diperlukan

Gua tak nak tulis banyak-banyak...

Saper ader kaki fotografer area KL angkat tangan...

Gua nak quotation secepat mungkin....

Rege:Gua nak kow2 nyer nego...haha

Email: asuroru_azuri@yahoo.com

Gua nak masuk line KL lak nih..(Shah alam pon takleh nak takluk lagi tapi dah bercita-cita nak takluk KL)..hahaha..lantaklah...

***gua tengah seram takut tak cukup tangan

Friday, March 12, 2010

Farewell My Best Frenz...

Aku selalu cakap kat diri aku..Air mata aku hanya untuk Family aku....bukan untuk sesape...

Tapi hari ni menitik jugak....selepas puas aku menahan...Bukan untuk family...

Hari ni last day Ijal kat Kilang...Mula-mula aku okey jer..Lagipun aku tau..walopon dah tak sebumbung tempat keje, aku still selalu jupe dia. Lepak tengok bola, jamming...

Banyak kenangan antara aku ngan Ijal. Outing selalu sama-sama. Merokok sama-sama.Kena marah sama-sama.Gelak sama-sama.

Aku mula sebak bila tengok dia menitik air mata bila salam ngan Boss dia...Aku tau,Boos dia merupakan orang yang banyak mengajar dia. Bila aku tengok Ijal menangis, mula lah aku sebak.Siut tul.

Aku ingat hati aku hati batu. Rupanya kat celah tuh ada stoberi.Cis...

Terus aku ca alif but..takleh stay lama-lama.

Ijal...seorang sahabat aku yang pada aku berbaloi untuk aku menitik air mata.Seorang Sahabat. Seorang dari keluarga aku.Susah senang sama-sama.

Untuk Ijal..aku ucapkan semoga ko sakses kat tempat baru dan sakses dalam kehidupan. Sekali aku panggil ko sahabat, gelaran tuh aku bawak sampai akhirat.InsyaAllah..

Sunday, March 7, 2010

Update

Aku rasa dah agak lama aku tak bersosial dalam jangka masa yang lama...biasanya hanya lepak kejap-kejap.

First time jumpa Pert selepas tahun 2008.Jumpa kat Kuching bulan 10 ni okey!!hehe

Sekarang asal jumpa ngan Erin,Benz & Fariz mesti cerita pasal kete. Kalau aku lepak ngan budak-budak JANTAN takde lak kuar pasal kerete..Nampaknya perempuan sekarang makin maju. Bagus.

Hari ni lokasi lepak telah bertukar. Kedai Bandi Amuk. Boleh lah. Suasana okey lah. Suram ditemani lampu-lampu led warna biru. Baru metal kot.Kalau cerah kang orang ingat kedai Anuar Zain lak.

Alhamdulillah...Job untuk fotografi dah mulai menampakkan diri. Kompem bulan 5 & 6 nih. Bulan 5 kat Bentong & bulan 6 kat Klang. Nampaknya kene berusaha gigih lagi..

***Aku tade topik ekceli...

Friday, February 26, 2010

Servis Kereta-Dari Yang Bukan Pakar

Ekceli entry kali nih adalah atas permintaan cik benzura....

Entry ni aku tulis sekadar dengan niat untuk membuka mata cik benzura tentang kereta. Kerana semalam aku hampir menghantukkan kepalaku ke arah dinding kedai yang setebal setengah kaki apabila berdiskusi pasal kereta dengan cik benzura.

Tajuk Besar:Besik Penjagaan Kereta.

Sub Tajuk : Servis
Kereta biasanya perlu diservis selepas 5000km. Tapi sebenarnya ianya bergantung pada jenis minyak pelincir yang korang gunakan. Sila perhatikan pada botol minyak pelincir kalian.
Akan terdapat beberapa maklumat penting untuk dikongsi.

1)Minyak pelincir ada yang digunakan untuk 3000km,5000km & 9000km.So,pastikan korang servis balik selepas cukup limit yang tertera.

2)Terdapat nombor seperti ini:
-0w-40,5w-40,10w-40,15w-50,20w-50 dan macam2 lagi.
Perhatikan nombor didepan.Semakin kecik nilai nombor tersebut,semakin nipis/cair lah minyak tersebut.Kebiasaannya untuk enjin kereta baru,aku sajes korang pakai bawah dari 15w.paling bagus 5w-10w. So,enjin akan jadi lebeh ringan dan pikap akan sedikit terasa.

3)Minyak pelincir ada beberapa kategori seperti fuli-sintetik,semi-fuli & mmg tade fuli2.haha
Sebaiknya untuk enjin yang masih baru,gunakan fuli-sintetik or semi-fuli.

4)Kalo korang nak rasa enjin korang pikap dan kuat,aku sajes korang try Mobile fuli-sintetik.Kalo nak jaga enjin,pakai Shell.

5) Nak lagi cun,korang campur skali dengan ENGINE TREATMENT. Bukan Oil Treatment. Kegunaan dia untuk menjaga part2 dalam enjin korang supaya kurang haus dan tahan lebeh lama.

6)Kalo korang dah terlebeh KM dr sepatutnya diservis,korang takyah risau2 or panik bagai. Sebab kalau enjin korang tu masih 'dara' or stendet or NR,lebeh sikit2 around 500km-1000km,ia tak jadi masalah besar.

7)Masa terbaik untuk check minyak pelincir dalam enjin adalah pada waktu SEBELUM ENJIN DIHIDUPKAN PADA HARI ITU sebab pada masa tu,minyak dalam enjin sedang mendap dan masih belum beroperasi. Bila korang dah start enjin,takat minyak akan naik ke atas.

8)Pastikan masa korang check,korang sentuh dengan jari sedikit.Kalau minyak tersebut terlampau cair berbanding yang asal,lebih baik korang hantar servis walaupun masih belum sampai KM yang sepatutnya. Begitu juga kalau korang rasa ianya menjadi likat seperti gel.

9)Pastikan selepas servis,pomen korang lekatkan sticker servis pada cermin depan bahagian dalam dan di isi sepenuhnya. Ini adalah untuk memudahkan korang mengingat bila sepatutnya korang servis.

Sekian dari aku untuk kali nih. Cerita dari yang bukan pakar.

Wednesday, February 24, 2010

Cerita Tentang Tarekat

Kawan aku tanya...

"Apa yang kau tahu pasal tarekat??Apa beza dengan kita dalam Syariah??"

Mengikut apa yang aku tahu...

Tarekat itu satu jalan sufi yang memperhalusi aspek-aspek dalam beribadah.Tarekat bukanlah ajaran sesat walaupun memang terdapat tarekat yang telah difatwakan sesat.

Tarekat Ahmadiah Qadiyani<------yang ini sesat.Dipelopori Mirza Ghulam Qadiyani.kalau tak silap nama dia.Mengaku sebagai seorang nabi dan mengatakan bahawa Nabi Isa a.s telah mati.

Tarekat pada asalnya diperturunkan kepada dua orang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar dan Ali. Dari Abu bakar diperturunkan lagi sehingga dinamakan Tarekat Naqsyabandiah.Diambil sempena nama Naqsyabandi iaitu tokoh yang mula dikenali dalam penyebaran tarekat ini.Merupakan Tarekat yang paling lembut.

Dari Ali diperturunkan pula pada anaknya iaitu Hassan dan Hussin.Melalui Hassan terbentuk dua tarekat melalui dua murid yang berbeza. Satu dinamakan tarekat Ahmadiah atau sekarang dikenali Tarekat Idrisiah. Satu lagi pula dinamakan Tarekat Syattariah. Melalui Hussin pula terbentuknya Tarekat Qadiriah. Melalui tarekat ini lah mulanya percampuran antara Tarekat Qadiriah dan Naqsyabandiah dan dinamakan Tarekat Qadiriah Wa Naqsyabandiah.

Pada aku,tarekat itu sesuatu yang sangat bagus. "Ihdinasiratulmustakim"...Jalan yang lurus.
Kalau mengikut apa yang dikatakan,setiap tarekat mestilah mempunyai sanad yang sah dan tidak terputus sehingga sampai kepada Allah.Maksud aku, contohnya nama Guru tersebut Syed Idris.Maka,dia mesti menunjukkan dari mana beliau mendapat ilmu itu atau beliau di baiah oleh siapa.

Syed Idris-polan-polan-polan-polan-polan-Abu Bakar-Rasulullah s.a.w-Jibril-Allah. Ini sekadar contoh. Kalau nak tahu sanadnya,try lah gugel.Kalo nak lagi tepat cari Tok Guru Tarekat.hehe

Maka kawan aku bertanya "ko tak minat nak masuk tarekat ker?Dari ramai-ramai manusia,ko antara orang yang telah mengetahui tentang tarekat"

Aku bukan tak berminat. Tapi pada aku,Jalan syariah yang aku ikuti sekarang pun masih lagi tunggang langgang, ini kan pula nak masuk tarekat. Haru biru karang.

Tapi kalau ada kawan-kawan aku yang nak masuk tarekat aku sokong.Tapi pilihlah tarekat yang dari sanad yang sahih. Kalau nak aku cadangkan,aku suka Tarekat Naqsyabandiah kerana tarekat ini bukan bermula dengan menundukkan nafsu tapi mensucikan jiwa.

Perkh....entry kali ini sangat ilmiah...hahah...Ekceli,aku pun tatau sangat.Sekadar tahu sikit-sikit pasal berkawan ngan orang tarekat. Tapi satu aku pesan. HATI-HATI DENGAN TAREKAT YANG SESAT!!

WaAllahualam....sesungguhnya ilmu yang aku ada ini bukan apa-apa.Allah jua Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Monday, February 22, 2010

Cerita Bola Untuk Pertama Kali

Gua selalu dengar orang cakap...

"Fan Arsenal budak-budak emo"
"budak-budak lah katakan..."
"Arsengal"
"budak skolah sukan"

Tapi cam bese...aku ia kan jer..sengeh.

Tapi baru aku tau...

Rupanya Fan Chealsea lagi EMO...hahaha...takleh kene saiko sikit..
Baru gua sebut Chelsex...ohh..dan jugak ada sorang yg sebut.."lalang"....
Kelam kelibut semua nak komen...hahahaha...

Budak MANGYU nampaknya masih boleh menahan diri walaupun diprovoke.Itupun gua tengok dah makin menipis...hahaha..Takpe..sekurang-kurangnya kurang emo...

Kita tengok bola ni, untuk suka-suka.Santai..Bahan-bahan...gelak-gelak....Jadi lah macam fan Liverpool..mereka sudah redha menerima bahanan. Bagitu juga fan Arsenal yang makin tabah. Budak-budak cepat belajar dari orang tua.Jadi kepada fan CHELSEA dan Man U,tabah-tabahkan lah hati apabila jadi bahan. Jangan suka bahankan orang kalau diri sendiri tak cukup kebal bila di bahan....

Aku lupa....orang-orang tua mudah sentap...hahahah

Zakat

Satu hari yang agak suam-suam kuku, aku lepak ngan salah sorang member aku. Dia ni kalo bab Quran boleh tahan. Siap ngapal ayat-ayat dan terjemahan. Hari-hari makan kismis kot. Tapi lepak ngan aku sambil layan Pall Mall sama tea o ais limau.

Maka terbukak lah satu topik.AGAMA. Macamlah yang aku ngan dia bincangkan.Sehebat lagak pidato di Parlimen. Idola aku sekarang kalau kat Parlimen, Bung Mokhtar. Sekali keluar sub topik pasal zakat.

Mengikut pendapat kawan aku...

"Negara kita berlandaskan hukum dunia. Hukum ciptaan manusia. Bukan hukum yang datang dari Allah. Dari Al-Quran. Al-Quran itu Haq. Ciptaan manusia itu batil. Jadi kenapa kita harus memberi zakat pada kerajaan yang batil??"

Macam juga ayat Dr Asri...
"Duit zakat kita dengar juta-juta.Tapi yang miskin ARTIS juga yang tolong"

Tedia...Aku cam bese..Melopong sambil wat-wat muka berlagak seolah-olah sangat-sangat tahu. Ye..saya faham chegu.

Mengikut pendapat aku yang naif ni plak dan pemalas nak fikir-fikir banyak, zakat itu rukun Islam. Di Ulang.RUKUN ISLAM. So,aku berzakat jer lah. Kalau duit zakat tu tak sampai kat tangan-tangan yang HAK, dosanya telah ditanggung oleh orang-orang yang dipertanggungjawabkan dengan amanah tersebut. Aku melakukan bahagian aku. Dan aku harap apa yang aku lakukan ini betul.InsyaAllah.

WaAllahualam.

Monday, February 15, 2010

CNY Ke Aidilfitri???

Aku bangun pagi-pagi hari ni.Selepas dua hari memerap kat umah basuh baju,kemas rumah apa bagai,badan dah mula sengal. So pepagi buta aku dah kuar.Pagi tak pagi sangatlah. Lebeh kurang plus minus tolak campur jam 9 pagi. Gua ronda-ronda. Haram. Satu kedai motor pun tak bukak. Nak cari minyak tuti untuk motor resing gua pun payah.

Apa ke sengal Kedai Motor Hassan Cap Castrol pun tutup?

Gua tengok lengang jer jalan. Siap boleh baring-baring sambil baca suratkhabar Metro layan Teh O ais limau. Ini Raya untuk Ali ke Ah Chong??

Friday, February 12, 2010

Hero Filem

Amacam??Hensem tak gua??

Wednesday, February 10, 2010

Perempuan Kelantan

Aku bukan lah seorang yang tahu menggunakan bahasa-bahasa puitis apa bagai...
Aku menulis kat blog ni pun tak pernah nak draf..main tulis jer apa yang terlintas kat benak aku yang agak-agak pandai sikit ni.
Tak boleh cakap bodoh..itu doa..dan aku tau aku bukan budak bodoh..cuma kurang pandai sikit..hehe

Aku masih ingat kata dari mak aku.Amaran or peringatan maybe...
"mung nok nikoh ngang saper pung ma dok kesoh..cume ma dok brehi kalu orang kelatang ngang orang indong"
Terjemahan:"ko nak nikah dengan siapa pun ma tak kisah...cuma ma tak suka kalau orang kelantan ngan orang indon"

Reason??..ma aku cakap,pempuan Kelantan ni memang pandai berhias. Cantik. Tapi rumah bersepah.Kalau Indon maybe ma aku takut aku trus lepak sana tak nak balik Malaysia.

Aku ramai kawan dari Kelantan. Dari pemerhatian aku, apa yang ma aku cakap ada juga betulnya. Satu rumah ada 4-5 orang anak perempuan yang dah boleh jadi bini orang tapi rumah macam ader 5 orang anak jantan rockers. Maaf. Tapi itu dari pemerhatian aku.

Tapi mengikut pendapat dan penilaian otak aku belah kiri ni, perempuan dari negeri mana pun sama je. Tak kisah lah ko dari Kelantan ke,Terengganu ke,Pahang ke,Kedah ke or dari WPKL sendiri...sama je. Negeri bukan penyebab perangai ko jadi camtu atau camni. Pokok pangkal..diri sendiri. Ada juga aku kenal perempuan Kelantan yang tahu jaga rumah. Maksud aku tahu bersihkan rumah,kemas rumah. Dan aku juga kenal perempuan Selengorrr yang tau dress up je tapi rumah macam sarang tikus. So, pada aku Kelantan or negeri mana pun...sama je.

Mungkin mentaliti ma aku macam tu disebabkan oleh persekitaran orang-orang Kelantan yang dia kenal. Tapi kalau dah aku suka budak Kelantan aku bajet ma aku InsyaAllah terima jugak. Anak kesayangan ok!!hehe...

***Takut gak aku kalau budak Kelantan baca ni sentap...



Tuesday, February 9, 2010

Maaf dan terima kasih.

Aku rasa aku skang dah mula sampai tahap paling akhir dalam kesabaran...

Aku dah cuba turut semua kehendak...

Aku dah cuba bagi apa sahaja yang aku mampu...

Aku dah buktikan bahawa aku boleh jadi apa yang dikehendaki...

Tapi apa sudahnya??Apa lagi yang ko mahu???

Aku bukan minta BMW 3series...bukan juga lot bangelo..

Aku dah penat. Aku rasa dah sampai masa untuk aku bawak haluan aku sendiri.

Jangan sampai masa tersebut,baru ko nak terhegeh-hegeh. What for?

Maaf..Aku sekadar manusia biasa.Yang tahap kesabaran mampu menipis.

Terima kasih.

Monday, February 8, 2010

Apa Mau Cerita??

Aku sebenarnya tak tau nak tulis pe...
Banyak bende yang berlaku tapi rasa cam malas nak cerita...
Makin kekeringan idea...
Kekeringan topik...

Hmm..mungkin yang aku boleh cerita...

Aku makin gila main sudoku...

Otak Art nak men nombor-nombor...hihihi...

Mula lah tak nampak pintu rumah...

Hmm...Aku rasa kehidupan sosial aku makin kurang berseri...
Makin kurang masa nak bersosial..

Pagi keje..balik petang rehat kat umah.Malam gi kedai. Siapkan design2 yang orang tempah..Sabar yer awek-awek ku sekalian...Jangan risau..dalam hati aku maseh ada taman...

Bila nak jadi jutawan ek??

Friday, February 5, 2010

Masa yang makin hampir

Masa semakin hampir....

Semakin mendekat...

Hari yang aku tunggu...

Dari empat tahun yang lepas...

Harap kesabaranku menunggu...

Terbalas dan berbaloi...

Doakan aku...

Friday, January 29, 2010

Satu Hari Di JPJ. Ok.Aku Tipu.Setengah Hari.

Beberapa hari yang lepas....

Buat kali keduanya aku masuk JPJ Shah Alam. Niat dihati nak sambung lesen.

Beratur punya lah lama.Ramai gila umat kat JPJ. JPJ pun satu hal. Pejabat Pos kat kampung aku pun dah pakai mesin untuk ambil nombor giliran. Apa zaman berdiri dan beratur.

Tapi aku pelik. Apsal aku sorg je yang dalam barisan tak bawa apa-apa dokumen?Orang lain penuh kertas kat tangan.

Selepas hampir 20minit baru aku perasan.

"Kaunter tempahan NOMBOR PENDAFTARAN"

Aku ingat beratur nak ambil nombor giliran.Cis.

Thursday, January 28, 2010

Blog baru baii

Aku dah ader satu lagi blog baru....sila lah ke sana kalau senang...jemput-jemput lah memeriahkan suasana...heheh

http://daerahtembakau.blogspot.com

Aku nak jadi penyajak jalanan lah lepas nih...

Sunday, January 24, 2010

Aku VS Polis Trefik

Hari ini aku gerak pergi kerja dengan motor. Aku tengok langit. Cantik.
Masa dalam perjalanan, jantung aku dup dap dup dap. Aku tawakal. Aku pasrah. Aku yakin insyaAllah takde apa-apa sebab sebelum gerak tadi aku dah baca bismillah.

Aku ambil keputusan lalu jalan belakang. Jalan ikut Kg Jawa,Jalan Kebun dan Jalan Sukepi. Aku tak nak lalu jalan Klang. Disebabkan oleh usia motorku, aku tahu aku tidak mampu memecut maka aku bawak dengan penuh sifat romantik dan belaian kasih sayang.

Masa kat Jalan Kebun, aku cilok satu lori. Tetiba kereta kat depan aku bagi high beam. "Dia marah agaknya". Aku meneruskan perjalanan aku. Tetiba sebijik lagi kereta bagi high beam walaupun aku dah kat side paling tepi. "Pehal lak uncle cina ni??".Tapi aku dah makin rasa tak sedap hati.

Sah.Ada polis trefik kat depan siap dengan Pajero putih sedia untuk bertarung kelajuan dengan mana-mana yang manusia yang melanggar undang-undang. Aku disuruh ketepi.

Aku buat muka konfiden.Dalam dada jantung mahu meletup. Tetiba aku dapat idea sangat bernas.

Mula-mula aku hulur road tax aku.Komfem lepas. Lambat lagi mati. Pastu aku dengan konfiden hulur lesen yang ada gambar. Lepas. Ini part yang paling bermasalah ni. Aku hulur jugak lesen aku yang tertera disitu: 24/1/2008-24/1/2010.

"ok. Jalan"kata adik polis.

Aku dengan penuh konfiden dan kelegaan berlalu dengan penuh rasa syukur.Aku bajet kalau tak sebab polis tu rabun atau polis tu lupa tarikh atau juga sebab dia fikir semalam hari ahad. Semua kedai tutup termasuk pos ofis.

***Pehal taim lesen aku hidup tade polis tahan aku taim buat rod blok...

Thursday, January 21, 2010

Gua Yang Tak Motivate....

2-3 menjak ni gua rasa tak motivate langsung....

PEMALAS!!!

PENAT OTAK!!!

PENAT BADAN!!!

Macam-macam nak kene pikir....nak kene buat..

Tapi ader dua tangan dua kaki satu otak satu nyawa....

Gua bajet nak gi hanimun lah pas-pas dah setel seme....

Saturday, January 16, 2010

Jadual Yang Makin Penuh

Skang jam 2.06 pagi ahad...masih lagi berusaha keras menyiapkan design kad kahwin yang ditempah. Tadi maghrib dah deal satu. Tinggal lagi nak print. Fotografi setakat nih bulan 5 dah ader.Bulan 6 masih dalam diskashen. Dan ader sekeping CD Wedding Foto yang orang lain tangkap tapi aku ditempah untuk editing. Dan jugak masih menunggu berita dari satu kompeni untuk printing share certaficate. Quo dah submit.Mintak-mintak dapat.

Alhamdulillah...job2 freelance aku kembali banyak. Sebelum ni (lebih kurang dari bulan 5 hingga bulan 11 tahun lepas) aku stop wat freelance. Bajet nak berehat. So tahun nih aku dah start balik.Moga rezeki aku murah untuk tahun ini. Amin.

Hari nih juga aku ada interview. Selepas 2 kali di saring, aku berjaya meloloskan diri dengan penuh bergaya untuk ke stage Interview.Alhamdulillah. Dari beratus-ratus yang memohon untuk position yang aku mohon, setakat yang aku tahu tadi,hanya 2 orang sahaja yang lepas semua saringan. Aku dan jugak seorang gadis yang bawak storyboard sebesar-besar alam. Dan aku hanya membawa resume dan jugak sedikit work printing. Goyang jugak lah. Tapi dah sampai stage nih, aku redah jer lah.

Aku tak harap sangat dapat.Kalau dapat alhamdulillah,kalau tak dapat pun tak kecewa coz preparation aku agak teruk.

Badan rasa agak penat untuk sepanjang minggu nih.Maybe coz tak berapa nak cukup rehat. Banyak rushing wat keje. Esok aku nak lelap puas2.

Tuesday, January 12, 2010

Aku dan Musuh Ketatku

Entah apa mimpi aku hari ni, elok je bangun awal. Aku rasa sebab bunyi loceng aku dah aku tukar bunyi disko kot.

Alang-alang aku dah bangun awal, aku bajet hari ni aku nak membirukan punch kad aku (musuh ketat aku).Namun oleh sebab masih awal pagi, aku bawak kete aku rilek-rilek jer. Masa aku keluar rumah aku tengok jam baru 8.10. InsyaAllah kalau takde nenek minta tolong lintas jalan, awek minta tolong angkat barang, komfem aku sempat sampai sebelum jam 9.

***

Bila aku keluar dari kete,aku tengok jam lagi seminit nak cecah pukul 9. Hati aku dah berbunga.
Jalan kaki nak masuk ofis takde lah sampai setengah minit. Aku berjalan penuh lagak romeo hari ni.

***

Aku terkebil-kebil tengok mesin punch kad buruk ofis aku.Rasa macam nak tendang pun ada. Ada campur sikit perasaan nak nyanyi lagu baru BunkFace-XtraVaganza.Jam punch kad aku...

9.05 minit pagi.

wehhh...saper lah yang dajalkan mesin punch kad buruk ni.

Saturday, January 9, 2010

Aku Berlindung Dibawah naunganMu..Ya Allah.

Bila aku menulis...kadang-kadang aku terfikir.

Apakah yang aku tulis mampu mempengaruhi orang yang membaca??
Adakah pendapat yang aku utarakan itu betul??

Kerana menulis itu lebih bahaya dari berkata-kata.

Tapi sekadar pendapat, ia mungkin tak menjadi satu kesalahan. Terpulang pada yang membaca untuk menginterpretasikan apa yang dibaca.

Sekarang Malaysia diharukan dengan isu kalimah Allah. Dicurahkan lagi dengan minyak petrol RON95 yang dengar cerita akan naik lagi atas bara dengan membakar gereja.

Ada yang bertanya, "ko sokong tak keputusan mahkamah?"
Serius...aku tak tahu.

Allah itu adalah tuhan kita. Tuhan untuk sekalian makhluk di jagat raya. Allah yang mencipta kita untuk berada dalam kelompok orang-orang Islam. Allah jualah pencipta manusia-manusia dari kelompok agama yang lain. Maknanya, Allah itu adalah tuhan bagi manusia termasuk juga Kristian,Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain kepercayaan samada mereka percaya atau tidak.

Dari sudut positifnya keputusan mahkamah, aku berpendapat, ia secara tidak langsung boleh mendekatkan Kristian pada Allah dan semoga mereka mendapat hidayah. Ia juga memudahkan bagi orang Islam untuk menyampaikan dakwah Islamiyah.

Dari sudut negatifnya, aku takut ia akan disalahgunakan. Ia akan memudahkan golongan Kristian menyebarkan dakyah mereka pada orang Islam yang sekarang iman semakin menipis.(termasuk aku). Aku juga takut mereka tidak lagi menjaga kesucian kalimah Allah. Mungkin kita akan nampak baju yang ada kalimah Allah sewenang-wenangnya dibawa masuk ke tandas.

Di ikutkan dari segi boleh atau tidak mereka ingin menggunakan kalimah Allah, mereka boleh menggunakan kalimah Allah. Kristian juga berasal dari agama samawi. Cuma telah dipesongkan.

Mungkin boleh dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah namun mesti terdapat syarat-syarat atau peraturan yang dikenakan bersama. Tapi aku masih risau, buatlah undang-undang ketat macam mana pun, ciptalah peraturan seketat mana pun, ianya tetap boleh dilanggar.

Tapi walau apapun keputusan mahkamah, aku tetap tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang membakar Gereja. Itu adalah rumah ibadat. Malah dalam undang-undang perang Islam pun, kita tidak boleh menyerang rumah ibadat. Aku harap yang membakar geraja bukan lah dari orang Islam. Mungkin dari orang yang ingin melaga-lagakan Islam dan Kristian.

***Aku berlindung pada Allah Yang Maha Kuasa.

Friday, January 8, 2010

Try Try Try

we can fight like dogs we can fight like cats

a dirty laundry needs a laundry man

maybe the king and the queen should lay off the caffeine

breathe before you react

sometimes we do forget to behave

and we regret what we say

cause words are too weapons

if we don't choose'em carefully

if we just try try try

just to be nice

then the world would be a better place for you and I

if we just live our lives

putting our differences aside

oh that would be so beautiful to me

well it wouldn't cost a penny but could save so many lonely lives

from teary eyes

if we just try try try

to open up a can of understanding open up your heart

i'm just planting seeds

cause i believe

We could just try try try

***Tak sakit untuk mencuba

Wednesday, January 6, 2010

Merokok Membahayakan Kesihatan. Bukan aku yang cakap

Bukan aku yang cakap..... Orang yang cakap...

Merokok Membahayakan kesihatan..apsal tak nak dengar korang-korang semua nih...

Dari korang gi beli rokok Dunhill 14 dengan harga RM6.90 sekotak...ada baik nya korang derma kat aku nih...

Pahala dapat. Badan Sihat. Minda segar.

***kalau sepuluh orang bagi RM69.90. Dapat aku beli 10 kotak.

Sunday, January 3, 2010

Susah/Senang

Hidup ni memang banyak ujian. Ujian dari Allah. Ujian dari chegu. Ujian dari awek-awek. Ujian dari mak bapak. Itu belum campur lagi ujian Fardhu Ain.

Biasanya ujian ini kita nampak ianya dalam bentuk kesusahan. Tak cukup makan.Masalah berbukit. Mana nak cari duit. Mana nak cari jodoh.

Tapi kesenangan itu juga satu ujian. Jalan ke kiri tersepak duit satu juta. Jalan ke kanan tersepak awek yang tengah tidur kat atas lantai tanpa berbaju dan berseluar. Jalan ke tengah tersepak tender juta-juta. Heaven.

Tapi kalau ada pilihan, sebagai manusia aku rasa kompem kita pilih untuk diuji dengan kesenangan dari ujian kesusahan. Betul tak?

***Kita tak boleh pilih bentuk ujian.Sila Ingat.

Friday, January 1, 2010

Selamat berazam dan Tahun Baru

Setiap kali tiba tahun baru, semua orang akan berebut-rebut dan berlumba-lumba pasang azam baru. Tak terkecuali aku. Aku mula pasang azam bila semua orang berbicara tentang azam tahun baru dorang. Ada yang berazam nak kahwin. Ada yangberazam nak kaya. Ada jugak yang berazam nak pasang bini 4.

Maka aku sebagai seorang yang tak mahu ketinggallan, turut sama memasang azam walaupun pada mulanya aku sendiri tak tau aper yang aku nak azamkan.

Azam aku pada tahun ni aku nak cuba capai azam aku tahun lepas yang belum tercapai. Azam tahun lepas aku tuh adalah azam tahun sebelumnya yang jugak belum tercapai. Aku bajet kalau tak tercapai jugak tahun ni, aku dah malas nak berazam.

Azam aku yang tak tercapai...

-Nak jadi pengurus Arsenal ganti Wenger.
-Cari bini stok muka Nora Danish/Sari Yanti dan yang terbaru masuk list Tiz Zaqyah dengan perangai cam Nur Amina...
-Jadi jutawan yang ader kapal terbang & bot persiaran mewah sendiri walaupun hakikatnya aku mabuk laut & gayat.

Aku rasa tahun ni pon still tak tercapai kot....

***Ekceli azam yang aku tulis tuh aku baru fikir masa nak taip entry nih...