Friday, July 30, 2010

Tabligh

Aku selalu berpendapat, kalau seseorang itu cuba mencari agama, cuba mengikuti agama, mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik. Sebab Islam adalah satu agama yang sempurna. Walaupun semua 'agama' menyarankan kebaikan, namun Islam jauh lebih dari itu. Islam adalah Sejahtera. Islam itu adalah Keamanan. Islam itu adalah Kebahagiaan.

Namun ada dikalangan kita yang mempergunakan agama untuk menghalalkan keinginan. Aku bukan Anti-Tabligh. Aku menyokong gerakan dakwah kerana itu lah sunnah. Namun dalam masa yang sama, segelintir dari golongan penyebar risalah Islam ini lupa bahawa mereka perlu untuk menunjukkan uswah yang terpuji. Uswah yang sebenar dalam Islam. Adakah bila kita berjubah berserban kita diberi lesen untuk menghina,memerli atau mengherdik perempuan tidak bertudung? Adakah kita diberi lesen untuk mencemuh lelaki yang bertindik? Adakah itu Uswah yang dianjurkan dalam Islam?

Aku memahami golongan Tabligh sentiasa berjalan kesana kemari dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Berpeluh,debu,asap,penat lelah itu adalah sajian kepada mereka. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi ganjaran buat kamu. Namun jangan kita lupa, Islam sentiasa menganjurkan kebersihan. Kekemasan. Jangan sampai orang terpaksa menutup hidung bila berhadapan dengan mu. Jagalah kebersihan. Nabi sendiri sentiasa membawa sikat,cermin dan bercelak mata. Kenapa? Apa yang Baginda s.a.w cuba tonjolkan? Itulah kekemasan. Kebersihan.

Sebarlah dakwah di serata pelusuk dunia. Itu sangat terpuji. Namun jangan dilupa tanggungjawab yang ada. Pada isteri,anak-anak, ibu bapa dan keluarga. "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Itu ulat. Kita manusia.Ulat makan apa saja. Kita perlukan makanan yang baik-baik. Semua itu memerlukan perbelanjaan. Ulat tak perlukan RM untuk beli sebungkus Maggi Perisa Asam Laksa. Jangan lupa, Allah menyuruh kita berusaha dahulu. Baru berdoa. Dan kemudia bertawakkal. Bolehkah kita bertawakkal tanpa berusaha? Kaum lelaki telah dipertanggunjawabkan dengan pelbagai amanah. Gunalah akal yang dianugerahkan untuk mengatur kehidupan sebaik mungkin.

Isteri itu adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Namun apa yang terjadi, segelintir dari Tabligh lupa hakikat ini. Namun mereka tidak lupa berkahwin lebih dari satu itu adalah sunnah. Sunnah yang sekecil menjaga sillaturahim sesama keluarga dan masyarakat tidak mampu untuk dipikul, inikan pula untuk berlaku adil dikalangan isteri-isteri. Apakah mereka ini suka bermimpi?

Sekali lagi aku tekankan, aku bukan Anti-Tabligh. Tapi Tabligh rosak kerana manusia didalamnya.

No comments: