Saturday, June 27, 2009

Takziah

Entry kali ni khas untuk Ophylia a.k.a Azni Syahida...

Takziah untuk Ophylia kerana kehilangan seorang Ayah pada pagi Jumaat jam 6.30 pagi..
semoga Ophy akan terus kuat semangat dan banyak2 bersabar atas dugaan ini...

Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah....

Al-Fatihah...

Thursday, June 25, 2009

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan

Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah
Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.
Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap.

Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.
Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat.

Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.

Saturday, June 20, 2009

Lobok=Lobak??..Or Sawi???

Assalamualaikum..

3 malam yang lepas aku rasa bersemangat...yer..bersemangat untuk ke kedai membeli barang2 dapur umah aku yang makin kering..sebelum aku kedai.aku kena tanya Chef-Umah-Aku a.k.a Usop aper barang nak dibeli...

Chef-Umah-Aku:mu beli lado giling,fishcake,telor,kicak(kicap),sos tire(tiram),gulo,mi tio(kuew teow) nge LOBOK...

Aku hanya mendengar & angguk2 paler...senang jer tuh nak ingat..beselah..paler otak pakai pelincir...aku pon gi lah kekedai jawa kat blakang umah aku....sambel siul2 & isap rokok berjenama..

Sampai kat kedai aku pon laju jer amek barang2 yang usop pesan...tapi bila sampai part "lobok" tuh aku kaku jap.... "dier kim baper batang lak lobak nih..agak2 kalo wat tom yam gong cukup ker sebatang??"...aku amek jer lah sebatang...tak perlu beli banyak2 trus..test market dulu orang kata...

****

Usop:Bakpo ye beli lobok nih...kawe suh demo beli lobok nih...(tunjuk ke arah sawi)..ko tempat demo panggey go namo??
Usop:Apsal beli lobok ni...aku suh ko beli lobok nih...(tunjuk ke arah sawi)..ke tempat ko panggil aper??

Aku:kabo lah nok sawi..yang gi royak lobok..aku ingat lobak...cis
Aku:cakap lah sawi..yang gi cakap lobok..aku beli lah lobak..cis

***malam tuh aku makan kuew teow sup penuh lobak...

Monday, June 15, 2009

Once upon a time in Uitm Mace

Assalamualaikum...

ader sorang mamat nih...aku panggil apek..masa zaman dolu2,zaman keremajaan seme giler nak simpan rambut panjang..termasuklah si Apek nih..masa tuh kitorang study kat Uitm Mace...kalo korang nak tau katner Uitm tuh try lah google...Insyaallah...selamat lah korang..

Satu ari masa Apek baru park motor kat level bawah hostel,dier nampak lak sorang warden...yang memang terkenal dengan kesadisan..menghala lak tuju kat Apek..so..cepat2 lah mamat nih lari naik hostel..niat kat hati kompem nak lari..lari punya lari....last2 dier masuk bilik geng2 kitorang melepak...kitorang seme kebil2 jer tengok dier cam kelam kelibut..."jadahnyer mamat nih cam sasau semacam jerk nih..."

***

Pintu loker dibukak pelan2..yang bukak adalah warden yang sadis tuh...dengan gaya macho dier bersuara.. "ko buat aper kat dalam loker nih??"

Apek : sajer..(Muka sengih2)

***jangan menyorok dalam almari baju..tak strategik langsung...

Saturday, June 6, 2009

Shopping???Boros???

Assalamualaikum...

Tade aper yg menarik sgt pon nak aku bebel kali nih...sajer jer..nak update blog...biar ader entry baru..walopon tade isi...hehehe....

Aku prasan semalam..minggu nih aku jadi manusia yg boros....cis...lari dari tabiat aku slamer nih...minggu nih sajer aku dah beli..

-jam tgn...(jam b4 nih putus tali..mls nak anta kedai repair)
-beg baju...(beg baju b4 nih tertinggal kat kedai dobi..ader 1 jer lagi..tp aku syg nak guna..cantek sgt..)
-kotak rokok dunhill tembaga(ini psl aku wat koleksen kotak rokok)
-tali pinggang (dah mcm wat koleksi lak)
-bende yg gantung ada tulisan Allah n Doa nek kenderaan utk ltk dlm kete..

Adakah aku skang makin boros berbelanja???Maybe aku dah kene penyakit....

HOBI=SHOPPING????cis....tobat pasnih aku g keje balik keje jer....

***Minggu bersuka ria????jadah....

Thursday, June 4, 2009

Kempen Derma Dermi

Assalamualaikum...

Aku terbaca tentang program yg DIGI dok sibuk kempen2 skang..kempen derma2...

Kalo nak kira aku nih bukan lah pengguna MANUSIA-BULAT-KUNING-CAM-ALIEN tuh..tapi sebab bende nih tak guna duit aku & pakai duit derang jer..aku trus donate tanpa sebarang perkiraan dari segi matematik...

Korang leh masuk web tuh..pilih lah mana2 persatuan yang korang nak donate kan duit tuh..aku pilih Persatuan Pencinta Alam...mungkin sebab kat Klang Valley nih makin susah nak jupe hutan kot...



aku rasa tak salah gi jenguk2 jap n klik2 jap...bukan kene bayor pon..dari korang membazir gi donate kan kredit korang ker AFUNDI lah...VOTE lah...APERJADAH lagi lah...bek korang donate ke sini..ader gak pekdah nyer..

***donate...cam donat pun ader gak ejaan dier nih...hrmmmm....