Tuesday, December 29, 2009

Bila kita makin melupakan....

Aku baca dalam blog erin...

kriteria...maybe..

"cari yang kurang handsome tapi gigih cari rezeki"..lebeh kuang camni lah ayat nya...
aku takmo cakap pe2 pasal kriteria nih...bagus jugak sebenarnya..(maybe sebab aku x ensem)..haha

But,apa yang paling penting dalam jiwa kita sebenarnya??
Apa yang paling penting untuk kita hadap dunia yang kadang2 kejam nih??
Apa yang paling penting sebagai pedoman dan panduan kita??

AGAMA

Kita manusia selalu melupakan Allah bila kita senang...selalunya masa susah baru kita terhegeh2 berdoa bersujud lama2 macam tak nak bangun sampai bengkak dahi....aku tak cakap orang. Aku cakap nih berdasarkan pengalaman aku sendiri...Tapi bila dah nampak jalan keluar,kita mula kembali leka dengan dunia.maybe aku jer kot....hehe

Bab kriteria laki....aku pun tatau camner nak cakap...majoriti gurl akan cakap nak yang macam nih macam tuh macam gituh. Semakin jarang yang cakap kriteria yang pertama adalah AGAMA.
Pada aku,lelaki itu perlu teguh agama nya kerana dia lah yang bakal memimpin dan membimbing.Aku tak cakap suh gurl seme cari Pak Imam or Geng Tabligh...kalo camtuh spesis laki cam aku makin kekurangan pilihan lah...Cukuplah kalo laki itu hukum hakam agama.Puasa,solat,zakat dan tau kenal huruf2 jawi dalam bahasa arab dalam Al-Quran.

Tapi lagi bagus kalo korang leh cari yang ada agama,kuat bekerja,hensem,bertanggungjawab dan berharta.Tapi kalo takleh,carilah yang ada asas agama.Kita berkahwen bukan untuk didunia semata.Biarlah sampai AKHIRAT..Dunia kalo tolak cuti raya,cuti merdeka,hari pekerja,Annualleave,MC....baper lama lagi kita ader kat dunia nih???Purata umur manusia cuma 60++...aku lagi skit akan masuk separuh....tinggal separuh lagi umur aku kat dunia nih..

Sebab tuh aku cakap..aku nasihat....paling penting...AGAMA...

Banyak yang aku selidik punca penceraian masa skang...kekurangan dalam agama.Bukan seme but majoriti.

Sedihnya aku melihat orang segama dengan kita makin melupakan agama sendiri.

***Ujian itu adalah teguran dari Allah pada hambaNya yang dah lama tak berbicara denganNya.

Sunday, December 27, 2009

Syed & Tengku....ader aku kesah???

Assalamualaikum....yaa ahli kubur..

Aku pelik...

Dengan manusia yang terlampau meng agung kan keturunan.Contoh nya...

Syed, Tengku or watever....

Tak boleh kawen ngan orang yang bukan dari 1 keturunan..konon.
Ader adat dan pantang larang yang tak masuk akal perlu dijaga...konon.
Riak & Takbur dengan keturunan konon nya dari keturunan Ali Karramahaallahuwajah'ha & Fatimah Az-Zahra...konon.

Kalau yang mulia sekalipun..itu keturunan korang...blom tentu lagi korang mulia.
Kalau yang baik sekalipun..itu keturunan korang..blom tentu korang.

Kata Keturunan nabi..tapi still wat mende2 yang nabi tak buat.Contoh??Upacara lenggang perut untuk ibu mengandung..tu tak campur macam-macam lagi adat korang yang kebanyakkannya lebeh berunsur khurafat dari apa yang dianjur oleh Islam.

"Aku jadikan manusia itu berpuak-puak untuk saling mengenali dan memahami"
"Tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadah kepadaku"

Itu Allah yang cakap..bukan aku.

Ader Tengku or Syed bukan tiket masuk syurga kawan..yang penting iman dalam dada korang..bukan iman keturunan korang...

Takyah lah penetik sangat ngan keturunan.Kita seme manusia.Keturunan dari Adam dan Hawa.Yang membezakan kita cuma taqwa.

***aku bukan anti tengku or syed....cuma anti penetik2 yang dangkal otaknya.

Wednesday, December 23, 2009

Murah Rejeki

Aku rasa aku ader wat kebaikan yang melebeh-lebeh semalam or mungkin sebelum-sebelum nih...

Arinih ader orang banjer aku nasi bukhara..
Pastu Boss bagi Dunhill 14 1 kotak..
Pas rehat Kak Ross tepon suh masuk bilik akaun.Makan rojak buah yang dia buat.
Alhamdulillah.

Ker esok ader bala nak datang??

***esok lain citer.Aku nak menikmati hari murah rezeki untuk aku kali nih..hehe

Monday, December 21, 2009

Wat ken ai sey???PADAN MUKA!!!HAHAHAHA

Aku ader sorang member nama man(bukan nama dalam ic). Nak kata hensem tuh ofkos lah hensem aku lagi..maybe 0.5% bawah skit dari aku...kira dalam ketegori hensem lagi lah. Tapi kelebehan dier dari aku dier agak cerah skit dari aku yang agak malap.Takper...apeadahal...aku tau hati aku lagi cerah dari dier..(bc dgn nada angkuh).

Baru-baru nih dier clash ngan awek dier...2 minggu dier hilang.Mula-mula aku pikir dier kene kidnap.Tapi bila pikir2 balik...tak mungkin. Sebab dier tak ensem sangat.Lepas 2 minggu baru jupe ngan aku.Perkh...aku ingat penageh dadah yang lepas dari pusat serenti mula-mula aku nampak dier.Kurus kering.Baru lah kuar citer dier putus ngan awek dier. Mengikut cerita dier (kalo dier tipu aku tipu gak lah nih..tapi aku rasa betol)dier nyaris nak terjun dari umah kawan dier tingkat 10. Seb bek tak jadi,kalo tak.....ishhh...makan free aku 3 ari.

Dier cakap kat aku "awek kawe ado jate lain doh. Tinggal kawe kih kawe takdok reto.Jate tuh pakai kheto"
"paka kheto gapo me??"
"wira"
"khijo gapo??"
"supevisor pusat karoeke"

"awek aku dah ader jantan len.Tinggalkan aku pasal aku takder harta.Jantan tuh pakai kete"
"pakai kete aper man??"
"wira"
"keje per??"
"supervisor pusat karoeke"

Duitlistik??Metarialistik??Wiralistik??or watever...

****

Masa aku tengah layan game ManYu kene titik 3 bijik ngan Fulham aku tengok muka dier berseri2 jer. Aku pelik.Dier nih kipas-susah-mati ManYu.Takkan sonok lak tengok team dier kene tembak 3 bijik.

Rupa2 nyer dier dapat tau...balak baru x-awek dier kene tangkap polis.PENGEDAR DADAH!!!
Pastuh aku sound dier "tengok...lebeh baik idup sederhana dari senang duit haram"
Dier senyum jer.....celaka.

***Nampaknya maseh ader lagi gurl macam tuh....WTF sunggoh (bukan WFT) ....

Saturday, December 19, 2009

Dugaan dugaan

Hujung2 bulan di hujung2 tahun nih banyak betul dugaan kan??

Tuesday, December 15, 2009

Pakai Honda Tapi Otak Lori Hantu

Pagi semalam....

Malas tul nak bangun.Sedap tul nak bangun tido musim2 skang nih...tapi sebab aku still kuli orang...terpaksa gak digagahkan badan yang sedia malas ini untuk bangun gi keje...

Aku bawak kete cam beselah..berhemah...cermat..bertatasusila..sopan santun..Aku tengok kat luar cermin, hujan turun bagaikan mutiara.Jalan pulak jem.Kancil depan aku plak lembap yang amat.Cara dia bawak aku rasa kompem pak haji umur 65.Takper...aku sabar mengenangkan orang tua.

Tetiba...
eeeekkkkkk.....srrrreeeeetttttt....PANGGGG!!!!!!keeedddiiiiissshhhhh!!!

SideMirror aku dah terpulas ke depan.Sebuah HONDA dengan selamba blah camtuh...siut nyer HONDA EX5!!!

Cepat2 aku turunkan cermin bertulkan sidemirror...CERMIN SIDE MIRROR AKU BERKECAI!!Nak kejar kompem tak leh..jalan jem.Pemangsa lak pakai HONDA EX5 SILVER BERJAKET BIRU BER T-SHIRT HITAM DIPADANKAN JEANS HITAM DAN KASUT KARIPAP!!Mangkuk...

Aku gerak depan sikit...benti tepi..check bodi kete kot2 ada kemek...alhamdulillah...masih licin seperti muka camelia.

***
"u kasi tukar side mirror...1 set terus..cermin aku pecah"
"tak payah tukar maa...kasi tukar cermin saja lah"
"ader ker???..tak yah tukar bodi skali??"
"tak yah...kita ade jual cermin sajer maa"
"cun..u tukar lah...ermmm...ehh,u kasi pasang 3rd brek skali yer..aku takmo stendet nyer..pasang yg slim"

***Aku benci EX5 SILVER & KEDAI EKSESORI...

Friday, December 11, 2009

Haruk Pikuk

Aku sebenarnya kurang gemar untuk bercerita tentang situasi politik dan agama atau haruk pikuk yang berlaku dalam institusi negara kita secara terang-terangan.Ini kerana aku bukanlah bijak pandai dalam hal-hal tersebut.Tapi aku makin sedih bila aku terbaca tentang hal-hal yang berlaku melibatkan agama pada masa sekarang.Khususnya melibatkan kes Dr Asri dengan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ramai yang mengatakan Dr Asri adalah wahabi.Malah aku sendiri pernah menonton dalam tiubkamu seorang penceramah dari parti PKR melabelkan Dr Asri sebagai Bapak Setan.Astaghfirullah.Aku makin sedih bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh Pengarah JAIS yang aku dah lupa nama nya..yang lebih kurang ayat dia "Perlukan Tauliah walaupun untuk menyampaikan kalimah Syahadah"..betulkan kalau silap.Dan aku bertambah sedih bila hasrat Dr Asri hendak sebarkan dakwah di kelab-kelab malam ditentang oleh mereka-mereka yang memegang jawatan sebagai Ahli agama.Aku sedih melihatkan orang-orang didalam agamaku yang sangat aku cintai terus berfikiran jumud.

Aku bukan lah manusia yang tinggi ilmu agama.Aku juga bukan lah Insan yang sempurna.Namun tidak sekali-kali aku akan menentang orang yang ingin menyebarkan agama selagi apa yang dibawanya itu berdasarkan pada Al-Quran,Sunnah dan hadith yang sahih.

Jika dikatakan Dr Asri itu wahabi,apa hujahnya?sebab tiada doa Qunut?Sebab tiada majlis tahlil???Adakah wahabi itu sesat?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel seseorang yang bercanggah pendapat dengan mereka sebagai sesat atau wahabi sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu wahabi.Kalau wahabi itu sesat,maka Imam-imam di Mekah dan Madinah,adakah mereka sesat?

Tentang majlis tahlil, itu adalah bida'ah yang dibuat-buat.
“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), ditulis oleh al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i iaitu kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i.Adakah kita yang mengikut Mazhab Syafie akan cakap Imam Syafie itu atau penulis itu adalah wahabi?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel tapi tanpa fakta.Maksud aku,hanya tahu menyanggah tanpa memberitahu apa yang sepatutnya.

Ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah Dr Yusuf al-Qaradawi adalah wahabi??

Ntahlah..aku makin keliru.Bertambah keliru apabila Pengarah Jais cakap,"mas kahwin dinaikkan RM300"...dengan alasan,"isteri itu tidak ternilai jika dibandingkan dengan Rm300"..betul.Isteri itu tidak ternilai.Jadi apa bezanya Rm300 dan RM80 jika mas kahwin itu tidak dinilai dari nilai matawangnya??Mas Kahwin itu syarak.cukup kalau sekadar senaskah Al-Quran yang mana pada aku lebeh Afdal...Kita makin menyusahkan perkara yang halal dan makin memudahkan perkara yang haram.Jalan halal makin susah,jalan haram makin senang.Nak berdakwah di tempat yang kononnya haram, dilarang dan memerlukan tauliah.Aku terasa macam mahu menitik air mata.

***Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan-Minda Tajdid-Dr Asri

Thursday, December 10, 2009

Aku Makin Jahil Or Makin Pening??

Bulan ni merupakan bulan yang penuh dengan cuti pada hari jumaat...aku sangat suka.Walaupun keje ofis bertimbun bak gunung kinabalu yang kena tarah sikit jer kat puncak dier,aku tetap mampu terus bercuti dengan penuh ketenangan.Maka aku tak perlu untuk bergegas ke ofis untuk membirukan punch card aku yang senantiasa berwarna merah.

Seperti biasa..kalau esok cuti,aku akan melepak di kedai design abe sebelum memikirkan next plan untuk berfoya-foya menghabiskan malam cuti.Mana tau ader gadis2 esemes aku untuk join parti bueh...kan??

Sementara menunggu abe setelkan keje,aku macam biasalah.Melayan mukabuku,berblog dan membuka tiubkamu.Sambel layan waliband-cari jodoh,aku baca lah aper2 yang patut kat mukabuku aku.Dan macam biasa..aku akan tinggalkan dengan mesej yang selalunyer akan memberi kesedaran untuk memulihkan remaja2 yang rosak akhlak.

Mesej kali nih...

"esok cuti..yeah!!selamat Maulid Nabi..jom berarak??"

***seb bek aku sempat remove selepas beberapa minit.Itupun selepas member aku siap golek2 atas lantai gelakkan aku.."Sultan selangor dah jadi nabi ker??"..celaka.

Wednesday, December 9, 2009

Bergenang Aiyer Mater

Pagi tadi otw aku nak gi keje..skit lagi nak sampai..dalam paler otak aku memang dah terbayang punch card aku akan berwarna biru...tetiba stereng kete aku rasa berat dan menghala ke kiri...namun aku maseh blom penik..selamba aku drift kat tepi.Aku kuar...pandang tayar...tetiba mata aku bergenang...TAYAR AKU FLAT!!!Aku terus terbayang punch card aku akan terus kekal berwarna merah.

Aku kol Ijal.."ada katner jal?".."kat telok"..."weih..tayar aku pancit..kat shell telok".."aku tgh makan nih..jap agi aku datang"..sementara menunggu Ijal datang..aku bukak lah but blakang nak pasang tayar sper...BABIIIII!!!tayar aku di skru pada body!!!aku tade spanar saiz tuh...aku terus bergenang air mata...

Ijal sampai...cubaan bukak skru tayar sper aku masuk yang ke satu juta pat puluh kali namun maseh gagal.Last Ijal cakap.."duke,ko pakai tayar aku dulu lah..".."ye lah"..bergenang lagi air mata.

Sampai di kedai tayar..."weih apek..lu sudah kasi sumpah sama saya punyer keleta ka??..semalam dtg elaimen hari nih pancit??"..."u punyer kete melajuk woo..lu sudah cakap mo tukar rim sukan"..."aku nak tukar bagi chantek...takper lah..u kasi tukar wa punyer tayar..sama RIM SUKAN SKALI"..."wokey".."braper bajet??"..."RM***.**"....aku bergenang lagi aiyer mata...

Kini...kete aku dah pakai rim sukan disebabkan tayar pancit...kete aku tersenyum girang..aku bergenang aiyer mater....

***esok percubaan kali ke sepuluh ratus untuk birukan punch card.

Friday, December 4, 2009

Tarikh Keramat

Aku tak sabar nak menunggu hari esok....Hari kereta aku akan dapat spring baru...yessss!!akhirnyer...terbeli jua spring kete depan blakang...heheh

Lagi x sabar hari isnin...spring akan dipasang pada kete aku yang berusia namun berjiwa rockers ituh...aku teruja..

Makin x sabar aku tunggu 19-20hb nih...aku mo turun serdang..tangkap pic member aku men drift...yeeeeeeiiiiihhhhaaaaaaaaaaaa!!!!mari kita mendrift..opss...saper2 nak blajar drift,boleh bitau aku.nanti aku tolong rejisterkan...kalo nak lah..rm500.aku tak masuk pon..tangkap pic jer...hahah

***naper aku rasa macam tahun depan cam tahun luck aku ek???

Wednesday, December 2, 2009

Forte,Alza & Exora

Skang jam 2.51 ptg...aku baru masuk ofis.Baru balik dari showroom Proton,Perodua & Naza.Snap pic..Macam bese lah...

Model-model yang disnap oleh kamera aku hari ini Exora B-Line,Alza & Naza Forte or ekceli Kia Forte.dan sesungguhnya Kia Forte itu sangat lah cantek dan murah berbanding kaum sejenisnyer yang lain-lain.But blakang pon leh tahan dier nyer luas..Exora??wat ken ai sei??B stand for Basic...so..memang besik jer lah korang dapat.Tu pun kalo korang beli..Alza??design cantek tapi MasyaAllah dier nyer space....baapppaaaakkkkk....kecik.Kalo untuk aku wat balik kampung,mau kena puji gak ngan mak aku mula-mula sampai tapi aku bagi jaminan mak aku akan sumpah aku jadi burung gagak lepas dia naik Alza tuh...Untuk jalan jauh lah..kalo dekat tak sampai jadi burung gagak kot..

Hari nih aku rajen yang amat buat keje tapi apa kan daya,bos plak tak datang.So tak nampaklah di mata beliau akan kerajinan aku hari ini.Esok mud malas balik lah kot...oh yer..bulan lepas punch card aku hanya mencatatkan warna merah sebanyak 6 kali..1 kemajuan yang sangat di luar jangkaan.Bulan ni??setakat nih masih belum ada biru.Aku cuba lagi esok untuk dapatkan warna biru.

***Entry keje jer kali nih..hehe

Tuesday, December 1, 2009

9 Nyawa

kali nih entry sgt pendek...

AKU DAH BELI 9 NYAWA-RAMLEE AWANG MURSHID!!!

jangan jeles ek erin...hahaha