Thursday, December 10, 2009

Aku Makin Jahil Or Makin Pening??

Bulan ni merupakan bulan yang penuh dengan cuti pada hari jumaat...aku sangat suka.Walaupun keje ofis bertimbun bak gunung kinabalu yang kena tarah sikit jer kat puncak dier,aku tetap mampu terus bercuti dengan penuh ketenangan.Maka aku tak perlu untuk bergegas ke ofis untuk membirukan punch card aku yang senantiasa berwarna merah.

Seperti biasa..kalau esok cuti,aku akan melepak di kedai design abe sebelum memikirkan next plan untuk berfoya-foya menghabiskan malam cuti.Mana tau ader gadis2 esemes aku untuk join parti bueh...kan??

Sementara menunggu abe setelkan keje,aku macam biasalah.Melayan mukabuku,berblog dan membuka tiubkamu.Sambel layan waliband-cari jodoh,aku baca lah aper2 yang patut kat mukabuku aku.Dan macam biasa..aku akan tinggalkan dengan mesej yang selalunyer akan memberi kesedaran untuk memulihkan remaja2 yang rosak akhlak.

Mesej kali nih...

"esok cuti..yeah!!selamat Maulid Nabi..jom berarak??"

***seb bek aku sempat remove selepas beberapa minit.Itupun selepas member aku siap golek2 atas lantai gelakkan aku.."Sultan selangor dah jadi nabi ker??"..celaka.

2 comments:

Shepha said...

sumpah malu.

maulud nabi bulan 2 cik abang! :)

Unknown said...

pening jer tuh..bukan tatau...
(mata pandang siling)