Friday, December 11, 2009

Haruk Pikuk

Aku sebenarnya kurang gemar untuk bercerita tentang situasi politik dan agama atau haruk pikuk yang berlaku dalam institusi negara kita secara terang-terangan.Ini kerana aku bukanlah bijak pandai dalam hal-hal tersebut.Tapi aku makin sedih bila aku terbaca tentang hal-hal yang berlaku melibatkan agama pada masa sekarang.Khususnya melibatkan kes Dr Asri dengan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ramai yang mengatakan Dr Asri adalah wahabi.Malah aku sendiri pernah menonton dalam tiubkamu seorang penceramah dari parti PKR melabelkan Dr Asri sebagai Bapak Setan.Astaghfirullah.Aku makin sedih bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh Pengarah JAIS yang aku dah lupa nama nya..yang lebih kurang ayat dia "Perlukan Tauliah walaupun untuk menyampaikan kalimah Syahadah"..betulkan kalau silap.Dan aku bertambah sedih bila hasrat Dr Asri hendak sebarkan dakwah di kelab-kelab malam ditentang oleh mereka-mereka yang memegang jawatan sebagai Ahli agama.Aku sedih melihatkan orang-orang didalam agamaku yang sangat aku cintai terus berfikiran jumud.

Aku bukan lah manusia yang tinggi ilmu agama.Aku juga bukan lah Insan yang sempurna.Namun tidak sekali-kali aku akan menentang orang yang ingin menyebarkan agama selagi apa yang dibawanya itu berdasarkan pada Al-Quran,Sunnah dan hadith yang sahih.

Jika dikatakan Dr Asri itu wahabi,apa hujahnya?sebab tiada doa Qunut?Sebab tiada majlis tahlil???Adakah wahabi itu sesat?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel seseorang yang bercanggah pendapat dengan mereka sebagai sesat atau wahabi sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu wahabi.Kalau wahabi itu sesat,maka Imam-imam di Mekah dan Madinah,adakah mereka sesat?

Tentang majlis tahlil, itu adalah bida'ah yang dibuat-buat.
“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), ditulis oleh al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i iaitu kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i.Adakah kita yang mengikut Mazhab Syafie akan cakap Imam Syafie itu atau penulis itu adalah wahabi?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel tapi tanpa fakta.Maksud aku,hanya tahu menyanggah tanpa memberitahu apa yang sepatutnya.

Ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah Dr Yusuf al-Qaradawi adalah wahabi??

Ntahlah..aku makin keliru.Bertambah keliru apabila Pengarah Jais cakap,"mas kahwin dinaikkan RM300"...dengan alasan,"isteri itu tidak ternilai jika dibandingkan dengan Rm300"..betul.Isteri itu tidak ternilai.Jadi apa bezanya Rm300 dan RM80 jika mas kahwin itu tidak dinilai dari nilai matawangnya??Mas Kahwin itu syarak.cukup kalau sekadar senaskah Al-Quran yang mana pada aku lebeh Afdal...Kita makin menyusahkan perkara yang halal dan makin memudahkan perkara yang haram.Jalan halal makin susah,jalan haram makin senang.Nak berdakwah di tempat yang kononnya haram, dilarang dan memerlukan tauliah.Aku terasa macam mahu menitik air mata.

***Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan-Minda Tajdid-Dr Asri

No comments: