Friday, September 30, 2011

Catatan Seorang Anak

Satu pagi aku terbangun dari tidur yang panjang. Aku bingkas dari perbaringan dengan perlahan. Berjalan dengan kudrat yang masih tersisa kurniaan dari Ilahi. Walaupun aku hanya hambaNya yang sering kali derhaka padaNya.

Aku melihat dari sudut tingkap kecil rumahku. Rintik-rintik hujan yang turun membangkitkan bau rumput yang segar. Indahnya pagi ini. Ditemani bersama bunyi hujan yang menimpa pada atap asbestos rumah kepunyaan ibuku. Termanggu aku seketika disudut itu. Menerawang fikiran bersama khayalan dan mungkin sebuah impian.

Aku longlai menuju ke ruang makan. Rumah yang sederhana ini ku rasa sepi. Namun aku telah kalis pada perkataan itu. Tersedia di ruang empat segi tepat dan berkaki empat, segelas nescafe O kegemaran aku.

"ah...ma selalu tahu apa kegemaran aku"

Dua adikku telah pun keluar seawal pagi untuk menuntut ilmu dan mencari sesuap nasi.

Saat-saat seperti ini aku rindukan sesusuk seorang lelaki bergelar ayah. Yang pernah membesarkanku dan mengajarku tentang dunia.

Ku teguk perlahan minuman dihadapanku dan seolah aku masih terasa hangatnya senyuman lelaki itu.

Seperti hangatnya matahari yang mula bersinar di balik kabus selepas reda rintik hujan.


Tuesday, September 20, 2011

Puji

Kita memang biasa dipuji. Malah kita sukakan pujian. Itulah fitrah bagi kita manusia. Namun kebanyakkan dari kita (termasuk aku) mudah menjadi lalai apabia dipuji.

Bagi aku yang sentiasa silap dan khilaf, aku pulangkan pujian itu kepadaNya. Segala puji-pujian untukNya Yang Maha Esa. Yang Maha Disembah.

Mungkin kerana itu, aku lebih suka bertanya "apa keburukkan aku?". Supaya aku dapat mengetahui kelemahan aku. Kedhaifan aku. Dan semoga aku terus sedar bahawa aku tidak lebih dari sekadar hambaNya.

Rendahkanlah hatimu
Tinggikanlah Taqwa dan Imanmu
Sederhanakanlah kehidupanmu.

Tuesday, September 13, 2011

Psikik

Aku terfikir

Macam mana seorang yang bukan diriku boleh berkata dia memahami diriku??

Sedangkan aku tak mampu memahami diriku...

Aku agak mereka mempunyai kuasa psikik.

Sunday, September 11, 2011

Aku menulis

Assalamualaikum pembuka bicara

Aku tahu, aku sedar. Blog ini tidak pernah mempunyai tema atau konsep atau apa saja dan akan terus kekal begini. Aku sekadar menulis apa yang terlintas. Aku hampir tidak pernah membuat draft. Aku buka blog dan terus menaip. Membiarkan jari aku berlari dan menari diatas sebuah papan yang tidak bernyawa.

Aku mempunyai impian. Dan aku mengejar impian aku. Beberapa kali aku tersungkur. Beberapa kali aku terduduk. Namun aku masih mencuba. Kerana pada aku, hidup hanya sekali. Aku ingin melakukan apa yang aku suka lakukan.

Bukan duit semata yang aku kejarkan. Walaupun aku tidak menafikan kepentingannya, namun ia bukan matlamat. Mungkin disebabkan itu aku tidak berapa nak berduit.

Aku melihat didalam diri. Apa yang aku kejarkan?
Kebahagiaan?
Kesenangan dunia?
Kereta?
Gadis-gadis??
Ntah...

Aku cuma tau aku ingin mencapai beberapa impian aku. Sebelum akhir waktuku.Sebelum mata ini terus terpejam untuk selamanya.

Kadang aku berduka. Melihat manusia-manusia yang terlampau mengejar dunia. Apakah bagi mereka dunia ini boleh disumbat dalam kubur mereka?Apakah duit mereka mampu membeli sekeping tiket untuk ke syurga?

Bukan maksudku aku menolak dunia.Bukan juga maksudku aku menolak kesenangan.Bukan.
Aku tidak pernah menolak dunia. Tidak secara total.

Aku mengejar kebahagiaan. Aku mengejar masa berteman. Aku mengejar masa bersama keluarga. Aku mengejar senyuman dan gelak tawa dari insan-insan sekeliling aku. Aku bahagia melihat mereka-mereka tersenyum. Aku puas untuk itu.

Aku mencari sebuah kedamaian. Damai didalam hati dan jiwa ku yang sering berbolak balik.
Aku mencari damai di dalam dunia yang makin parah.

Aku mendambakan kasih sayang. Kasih sayang dari Allah Tuhanku Yang Maha Agung. Maha Segalanya.
Aku mendambakan kasih sayang dari keluargaku.
Aku mendambakan kasih sayang dari teman-temanku.



Saturday, September 10, 2011

Hari Yang Sangat Gojes.

Hari ini hari sabtu

Pagi yang mungkin kurang bertuah untuk aku

Aku membawa diri aku ke Bukit Jalil meng'capture' gambar kereta VW di Xhibition di sana.

Masuk je kawasan stadium, kereta aku terlanggar tiang. Sangat gojes.

Keluar dari kereta. Berjalan pelan-pelan sambil berfikir bala apa pula yang bakal mendatang.

Angkat kepala dan aku nampak barisan yang sangat panjang. Sangat gojes.

Aku menunggu hampir dua jam untuk sampai giliran aku masuk dewan Xhibition. Dan bila masuk,semua kereta hanya berada di atas stage tanpa aku dapat meng'capture' gambar dalaman. Baik aku pergi showroom jer kalo cenggini. Sangat gojes.

Balik rumah.Mandi dan bersiap untuk ke open house. Baru je masuk jalan Bukit Raja untuk ke Meru, Jalan sesak sangat amat teruk. Sangat gojes.

Balik dari Meru lalu Highway. Lepas bayar toll, jalan sesak sangat amat teruk. Sangat gojes.

Pendek kata, hari ini sangat gojes.