Sunday, September 11, 2011

Aku menulis

Assalamualaikum pembuka bicara

Aku tahu, aku sedar. Blog ini tidak pernah mempunyai tema atau konsep atau apa saja dan akan terus kekal begini. Aku sekadar menulis apa yang terlintas. Aku hampir tidak pernah membuat draft. Aku buka blog dan terus menaip. Membiarkan jari aku berlari dan menari diatas sebuah papan yang tidak bernyawa.

Aku mempunyai impian. Dan aku mengejar impian aku. Beberapa kali aku tersungkur. Beberapa kali aku terduduk. Namun aku masih mencuba. Kerana pada aku, hidup hanya sekali. Aku ingin melakukan apa yang aku suka lakukan.

Bukan duit semata yang aku kejarkan. Walaupun aku tidak menafikan kepentingannya, namun ia bukan matlamat. Mungkin disebabkan itu aku tidak berapa nak berduit.

Aku melihat didalam diri. Apa yang aku kejarkan?
Kebahagiaan?
Kesenangan dunia?
Kereta?
Gadis-gadis??
Ntah...

Aku cuma tau aku ingin mencapai beberapa impian aku. Sebelum akhir waktuku.Sebelum mata ini terus terpejam untuk selamanya.

Kadang aku berduka. Melihat manusia-manusia yang terlampau mengejar dunia. Apakah bagi mereka dunia ini boleh disumbat dalam kubur mereka?Apakah duit mereka mampu membeli sekeping tiket untuk ke syurga?

Bukan maksudku aku menolak dunia.Bukan juga maksudku aku menolak kesenangan.Bukan.
Aku tidak pernah menolak dunia. Tidak secara total.

Aku mengejar kebahagiaan. Aku mengejar masa berteman. Aku mengejar masa bersama keluarga. Aku mengejar senyuman dan gelak tawa dari insan-insan sekeliling aku. Aku bahagia melihat mereka-mereka tersenyum. Aku puas untuk itu.

Aku mencari sebuah kedamaian. Damai didalam hati dan jiwa ku yang sering berbolak balik.
Aku mencari damai di dalam dunia yang makin parah.

Aku mendambakan kasih sayang. Kasih sayang dari Allah Tuhanku Yang Maha Agung. Maha Segalanya.
Aku mendambakan kasih sayang dari keluargaku.
Aku mendambakan kasih sayang dari teman-temanku.



No comments: