Tuesday, April 16, 2013

Hidup

Hidup...

Tidak seperti yang kita angankan...
Yang kita dambakan..
Biasanya keterbalikkan dari apa yang kita hajatkan..
Dan kadang seolah tiada lagi harapan di hadapan..

Namun aku selalu percaya..
Walau apa jua yang datang
Baik atau buruk sesuatu itu...
Semuanya berlaku atas izinNya..

Sememangnya kita manusia
Lemah dan longlai..
Namun jangan jadikan tembok itu halangan
Untuk kembali bangkit
Kembali terbang
Walau dengan susah payah
Walau dengan jerit perih

Sememangnya menulis dan berkata lebih mudah dari apa yang ditanggung
Tiada siapa yang berani mengatakan kehidupan ini mudah
Namun perlukah berkeluh kesah sepanjang riwayat?
Itu tidak akan merubah apa pun

Tidak penting sejauh mana kita kecewa
Tidak penting sejauh mana kita menangis
Tidak penting sejauh mana kita tenggelam
Apa yang penting sepantas mana kita untuk bangkit
Sepantas mana kita untuk kembali menongkah arus hidup
Sepantas mana kita untuk kembali terbang!

Terbanglah...Bangkitlah...Wahai manusia..

Monday, April 15, 2013

Depression


KEMURUNGAN –KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI
Pengenalan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

-        Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya
kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

-        Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

-        Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

-        Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan
-Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
-Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
-Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
-Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
-Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
-Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
-Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
-Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
-"Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi   suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
-Rasa tidak tenteram dan mudah marah
-Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
-Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
-Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 

Tips Untuk Mengatasi


Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT. 
JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.
HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM  ; 28 September 2011


Sedikit perkongsian. Semalam berborak-borak dengan seorang doktor. Terkeluar topik ini. 

Satu penyakit yang tak kelihatan namun memamah diri perlahan-lahan. Malah mampu menukar karekter seseorang. Sangat bahaya ekceli.


Saturday, April 13, 2013

Brotherhood



Aku berdiri berhadapan peti besi. Mataku tepat menghala kearah pintu peti besi itu.

Dengan tangan yang bersarung,aku menggunakan kepakaran yang ada untuk membuka peti tersebut. Memulas dengan perlahan tombol kunci. Kupejamkan mata, supaya tumpuanku lebih tajam untuk mendengar setiap gerak tombol. Satu kunci telah ku pecahkan.

Aku memandang jam ditangan."Ada 3 minit lagi"desis hatiku.Aku terus berusaha memecahkan
kod kunci yang kedua.

Berjaya. Tinggal satu lagi. Aku memandang sekeliling untuk memastikan keadaan
agar betul-betul selamat. Aku kembali memandang tombol."Please let me see your
heart baby." ucapku perlahan.

Sekali lagi ku pejamkan mata. Mendengar setiap bunyi yang datang dari tombol kekunci.

Trakk tak tak.

"Yes".Aku tersenyum lebar disebalik topeng ala ninja. "I love you" ucapku pada peti besi
itu seraya mengusap perlahan pada sisi tepi peti tersebut.

Perlahan-lahan pintu ku buka.

***

Redzuan Memandang sekeliling rumah banglo itu dari atas motor. "Mano pulok kakah ni? Lambat benar."
Sesekali matanya memandang jam di tangan.Baru tukar bateri. Tukar kat Uptown Shah Alam katanya.

Tepat jam 0450, Redzuan terus memutar kunci motorcross. Matanya terus melilau mencari kelibat seseorang. Terlihat dimatanya sesusuk tubuh manusia serba hitam berlari perlahan kearahnya.

"Guano?Buleh?"Soal Redzuan pada aku.

"Gilo.Ni Serol a.k.a TJ lah"kata ku sambil tersengih bangga seraya mengeluarkan batu delima merah dari dalam beg yang ku sandang.

"Demmmm..gojes" BerEnglish pulak si Redzuan ni sambil mata terbeliak.

"Cepat lah.mu nok mapuh dok lamo-lamo sini?" Redzuan menyoalku dengan dialek Kelantan yang cukup pekat.

Aku tersengih...

***

Aku terlentang di atas permaidani di ruang tamu. Cukup tebal untuk membuat aku terlena.
Tapi mata aku buntang ke siling.
"Guano nengung gitu?" soal Redzuan.
"Ingat bunga lah tuh" sampuk Ijam.
"Waklu" balas ku pendek.
"Aku terfikir,sampai bila kita nak macam ni?" Soal ku. Deep.
"Sampai dah cukup KPI" Balas Ijam.Sengih lagi.

***

Pranggg!!

Bunyi kaca tingkap pecah. Mataku berkalih memandang.Unit Tindakan Khas!!

"Shit".

"Blah woi" Laungku kepada Redzuan dan Ijam.

Aku meluru ke arah tingkap yang bertentangan. Disebelahku Redzuan. Aku menoleh kebelakang.
Ijam!!

Ijam tertiarap di lantai. Dikunci kemas oleh salah seorang anggota.

"Demm" Tiada apa yang boleh aku dan Redzuan lakukan ketika ini selain cuba melarikan diri.

Kami terjun melalui tingkap.Terasa angin sepoi-sepoi bahasa mengusap pipi. Mungkin ini
akhirnya.


***

"Bang,saya datang nak tengok rumah.Abang cari rakan penyewa kan?"Soal lelaki itu.
Aku memandang Redzuan.

"Ha'a.Masuk lah.Rumah bersepah." Jawab ku ikhlas.

"Tak kisah bang.Janji saya ada rumah jer" Balas lelaki itu.
"Nama saya Ijam" Sengih lelaki itu.

Itu lah detik-detik perkenalan aku dengan Ijam. Dari teman serumah kepada partner "bisnes".

***

Bukkk!!

Aku ngan Redzuan terlentang atas kotak-kotak yang tersusun. Kotak-kotak ni memang sengaja
kami susun dari awal. Mana lah tahu untuk kegunaan diwaktu kecemasan.

Kami bangun dan terus berlari.

"Laju wehh" gesa Redzuan. Dia berlari didepanku.

Bamm!!Bunyi tembakan dilepaskan...

Tiba-tiba muka aku rasa panas dan basah. Aku meraut muka.

"Sirap mana datang pulak ni?" Getus hatiku.
"Weh wan,mana datang sirap ni?" Soal ku pada Redzuan.

Redzuan berpaling perlahan. Memandangku.

Aku memandang kearah dada Redzuan. Darah merah pekat mengalir. Redzuan terhoyong-hayang.
Pantas aku meluru menyambut sebelum dia rebah menyembah bumi.

"WANNNN"......

***

"Bertahan wan" Aku cuba menahan darah dari terus keluar dengan menekan menggunakan tapak
tangan. Sambil mata aku meliar. Aku sempat menarik Redzuan berlindung disebalik sebuah kereta.

"aku rasa aku tak lama lagi" ucap Redzuan perlahan.

"Kau masih mampu hidup seribu tahun lagi.Jangan risau" Balasku menipu.

Redzuan tersenyum.

"Mu meme teruk bilo nipu.haha" gelak si Redzuan.

"Tolong jaga keluarga aku bila aku tiada. Kau mesti terus hidup. Kau mesti teruskan perjuangan kita. Kau mesti rampas balik apa yang manusia-manusia kaya tamak itu rampas dari kita si rakyat Marhaen" Amanah Redzuan panjang lebar.

"Kita kena buat sama-sama. Aku tak mampu kalau seorang" Akuiku.

"Nanti aku tolong kau bila aku dah jadi jerangkung" Balas Redzuan sambil tergelak kecil.

"Dah..kau kena banyak rehat" ucapku. Mataku meliar mencari jalan keluar. KERETA!!

"Wan,aku ada cara keluar. Kejap"Aku memecah masuk dalam kereta yang jadi tempat perlindungan
untuk dengan Redzuan. Pantas tanganku memutuskan wayar yang berselirat dibawah stering.

Vrooommmmm!!!Berjaya!!

"Ok..jom gerak"aku meoleh kearah Redzuan.Aku kehairanan melihat Redzuan yang tersenyum.

Aku mendekatinya.Tiba-tiba Redzuan bangun dan menolak aku masuk kedalam kereta dan pantas
menutup pintu kereta.

"Go!!Go!!Go!!" Arah Redzuan pada aku yang masih terkebil-kebil

"Sampaikan salam pada keluarga aku. Cakap pada mak ayah aku, aku bangga jadi anak mereka"
laung Redzuan.

"Wan...."

"Goooooooo"

Aku nampak Redzuan mengeluarkan Barretta. Dia berbalas tembakan dengan skuad yang terlatih.
Dan dengan perlahan dia rebah lagi tanpa sempat ku sambut.

"Patut kah aku pergi?" Soal aku pada diriku.

Aku tersenyum.

Aku meluru keluar dengan sepucuk pistol erat ditangan.



Thursday, April 11, 2013

Cik Kenari

Kalau semua masih ingat, pernah beberapa ketika dalam entry-entry yang aku post menyentuh tentang seseorang yang ku gelarkan Cik Kenari.

Rupanya ada juga yang merindui entry tentang Cik Kenari!!Wah..ter seprais aku!!

Beberapa minggu yang lepas aku terima satu wassap."apa cerita Cik Kenari beb?Lama x baca entry pasal dia". Aku balas"cik kenari ada je. Sekarang tambah maju. Cik Kenari dah tambah nitrogen. Senang nak terbang".

Tak sangka. Yerp. Itu yang sebetulnya.

Gua ingat blog picisan gua ni tade follower.Atau maybe follower tu hanya follow entry tentang cik kenari. Tunduk kepala lemah. OOoooseeemmm!!

Apa aku nak citer tentang cik kenari?

Ntah.

Dia ada karekter dia yang tersendiri. Seperti ada 3 lapisan pada Cik Kenari. Lapisan pertama nampak lembut. Dah dia pempuan memang lah lembut ayu.

Lapisan kedua adalah karekter sifatnya. Seseorang yang sangat cekal. Padu. Besi. Suka mengenakan orang.( Nakal )

Lapisan ketiga-Hatinya. Seseorang yang sangat lembut. Seorang yang sangat prihatin.

Konklusen-siyesli aku menung lama nak taip konklusen ni. Last..She is Genius. Indeed.

Apa yang aku tulis hanyalah ringkasan. Aku tak mampu menggambarkan dari tulisan-tulisan ku tentang cik kenari. Dia lebih dari itu. Kalau aku nak crita semua, siyes korang akan jumpa aku kat hospital sebab patah jari.

Ok. Dah cerita tentang Cik Kenari. Ouh..esok besday Cik Kenari. So.tengoklah bulan dan minta bulan sampaikan wish hepi besday pada Cik Kenari nanti yer...haha

Selamat Hari Lahir Cik Kenari. Semoga kamu berjaya walau dalam apa jua yang kamu lakukan. Diberi kesihatan yang baik. Diberi segala2 yang baik buat kamu. Amiin.

Assalamualaikum

Wednesday, April 10, 2013

Mimpi Yang Terus


Mimpi...

Adakala hanyalah mainan tidur. Satu permainan syaitan. Hanya sekadar untuk memainkan perasaan. Mungkin sekadar dodoi lena.

Namun adakala itulah petanda. Adakala itulah alamat. Adakala itulah anugerah.

Kadang kita terjerumus dalam mimpi hingga terbawa pada hidup nyata. Apatah lagi jika mimpi itu terus terusan dimainkan dalam pita lena.

Jika mimpi indah, pasti jaganya kita dengan harapan itu lah kenyataan.

Andai mimpi itu sebaliknya, kita akan berharap ia dijauhkan. Namun yang pasti jika sang mimpi bertandang terus terusan, tidak dapat tidak, jaga kita jua terganggu.

Lenalah. Dan semoga mimpi kamu semua indah.Senyum

Tuesday, April 9, 2013

Untuk dia yang ku gelar Pa

Assalamualaikum

Hari ni genap sebulan permergian umi. Masih terasa kekosongan (mana mungkin terganti). 9/3/13-tarikh yang menjadi satu babak cerita dalam hidup aku. 9/1/97-tarikh pemergian Pa aku yang tercinta.

Masa tu aku di tingkatan 3. Aku baru bertukar ke Sekolah Menengah Tengku Ibrahim. Baru seminggu aku kami sekeluarga bertukar ke Setiu. Atau mungkin lebih tepat pulang ke kampung halaman. Tinggal bersama nenekku.

Hari itu hari rabu. Hari ke empat aku bersekolah di sana. Pada jam 10 pagi aku dpangil ke bilik guru. Dalam hati aku tertanya-tanya. Untuk apa aku dipanggil? Aku ada wat salah pape ke?Tak mungkin.Aku baru je sekolah kat sini. Sambil kaki terus melangkah.

Aku berjumpa dengan guru disiplin. Katanya "ada orang nok jupe awok. Awok balik lah"

Sambil hati tertanya-tanya..siapa yang ingin berjumpa dengan aku sambil kaki melangkah keluar sekolah.
Aku telefon Mummy aku di Kemaman.(Mana tau dia tau pape). Mummy aku ckp "eh..pa mung dok sedor doh nung.Balik cepat"(Pa ko dah tak sedar dah.Balik cepat).Kenapa aku rasa pelik trenslesen ni?=.=

Aku menahan sebuah teksi dan terus pulang ke rumah. Sesampai saja di perkarangan rumah ku lihat ramai tamu yang mendatang. Terus ku campak beg sekolah aku. Aku berlari dan melompat sepantas mungkin. Terus ke bilik Pa. Tika itu aku lihat..sekujur badan yang lemah dengan nafas yang ditarik panjang-panjang. Ku lihat mata Pa. Hanya tinggal putihnya. Airmata terus gugur. Ku lihat sepupu Pa aku (seorang nurse) ada disisi. terus ku tanya "kenapa tak ke hospital?"(dalam loghat TRG yer). Dia hanya tersenyum.

Ma aku ada disisi kiri Pa aku. Terus terusan mengajar mengucap. Sela masa, Ma aku menyuruh aku selaku anak sulung memangku kepala Pa aku. Ku disuruh mengajarkan Pa mengucap.Terus-terusan aku mengajar. Alhamdulillah,walau tidak jelas namun ku lihat bibir Pa menyebut kalimah keramat. Air mata terus gugur. Ku cuba tahan. Kemas gigi ku katup.Tapi dari mana, airmata ini mencurah. Seketika kemudian, Paksu ku tiba dari Dungun. Paksu ku menyerbu masuk ke bilik Pa. Terus meminta aku ke tepi. Paksu ku memangku kepala Pa aku dan mengajarkan Pa aku mengucap. Ku lihat dengan jelas, Pa memalingkan kepalanya ke arah Paksu ku. Adik Ipar Kesayangannya. Tidak sampai seminit selepas itu, Pa pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selamanya.Innalillahhiwainnailaihiroji'un. Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Dan hari itu, adalah sehari sebelum mulanya Ramadhan.

Semenjak itu, aku bergelar ketua keluarga. Aku pelindung untuk Ma aku dan adik2ku. Amanah  yang ku pikul, sedaya mungkin cuba ku lunaskan dengan sebaik mungkin.

Masih ku terkenang kata-kata ma ketika dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk Majlis Konvokesyen."Kalau Pa ada, mesti Pa bangga dengan abg long". Aku memalingkan muka ku ke tingkap. Ku tak mahu air mata yang bergenang, ternampak. Sedangkan jauh dihatiku, sangat-sangat rindu. Sangat-sangat berharap. Kejayaan ini untuk dia.

Dan sekarang, aku rindukan suara umiku.Suara Pa ku. Bebelan nenek ku (meninggal ketika aku semester 5 diploma). Hanya mampu kutitipkan doa untuk mereka semua.

Untuk kamu, hargailah orang tuamu. Walau sekaya mana pun kita, Walau setinggi mana pun kita, kita bukan siapa-siapa tanpa mereka. Rindu pada ibubapa yang telah tiada, benar-benar menguji.