Tuesday, April 9, 2013

Untuk dia yang ku gelar Pa

Assalamualaikum

Hari ni genap sebulan permergian umi. Masih terasa kekosongan (mana mungkin terganti). 9/3/13-tarikh yang menjadi satu babak cerita dalam hidup aku. 9/1/97-tarikh pemergian Pa aku yang tercinta.

Masa tu aku di tingkatan 3. Aku baru bertukar ke Sekolah Menengah Tengku Ibrahim. Baru seminggu aku kami sekeluarga bertukar ke Setiu. Atau mungkin lebih tepat pulang ke kampung halaman. Tinggal bersama nenekku.

Hari itu hari rabu. Hari ke empat aku bersekolah di sana. Pada jam 10 pagi aku dpangil ke bilik guru. Dalam hati aku tertanya-tanya. Untuk apa aku dipanggil? Aku ada wat salah pape ke?Tak mungkin.Aku baru je sekolah kat sini. Sambil kaki terus melangkah.

Aku berjumpa dengan guru disiplin. Katanya "ada orang nok jupe awok. Awok balik lah"

Sambil hati tertanya-tanya..siapa yang ingin berjumpa dengan aku sambil kaki melangkah keluar sekolah.
Aku telefon Mummy aku di Kemaman.(Mana tau dia tau pape). Mummy aku ckp "eh..pa mung dok sedor doh nung.Balik cepat"(Pa ko dah tak sedar dah.Balik cepat).Kenapa aku rasa pelik trenslesen ni?=.=

Aku menahan sebuah teksi dan terus pulang ke rumah. Sesampai saja di perkarangan rumah ku lihat ramai tamu yang mendatang. Terus ku campak beg sekolah aku. Aku berlari dan melompat sepantas mungkin. Terus ke bilik Pa. Tika itu aku lihat..sekujur badan yang lemah dengan nafas yang ditarik panjang-panjang. Ku lihat mata Pa. Hanya tinggal putihnya. Airmata terus gugur. Ku lihat sepupu Pa aku (seorang nurse) ada disisi. terus ku tanya "kenapa tak ke hospital?"(dalam loghat TRG yer). Dia hanya tersenyum.

Ma aku ada disisi kiri Pa aku. Terus terusan mengajar mengucap. Sela masa, Ma aku menyuruh aku selaku anak sulung memangku kepala Pa aku. Ku disuruh mengajarkan Pa mengucap.Terus-terusan aku mengajar. Alhamdulillah,walau tidak jelas namun ku lihat bibir Pa menyebut kalimah keramat. Air mata terus gugur. Ku cuba tahan. Kemas gigi ku katup.Tapi dari mana, airmata ini mencurah. Seketika kemudian, Paksu ku tiba dari Dungun. Paksu ku menyerbu masuk ke bilik Pa. Terus meminta aku ke tepi. Paksu ku memangku kepala Pa aku dan mengajarkan Pa aku mengucap. Ku lihat dengan jelas, Pa memalingkan kepalanya ke arah Paksu ku. Adik Ipar Kesayangannya. Tidak sampai seminit selepas itu, Pa pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selamanya.Innalillahhiwainnailaihiroji'un. Dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Dan hari itu, adalah sehari sebelum mulanya Ramadhan.

Semenjak itu, aku bergelar ketua keluarga. Aku pelindung untuk Ma aku dan adik2ku. Amanah  yang ku pikul, sedaya mungkin cuba ku lunaskan dengan sebaik mungkin.

Masih ku terkenang kata-kata ma ketika dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk Majlis Konvokesyen."Kalau Pa ada, mesti Pa bangga dengan abg long". Aku memalingkan muka ku ke tingkap. Ku tak mahu air mata yang bergenang, ternampak. Sedangkan jauh dihatiku, sangat-sangat rindu. Sangat-sangat berharap. Kejayaan ini untuk dia.

Dan sekarang, aku rindukan suara umiku.Suara Pa ku. Bebelan nenek ku (meninggal ketika aku semester 5 diploma). Hanya mampu kutitipkan doa untuk mereka semua.

Untuk kamu, hargailah orang tuamu. Walau sekaya mana pun kita, Walau setinggi mana pun kita, kita bukan siapa-siapa tanpa mereka. Rindu pada ibubapa yang telah tiada, benar-benar menguji.

2 comments:

b3nz said...

aku pun tahu lambat, x berapa on9 sgt masa tu. tp,ekceli aku konfius sikit.. umi, mummy, ma. 3 org berlainan kan?

Unknown said...

aku belum sebut mama lagi...yerp..orang yang berlainan.

=)

Tak ramai yang tahu pun. Aku diamkan jer. Cuma bila dah makin ramai yang bertanya dan tya kenapa tak bagitahu, then aku post satu update kat FB untuk pemberitahuan..Bukan ko yang lambat tahu cuma aku yang lambat beritahu.
hehe