Sunday, December 16, 2012

A Reason - Star Wars (Padme Amidala)



Cantik kan Padme Amidala....

Gojes!!

Wednesday, December 12, 2012

MAHA2012

Assalamualaikum....

Lama tak hapdet..bukan tak berkesempatan sangat sebenarnya..cuma kadang malas nak menaip menjadi punca.

Tahun ini sempat ke MAHA. Sangat seronok disana. Berjalan kaki dari pintu masuk 2 ke pintu masuk 1. Dan pulang dari pintu 1 ke pintu 2 dengan bas yang disediakan kerana sudah kehabisan tenaga. Haha.

Hampir sehari disana, bermacam-macam perkara yang aku lihat. Yang aku pelajari. Yang aku kenali. Dan yang aku makan. Malah sempat berkenalan dengan Firdaus (adik Ajai - maklumat dari sumber yang sgt2 dipercayai) di salah sebuah gerai. 

Aku tertarik dengan satu perkara yang aku lihat di MAHA. Gerai Ramli Burger. Dah macam outlet Mc'D / KFC / Pizza. Dengan set-set makanan yang disediakan, aku rasa Ramli Burger boleh memperluaskan lagi konsep outlet sepertimana Mc'd or KFC. Sekurang-kurangnya ia akan memberi pilihan kepada mereka yang melancarkan boikot Israel. Dan juga pada masa sama, menyediakan peluang pekerjaan. Aku tidak menyatakan samada aku menyokong atau membantah kempen boikot. Terpulang pada individu. Cuma sebelum kita melaksanakan sesuatu tindakan, seeloknya kita fikir apa kesannya pada agama kita, pada bangsa kita dan pada negara kita.

***

Perlawan antara Harimau Malaya & Gajah Perang belum tamat. Jadi buat sementara, aku tangguhkan ulasan. Tunggu final result. Kalau menang aku ulas. Kalau kalah, aku citer bende lain. Hahaha.


Saturday, December 1, 2012

Harimau Malaya vs Garuda

Semalam ke Bukit Jalil. Menonton game Harimau Malaya vs Garuda.

Aku sampai agak lewat. Tergesa-gesa mencari ruang sujud sembah pada Yang Satu. Diiringi hujan renyai rahmat untuk sekalian makhluk. Alhamdulillah.

Punyalah cari ruang duduk,akhirnya dapat jugak di tingkat 2. Ditemani kacang, dan air serta gegak gempita sokongan hampir 70 000 rakyat Malaya, kami berdiri bersama menyanyikan lagu tanah tumpah darah kami, Negaraku.

Pada awal game, rasa berdebar jugak bila Garuda asyik menerkam Sang Rimau. Namun setakat acahan runcit-runcit, tidaklah dipandang sangat oleh si Rimau.(yang ni ayat berlagak sebab menang). Sebaik saja melihat Sang Rimau asyik di acah, pengendali yang memegang cemeti Datuk K. Rajagobal mula menukar strategi. Meletakkan Rimau Muda Wan Zack kearah sayap kanan, akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.

Gandingan Wan Zack dan Mahali Jasuli terbukti berkesan dalam menjana jentera serangan Malaya. 2 Gol terhasil gandingan mereka. Gol pertama hasil lorongan dari Mahali kepada RimauPahang Azamuddin Akil dan terus ke jaring lawan. Gol kedua pula hasil 'one two' yang menarik diantara Wan Zack dan Mahali. Dan seterusnya disudahkan dari sudut sukar oleh Mahali Jasuli.

Pada separuh kedua, aku rilek-rilek makan kacang dan minum air laici.

Dan pada sudahnya. seperti yang diketahui, Rimau Malaya menampar Garuda sampai tersungkur ke tanah bumi berdaulat dengan keputusan 2-0.

Selain menonton bola, aku juga sebenarnya bersyukur, kerana hasrat untuk berjumpa Bonda tercapai. Lama tak bersua, Bonda masih suka bergelak tawa. Kadang terkejut dengan jeritan semangat Bonda  untuk Sang Rimau Malaya. Dan sangat mencuit hati ku melihat aksi-aksi dan ayat-ayat spontan Bonda yang nampak sangat geram dengan Garuda. Sampai bahuku juga menjadi sasaran Bonda!!

Majulah Sukan Untuk Kesihatan Diri

Sekian laporan dari bilik aku.

Asrol Abidin Rawop.

Sunday, November 25, 2012

Busking

Lama jugak tak santai-santai main gitar sambil makan-makan ala berkelah kat dataran.

Sabtu lepas, sempat mencuri masa pada waktu petang bermain gitar di Dataran Kemerdekaan (belakang masjid Shah Alam). Macam Sham Kamikaze. Disaksikan orang yang lalu lalang dan sepasang kapel, aku mendendangkan beberapa lagu secara medley(separuh-separuh).

Sebelah malam pula memakan bekal yang dibawa bersama ais kacang special (la ni dah tau sebut ais kacang, biasa dulu-dulu ABC). Sempat juga mengadakan konsert di Dataran Menara Jam.

Dulu selalu jugak berbusking. Seronok busking nih. Rasa macam M.Nasir.

Friday, November 16, 2012

Teori Tentang Keajaiban

Didalam teater Greek Kuno, terdapat satu teori yang menarik.

Deus Ex Machina

Ianya membawa maksud "God from the machine".

Ia biasanya digunakan apabila penulis mula kehilangan plot. Tersepit dipenjuru tanpa jalan keluar. Tiada kesudahan untuk plot atau watak.

Dan ketika ini, muncul keajaiban.

Secara umumnya, ia boleh diterjamahkan sebagai "God made it happen".

Ia akhirnya membawa kepada kesudahan yang baik. Happy ending. Dan pada akhirnya penonton / pembaca tersenyum tawa.

Sayangnya aku bukan penulis untuk setiap babak kehidupan aku sendiri. Jika tidak, pasti banyak kali aku gunakan teori deus ex machina.

Kerana pada akhirnya, kita yang lemah akan sentiasa memerlukan penyelamat.

Dan dalam banyak babak-babak kehidupan, kita seringkali mengharapkan keajaiban.

Dari Dia kita datang, kepada Nya jua sebaik-baik tempat kembali.

Wednesday, November 14, 2012

Sistem Keilmuan

Ilmu

Tanpa sedar, kita kala ini tidak ubah seperti sebuah robot. Sebuah robot yang terperangkap dalam sistem ciptaan kita sendiri. Kita terperangkap dalam sistem robot yang menjadikan kita juga robot. Kita terbejad dalam sistem kaku yang kita ciptakan sendiri.

Kebanyakkan dari kita, menghabiskan waktu untuk mengejar ilmu. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi(budak bijaksana), diploma(budak biasa-biasa), degree(budak-yang-nampak-edukated), master(budak edukated), PHD (bapak budak). Kita diajar untuk cemerlang!!Kita diajar untuk terbilang!!

Untuk menjadi cemerlang, untuk menjadi terbilang, kita semestinya akan diperlukan melalui sebuah penilaian bernama PEPERIKSAAN. Samada peperiksaan berbentuk teoritikal atau praktikal, ia tetap namanya peperiksaan.

Kita bertungkus-lumus, bersengkang mata, letak kepala dalam besen penuh air, pasang lagu kuat-kuat dan apabila bosan mengadap buku-buku yang bersepah, kita mula mencari jalan menyakat kawan-kawan lain yang masih cuba untuk fokus. Dan pada akhirnya, semua terbongkang diatas lantai.

Sebaik tamat pembelajaran, kita mula menapak didunia luar yang sebenar. Tidak lagi dilindungi oleh tembok batu dan jeriji besi. Bebekalkan semangat yang jitu bak ceramic composite yang dilapis logam heavy duty, impian yang menggunung bak kinabalu, segak berkemeja berseluar slack sambil menjinjing fail ke hulu ke hilir.

Andainya rezeki kita, kita akan dapat kerja yang kita idam-idamkan. Kalau tak. "kerjalah dulu sementara dapat kerja yang betul-betul". Dan bagi kita yang dapat kerja "betul-betul", kita mula kehairanan, dari 100 yang kita belajar, apa yang dapat kita praktikkan cuma mungkin sekitar 30-40 perkara. Itu pun kalau kita bernasib baik.

Dan untuk itu, aku terfikir. Kita mula belajar untuk "ilmu" atau kita mula belajar untuk peperiksaan? Adakah kita belajar atau menghafal?

Dari pengalaman aku sendiri, ada yang ku lihat menghantar projek di"luar" untuk disiapkan oleh mereka yang mahir dengan bayaran tertentu.Dan pada hari assessment, dengan muka penuh bangga menayangkan atwork yang sangat cantik yang pada hakikatnya disiapkan oleh pihak "luar". Dan mereka ini kebanyakkannya menjadi warga pendidik. Maaf. Ini kenyataan.

Dan bagi mereka yang suka bereksperimen,(eksperimen jarang yang jadi cantik), mereka selayaknya hanya mendapat C. Itu kalau bernasib baik. Kalau tidak,tunggu sahaja muka mereka di semester depan. Dan kita mula dinilai dari hasil, bukan dari ilmu.

Konsep menilai hasil, tidak salah. Cuma mungkin, pada peringkat pembelajaran, kita kena menilai dari pelbagai sudut. Konsep menilai hasil akhir, akhirnya mula membuatkan kita takut untuk mencuba dan takut untuk silap. Dan kita tidak melihat hasil yang gagal sebagai satu tapak yang sebenarnya masih ada ruang untuk dimajukan.

Dan hasilnya, kita melahirkan ramai robot. Bukan lagi manusia yang kritis. Bukan juga manusia yang kreatif.


“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”
::W.S Rendra::

“Wisdom cannot be imparted. Wisdom that a wise man attempts to impart always sounds like foolishness to someone else. Knowledge can be communicated, but not wisdom. One can find it, live it, do wonders through it, but one cannot communicate and teach it.”  :: Herman Hesse (Siddhartha)::




Thursday, November 8, 2012

ADELE - Skyfall



Adele Bond

Suara dia ni...beautiful!!

Dia ni memang gifted pada aku...

***

Sekarang di ofis, semua bercerita tentang Bollywood. Pergi Admin, Bolly. Pergi Marketing, Wood.

Ini semua gara-gara dinner tahun ini. Tema untuk dinner tahun ini-Bollywood. Dan semua mula belajar untuk tukar kerjaya ke arah fesyen designer pengkhususan Bollywood. Dari TeaLady hingga ke General Manager. Dari parking motor ke parking forklift.

Dan aku, mula pandai riki pakaian bollywood.

Mungkin lepas ini, Shah Rukh Khan akan dapat gelaran Duke.

Wednesday, October 31, 2012

Evanescence - Hello



Hello there....

tetiba teringat salah satu lagu feveret dolu2...

Layan.....

Wednesday, October 24, 2012

Pabila Marah

Aku tak tau bagaimana perlu untuk aku ulas tentang satu perkara ni.

Hilang segala nikmat kata-kata. Membeku. Aku takut salah menegur.

Cuma satu pesan aku, pesan ku untuk diri sendiri. Juga untuk kamu semua.

JAGALAH PERKATAAN KAMU APABILA MARAH.

JANGAN SAMPAI ADA YANG TERASA TERHINA DENGAN PERKATAAN/PERBUATAN KITA.

Kadang bila marah, kita selalu lepas cakap. Ops...bukan kita. Aku. Kamu-kamu semua pasti bukan macam tu. Kamu-kamu semua orang yang lebih baik dari aku.

Kadang bila marah ada yang aku perasan, menggunakan perkataan menyumpah. "Celaka si polan"

"Bangsat". Malah menggunakan binatang sebagai ganti diri untuk orang yang dimarahi.

"Babi!!". Atau dialek..."Lahanat".

Segala macam lagi yang tak perlu disebut satu persatu.

Ada juga dalam bentuk merendahkan.

"Ko apa tau!!"

"Ko tu yang dok dalam gua"

Hmm...bila marah, better diam. Dia pernah ckp, "Diam itu emas."

Ku pinjam kata-kata dia jadi azimat.Semoga kita semua menjadi lebih baik. Kamu semua pasti lebih baik dari aku.


Thursday, October 18, 2012

Juwita (Mana Hilangnya?) Music Video



Arahan dari MonoloQue...

Muzik seakan Jari-jariKeju

Layankan...

Tuesday, October 16, 2012

Scene Blog

Baru-baru ini terbaca dalam satu ruangan di akhbar tentang seorang blogger yang tidak lagi 'update' blog kerana 'zaman blog yang telah berlalu'. Kini beliau lebih terarah pada FB & Tweeter. Pada pandangan beliau juga, blog yang sering diikuti orang boleh ditentukan dengan banyak sikit komen yang diterima. Memandangkan komen yang makin sedikit, beliau tidak lagi bersemangat untuk menulis.

Itu pendapat dan mungkin juga cara beliau.

Aku menulis di blog kerana aku suka menulis. Disini aku bebas. Seumpama juga diari yang am dan bukan sebuah diari yang rahsia (kalau rahsia tak perlu tulis disini kan). Selagi mana aku punya modal untuk menulis, aku pasti menulis. Bukan tentang apa. Bukan tentang sesiapa.

Aku juga tidak pernah memandang komen yang diberi itu sebagai penanda aras populariti untuk blog aku. Sebab aku bukan ingin blog ini jadi blog yang popular. Ia hanya ruangan untuk aku menulis. Bagi mereka yang ingin membaca, silakan. Jika tidak, tak perlu baca. Terpulang. Namun jika ada komen dari kawan-kawan (mostly yang baca blog aku adalah kawan-kawan aku), dengan berbesar hati aku cuba membalas.

Memang aku akui, scene blog semakin murung kebelakangan ini. Namun ianya tetap punya followernya sendiri. Aku sendiri suka membaca blog-blog lain. Mungkin juga kerana tabiat semulajadi yang ada pada aku; suka membaca. Ramai dikalangan mereka sangat berbakat (sila jangan banding dengan aku kerana aku tidak punya bakat yang besar dalam menulis seperti Pipiyapong atau Nazri Vovinski).

Di antara blog kawan-kawan yang selalu aku jenguk adalah blog Aben, Erin & Arween. Sekali sekala blog Fariz(dia ni paling payah nak hapdet blog!!). Mereka juga mungkin sudah mengalami sindrom 'malashapdetblogsendirisampaibersawang'.

Baru-baru ini berjumpa dengan seorang kawan lama. Komen dia pada aku "ko ni masih banyak cakap". Dan aku balas "banyak cakap sebab ada modal. Takde modal aku diam.". Macam tu jugaklah aku dengan blog ini. Saat aku punya idea, aku menulis. Saat aku beku, blog ini akan bersawang. Dalam banyak hal, berdiam itu lebih banyak manfaat dari berkata.

Aku tak tahu sampai bila blog ini akan terus diupate. Yang pasti, selagi aku punya idea untuk menulis, aku pasti menulis!

Monday, October 15, 2012

Space U8

Petang ahad lepas lepak di Space U8 (tempat konsert Versus bagi mereka yang tak tahu apa itu Space U8).

Dulu pernah lepak sini cuma kali ini lebih lama. Meluangkan masa di satu kedai permainan (or maybe kedai lepak). 

Aku tertarik untuk masuk kedai itu kerana kedai itu ada modelling dari Plaster Of Paris (P.O.P...bukan K-Pop). Pada mulanya, aku sangkakan aku berpeluang untuk membuat sendiri bentuk model yang aku inginkan. Rupanya, ia hanya sebuah kedai yang menjual model dari pop untuk dicat (cat disediakan secara percuma (dah masuk dalam kos model pop sebenarnya aku rasa)). Tak sangka aku tak sedar masa berlalu kerana ralit bermain warna.Hahaha...(macam kanak-kanak riang aku rasa).

Tangan yang lama tak pegang berus warna, tetiba menggatal main warna sangatlah teruk hasilnya. Insaf sekejap tengok hasilnya.(macam nak masuk skul AD balik amek subjek drawing balik tapi sangatlah malas nak menghadap buku Art Fundemental).

Dalam kedai tersebut jugak disediakan pelbagai game-game yang lain seperti chess dll. Novel pon ada!!

Lepas tu cadang nak tengok wayang, cuma disebabkan hari dah beransur gelap, plan tak jadi. Lain kali pasti aku repeat ke sana.

Lupa..kedai itu terletak bersebelahan dengan Yamaha Music. Kedai Whoa...

Whoaaaaaaaaaaaa.........

Tuesday, October 9, 2012

Chilling Waterfall

Last weekend sempat juga akhirnya kaki ini menjejak ke Chilling Waterfall!!

Sangat segar di sana...air sangat sejuk. Ditambah cuaca yang redup..

Namun agak malang hasrat ke puncak terpaksa ditangguhkan untuk lain kali.

Hujan yang turun selepas beberapa ketika, sangat lebat dan memaksa kami menangguhkan hasrat.

Lain kali insyaAllah akan ke puncak.

Chilling Waterfall...sangat best!!

Monday, September 24, 2012

[MTV] Hazama & Fina - Delima Hatiku (OST Untuk Tiga Hari)



Untuk 3 Hari Ost...

Slow jer lagu...tapi tak mendayu...tenang je...

Muzik seperti pop+jazz....kalo Sheila Majid nyanyi pon best gak nih..duet ngan Hazama..

Jom Layan!!

Thursday, September 20, 2012

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah....

Rezeki dari DIA...*Senyum*

Kadang datang dari sudut yang tidak kita jangka.

Kadang datang dalam bentuk yang tidak kita sangka.

Apa pun...bersyukurlah kita. Berterima kasihlah kita.

Kerana rahmatNYA. Kerana kasih sayangNYA.

Semoga kita semua menjadi insan yang tahu berterima kasih.

*Senyum*

****

Dah seminggu tak pakai jaket "k-pop".Hihihi

Wednesday, September 19, 2012

Cerita Kami



Indahnya jalan mereka.

Semoga mereka kekal hingga ke syurga.Amiin.

***
Aku saspek laki tu keje kompeni minyak!!

Monday, September 10, 2012

Andy Flop Poppy - Cinta



Bosan-bosan...meh layan akustik.
Best layan lagu lama-lama nih....
Lirik dia pon "cair".

Wednesday, September 5, 2012

Nora - Kau Tak Pernah Jauh



Vc ni sangat bermakna.

Terima kasih untuk vc ini. Sekarang, dihadiahkan kembali kepada si pemberi.

Mungkin aku lebih suka berkongsi di ruangan ini.*Senyum*


Sunday, September 2, 2012

Sharing Session - DrJohan

Semalam ke Kenduri Aqiqah di Teratak Indah Dr. Johan.(Wanjoe). Kenduri aqiqah untuk cahayamata kedua beliau. Seorang puteri yang sangat comel. Mewarisi genetik terbaik kedua orang tuanya.

Banyak yang diperbualkan bersama Dr Johan. Mungkin kerana kami berkongsi minat yang sama dalam dunia foto. Pelbagai cerita yang dikongsi. Berkongsi masalah dunia yang kecil. Bercerita tentang ketakjuban dunia yang luas.

Barangkali kadang kita terlampau selesa dalam lingkungan kehidupan kita. Atau mungkin kadang kita dibutakan dengan dinding di hadapan kita. Sedangkan di luar kepompong kita, masih ramai yang memerlukan perhatian dari kita. Memerlukan kasih sayang dari kita. Memerlukan tangan yang sudi menyambut tangan mereka yang menggapai. Kadang kita lupa, kita hidup bukan untuk kita semata.

Aku cuba menyelami dunia penuh warna yang diceritakan DrJohan. (Juga cerita tentang gambar beliau yang dibeli NST berharga 5 digit!!). Beliau juga menyatakan minat untuk turut serta dalam projek yang aku ingin jalankan (Pameran Fotografi di Galeri. Masih dalam proses pengumpulan data). Dan aku berminat untuk menyertai beliau dalam dunia penuh warna beliau.(mungkin ini sebuah sistem barter).

***

Semoga dia sentiasa senyum walau kadang hidup rasa sempit dan menyesakkan. Dia tidak keseorangan.
Senyumlah. *Senyum*

Saturday, September 1, 2012

Lagu itu

Alhamdulillah...

Proses awal menyiapkan lagu untuk VC akhirnya selesai. Syukur aku ke hadratNya yang mengurniakan ilham. Malam ini proses untuk buat arrangment dan komposisi muzik. Selesai nanti, baru boleh record. Mohon dipermudahkan.

Ada seorang insan yang telah diperdengarkan lagu ini lebih awal.(Masa tu separuh siap). Lagipun lagu ini untuk dia. Mendengar komen positif, Alhamdulillah. Aku cuba untuk membuat lagu ini kedengaran seringkas mungkin namun aku akan cuba mengekalkan elemen rock didalamnya. Mungkin dalam gubahan muzik nanti, aku akan cuba selitkan unsur country (Kalau mampulah..haha).

Menyentuh tentang hidup, Alhamdulillah semua nampak lebih lancar. Lebih tenang. Malah aku rasa sangat-sangat tenang.(Buang tebiat mungkin).Minta maaf kepada semua. Halal makan minum. Mana tau kan...*Senyum*.

Alhamdulillah juga ada rezeki lebih sedikit. Dapatlah aku membeli laptop baru untuk memudahkan lagi kerja aku. Laju sikit nak buat editing. Lagipun lepas ni mula ingin menceburkan diri dalam scene video. Buat masa ni, laptop ni mampu buat kopiah aku terbang dek kelajuannya. Sangat berpuashati. Alhamdulillah.

Banyak kejadian yang berlaku sepanjang Ramadhan. Namun itu semua sekadar masa silam. Kita tinggalkan semalam untuk terus bernafas hari ini bagi mencipta sinar untuk esok hari. Semoga kita terus berada dijalanNya. Moga aku sentiasa didalam doa kalian. Aamiin.

***

Kita bukan sesiapa melainkan hambaNya yang sering khilaf dan berdosa. Bertaubatlah. Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.*Senyum*


Sunday, August 26, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)



White Room & Dark Room...

HighKey & Lowkey Style...

layan!!

Projek

Lama tak hapdep blog yang satu lagi...agak bersawang...
Banyak perkara yang mesti diselesaikan. Mengurai kekusutan. Satu persatu.

Baru mendapat ujian untuk bertukar tempat kerja. Namun masih belum diselesaikan. Moga Allah mencurahkan idea.Amiin.

Harga untuk fotografi juga baru selesai dikemaskini. Tinggal lagi pakej untuk hanimun belum dikemaskini.

Projek terbaru - Dalam proses menyiapkan lagu untuk projek VC yang akan dilakukan dalam masa terdekat. Susah jugak nak buat melodi,lirik dan arrangment muzik sendiri. Baru siap satu lagu. Masih belum berpuas hati dengan susunan / komposisi muzik. Kurang dinamik. Perlu perah lebih lagi idea.

Pelakon untuk VC juga dah ada. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Videografer juga dah ada. Akan menggunakan 3 khidmat videografer. Seorang Videoeditor. Seorang ArtDirector. Dan maybe 2 photog.

Perkembangan selanjutnya...tunggu bila projek dah mula berjalan. Projek ini digerakkan sebagai satu bahan untuk dijadikan artwork untuk dipropose pada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat commercial video, muzik video, event video or wedding video. Kalau takde artwork, macam mana kita nak tunjukkan kita boleh buat kerja tu. Rite?

Satu projek yang agak membunuh diri sendiri. Tapi kalau berjaya, Kepuasan itu yang aku dapat bayangkan.*Senyum*. InsyaAllah. Doa-doakan yer. Semoga Allah permudahkan segala.

Ouh..Selamat hari Raya EidulFitri pada semua kalian. Maaf Zahir dan batin. Halalkan makan Minum. Moga kita sentiasa tetap dijalanNya.Amiin.

*Senyum*

Monday, August 13, 2012

AWANBAND - Lintasan Bintang [OFFICIAL VIDEO]



Vc yang sangat nice kalering nyer...

Hopefully,aku jua mampu. InsyaAllah.

Monday, July 23, 2012

Sunday, July 22, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa Semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

K.Bai

Wednesday, July 11, 2012

MataHati



Apa agaknya jadi manusia yang punya gerak hati yang selalu tepat?

Mungkin ianya satu amanah dari Dia. Satu anugerah.

Tapi bak kata Pakcik Ben "great power comes wif great responsibility".

Hati. Bertenanglah. Pulang segala-gala pada Dia.

Semoga baik-baik sentiasa. Amin.

*Senyum*

Monday, July 9, 2012

Perasaan

Perasaan

Satu perkataan. Namun punya pelbagai erti.

Perasaan adalah satu perkara yang sangat abstrak. Sukar untuk dimengerti. Perasaan suka, duka, gembira, sedih merupakan rencah dalam resipi kehidupan.

Kadang kita merasa suka namun mungkin sedetik kemudian kita akan merasa benci. Kadang kita merasa sedih namun sedetik tidak terlebih kita akan merasa gembira. Pelik.

Aku memerhatikan diri sendiri. Kadang aku merasa kuat. Kadang aku merasa lemah. Kadang aku merasa sedih sangat-sangat namun esoknya aku merasa gembira sangat-sangat. Dan acapkali aku tidak berperasaan.

Kadang kita merasa kosong umpama lagu Najwa Latif. Kita seperti hilang punca. Tidak lagi mampu berfikir secara relevan. Dan aku kemalangan. Ambik ubat sedas. Hahaha.

Namun itulah apa yang perlu kita lalui. Sepanjang jalan kehidupan. Semua ini akan kita rasa.

Terpulang cara bagaimana untuk kita mengatasinya. Aku jua kadang tewas dengan perasaan aku sendiri. Perlu untuk aku akui itu kerana aku tetap manusia. Namun secepat mana kita berusaha untuk kembali, terpulang pada diri.

Jangan tewas dengan perasaan sendiri sahabat-sahabat. Kadang kita akan melakukan kesilapan ketika kita tidak stabil perasaan. Dan kita tidak sesekali boleh menyalahkan orang lain untuk kesalahan kita. Kadang mereka tidak tahu masalah kita. Kerana untuk satu kesilapan, kita terpaksa membayar dengan mahar yang sangat mahal. Aku pernah lalui dan aku nasihatkan kamu, jangan tewas dengan perasaan sendiri.

Cubalah. Aku doakan.*senyum*.


Thursday, July 5, 2012

Shizuka-Redline With Lyric



Lagu lama yang menjadi kenangan
Di zaman kanak-kanak riang Machang

Sekarang
Main saja dengan gitar tong
Ditemani vokal sayup kedengaran
Sangat mengujakan!!

Jom jamming lagi!!
Ngeh ngeh ngeh

Nisfu Sya'ban



Sami Yusuf - Asma Allah

Selamat Datang Kitab Amalan ku yang Baru

Selamat menutup kitab amalan yang lama.

Harap rekod semester lepas ok. Tak lah harapkan 4.0 sebab rasa mustahil.

Semester baru nih kene kerja kuat lagi. Supaya rekod dalam kitab yang baru lebih baik dan cantik. InsyaAllah.

Moh kite!!

Ngehehehe

Tuesday, July 3, 2012

Bulan Ini

Selamat pulang June.

Semoga aku dipanjangkan usia dan kembali dalam pelukan bulanmu.

Selamat datang kembali Julai.

Kedatanganmu sentiasa membuatku tersenyum. Moga didalam pelukan bulanmu, aku bertemu damai.

Selamat menanti Ogos.

Moga ada khabar gembira untukku dalam bulanmu.

*Senyum meleret*

Friday, June 29, 2012

Hubungan

Hubungan

Satu perkataan. Punya pelbagai erti. Dan ada yang disalaherti.

Pada pendapat aku yang naif, hubungan memerlukan kita berkongsi / belajar / (aku tidak menjumpai satu perkataan untuk mendefinasikan perkataan yang aku inginkan secara tepat ) secara dua hala.

Memberi dan menerima. Meminta dan memberi. Bercakap dan mendengar. Makan dan minum. Belajar dan mengajar. Positif dan negatif. Yin dan Yang.

Kadang kita terlampau berkeras dengan "prinsip hidup" yang sebenarnya tidak pernah berdosa untuk dilanggar. Ego kita menutupi segalanya. "Ini jalan aku". "Ini cara aku". Sedang mungkin dalam sela masa, cara kita bukanlah cara terbaik untuk semua keadaan.

Aku selalu cuba mengadaptasikan cara kawan-kawan aku. Seperti bilamana aku berjumpa dengan kawan-kawan dari Kelantan, aku akan menggunakan loghat mereka sebagai tanda penghormatan aku untuk mereka. Begitu juga dengan kawan-kawan aku dari negeri-negeri yang lain. Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan lain-lain. Namun itu bukan bermakna aku lupa dengan loghat Terengganu aku yang sebati bersama darah yang mengalir. Mana mungkin aku lupa dengan akarku.

Begitu jua dengan perkara-perkara yang lain. Aku seronok untuk belajar tentang bagaimana / apa / kenapa / cara mereka berhubungan. Dan aku akan mencuba mengikut rentak yang dilagukan. Walau mungkin aku selalu gagal. Aku bukan insan Genius. Hahaha. Perlu untuk aku mengakui itu.

Mungkin cara mereka berbeza dengan cara aku. Mungkin prinsip mereka berbeza dengan aku. Namun itu sepatutnya tidak mejadi satu titik penolakan. Kerana satu titik perbezaan adalah kunci untuk membuka pintu persefahaman yang lebih luas.

Aku tidak mengatakan cara aku adalah cara terbaik. Malah mustahil!!. Namun adakah itu bermaksud cara yang lain adalah cara terbaik? Pasti juga bukan. Tidak ada cara terbaik yang mengatasi setiap cara dalam berhubung. Ianya mengikut situasi dan keadaan. Namun ini sekadar pendapat dari aku. Tidak semestinya betul.

Belajarlah cara mereka. Cubalah untuk menggunakannya. Kamu tidak pernah rugi.

Dan mungkin kita akan faham bahawa hubungan itu berkonsep dua hala dan bukan satu hala.



Thursday, June 28, 2012

Lately

Lately...

Rasa mengantuk susah untuk ditahan-tahan. Mengadap lappy boleh terpejam. Baca novel boleh terpejam. Tengok bola boleh terpejam. Mata seperti di gam dunlop.

Lately...

Ada sedikit perasaan pelik. Tapi biar sahaja. Nanti faham juga. Mungkin. Kalau tak faham, buat-buat faham. Angguk-angguk kepala.

Lately...

Cuba reunion group jamming dulu-dulu. Sedang mencuba kumpul material untuk disumbangkan dalam studio. Lama tak jamminig!!Rindu....

Lani...

Nak p solat jumaat. Jom p masjid sahabat-sahabat lelaki ku yang baik!!

Wednesday, June 27, 2012

Video Kahwin

2-3 hari kebelakangan ini aku ghalit dok melangut depan pc sambil mendonlod wedding video.

Kagum sangat. Dorang ni alien ker??

Lately banyak study tentang video kahwin. Nak main video pulak ker Asrol??errrr...tatau lagi.

Sekadar seronok untuk mencuba bende baru.Lama bagi mereka yang lain.hehe..

Macam ada idea untuk dicuba. Jom!!

Ngeeeeeeeeeeeeee.........

Monday, June 25, 2012

Aku Sayang Padamu

Manusia...

Takkan pernah lepas dari silap dan dosa. Walau sebaik mana sekalipun kita. Apatah lagi aku yang sering tersasar dan derhaka.

Mungkin hingga akhir nafas aku, aku akan tetap khilaf. Kita ini manusia. Bukan malaikat.

Mereka jua.

Aku suka dengan ayat Laksamana Sunan...

"Sebagai manusia, aku sayang padamu"




Friday, June 22, 2012

Senyum

"ermm..tea o panas satu...ais kosong satu".

Dia pandang aku. Lantas menghalakan pandangan pada abang ambil order yang murah senyuman.

"Abang, ais kosong tu tak payah. Tukar air kosong jer". Aku memandang dengan penuh pengharapan agar dikasihani namun tidak berjaya.

***

"Awak, kita rasa dahaga la malam nih. Panas. Macam nak order air lagi. Macam nak minum ais jer"..ucap dia sambil memandang aku.

"Order jer"..balasku sambil menahan gelak.

"abang, barli ais kurang ais satu yer" minta dia.Lepas tu dia pandang aku.

"jap..kita tengah cuba tahan gelak"aku ambil nafas dalam-dalam.

"LAICI satu yer bang"..pintaku dengan penuh kegembiraan. Nasib aku lupa sebut "ais takmo kurang yer".

****

Aku terlantar sambil tersenyum sampai ke pagi walau dalam tidur.(aku rasalah).





Monday, June 18, 2012

Egoistik

Manusia ni pelik. Sangat pelik. Kalau betul Alien & Predator wujud, mereka pun takut dengan manusia. Manusia lebih pelik dari mereka.

Ramai yang menyebut "1001 macam karenah manusia". Salah.

Manusia mempunyai karenah lebih dari itu. 1Juta. 20 Juta. 300Juta. Siapa tahu.

Salah satu perangai manusia yang aku suka tengok. EGO.

Ego bukan sejenis barang walaupun ada motosikal bernamakan EGO. Ianya berasal dari Latin. Seperti biasa, Melayu akan menyerap perkara-perkara dari luar termasuk EGO ini dalam perbendaharaan kata mereka. Aku selalu mendefinasikan Melayu itu Adalah Span. Melayu adalah bangsa yang sangat fleksibel.

Ego kadang boleh menjadi baik. Walau selalunya menjadi buruk.

Dan perlu ku akui, aku sendiri kadang terperangkap dalam sarang lelabah EGO. 

Kerana itu aku belajar untuk merunduk hati. Supaya hilang Ego itu namun tidak sampai hilang maruahku.

Ego tidak mengira jantina. Lelaki atau perempuan. Semua sama. Kadang lebih tinggi pangkat kita, lebih tinggi ego kita.

Lebih banyak ilmu kita, lebih tinggi ego kita.

Berhatilah. Waspadalah. Jangan terperangkap dalam sarang lelabah ego.

Korang lebih pandai dari aku untuk menilai.

Thursday, June 14, 2012

Pejam Mata

Aku penat.

Sangat penat.

Sangat-sangat penat.

Secawan teh bersama gula tebu. Bau sedikit menyegarkan.

Sekadar memandang dari perbaringan. Mata seakan ingin terus terpejam kala ini.

Berat betul...

Harap ini bukan kali akhir ku memejam mata.

Wednesday, June 6, 2012

Anak Tebuan

Hari ni bersarapan dengan anak tebuan. Rasa lain macam.

Ingat....Jangan Marah....

(Update blog dengan gaya status FB)

Wednesday, May 30, 2012

Ilmu

Semalam untuk kali yang ke berapa, menonton filem 3 Idiots.

Sebuah filem kritik sosial yang sangat seronok untuk ditonton. (sekadar pendapat sendiri)

Aku sentiasa berpendapat, apa guna sekeping kertas bergelar IJAZAH kalau ilmu yang kita dapat hanya sekadar untuk menduduki peperiksaan. Hanya sekadar hafalan. Takut untuk mencuba dan berbuat silap.

Kita belajar untuk ilmu atau untuk markah?

Tapi akhirnya....

Terpulang. Masing-masing punya cara masing-masing. Punya pandangan masing-masing. Semoga berjaya!!

Terkedu

Aku tersenyum.

Dia terkedu.

"Sejak bila jadi reporter nih?" tanya dia padaku.

"Sejak bila tahu bertanya nih?" balasku.

Dan aku.....

Senyum nipis.

***

Sesekali apabila dapat membuat dia terkedu, seolah baru berjaya dalam perang.

Kerna untuk membuat seorang yang kuanggap genius terkedu bukanlah suatu perkara yang mudah.

Monday, May 21, 2012

Dia

Aku duduk di kerusi. Menghalakan pandangan keluar dari tingkap. Melihat jalan yang melintang di hadapan dengan pelbagai saiz kenderaan.

Halwa telinga disegarkan dengan alunan suara perempuan barat. Alunan lagu Somewhere Over The Rainbow menenangkan jiwa.


The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people passing by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying i... I love you


Antara seniliriknya yang buat aku rasa ini dekat di jiwa. Indah.


Seketika kemudian. Audio bertukar mengikut giliran. Telinga aku menangkap alunan vokal lelaki barat. 


93Million Miles.


Dan fikiranku terlempar ke satu sudut. Dia.


Seolah dia memandangku di balik cermin ini.


Dan aku tersenyum mengenangkannya.





Wednesday, May 16, 2012

Sejuk Pagi

Hujan melimpah ke bumi. Matahari malu menjenguk diri. Angin yang dingin membias ke muka.

Manusia yang berpusu keluar. Bangkit melakukan rutin harian. Mungkin ada dikalangan mereka tenang melayan celoteh dari suara di audio. Mungkin ada yang terburu lantaran asyik melayan mimpi di kala hujan.

Dan aku bersama deruman enjin motor yang agak lemah, menelusuri hingar bingar dan kelam kabut warga Shah Alam. Menyelit di antara dua baris kereta yang tersusun rapat. Rasa sedikit bahang.

Sejuk pagi ini. Cuaca sejuk yang sentiasa bermusuh dengan dadaku. Baru kebah dari selsema. Harap sejuk pagi ini tidak memudaratkan dadaku.

Risau.

Friday, May 11, 2012

Maher Zain

Pandang skrin. Hampir tembus. Ingin menulis namun seperti kebiasaan, kekurangan topik.

Tiba-tiba terdengar suara di hujung telinga,

"Maher Zain tu muslim yer duke?"

Mulanya aku terkebil-kebil. Tak lama.

Aku pejam mata. Pura-pura tidur.

Wednesday, May 9, 2012

Asma

Setiap tahun...bulan 6 adalah bulan yang agak menakutkan untuk aku....

Setiap tahun dalam bulan 6....Sakit Asma ku...biasanya datang menjengah.

Ni baru bulan 5...tapi sudah ada petanda awal....

Mula mengambil langkah berjaga-jaga....Perit sangat tekak....

Suara kadang macho kadang seksi....ok...

Nafas kian mengah.....

Harap tidak berpanjangan.....

Monday, April 30, 2012

Perjuangan Itu Bagus

Semangat itu sangat bagus.

Perjuangan itu sangat bagus.

Tidak berputus asa jua sangat bagus.

Kumpul ramai-ramai juga sangat bagus. Rapat sillaturahim. Macam pergi makan kenduri ramai-ramai.

Pakai baju sama warna ramai-ramai pun sangat bagus. Tanda kesepakatan. Boria jugak mungkin.

Bertakbir lagi lah bagus. Biar semua manusia didunia tahu yang orang Islam sentiasa ingat pada Allah. Lagipun Allah itu hak Islam. Bukan hak orang lain. Kan?

Pilih warna kuning sangat bagus. Itukan warna Diraja. Daulat!!Daulat!!

***

Kan lagi bagus kalau ramai-ramai naik kapal ikut geng sukarelawan Palestin......kan?Sebarkan semangat perjuangan kalian disana.

****

Lepak rumah makan karipap dengan tea o pon sedap nih.

Thursday, April 26, 2012

TWP

Pasnih join TWP as a proud member.

(TheWeddingPhotog) - Principal : Chikozawa

Hopefully langkah ini langkah yang betul. InsyaAllah. Usaha!!Usaha!!Usaha!!

Ia adalah salah satu strategi RantingPhotography iaitu bernaung di bawah payung yang lebih besar. Harap menjadi.

Otak perlu berfikir untuk kerja yang sedia ada + FotoRec + RantingPhotography. Ia menyebabkan RantingFoto agak lambat. Memerlukan sedikit masa untuk sedikit persediaan. (Sebenarnya malas!!)

Baru-baru ni dapat job buatkan GuestBook berkonsep purba (Ala-ala zaman Merlin). Puas mikir idea. Alhamdulillah. Berjaya. Skang terfikir nak explore ukiran kayu. Cam best jer kan?

***tgh nunggu Sunan Musafir

Thursday, April 19, 2012

Potret Kehidupan

Memerhati gelagat manusia di celah kepadatan kota. Banyak yang buat aku kesamaran. Namun banyak jua mengajar. Begitu berbeza dengan cara desaku. 

Namun perbezaan bukan satu titik yang membentuk tembok.

Dunia ini terlampau kecil untuk membenci. Terlalu luas untuk mencari kasih. 

Di sebalik kabus pagi, pasti terhampar hijau bumi Allah. SubhanaAllah. Permai.

Di sebalik pekat langit malam, terbentang jutaan bintang begemerlapan.

Di sebalik hitam lakaran potret hidup itu, pasti ada putih wajah membentuk.

Kan?...*Senyum*

Sunday, April 15, 2012

Ku Kenalkan Langit Biru

Pagi dengan langit yang membiru. Awan yang memutih.

Tercetak diatas sana pandangan. Burung-burung yang berterbangan melintasi awan. Sangat indah.

Namun keindahan yang kita saksikan belum tentu sama nikmat indahnya bagi pandangan mereka yang lain. Walau kita berkongsi langit yang sama namun pandangan kita mungkin berbeza.

Kadang kita terleka. Bergembira. Hingga lalai dan lupa pada mereka yang tidak memandang langit indah sama seperti kita. Dan pada aku, itulah tugas kita. Memperlihatkan indahnya langit biru pada warga. Berkongsi langit yang sama. Membantu mereka untuk kembali menikmati indah langit biru.

Mungkin juga kita hanya mampu mengenalkan awan putih. Tapi tak mampu untuk mengenalkan langit biru. Tak mengapa. Bantulah apa yang terdaya. Tidak semua dari kita mampu dari semua perkara. Tidak semua dari kita tahu semua perkara. Tidak semua dari kita pandai semua perkara.

Mungkin ada dikalangan kita tahu indahnya pelangi. Ada yang tahu indahnya mentari. Ada yang tahu indahnya langit senja. Kenalkanlah pada warga yang mungkin sudah lupa.

Semoga itu kembali melengkapkan dunia mereka.*Senyum*

Thursday, April 12, 2012

Saat Ini

Aku ingin menulis...tentang sesuatu...

Tapi perlukah aku hebahkan pada dengki dunia??

Lagipun...sekarang aku tidak lagi tahu siapa yang mengikuti/membaca/membuka page aku nih...

Jadi perlu lebih berhati-hati bilamana menulis.*Senyum*Hai pembaca....

Untuk sementara waktu..aku cuma ingin diam dan menikmati saat-saat yang indah untuk dikenang. Tarik nafas dalam-dalam dan tersenyum. Aku puas!!

Terima kasih!!Terbang tanpa sayap...jom??


Friday, April 6, 2012

Takdir Itu MilikNYA

Harapan...

Walau sedikit darinya....ia umpama cahaya di lorong yang gelap.

Harapan...

Umpama melalui musim salji yang menantikan musim bunga. Dingin. Namun mendamaikan.

Ia buat hati mengembang. Hati penuh keriangan.

Namun...

Bila harapan itu tiada...

Hati akan penuh sengsara. Kecewa.

Umpama merangkak dalam lorong gelap menuju puncak cahaya. Namun tiba-tiba ia hilang dari pandangan.

Bila hati berharap. Terlampau. Biasanya kita akan parah kecewa.

Kerana tidak semua berjalan seperti yang kita rencanakan.

Kerana takdir perjalanan kita adalah milikNYA.

Jika hati tidak mengingatiNYA, mungkin kita akan menyalahkan seseorang. Memarahi seseorang. Mungkin jua memaki.

Namun jika hati kita percaya Takdir Itu MilikNYA... Untuk apa kecewa pada takdirNYA. DIA Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.

Dan aku sebagai hamba, aku mengingatkan diriku.

"Berkelakuanlah selayaknya sebagai hamba padaNYA"

Sunday, April 1, 2012

Event Bridal Shoot by FotoRec

Alhamdulillah....Syukurku panjatkan padaNya. Alhamdulillah.

Hujung minggu yang terisi dengan sepenuhnya. Selesai satu event yang dianjurkan oleh FotoRec. Sebagai salah seorang yang terlibat dalam penganjuran event ini, aku rasa ini adalah langkah pertama yang agak besar. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak kesuntukkan masa. DUA MINGGU PERSEDIAAN!! Dan sudah tentu, ia adalah mustahil untuk dilakukan tanpa kerjasama dari semua pihak. CREDIT TO THE WHOLE TEAM & CONGRUT!!

Dan JUTAAN TERIMA KASIH!!

Aku sedar, terdapat banyak lagi kelemahan dalam event ini. Masih banyak rongga yang terlohong. Dan aku secara peribadi, memohon maaf atas segala kekekurangan. mintak maaf kat sini macam dorang baca...

Selepas selesai event, sempat mengadakan perjumpaan dikalangan Admin FotoRec. Pertama kali perjumpaan diadakan. Kami belum pernah duduk semeja. Alhamdulillah. Pelbagai lontaran idea dan pendapat dapat didengar. Alhamdulillah.

Dari sekadar sebuah kumpulan/kelab yang ditubuhkan untuk menyatukan kawan-kawan dibawah satu bumbung, kini kami mula mengorak langkah lebih panjang. Dari sebuah kumpulan yang tiada tujuan yang jelas, kini mula makin jelas arah cuba dilalui. Terima kasih.

Langkah pertama yang aku mulakan bersama kawan-kawan rapatku, kini mula menunjukkan hasil. Alhamdulillah. Tanpa mereka yang berjalan beriringan, semuanya hanya sekadar impian dan cakap kosong. Aku hilang kata-kata untuk ku gambarkan betapa aku SANGAT SANGAT BERTERIMA KASIH pada mereka semua. Dan untuk kali pertama, aku ingin nyatakan di ruang maya aku ini nama mereka.

JAYDEE, AZAM, FAKRI, BUDIN, ZAINI, THIPLATUL, ZURHAINI, FAIZAL, HAFFIZ. Tanpa mereka, event ini mungkin sukar untuk dilaksanakan.

JAYDEE, THIPLATUL, ZURHAINI, FAIZAL, FAHMI....mereka yang telah menggerakkan kumpulan ini.

TERIMA KASIH!!

MAAF untuk segala kekurangan aku. Mungkin ada terkasar bahasa, meninggi suara, menegur tidak bertempat, kelakuan yang tidak menyenangkan serta segala khilaf yang aku lakukan.

Aku ingin melompat. Aku ingin terbang. Lebih tinggi. Lebih jauh. Bersama-sama mereka. Aku tak sabar menunggu event selanjutnya!!

Moh kite!!

Tuesday, March 27, 2012

Aku Hidup Dalam Blur (Sementara)

Hidup kita saling berkaitan antara satu sama lain.

Walau sekecil mana pun tindakan kita, pasti ada kesan untuk mereka disekeliling. Mungkin pada tumbuh-tumbuhan, Mungkin juga pada manusia. Mungkin jua pada pasir di kaki.

Tidak dapat tidak, aku cuba untuk tidak memberi kesan yang negatif pada sekeliling aku. Tapi itu sudah pasti satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan 100%. Aku cuma mampu membuat apa yang ku fikir terbaik untuk masa tersebut.

Kebelakangan ini, aku menjadi seorang yang sangat blur. Kadang ada atas motor, aku tak sedar mana aku pergi. Sedar-sedar, aku sudah sampai ke satu tempat tanpa aku sedar aku melintasi sesuatu kawasan.

Pernah juga, aku lupa jalan yang terdekat untuk pulang ke rumah sendiri. Dan ia memaksa aku melalui jalan yang jauh.Hahaha...

Apa yang ada dalam otak aku sekarang. Aku sendiri pun blur. Kadang aku sendiri tak pasti, apa yang aku buat. Jangan jadi gila sudah.Hehe...

Aku masih belum mampu untuk berehat buat sementara waktu. Masih banyak yang perlu diselesaikan.

Oh..Last week sempat memanjat Broga. Dengan hanya memakai jeans dan kasut takraw. Dan juga memikul dua body kamera. Haha...Hmm.. Aku betul-betul rasa sangat segar. Sekurangnya untuk masa itu. At least, aku dapat lupakan sekejap tentang urusan yang tak pernah sudah.

Mungkin aku akan mencuri sedikit masa hujung minggu nih untuk melapangkan fikiran. Hopefully, otak aku kembali segar.

Monday, March 26, 2012

Kehidupan

Hidup ini satu pelajaran. Hidup ini satu pentas untuk kita belajar dan mengutip pengalaman.

Kadang kita belajar dengan jalan yang mudah dan senang.

Namun kadang kita belajar dengan mahar yang sangat tinggi.

Pelajaran tentang kehidupan. Pelajaran tentang menjadi manusia. Takkan pernah berhenti.

Kadang kita timbul. Kadang kita tenggelam.

Dari pengalaman yang kita kutip, ia membentuk siapa kita. Dan kebanyakkan pengalamanku, ku kutip di pinggir jalan.

Ramai dikalangan teman-teman, bertanya tentang reaksi wajahku yang sangat jarang menunjukkan perasaan.*Senyum*

Bukan bermaksud aku tidak gembira. Tidak bermaksud aku tidak teruja/suka.

Mungkin aku sudah lupa tentang apa reaksi yang sepatutnya pada raut wajah bila kita teruja/suka/gembira. Ingatkan aku. Ajarkan aku.

Aku mengekspresikan keterujaan/kesukaan/kegembiraan dengan perbuatanku. Namun harus juga aku akui, tak ramai yang mampu memahami.*Senyum lagi*.

Hidup ini sangat misteri. Terlupa apa yang berlaku, sedang masa depan tidak berada dalam genggaman.

Friday, March 23, 2012

Langkah

Kadang kuat...kadang lemah.

Apa lagi yang bakal mendatang?*Senyum*

Aku sudah kehilangan kata-kata. Aku tak mampu untuk menyentuh mereka lagi. Aku tak mampu merasai kehadiran mereka. Sunyi.

Tapi hidup mesti terus. Langkah harus dihayun. Walau sendiri. Walau merangkak.

Wednesday, March 21, 2012

Senyumlah

*Senyum*

Apa lagi yang aku inginkan dari mereka? Apa lagi yang ku harapkan? Tiada apa lagi. Biar saja.

Sebelum mata terpejam untuk selamanya, apa yang aku ingin sekarang? Tinggal beberapa perkara yang belum kuselesaikan. InsyaAllah. Aku cuba dengan kudrat yang berbaki.

Impian peribadi, aku ingin jejak kaki ke Tanah Haram. InsyaAllah.

Aku juga ingin menyelongkar gua-gua di Langkawi. InsyaAllah.

Hahahaha....sikit nyer list yang ingin aku lakukan. Manusia yang berimpian rendah.*senyum*

Bila kita kehilangan kawan, semangat kita turut hilang. Kan?*senyum*. Apatah lagi itu kawan yang sangat rapat. Tapi untuk apa mengeluh pada takdirNya?

Hadapi saja. Berdepan saja. Dan senyumlah.

Benar. Senyum itu penawar.


Monday, March 19, 2012

Sesi Menembak

Sabtu yang lepas aku sempat men join kan diri dalam satu photoshoot. Lama jugak tak shoot talent. Sangat lama ekceli.

Minat aku dalam dunia foto tak pernah berubah. Tapi kebelakangan ini seolah minat itu berkurang dengan sangat mendadak. Bermula akhir tahun lepas. Hingga masa shoot wedding, aku boleh blur. Otak terbejat. Jadi aku ambil keputusan berehat dari job wedding.

Aku join photoshoot talent sebab aku tak shoot kerana aku dibayar. Aku shoot kerana "aku nak". Perasaan shoot sebab dibayar dan shoot sebab "aku nak" sangat berlainan. Bila aku dibayar untuk shoot, fikiran seolah telah di set. "Ini kerja". "Mesti buat yang terbaik". Dan aku lupa perasaan enjoy masa shoot. Lama kelamaan ia menimbulkan perasaan "bosan".

Bila aku shoot ramai-ramai dan tidak dibayar, aku bebas. Walaupun pada dasarnya, aku pergi-untuk-menembak-talent tapi ekceli aku tak berapa shoot sangat. Juz take a few shot. Aku cuma inginkan perasaan enjoy semasa menembak. Satu perasaan yang telah lama pudar. Aku inginkan feel itu kembali.

Mostly talent yang datang adalah muka-muka baru. Perlu ditunjuk cara untuk pose. Perlu di ajar tentang ekspresi. Agak canggung untuk aku. Sebab perlu kembali pada asas. Tapi sekurangnya ia menyeronokkan. Sesekali kembali pada akar, ada satu perasaan yang berlainan.

Dari ramai talent yang hadir, aku cuma shoot 4 orang. Dan aku cuma menumpukan pada 2 talent. Selebihnya aku biarkan pada otai-otai lain. Lagipun aku pergi photoshoot dengan sekadar peralatan yang sangat basic. Sangat-sangat asas. Cuma guna ambient light. Lagipun ambient light lebih cantik berbanding artificial light. Cuma perlu bermain dengan angle.

Dalam sesi photoshoot, dapat jugak kenal photog-photog lain. Saling kongsi ilmu. Tukar-tukar pendapat. Sekurangnya ada benda baru untuk aku. Dan itu sekurangnya boleh kembali menarik perasaan teruja/seronok bila menembak.

****

Boss tegur aku.

"Risau aku tengok ko skang. Makin diam". Baiklah en.Boss. Saya cuba bercakap. Haha.


Tuesday, March 13, 2012

Fisio

Semalam punya hal..dapat panggilan.

Panggilan dari seorang kawan.

"Ko rasa dah sihat sangat dah?"

erk...wat hepen nih?

"Bila nak mai fisio?Jangan wat2 lupa.."

owhh...baiklah.

Aku sepatutnya still kena pergi fisio sekali seminggu. Tapi siyesli last week aku hilang ingatan. Hahaha...Tak pasal kena sound ngan member sendiri.

Tulang belakang aku rasa dah taf...macam malas nak wat treatment lanjutan. Tapi nanti kena sound lagi.Aku pasrah. huhu.

Sunday, March 11, 2012

Coretan

Lama tak ke Melaka...hampir 4 bulan.

Jumaat lepas aku ke Melaka. Jadi Panglima untuk persandingan Shah.
Stay di A'Famosa Resort. Cantik jugak. Nanti akan di upload gambar bersama sakura. Aku ingat aku dah kat Jepun. Rupanya masih ditanah Melaka berdaulat.

Ingat nak temankan Shah & Yanti masa outdoor tapi tak dapat memandangkan Ijal & Zarif nak balik. Apa-apa pun...selamat pengantin baru untuk sorang lagi kawan aku Shahfaizul & Dr. Yanti!!Daging Asam Pedas Terbaekkk!!

Esok masuk ofis balik. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Masih belum sempat ke Klinik.
Urusan dunia yang tak pernah sudah. Semalam terasa seperti nak asma. Mungkin disebabkan cuaca + keletihan. Panas sejuk panas sejuk panas sejuk. Perit rasa tekak. Harap tak berpanjangan.

Tuesday, March 6, 2012

Mimik Muka

Aku ada satu masalah.

Lama sangat dah. Ramai sangat yang tegur. KakTi, Lia, Mimi, Bobo dan banyak lagi nama. Mereka bersepakat mengatakan aku - Muka Takder Perasaan! Muka Flat! bla bla bla...

Boss, Fiza & beberapa kerat yang lain sepakat mengatakan - Kul!! Gentle!!

Yang terbaru..Cik Kenari cakap. "Dia ni tade perasaan ker?"

Masalah untuk mengekspresikan muka bila dalam keadaan teruja. Hati teruja. Tapi muka Flat. Tanah rata. Graf mendatar.

Kene belajar camner nak ekspresikan mimik muka teruja.

Tuesday, February 28, 2012

Masa

Masa berlalu. Terus meninggalkan kita. Mungkin ada yang masih terkial-kial mencari tapak. Mungkin ada yang setapak lebih kedepan berbanding masa.

Masa pasti akan terus berlalu. Tidak menunggu sesiapa.

Adakala masa mengubah sesuatu. Mengubah keadaan. Mengubah seseorang.

Kadang kita penat mengikut masa. Dan lantas membiarkan saja masa kedepan meninggalkan kita. Terbeku.

Aku sekadar mengikut laluan masa. Tanpa memaksa langkah berlari. Sekadar mengikut arahan jiwa. Ada tika berlari. Ada tika berjalan. Ada tika merangkak.

*senyum*. Biar saja.

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Ghuraba

Dia

Terus berjalan diatas jalan yang berbukit tinggi. Dengan liku yang yang tajam. Terpijak duri selumbar yang bukan sedikit. Sungguh, perjalanan itu adalah perjalanan yang sukar.

Perjalanan mencari cinta. Perjalanan mempertahankan yang Haq. Bukanlah sebuah perjalanan yang mudah. Seperti sebuah epik yang mashur.

Dan di dalam perjalanan itu, kerap dia disapa mereka yang asing. Disambut dengan salam dan senyuman. Kemudian dia tetap meneruskan perjalanan. Sendiri.

Kerap kali dia tersungkur. Acap kali dia rebah. Segarit senyuman yang hampir luntur. Kadang seolah dia makin lelah meneruskan perjalanan.

Sampai masanya, dia akan pulang menghadap Penciptanya. Sendiri.

Kerana ini adalah sebuah perjalanan mencari cinta seorang yang ghuraba.

***
Entri untuk golongan Ghuraba.

Tuesday, February 21, 2012

Tade Tajuk

Aku lebih suka berada di luar sekarang

Berada di rumah....sunyi.

Aku tengok dinding. Dinding tengok aku.

Aku tonton tv. Tv tonton aku.

Aku layar laman sesawang. Laman sesawang layar aku.

Aku pegang kamera. Errr..kamera takleh pegang aku.

Nak hadap gambar macam tak lalu lagi.

Petik Hammet. Asek lagu Alyah(vc dia remi ishak).

Pasni ingat pindah dok dalam gua lagi bagus.

Sunday, February 19, 2012

Tarikh Lahir Hijrah

Selama ni aku tak pernah perasan.

Tarikh lahir aku mengikut Tahun Hijrah adalah pada 22 Ramadan.

Tarikh penawanan semula Kota Suci Makkah selepas Rasulullah s.a.w berhijrah ke Kota Madinah Al-Munawwarah selama 6 tahun adalah pada 22 Ramadan.

Rupanya Allah memilih aku untuk melihat dunia pada tarikh kebesaran umat Islam.

Betul. Aku lalai. Aku leka. Tarikh sepenting ini aku boleh terlepas pandang.

Kene mula belajar menghormati tarikh lahir sendiri (dalam tahun Hijrah).

***
Ada sebab kenapa tangan aku memilih majalah Q&A (Question & Answer) berbanding majalah lain hari tu.

Friday, February 17, 2012

Biar Saja

Perlu untuk terus ke depan...

Memandang ke belakang untuk mengambil pelajaran.

Kadang hanya perlu tutup mata. Pekakkan telinga. Dan biar saja.

Semoga elok-elok saja.

Marah itu api. Dendam itu bara.

Senyum saja. Dan terus bersangka baik padaNya.

Wednesday, February 15, 2012

Tangis Rindu Pohon Kurma Kepada Rasulullah s.a.w

Jabir bin Abdullah bercerita;

"Dahulu Nabi s.a.w ketika berkhutbah pada hari jumaat, akan bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau lelaki ansar berkata "Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar?"

Baginda menjawab "Ya, jika kamu mahu"

Maka mereka membuatkan untuk Baginda sebuah mimbar. Dan bilamana hari jumaat tiba, lalu Baginda menaiki mimbar. Seketika itu terdengar tangisan yang muncul daripada pohon kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi.

Baginda Rasulullah s.a.w turun dari mimbar, dan memeluknya, sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya).

Nabi s.a.w bersabda "Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir disana"(Riwayat Imam Bukhari)

Sayidina Hassan al-Basri berkata "Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindukan kepadanya"(Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)

Imam Syafi'i r.a berkata "Tiada mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada para nabi, melainkan diberi kepada Nabi Muhammad s.a.w, jikalau Allah memberi mukjizat kepada nabi Isa a.s menghidupkan orang mati, maka sesungguhnya Allah telah memberi Nabi Muhammad s.a.w pokok kurma mengungkapkan perasaan rindunya kepada Rasulullah s.a.w sehingga terdengar suaranya" (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari).

Sunday, February 12, 2012

Pusara

Semalam ke kuburan. Sekadar menziarah pusara. Yang tak pernah ku tahu dan kenal siapa pemiliknya.

Ku hirup udara dalam-dalam. Ku renung langit senja yang kian jatuh. Sedang disudut dunia yang lain, adanya pelangi yang menghiasi senja.

Ku menapak perlahan. Benarlah. Ketenangan. Kedamaian. Dan aku tersenyum.

Dari tanah kita dijadikan, kepada tanah jua kita hujungnya. Dan sekadar ditemani kafan putih.



Saturday, February 4, 2012

Sg Permainan Tradisional

Semalam ke Sg Congkak. Atas jemputan Cik Kenari yang hadir bersama keluarga. Bersama ngan Cik Viva Hijau dan Encek Viva Biru. Viva biru ada 3 garisan. Nampak ganas. Saspek Pekida atau tukang promosi adidas.

Aku sampai macam biasa. Lambat. Masa sampai, macam-macam dah terhidang. Dari ayam, sausage, daging ayam yang berger tu,udang, bihun dan macam-macam lagi yang mana kalau ingin ku sebutkan satu persatu maka entri ini menjadi karangan zaman sekolah menengahku.

Ini kali pertama sampai kesini. Yang pernah kaki ini berjejak satu tika dulu cumalah Sg. Gabai. Sg Congkak ini lain dari Sg. Gabai memandangkan kita tak perlu mendaki setinggi Gabai. Sesuai untuk keluarga lepak-lepak.

Masa aku sampai, dah ada yang berendam. Dan seperti biasa juga, aku alahan dengan sungai-sungai ni. Tetiba adrenalin naik. Aku snap beberapa keping dulu, terus terjun tiruk (tipu). Aku hulur kaki je mula-mula. Kasi ujian kesejukan. Lepas dah agak serasi, baru aku turun pelan-pelan.

Apa-apa pun, semalam sangat best. Hijau Bumi Tuhan.

Monday, January 30, 2012

Hajat Dan Hasrat

Hajat dan hasrat...

Itu adalah lumrah bagi kita manusia. Manusia akan selalu berhajat. Akan selalu berhasrat.

Pasti akan ada yang tercapai dan ada yang tidak. Akan ada yang menguntum senyum dan ada yang terkecewa.

Walau begitu, kita pasti akan terus berhajat. Akan terus berhasrat. Mungkin sampai masa dijemput pulang.

Dan bagi aku, aku sekadar hambaNya. Berkongsi dunia dengan hamba-hambaNya yang lain.

Mungkin ada yang berhajat sesuatu padaku. Sedaya aku, aku cuba ikhtiarkan. Kerna padaku, kurang elok untukku menolak hajat insan lain tanpa berusaha menunaikannya terlebih dahulu. Dan jikalau telah berusaha, namun aku tidak mampu, aku pohon maaf. Mungkin setakat itu sahaja kemampuanku.

Aku jua manusia. Yang berhajat dan berhasrat. Kadang terluah. Kadang dipendam dalam-dalam. *senyum*. Bagi aku, itulah lumrah kita manusia.

Jadi tiada salahnya kita berhajat dan berhasrat.

Pohon saja padaNya. Itu lebih baik. Kan?*senyum lagi*

Friday, January 27, 2012

Dibalik sesuatu

BismillahiRahmaniRahim...

Kita selalu memandang. Namun kita jarang melihat. Kita selalu berbual. Namun kita jarang berbicara.

Kita selalu memandang. Sekadar pandangan luaran. Kita jarang cuba menyingkap perkara disebalik itu. Kita selalu memandang zahir. Dan kita terus menilai. Sedang kilauan emas sentiasa terselindung disebalik lumpur. Sedang indah mutiara terselindung dibalik cengkerang.

Apakah kita mampu menilai mahalnya emas tanpa membersihkan lumpur?

Apakah kita mampu menghargai indahnya mutiara tanpa membuka cengkerangnya?

Apabila kita mampu menilai mahalnya emas, adakah itu bermaksud kita mampu menilai mutiara?

Kita selalu salah dalam mentafsir. Kadang diri merasa "aku faham" tapi kita jauh dari memahami.

*senyum*.Moga Allah membimbing kita dalam apa jua yang kita lakukan.

Mesin Masa

Semasa makan-makan bersama Cik Kenari,terkeluar topik tentang novel yang sama-sama kami baca. Fiksyen 302 karya Ramlee Awang Murshid. Dan topik yang kami bualkan...Mesin masa.

Is it posible?Yes, maybe from scientific view,it could be done. But from another view, or for more specific, from my point of view, should we?

Aku terfikir, kalau betul sejarah mampu diubah, adakah sejarah yang kita ketahui sekrang turut berubah? Atau, apabila seseorang mengubah sejarah dengan berpatah balik ke masa lampau, ianya akan mewujudkan satu lagi dimensi kehidupan? Maknanya kita akan ada dua dimensi kehidupan yang bergerak selari ke depan.

Atau mungkin apa yang kita tahu sehingga hari ini, tiba-tiba tertukar mengikut sejarah baru? Bagaimana otak ingin membersihkan data-data sejarah yang ada dalam otak dan menukarkan pada sejarah baru sekelip mata?

Cadangan Cik Kenari, mesin masa hanya untuk melawat dan melihat sejarah tanpa diubah apa-apa yang berlaku. Mungkin itu lebih baik.

Fuhhhh...entri yang sangat saintifik.

Wednesday, January 25, 2012

Kembara Ke BBB-PutraJaya-BBB-Shah Alam

Semalam balik dari Terengganu. Perjalanan yang kurang lelahnya berbanding perjalanan pulang ke Terengganu.

Sampai lebih kurang jam petang. Terus ke BBB. Berjumpa dengan Cik Kenari. Tapi Cik Kenari hadir dengan Viva Oren. Mula berfikir kemana ingin dilangkah kaki bersama 4 tayar. Cik Kenari mengajak ke PutraJaya. Lepak kejap di PICC. Melihat panorama PutraJaya di kala air dari awan mula menitiskan titis-titis gerimis.

Berfikir lagi memandangkan hari kian senja. Mencari tempat untuk meletakkan dahi pada tempat sujud padaNya.

"Kite gi Masjid Sultan Zainal Abidin nak?"Tanya Cik Kenari

"Jom...kite bawakkan"Ujarku dengan penuh bangga.

****

"kite rasa ikut sini lah wak"tuturku.

"Takper...takper...kita terus lagi"balas Cik Kenari.

Berpusing-pusing kami mencari Masjid Besi.

"tapi Palace Of Justice sangat cantik untuk shoot kan?"sambil memuncungkan bibir ke arah bangunan Palace Of Justice.

"Kite ingat...kite ingat..masjid tu depan Palace Of Justice"

Dan akhirnya sampai juga.

****

Sangat cantik. Masjid ini sangat cantik. Aku rasa kagum sangat. Ingin kembali kesana nanti. Kembali meletakkan dahi pada tempat sujudNya.

****

"Nak makan kat mana?"tanya ku.

"kita ada nampak restoran dekat kawasan rimbun-rimbun. Tapi kite tak penah pergi. Nak try?"

"Jom"

"Kalau mahal kite minum jer lah yer wak"ujar Cik Kenari.

Aku senyum nipis.

Dan...........

Salah jalan lagi.

****

Restoran ni aku lupa namanya. Tapi best konsepnya. Ada kolam. Ada air pancut. Ada pohon rimbun.

Kami order Mee Rebus, Fish & Chip, Laicikang, Nes O dan air suam. Harga biasa. Tak mahal sangat. Berpatutan pada pendapat aku.

Banyak yang dibualkan. Tentang pelbagai topik. Dari kerajaan hati hingga ke empayar sejarah. Pada mulanya aku lebih banyak bercakap. Tapi bila Cik Kenari buka cerita, aku lebih kepada pendengar yang setia. Angguk-angguk kepala dan tersenyum.

Tebal juga buku sejarah Cik Kenari.

****

Aku rasa penat sangat sesampai sahaja dirumah. Hanya sempat menghantar 2 sms pada Cik Kenari. Terus aku padam.

Friday, January 20, 2012

Kembara Halaman

Besok..memulakan kembara.

Kembali ke tempat darah aku tertumpah. Dahulu.

Semoga semua baik-baik sahaja.

*Diam*

Aku beku.

Thursday, January 19, 2012

Mati

Apa perasaan korang kalau korang tahu bila korang akan mati?errr.....dalam bahasa lembutnya, meninggal dunia.

Korang nak berebut-rebut buat pahala? Atau korang nak spend masa dengan orang yang tersayang (Ibu bapa, sedara mara, sepupu sepapat, gf/bf dll)?Atau korang nak bersolat siang malam mohon ampun dariNya? Atau mungkin duduk diam-diam di satu sudut sambil tersenyum memerhati dan lepaskan semuanya pergi?

Well, semua orang akan melalui saat kematian. Cuma masa yang akan menentukan. Apabila Malaikat Izrail datang, tidak akan lewat sesaat. Tidak juga cepat walau sesaat.

Bila mengingat kematian, buat aku rasa takut. Namun juga lebih tenang. Takut menghadapi balasan dosa-dosa. Tenang kerana tiada apa perlu dirisaukan untuk masa depan. Cuma terus melangkah. Lakukan yang terbaik selagi roh tersarung di jasad.

#membayangkan diri terlentang di padang rumput dibawah sepohon pokok yang merimbun di puncak bukit sambil merenung biru langit.

Wednesday, January 18, 2012

P.Ramlee

Hari ni mendengar banyak lagu-lagu lama. P.Ramlee majoriti.

Mendengar lagu-lagu nukilan Sang Genius buat aku terawang. Mungkin kerana karya beliau begitu dekat di jiwa. Kerana ia mungkin lahir dari jiwa.

Berulang-ulang mendengar Dimanakan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku, Itulah Sayang, Tiada Kata Secantik Bahasa, Jangan Tinggal Daku dan Tanya Sama Hati.

Seolah ada magis pada tiap sentuhan listriknya. Pada tiap bait yang ditintanya.

Muzik sekarang tidak lagi mempunyai Sang Genius seperti beliau. Jikalau yang mampu untuk ku iktiraf Sang Genius sekarang, mungkin M.Nasir. Dan dalam generasiku, Si Gadis Yuna.

Berbakat tidak bermakna Genius. Popular bukan semesti terbaik. Sedang Terbaik belum tentu akan Popular.

Dan hari ini, sekurangnya aku masih bangga kerana P. Ramlee pernah wujud di Malaysia.

Monday, January 16, 2012

Corat Coret

Aku pandang skrin. Lama juga. Banyak yang bermain di fikiran. Namun tak tertekan pada papan kekunci di laptop.

Kalau mengikut perancangan, aku akan pulang ke kampung pada Sabtu ini. Pulang beraya. Maknanya genap setahun tragedi di Temerloh. Harap kali ini tiada apa yang berlaku. InsyaAllah.

Kali ini berhasrat selain menziarah keluarga, ingin kembali mengejar ombak dan air terjun. Lata Payung, tunggu kepulanganku.

Haish...banyak yang bermain di kotak hati. Namun akal menghalang jariku menari meluah kata-kata. Bak kata Cik Kenari,"Berdiam itu kadang emas". Lebih kurang camtu lah ayatnya.

Oh, mungkin selepas ini status di FB akan di update di blog. Mungkin. Kan Cik Kenari??*wink wink*. Oh, malam ini berjaya membuat Cik Kenari terkedu. Hahahahahaha. Ok. Dah. Cik Kenari, sila makan ubat. Jangan degil boleh tak?hahaha.

Ouh...untuk Cik Viva, lekas-lekas sembuh ye. Jaga tulang belakang ko elok-elok. Minum susu banyak-banyak. Tulang ko dah mula mereput. Aku rasa lah.

Sunday, January 15, 2012

Ya...Saya Terkena

15 / 01 / 12 Waktu malam.....

Pandang SMS yang diterima..."Jangan malas boleh tak?". Letak henset kat sebelah. Mata masih melekat di kaca TV sederhana kecil dalam keadaan berbaring. Kosong. Capai henset dan balas SMS seraya bangun dengan longlai dan tak bersemangat. Ambil kunci kereta dan rumah.

Ijam memerhati. "Mana?" soal Ijam pendek. "Makan" balas aku pendek.

"Abe masak nasi" balas Ijam. "Makanlah" balas aku pendek lagi.

***

Di Jaja Kafe Seksyen 23.

"Alahai, takder lak Uncle Bob". Duduk satu meja berkapasiti 4 namun diisi seorang makhluk. "Tea O Limau" sambil mata pandang skrin besar. Acara sukan sepak-sepak bende bulat hitam putih.

Terima satu SMS. "pat2. Online jap". Kebil-kebil. Mana satu ni?. Nak makan dulu ke online? "Ada emergency kot". Mata melilau. "Kau memang penyelamat dunia siber cafe". Al maklum, hensetku tak cukup canggih untuk beronline dikawasan yang mempunyai liputan WiFi.

Aku sempat pandang atas meja. Segenggam kunci. Segelas air. Sebakul otak-otak. Belum sempat dijamah. "InsyaAllah selamat. Bersangka baik." Aku tinggalkan meja menghala ke CC.

Aku klik YM. "Yer? naper?"

"hehehe...sajer"

****

Melangkah keluar CC dengan air mata melimpah. Ok...part ni aku tipu. Nak bagi drama.

Friday, January 13, 2012

Pelangi Awan Senja

Baru-baru ni, aku terpandang pelangi. Dibalik awan senja. Sangat cantik. SubhanaAllah!

Walau sehebat mana sains dan teknologi ciptaan manusia, kita takkan mampu menandingi kehebatan Yang Maha Pencipta. Afterall, kita sendiri adalah ciptaanNya. Am i rite?

Aku berharap, aku akan berpeluang untuk kembali menatap pelangi awan senja.

Kerna indahnya. Tidak mampu untuk ku nukilkan dengan pena tanpa titis dakwat.

Kerna kebesaran dan keagunganNya!

Wednesday, January 11, 2012

Sakit

Belakang masih sangat sakit. Kini melarat ke bahagian betis sehingga aku berjalan macam orang yang kaki tak cukup inci sebelah. Memang aku tak macho sementara ini. Rasa tekanan pada bahagian pinggang. Owh tambah lagi bahu.

Aku hilang punca memikirkan napa sakit ini tetiba datang. Mungkin kerana hampir 2 bulan aku kurang eksesais. Kalau sebelum ni, eksesais adalah perkara wajib setiap hari yang akan aku lakukan. Mungkin malas lebih menguasai diri sekarang.

Betis kiri rasa sakit sangat. Aku rasa macam nak belah ngan pisau. Tengok urat mana yang tak betul. Tulang kipas pula lenguh kedua-dua belah. Bahu sengal-sengal. Dah tua sangat ni.

Sakit...cepatlah pergi. Aku dah jeling-jeling ponstan nih.


Jangan Tekan Aku Lagi

Tolonglah...Jangan tekan aku lagi. Ketenangan yang aku baru raih dengan susah payah, jangan digoncang kembali. Kerna aku tatau sampai bila aku mampu bertahan.

Ku mohon, jangan. Aku tak mau hilang arah kembali.

Ku cuma harap, kesabaranku akan terus bertahan. Ku cuma harap ketenangan ku terus kekal.

Aku cuba bertahan sendirian. InsyaAllah. Allah bersamaku. Ku yakin.

Mungkin aku hidup, sekadar untuk melukis tawa di wajah insan lain. Alhamdulillah.

Senyumlah tembakaujiwa. Ia penawar duka. Jangan goyang.

***Entri ketika sakit belakang yang amat sangat. hahaha

Tuesday, January 10, 2012

Hati...Tenanglah

Degup sangat kuat. Jari bergetar.

Kabak-kabak jantung bagai gendang perang.

Setiap kali ia hadir, pasti bawa berita. Berita yang sedaya tidak ingin didengar. Namun berita itu jua biasanya bukan untukku.

Hati...bertenanglah.

Saturday, January 7, 2012

Pemulihan diri

Aku masih dalam proses pemulihan. Masih cuba menilai diri. Masih cuba meraih ketenangan. Susah untuk pulih bila dalam tidak sedar, aku tersasar jauh dari jalanan. Namun, tidak pernah ada perkataan putus asa. Sekurang-kurangnya dalam diksheneri hidup aku.heh!*senyum nipis*

Bulan lepas..Banyak juga duit ku terbang. Bersayap putih. Banyak bende yang beli. Banyak bende yang ku buat. Banyak perkara yang aku uruskan. Alhamdulillah. Semoga baik-baik saja.

Walaupun masih banyak urusan yang belum diselesaikan, sekurangnya aku berusaha. Dan aku cuba selesaikan dalam keadaan fikiran setenang mungkin. Walau kalut kabut sekali sekala masih mendatang.

Dan kehadiran Januari... Ku harap ada sinar menanti. Selepas kabut Disember.

Friday, January 6, 2012

Takdir

Tadi borak-borak dengan seorang teman. Seorang yang usia jauh lebih dari aku. Banyak makan garam. Aku tatau dia ada darah tinggi tak.

Terkeluar topik tentang takdir. Tentang perjalanan hidup. Tentang rencanaNya. Tentang usaha kita.

Kita sememangnya hanya diberikan sedikit ilmu olehNya. Akal ini tak mampu mentafsirkan takdir sendiri. Tak mampu melihat masa depan. Aku serahkan semuanya pada Dia. Semoga menjadi yang baik-baik.

"Ya Allah, janganlah Kau serahkanku pada diriku walau sekelip mata"-doa Nabi Muhammad S.A.W.

Pergantungan sepenuhnya pada Dia. Namun benarkah hati kita mampu? Kadang kita tetap terbabas.Bukan kadang namun selalu. Itulah kita.

Semua yang berlaku adalah rencanaNya. Semua telah tertulis sejak sebelum kita dilahirkan. Malah (kalau ajal kita masih jauh dan mempunyai pasangan) siapa pasangan cicit kita pun sudah tertulis.

Namun sabda Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh sahabat tentang takdir

"Berusahalah. Kerana itu fitrah manusia"

Apa yang direncanakan olehNya untuk kita, tiada siapa yang mengetahui. Mohonlah doa dan berusahalah. Semoga kita didalah redha dan rahmatNya.

Sekadar tulisan memesan untuk diri sendiri yang seringkali alpa.

Hammet

Aku pernah menulis, aku puas bila melihat senyuman orang disekelilingku. Dan seolah segar di ingatanku, senyumannya tatkala menerima hammet. Senyuman yang mungkin aku kenang sampai akhir nafasku.

Aku hilang hammet. Namun aku rasa lapang. Sunyi namun puas. Perasaan yang aku sendiri sukar untuk tafsirkan.

Ku hanya berharap, hammet mampu menjadi peneman yang baik seperti mana dia menemani aku selama 10tahun. Menemani dia kala sunyi, sedih mahupun gembira.

Sampai masanya untuk ku menutup diari kehidupan bersama hammet. *senyum*

Thursday, January 5, 2012

Sinar

Hari ini...

Aku seolah mula kosong. Mula tenang. Walau tidak sepenuhnya. Bibirku tercoret lakaran senyuman.

Semalam

Aku dapati Cik Kenari mula menjamah makanan. Samada dia memang berselera atau tidak, yang penting dia makan. Mungkin dia sudah mula kembali mendapat sedikit kekuatan. Sedikit ketenangan. Aku bersyukur.

Kelmarin

Sedikit makanan tidak disentuh. Namun masih mampu ke MPH untuk membeli novel. Sama jua dengan Cik Kenari. Keadaan masih kabur namun ada seolah ada tanda positif.

Tika ini

Aku seperti mahu memandang biru langit. Dari celah pepohonan nan rimbun.

Mungkin dunia bukan sekadar hitam dan putih.

Wednesday, January 4, 2012

Aku (bukan sesiapa)

*Senyum*

Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Memberi ku banyak pelajaran. Aku tidak akan menunding jariku pada mereka yang lain atas kesalahanku. Tidak sama sekali. Aku memikul seluruh tanggungjawab.

Ma selalu berpesan "jadi anak lelaki sulung, abg long kene kuat"...*senyum*

Aku lah ayah pada adik-adik ku. Aku lah abang pada keluargaku. Aku sudah terbiasa dengan satu perkataan. Tanggungjawab. Tanggung dan Jawab. Aku selalu berbicara dengan diri. "ini pelajaran untukmu". "Ini pengalaman yang harus kau kutip untuk buat kau jadi lebih cekal"

Aku bukan orang yang petah berkata. Aku cuma seorang yang suka menulis. Seringkali meluah dengan pena. Pada tinta yang tidak berdakwat.

Seringkali menyembunyikan titis tangis dari pandangan mereka. Seringkali membalut luka dengan gelak tawa yang palsu. Mungkin aku sudah terlalu lama memikul amanah ini, membuat aku jadi terbius. Kebahagiaan aku letak pada senyuman orang sekeliling ku. Bukan lagi pada senyumku. Jangan percaya pada senyumku!!

Aku cuba berlaku adil pada mereka di sekelilingku. Namun aku tau. Itu di luar kemampuanku. Aku tak mampu. Mereka-mereka jua selalu berkata cuba berlaku adil. Namun aku nampak ketidakadilan. Kadang, lebih baik berdiam. Itu yang aku belajar.

Aku risau bila aku tiada nanti. Aku harap mereka akan terus tersenyum. Mungkin masa aku tak lama lagi. Harap mereka tenang-tenang sahaja. Senyumlah. Itu penwar duka.

Tuesday, January 3, 2012

Kerna Disini Ia Bermula

Ingin menulis...tapi aku kehilangan idea.

Ouh..Baru-baru ni aku sempat pulang ke Dungun. Dan aku sempat menikmati ombak ganas yang meruntuhkan tembok.

Dulu aku suka duduk tepi ombak. Ini kali pertama kaki ku teranjak ke belakang bilamana ombak menyapa kakiku.

Sungguh. Aku takut. Aku tak dapat membayangkan keadaan masa tsunami. Ombak setinggi pokok kelapa. Sungguh...Allah itu Maha Berkuasa.

Keadaan aku lihat agak teruk. Jalanraya separuh runtuh. Tembok tenggelam ke bawah. Ombak apabila malam mencecah ke atas jalanraya. Walau aku jauh dari pesisir, aku masih boleh merasakan titis ombak yang terpercik laksana gerimis dari langit.

Aku ingin ke sebuah tempat yang lama aku tinggalkan. Ke sebuah kawasan yang berteluk. Niat di hati, ingin merakam gambar untuk ku tunjukkan pada Cik Kenari. Namun sayang, titi ke sebarang sudah tiada. Untuk sampai ke kawasan itu, dulu aku melalui sebuah titi. Kerana teluk itu letaknya di sebuah kawasan yang sedikit terpisah dari tanah darat. Seperti pulau. Hampa.

Setiap kali pulang, aku tidak pernah lupa, bertanya khabar pada pantai. Walau aku sentiasa meninggalkannya, namun di hati ini sentiasa merindui bunyi ombak, tiupan angin, pasir pantai dan bau laut itu sendiri. Mungkin kerana disini aku belajar menjadi manusia. Disini akarku bermula.

Hanya ada dua tempat yang sentiasa mendatangkan ketenangan. Pantai dan air terjun. Disana sentiasa ada rasa kedamaian yang menungguku. Rasa yang seringkali menggamitku untuk pulang.

Wahai ombak, cukuplah luahan kemarahanmu. Aku sudah pulang. Moga dikau kembali tenang. Seperti dahulu.