Thursday, January 19, 2012

Mati

Apa perasaan korang kalau korang tahu bila korang akan mati?errr.....dalam bahasa lembutnya, meninggal dunia.

Korang nak berebut-rebut buat pahala? Atau korang nak spend masa dengan orang yang tersayang (Ibu bapa, sedara mara, sepupu sepapat, gf/bf dll)?Atau korang nak bersolat siang malam mohon ampun dariNya? Atau mungkin duduk diam-diam di satu sudut sambil tersenyum memerhati dan lepaskan semuanya pergi?

Well, semua orang akan melalui saat kematian. Cuma masa yang akan menentukan. Apabila Malaikat Izrail datang, tidak akan lewat sesaat. Tidak juga cepat walau sesaat.

Bila mengingat kematian, buat aku rasa takut. Namun juga lebih tenang. Takut menghadapi balasan dosa-dosa. Tenang kerana tiada apa perlu dirisaukan untuk masa depan. Cuma terus melangkah. Lakukan yang terbaik selagi roh tersarung di jasad.

#membayangkan diri terlentang di padang rumput dibawah sepohon pokok yang merimbun di puncak bukit sambil merenung biru langit.

1 comment:

Anonymous said...

Aku akan buat perkara-perkkara gila tapi tak lah masuk tahap berdosa atau menambahkan dosa dan menyusahkan orang keliling macam watak Cathy Tolken dalam The Big C

~Senyum~

WL

ps: Nanti aku letak link kamu di blog WL. Boleh ye?