Tuesday, December 29, 2009

Bila kita makin melupakan....

Aku baca dalam blog erin...

kriteria...maybe..

"cari yang kurang handsome tapi gigih cari rezeki"..lebeh kuang camni lah ayat nya...
aku takmo cakap pe2 pasal kriteria nih...bagus jugak sebenarnya..(maybe sebab aku x ensem)..haha

But,apa yang paling penting dalam jiwa kita sebenarnya??
Apa yang paling penting untuk kita hadap dunia yang kadang2 kejam nih??
Apa yang paling penting sebagai pedoman dan panduan kita??

AGAMA

Kita manusia selalu melupakan Allah bila kita senang...selalunya masa susah baru kita terhegeh2 berdoa bersujud lama2 macam tak nak bangun sampai bengkak dahi....aku tak cakap orang. Aku cakap nih berdasarkan pengalaman aku sendiri...Tapi bila dah nampak jalan keluar,kita mula kembali leka dengan dunia.maybe aku jer kot....hehe

Bab kriteria laki....aku pun tatau camner nak cakap...majoriti gurl akan cakap nak yang macam nih macam tuh macam gituh. Semakin jarang yang cakap kriteria yang pertama adalah AGAMA.
Pada aku,lelaki itu perlu teguh agama nya kerana dia lah yang bakal memimpin dan membimbing.Aku tak cakap suh gurl seme cari Pak Imam or Geng Tabligh...kalo camtuh spesis laki cam aku makin kekurangan pilihan lah...Cukuplah kalo laki itu hukum hakam agama.Puasa,solat,zakat dan tau kenal huruf2 jawi dalam bahasa arab dalam Al-Quran.

Tapi lagi bagus kalo korang leh cari yang ada agama,kuat bekerja,hensem,bertanggungjawab dan berharta.Tapi kalo takleh,carilah yang ada asas agama.Kita berkahwen bukan untuk didunia semata.Biarlah sampai AKHIRAT..Dunia kalo tolak cuti raya,cuti merdeka,hari pekerja,Annualleave,MC....baper lama lagi kita ader kat dunia nih???Purata umur manusia cuma 60++...aku lagi skit akan masuk separuh....tinggal separuh lagi umur aku kat dunia nih..

Sebab tuh aku cakap..aku nasihat....paling penting...AGAMA...

Banyak yang aku selidik punca penceraian masa skang...kekurangan dalam agama.Bukan seme but majoriti.

Sedihnya aku melihat orang segama dengan kita makin melupakan agama sendiri.

***Ujian itu adalah teguran dari Allah pada hambaNya yang dah lama tak berbicara denganNya.

Sunday, December 27, 2009

Syed & Tengku....ader aku kesah???

Assalamualaikum....yaa ahli kubur..

Aku pelik...

Dengan manusia yang terlampau meng agung kan keturunan.Contoh nya...

Syed, Tengku or watever....

Tak boleh kawen ngan orang yang bukan dari 1 keturunan..konon.
Ader adat dan pantang larang yang tak masuk akal perlu dijaga...konon.
Riak & Takbur dengan keturunan konon nya dari keturunan Ali Karramahaallahuwajah'ha & Fatimah Az-Zahra...konon.

Kalau yang mulia sekalipun..itu keturunan korang...blom tentu lagi korang mulia.
Kalau yang baik sekalipun..itu keturunan korang..blom tentu korang.

Kata Keturunan nabi..tapi still wat mende2 yang nabi tak buat.Contoh??Upacara lenggang perut untuk ibu mengandung..tu tak campur macam-macam lagi adat korang yang kebanyakkannya lebeh berunsur khurafat dari apa yang dianjur oleh Islam.

"Aku jadikan manusia itu berpuak-puak untuk saling mengenali dan memahami"
"Tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadah kepadaku"

Itu Allah yang cakap..bukan aku.

Ader Tengku or Syed bukan tiket masuk syurga kawan..yang penting iman dalam dada korang..bukan iman keturunan korang...

Takyah lah penetik sangat ngan keturunan.Kita seme manusia.Keturunan dari Adam dan Hawa.Yang membezakan kita cuma taqwa.

***aku bukan anti tengku or syed....cuma anti penetik2 yang dangkal otaknya.

Wednesday, December 23, 2009

Murah Rejeki

Aku rasa aku ader wat kebaikan yang melebeh-lebeh semalam or mungkin sebelum-sebelum nih...

Arinih ader orang banjer aku nasi bukhara..
Pastu Boss bagi Dunhill 14 1 kotak..
Pas rehat Kak Ross tepon suh masuk bilik akaun.Makan rojak buah yang dia buat.
Alhamdulillah.

Ker esok ader bala nak datang??

***esok lain citer.Aku nak menikmati hari murah rezeki untuk aku kali nih..hehe

Monday, December 21, 2009

Wat ken ai sey???PADAN MUKA!!!HAHAHAHA

Aku ader sorang member nama man(bukan nama dalam ic). Nak kata hensem tuh ofkos lah hensem aku lagi..maybe 0.5% bawah skit dari aku...kira dalam ketegori hensem lagi lah. Tapi kelebehan dier dari aku dier agak cerah skit dari aku yang agak malap.Takper...apeadahal...aku tau hati aku lagi cerah dari dier..(bc dgn nada angkuh).

Baru-baru nih dier clash ngan awek dier...2 minggu dier hilang.Mula-mula aku pikir dier kene kidnap.Tapi bila pikir2 balik...tak mungkin. Sebab dier tak ensem sangat.Lepas 2 minggu baru jupe ngan aku.Perkh...aku ingat penageh dadah yang lepas dari pusat serenti mula-mula aku nampak dier.Kurus kering.Baru lah kuar citer dier putus ngan awek dier. Mengikut cerita dier (kalo dier tipu aku tipu gak lah nih..tapi aku rasa betol)dier nyaris nak terjun dari umah kawan dier tingkat 10. Seb bek tak jadi,kalo tak.....ishhh...makan free aku 3 ari.

Dier cakap kat aku "awek kawe ado jate lain doh. Tinggal kawe kih kawe takdok reto.Jate tuh pakai kheto"
"paka kheto gapo me??"
"wira"
"khijo gapo??"
"supevisor pusat karoeke"

"awek aku dah ader jantan len.Tinggalkan aku pasal aku takder harta.Jantan tuh pakai kete"
"pakai kete aper man??"
"wira"
"keje per??"
"supervisor pusat karoeke"

Duitlistik??Metarialistik??Wiralistik??or watever...

****

Masa aku tengah layan game ManYu kene titik 3 bijik ngan Fulham aku tengok muka dier berseri2 jer. Aku pelik.Dier nih kipas-susah-mati ManYu.Takkan sonok lak tengok team dier kene tembak 3 bijik.

Rupa2 nyer dier dapat tau...balak baru x-awek dier kene tangkap polis.PENGEDAR DADAH!!!
Pastuh aku sound dier "tengok...lebeh baik idup sederhana dari senang duit haram"
Dier senyum jer.....celaka.

***Nampaknya maseh ader lagi gurl macam tuh....WTF sunggoh (bukan WFT) ....

Saturday, December 19, 2009

Dugaan dugaan

Hujung2 bulan di hujung2 tahun nih banyak betul dugaan kan??

Tuesday, December 15, 2009

Pakai Honda Tapi Otak Lori Hantu

Pagi semalam....

Malas tul nak bangun.Sedap tul nak bangun tido musim2 skang nih...tapi sebab aku still kuli orang...terpaksa gak digagahkan badan yang sedia malas ini untuk bangun gi keje...

Aku bawak kete cam beselah..berhemah...cermat..bertatasusila..sopan santun..Aku tengok kat luar cermin, hujan turun bagaikan mutiara.Jalan pulak jem.Kancil depan aku plak lembap yang amat.Cara dia bawak aku rasa kompem pak haji umur 65.Takper...aku sabar mengenangkan orang tua.

Tetiba...
eeeekkkkkk.....srrrreeeeetttttt....PANGGGG!!!!!!keeedddiiiiissshhhhh!!!

SideMirror aku dah terpulas ke depan.Sebuah HONDA dengan selamba blah camtuh...siut nyer HONDA EX5!!!

Cepat2 aku turunkan cermin bertulkan sidemirror...CERMIN SIDE MIRROR AKU BERKECAI!!Nak kejar kompem tak leh..jalan jem.Pemangsa lak pakai HONDA EX5 SILVER BERJAKET BIRU BER T-SHIRT HITAM DIPADANKAN JEANS HITAM DAN KASUT KARIPAP!!Mangkuk...

Aku gerak depan sikit...benti tepi..check bodi kete kot2 ada kemek...alhamdulillah...masih licin seperti muka camelia.

***
"u kasi tukar side mirror...1 set terus..cermin aku pecah"
"tak payah tukar maa...kasi tukar cermin saja lah"
"ader ker???..tak yah tukar bodi skali??"
"tak yah...kita ade jual cermin sajer maa"
"cun..u tukar lah...ermmm...ehh,u kasi pasang 3rd brek skali yer..aku takmo stendet nyer..pasang yg slim"

***Aku benci EX5 SILVER & KEDAI EKSESORI...

Friday, December 11, 2009

Haruk Pikuk

Aku sebenarnya kurang gemar untuk bercerita tentang situasi politik dan agama atau haruk pikuk yang berlaku dalam institusi negara kita secara terang-terangan.Ini kerana aku bukanlah bijak pandai dalam hal-hal tersebut.Tapi aku makin sedih bila aku terbaca tentang hal-hal yang berlaku melibatkan agama pada masa sekarang.Khususnya melibatkan kes Dr Asri dengan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ramai yang mengatakan Dr Asri adalah wahabi.Malah aku sendiri pernah menonton dalam tiubkamu seorang penceramah dari parti PKR melabelkan Dr Asri sebagai Bapak Setan.Astaghfirullah.Aku makin sedih bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh Pengarah JAIS yang aku dah lupa nama nya..yang lebih kurang ayat dia "Perlukan Tauliah walaupun untuk menyampaikan kalimah Syahadah"..betulkan kalau silap.Dan aku bertambah sedih bila hasrat Dr Asri hendak sebarkan dakwah di kelab-kelab malam ditentang oleh mereka-mereka yang memegang jawatan sebagai Ahli agama.Aku sedih melihatkan orang-orang didalam agamaku yang sangat aku cintai terus berfikiran jumud.

Aku bukan lah manusia yang tinggi ilmu agama.Aku juga bukan lah Insan yang sempurna.Namun tidak sekali-kali aku akan menentang orang yang ingin menyebarkan agama selagi apa yang dibawanya itu berdasarkan pada Al-Quran,Sunnah dan hadith yang sahih.

Jika dikatakan Dr Asri itu wahabi,apa hujahnya?sebab tiada doa Qunut?Sebab tiada majlis tahlil???Adakah wahabi itu sesat?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel seseorang yang bercanggah pendapat dengan mereka sebagai sesat atau wahabi sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu wahabi.Kalau wahabi itu sesat,maka Imam-imam di Mekah dan Madinah,adakah mereka sesat?

Tentang majlis tahlil, itu adalah bida'ah yang dibuat-buat.
“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), ditulis oleh al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i iaitu kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i.Adakah kita yang mengikut Mazhab Syafie akan cakap Imam Syafie itu atau penulis itu adalah wahabi?Ramai dikalangan kita hanya tahu melabel tapi tanpa fakta.Maksud aku,hanya tahu menyanggah tanpa memberitahu apa yang sepatutnya.

Ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah Dr Yusuf al-Qaradawi adalah wahabi??

Ntahlah..aku makin keliru.Bertambah keliru apabila Pengarah Jais cakap,"mas kahwin dinaikkan RM300"...dengan alasan,"isteri itu tidak ternilai jika dibandingkan dengan Rm300"..betul.Isteri itu tidak ternilai.Jadi apa bezanya Rm300 dan RM80 jika mas kahwin itu tidak dinilai dari nilai matawangnya??Mas Kahwin itu syarak.cukup kalau sekadar senaskah Al-Quran yang mana pada aku lebeh Afdal...Kita makin menyusahkan perkara yang halal dan makin memudahkan perkara yang haram.Jalan halal makin susah,jalan haram makin senang.Nak berdakwah di tempat yang kononnya haram, dilarang dan memerlukan tauliah.Aku terasa macam mahu menitik air mata.

***Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan-Minda Tajdid-Dr Asri

Thursday, December 10, 2009

Aku Makin Jahil Or Makin Pening??

Bulan ni merupakan bulan yang penuh dengan cuti pada hari jumaat...aku sangat suka.Walaupun keje ofis bertimbun bak gunung kinabalu yang kena tarah sikit jer kat puncak dier,aku tetap mampu terus bercuti dengan penuh ketenangan.Maka aku tak perlu untuk bergegas ke ofis untuk membirukan punch card aku yang senantiasa berwarna merah.

Seperti biasa..kalau esok cuti,aku akan melepak di kedai design abe sebelum memikirkan next plan untuk berfoya-foya menghabiskan malam cuti.Mana tau ader gadis2 esemes aku untuk join parti bueh...kan??

Sementara menunggu abe setelkan keje,aku macam biasalah.Melayan mukabuku,berblog dan membuka tiubkamu.Sambel layan waliband-cari jodoh,aku baca lah aper2 yang patut kat mukabuku aku.Dan macam biasa..aku akan tinggalkan dengan mesej yang selalunyer akan memberi kesedaran untuk memulihkan remaja2 yang rosak akhlak.

Mesej kali nih...

"esok cuti..yeah!!selamat Maulid Nabi..jom berarak??"

***seb bek aku sempat remove selepas beberapa minit.Itupun selepas member aku siap golek2 atas lantai gelakkan aku.."Sultan selangor dah jadi nabi ker??"..celaka.

Wednesday, December 9, 2009

Bergenang Aiyer Mater

Pagi tadi otw aku nak gi keje..skit lagi nak sampai..dalam paler otak aku memang dah terbayang punch card aku akan berwarna biru...tetiba stereng kete aku rasa berat dan menghala ke kiri...namun aku maseh blom penik..selamba aku drift kat tepi.Aku kuar...pandang tayar...tetiba mata aku bergenang...TAYAR AKU FLAT!!!Aku terus terbayang punch card aku akan terus kekal berwarna merah.

Aku kol Ijal.."ada katner jal?".."kat telok"..."weih..tayar aku pancit..kat shell telok".."aku tgh makan nih..jap agi aku datang"..sementara menunggu Ijal datang..aku bukak lah but blakang nak pasang tayar sper...BABIIIII!!!tayar aku di skru pada body!!!aku tade spanar saiz tuh...aku terus bergenang air mata...

Ijal sampai...cubaan bukak skru tayar sper aku masuk yang ke satu juta pat puluh kali namun maseh gagal.Last Ijal cakap.."duke,ko pakai tayar aku dulu lah..".."ye lah"..bergenang lagi air mata.

Sampai di kedai tayar..."weih apek..lu sudah kasi sumpah sama saya punyer keleta ka??..semalam dtg elaimen hari nih pancit??"..."u punyer kete melajuk woo..lu sudah cakap mo tukar rim sukan"..."aku nak tukar bagi chantek...takper lah..u kasi tukar wa punyer tayar..sama RIM SUKAN SKALI"..."wokey".."braper bajet??"..."RM***.**"....aku bergenang lagi aiyer mata...

Kini...kete aku dah pakai rim sukan disebabkan tayar pancit...kete aku tersenyum girang..aku bergenang aiyer mater....

***esok percubaan kali ke sepuluh ratus untuk birukan punch card.

Friday, December 4, 2009

Tarikh Keramat

Aku tak sabar nak menunggu hari esok....Hari kereta aku akan dapat spring baru...yessss!!akhirnyer...terbeli jua spring kete depan blakang...heheh

Lagi x sabar hari isnin...spring akan dipasang pada kete aku yang berusia namun berjiwa rockers ituh...aku teruja..

Makin x sabar aku tunggu 19-20hb nih...aku mo turun serdang..tangkap pic member aku men drift...yeeeeeeiiiiihhhhaaaaaaaaaaaa!!!!mari kita mendrift..opss...saper2 nak blajar drift,boleh bitau aku.nanti aku tolong rejisterkan...kalo nak lah..rm500.aku tak masuk pon..tangkap pic jer...hahah

***naper aku rasa macam tahun depan cam tahun luck aku ek???

Wednesday, December 2, 2009

Forte,Alza & Exora

Skang jam 2.51 ptg...aku baru masuk ofis.Baru balik dari showroom Proton,Perodua & Naza.Snap pic..Macam bese lah...

Model-model yang disnap oleh kamera aku hari ini Exora B-Line,Alza & Naza Forte or ekceli Kia Forte.dan sesungguhnya Kia Forte itu sangat lah cantek dan murah berbanding kaum sejenisnyer yang lain-lain.But blakang pon leh tahan dier nyer luas..Exora??wat ken ai sei??B stand for Basic...so..memang besik jer lah korang dapat.Tu pun kalo korang beli..Alza??design cantek tapi MasyaAllah dier nyer space....baapppaaaakkkkk....kecik.Kalo untuk aku wat balik kampung,mau kena puji gak ngan mak aku mula-mula sampai tapi aku bagi jaminan mak aku akan sumpah aku jadi burung gagak lepas dia naik Alza tuh...Untuk jalan jauh lah..kalo dekat tak sampai jadi burung gagak kot..

Hari nih aku rajen yang amat buat keje tapi apa kan daya,bos plak tak datang.So tak nampaklah di mata beliau akan kerajinan aku hari ini.Esok mud malas balik lah kot...oh yer..bulan lepas punch card aku hanya mencatatkan warna merah sebanyak 6 kali..1 kemajuan yang sangat di luar jangkaan.Bulan ni??setakat nih masih belum ada biru.Aku cuba lagi esok untuk dapatkan warna biru.

***Entry keje jer kali nih..hehe

Tuesday, December 1, 2009

9 Nyawa

kali nih entry sgt pendek...

AKU DAH BELI 9 NYAWA-RAMLEE AWANG MURSHID!!!

jangan jeles ek erin...hahaha

Saturday, November 28, 2009

Coretan Diwaktu kebosanan Di hari Raya

Sorang kawan aku cakap kat aku semalam...

"Naper tiap2 kali ko kuar jupe member ko,mesti pasal dorang ader prob??Dah macam kaunselor"

Hik Hik Hik...

Aku??Kaunselor???Lu hilang akal ker bai??hahaha

Tapi ntah...maybe setengah2 orang,setengah2 kawan aku bercerita ttg prob mereka pada aku untuk dengar pendapat aku...walopon kadang2 aku pikir...pendapat aku tu bukan leh pakai mana pon...hahaha..tapi muka kena konfiden tahap dewa beb bila bagi pendapat...baru orang percaya..haha..tambah lak kalo wat muka ala2 budak MLM nak jual penapis air...baru dasat.hahaha..

Maybe gak derang ada rasa percaya pada aku..ntah.Aku sendri kadang2 tak percaya dengan diri sendri..hehe..ader satu kata2... "TRUSTING SOMEONE MEANS RELYING ON THEM & ONLY THE WEAK DO THAT" ...walopon aku sendri tak setuju ngan kata2 ni...tapi dalam setengah2 hal,boleh jugak diguna pakai.Maksud aku, jangan terlalu percaya pada sesiapa.Simpan lah sedikit kepercayaan itu untuk diri sendri..Kepercayaan itu perlu,namun mungkin bukan 100%..selagi berdiri atas nama manusia,kita tetap tidak sempurna.Dan dibawah ketidaksempurnaan tersebut,kita mampu untuk mengecewakan.

Bercerita tentang manusia yang tidak pernah sempurna, aku rasa kelakar bila manusia cuba mencipta sesuatu yang sempurna...bila ada yang mendakwa "inilah ciptaan yang sempurna".Bukankah dakwaan itu melampaui batas kita sendri??

Aku juga tidak faham malah mungkin takkan mampu memahami bila ada yang berterusan mencipta peraturan2,menggubal undang2 kononnya untuk mencegah itu dan ini..Mana mungkin kita satu makhluk yang penuh dengan kelemahan mampu untuk menciptakan undang2 yang sempurna??Pada aku,kalo kita berkehendakkan sesuatu yang sempurna,kita ambillah atau mintak lah dari Yang Maha Sempurna.

***Rumah aku penuh ngan daging...esok aku nak juallah..muahahaha

Tuesday, November 24, 2009

Melagukan Irama

Semalam...pada jam 11.40..Quality Hotel telah digegarkan oleh suara-suara yang amat dashyat.Suara-suara yang melagukan irama dengan penuh perasaan,melankolik,lantunan vokal yang tertinggi dan juga vibreto yang kemas.

Kehadiran 4 jejaka yang berjalan penuh segak dan jalankucing(catwalk) ala-ala artis tersohor negara ke Quality Hotel telah berjaya meranapkan suara-suara sumbang yang kedengaran di Hotel tersebut pada jam-jam sebelumnya.

Mereka mempertaruhkan lagu-lagu dari pelbagai genre bagi membuktikan mereka jauh lebih hebat dan bergaya dari Bunkface, Tomok OIAM atau juga Shila yang bawak lagu Faizal Tahir kat semifinal AJL.Dengan pelbagai variasi lagu yang berjaya menunjukkan mereka adalah versatile,mereka telah berjaya menunjukkan dalam erti kata yang sebenar apa itu melagukan irama.Tiada apa lagi yang perlu dikatakan tentang kehebatan mereka berempat.

Mereka berempat terdiri dari ManSearch,WanKamikaze,AtengLefthanded dan yang paling dashyat...AsrolWings.

***yer2..aku tau ini entry ditimpa prasaan....muahaha..aku dulik aper...hahaha

Saturday, November 21, 2009

Suka,Cinta & Sayang

1.Suka 2.Cinta 3.Sayang...aper beza mende alah nih pada pandangan korang???Sebab pada aku..ketiga-tiga mende alah nih memang terdapat perbezaan walopon mungkin tidak ketara sangat.

Pada aku..suka tidak semestinya cinta...but maybe ader sayang.Cinta lak mesti lah ader suka dan ader sayang.Sayang lak mesti ader suka namun tak semestinya ader cinta.Rite??Itu pada pandangan aku yang naif lah...

Ntah...sekadar pandangan naif yang tidak dapat aku buktikan melalui fakta-fakta yang jitu...kalo korang ader pendapat korang yang boleh dikongsi...citer lah...hehehe..aku cam nak bukak forum lak...muahaha...

***Saper kata aku insan tade perasaan..see..aku masih boleh berbicara tentang perasaan...muahaha

Friday, November 20, 2009

Kol Me ASWAD..Nice To Meet U..

Nama gelaran untuk sorang kawan aku...Black Jack.so kitorang panggil Jack.Nama gelaran tuh pasal dier berkulit gelap.

Nama gelaran aku yang baru..Black Jack yang bagi...ASWAD...nama aku Asrol Azlie=Masa Asal/Waktu Permulaan..so kombain ngan Azlie.ASWAD AZLIE!!!Aswad=Hitam...takper lah..hitam pon hitam lah...janji nama aku Aswad..ensem gak nama tuh...hahah...

***pasni aku rejister AF....

Wednesday, November 18, 2009

Serba Salah

Cakap salah...tak cakap salah.Serba Salah

Buat salah...tak buat salah.Serba Salah

Baik salah...Jahat salah.Serba Salah

Tolong salah....Tak tolong salah.Serba Salah.

Cerita salah..tak cerita salah.Serba Salah.

Jatuh salah...tak jatuh salah...Serba Salah.

Dengar salah..Tak dengar salah.Serba Salah.

Tengok salah..Tak tengok salah.Serba Salah.

***aku yang tengah sengal...haha


Diari Blog

Aku rasa lah kan...blog aku nih,seakan diari aku.Bila aku senang,bila aku susah...aku tulis kat sini.Maybe tak boleh terlalu detail. Erm...mayb sebab tu jugak aku ader terfikir....

Aku nak private kan blog nih dr tatapan umum.Maybe...

Tapi blog aku nih bukan ramai mana pon yg bc..nak privatekan jadahnyer..mcm popular jerk...hahaha...

Maybe aku bukak lagi 1 blog kot...Untuk aku bercerita denagn penuh kedetailan..yang kat sini ringan2 sudah...haha

Sunday, November 15, 2009

Nama Gedik Aku=AS!!

2 tahun yang lepas (aku agak-agak jer nih) aku ader kenal sorang gurl nih. Nak kata cun aku rasa memang tak cun lah.Tapi nak kata buruk,takde lah..suam-suam kuku.Memang takleh celen Nur Amina,Nora Danish hatta Sari Yanti sekalipon.Aku dengan penuh gaya jantan macho hulur bisnes kad (fes taim ader bisnes kad yang bukan buat sendri)

Satu malam baru-baru ni,tetiba dia esemes aku.

"hai awak,watper tuh?Orang panggil aper ek?"
hai,tade watper.dalam kete.Panggil duke jer.

"Duke?x romantik lah.Saya panggil As jer lah ek.Simple"

Aku rasa nak baling hs aku dalam tasek sambil lari-lari masuk umah sambil kepala tutup ngan kotak.Aku rasa lepas nih aku kena tukar henset dah.Macam geli aku nak pegang henset aku.ciskek tul.

AS...

Diulang...AS...

***Takkan muka rock cam aku nama cam budak pop baru nak naik..cis.

Friday, November 13, 2009

Jangan Kau berputus Asa

Gerbangmu terbuka mencabarku,

Melangkah menurut rasa rindu,

Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin terkorban,

Biarpun nanti kita terhukum kerana melanggar kebiasaan,


Cinta tak pandang tak kira siapa iakan mencubanya,

Selagi mana pencinta terdaya menahanya,

Diakan dicuba,

Sebelum gugur tercalar jiwa parah,

Jangan kau gugurkan airmata,

Sebelum putus tali tuhan yang esa,

Jangan kau berputus asa,


Nadamu menangis mengugatku,

Dekati dirimu yang ku rindu,

Biarpun nanti antara kita ada yang mungkin menyesal,

Biarpun nanti kita terpaksa membayar,

Harga yang tak setimpal.

Wednesday, November 11, 2009

Teknik Membina Otot

Semalam tetiba aku terasa,semangatku meluap-luap untuk membentuk badanku menjadi abang tegap.Ini kerana,aku seolah-olah terasa begitu iras-iras dengan Remi Ishak.Cuma barangkali bentuk badanku tidak setegap beliau.Maka aku telah menanamkan azam yang sungguh jitu untuk memperbaiki bentuk badan.

Dan kebetulan seorang dari kawan aku,bekas peserta Mr.Selangor datang menjenguk aku yang masih terkial-kial memikirkan bagaimana untuk memulakan misi aku.Lantas,tanpa perasaan malu mahupun segan, terus aku bertanya bagaimana ingin membina otot-otot yang kekar agar bisa mencairkan pandangan pacar-pacar.

"ko kena mula dengan menjaga pemakanan.Mula-mula,ko kena beli telur 1 papan.Pisang sesisir.Bayam.Pagi,ko rebus telur separuh masak. Ambil putih,blend skali ngan pisang sebijik.Tapis.Minum."

Ok..set.Tade hal.

"Malam ko makan bayam.Ko hanya boleh celur sahaja"

Ermmm.....erkk...ermm..set..

"Minum lak,ko hanya boleh minum Spritzer.1 botol kecil untuk 1 hari"

Ok.Kompem tak jadi.


***Giler aper seme takleh makan takleh minum.

Saturday, November 7, 2009

3Cerita,1Karangan

Semalam borak-borak ngan kawan aku...Sambil berborak mulut dia memang tak lekang dari menasihati aku yang lagi muda dari beliau..Yerp..aku muda..

Tapi bila tiba satu part,dari nasihat,tetiba berubah menjadi satu perdebatan.

Dia:"Ko nanti dah dapat duit simpan sikit..nanti nak kawen"
Aku:"erm..nak kawen bukan senang..kena pilih betul-betul"
Dia:"Ayat ko salah..kita tak perlu pilih bini kita..seme tuh dah ditetapkan..sebelum kita ada pon.."
Aku:"yer tahu..tapi nak kena usaha juga.Tapi kalo tak dapat,Itu lah takdir"

Aku akui,setiap apa yang kita buat,setiap apa yang kita lakukan,hatta nak mengelip mata sekalipun,itu dah tertulis.Cuma kita sebagai manusia,tetap kena berusaha.Doa,Usaha dan Tawakal.
Kalo hanya bergantung pada apa yang dah tertulis tanpa mahu berusaha,apa guna kita jadi manusia yang ada akal fikiran??Kan?Kita di anugerahkan akal untuk berfikir.Maka gunakanlah.Tak perlu untuk kita semata-mata bergantung pada nasib dan takdir.Selebihnya..Allah Punya Kuasa.

***

Semalam sempat tengok Piala Malaysia Kelantan Vs Negeri Sembilan.Main bola macam budak sekolah.Tu satu hal lah.Satu lagi hal,Fan Kelantan.Apa punya otak daaa....otak letak kat lutut ker aper??Aku tengok dalam stadium tuh bukan dah macam game bola..macam kat medan perang..booom sana...boooomm sini...bakar sana...bakar sini...pelik aku ngan mentaliti dorang.Adakah Generasi Kelantan sekarang makin Bengap???siyes..aku ramai giler member-member budak Kelantan..Tapi takder lak jenis macam tuh..Siyes aku tatau yang bakar2 tuh datang dari ceruk mana..agaknya tak penah tengok kerusi stadium kot..asal jupa barang jer bakar..asal jupe orang negeri lain jer baling botol mineral..Malu kawan2 aku dari Kelantan.

****

Kepada kawan-kawan aku yang tengah bizi untuk final exam...aku ucapkan GoodLuck..Gua dah abes blajor...jom karaoke???Muahahahaha.Dan kepada kawan-kawan aku yang sedang dilanda masalah...Hadapi Masalah dengan tabah.Masalah Datang Untuk diselesaikan.InsyaAllah.Don't worry.

***Aku malas nak wat nota kaki....hahaha




Wednesday, November 4, 2009

Taktik Menekel

Malam tadi aku lepak kat dataran Shah Alam...walopon dengan cuaca yang dingin bak Jepun yang baru abes musim salji namun maseh belom cukup mematahkan semangat perjuangan lepak aku yang makin kental. Berbekalkan kerepek pisang dan ubi yang aku beli dari makcik yang jual kerepek sebelah bank kat seksyen 16, aku mengorak langkah dengan penuh bergaya dan penuh keyakinan. Dibelakangkanku tersandar satu beg yang terisi senjata aku yang paling ampuh,GITAR TONG CAP KAPOK!!Dan tak lupa 2 serikandi yang setia mengekori aku.yerp..Serikandi a.k.a Gundek-gundek a.k.a aweks-aweks a.k.a aper saja yang korang nak panggil.

Salah sorang dari awek tuh mintak aku ajar 1 lagu korea yang haramjadah sampai skang aku tatau tajuknyer. Setakat yang diberitahu..tajuk nyer First Love...ntah..aku tak ambil pusing. Kata Chegu-chegu aku dulu..."Kita jangan lokek ilmu"..maka aku dengan berlapang dada mengajar petikan2 maut kepada aweks tuh sambil mengunyah kerepek pisang.

Dipendekkan cerita,tetiba datang sebijik kete (Ofkos takleh celen Skyline gua) wira erobek stendet berisikan 1 mamat hip hop,1 mamat kontrol macho yang amat dan 1 chika yang pakai baju adik dier..siyes!!aku bajet tu baju adek dier standard 5. Selamba chika tuh light cigar.Bajet hebat sangat lah kot..ntah.Aku masih tak ambil pusing.

Aweks-aweks ku ni plak tetiba nak ke tandas.Maka aku lepak lah sorang-sorang untuk sementara waktu..aku petik gitar layan Aizat-Hanya Kau Yang Mampu dengan harapan pempuan depan aku yang tengah wat study grup terpesona dengan kebolehanku bermain gitar sambel menyanyi.

Tak lama selepas tuh,aku nampak aweks-aweks ku berjalan menghala ke arahku.Laluan yang digunakan tu pulak bersebelahan dengan kete wira erobek tadi.Tak semena-mena mamat hip-hop itu memanggil salah sorang dari aweks-aweks ku itu lalu menghulurkan sesuatu.Aku nampak macam sekuntum bunga kertas.Cis..aper barang..bunga kertas!!Yang ini punya kes aku ambil pusing..Cinta murahan yang dijaja sebegitu,InsyaAllah tidak akan mampu menggugat kesetiaan aweks-aweks ku itu.

Selepas aweks-aweks ku tiba,salah sorang dari mereka menghulurkan sesuatu kepada aku.KERTAS ADA NO FON BESERTA NAMA-PET!!!siyes..buruk giler tulisan. Nama cam binatang peliharaan. Aper barang!!Aku bajet mamat tuh tulis no fon ngan tangan terketar-ketar sebab konpidem diri yang rendah untuk berhadapan dengan aweks-aweks ku yang nyata amat menawan.

Salah sorang dari aweks ku itu menggunakan fon aku untuk mengenakan mamat-mamat tadi. Dan hasilnyer..."wak..tu nombor kita.tapi kawan kiter nak kat yang baju merah tuh"..selamba.Ingat aku tunggul di tepi pantai aper...

Dipendekkan citer skali lagi,jam 2.30 pagi ketika aku sedang nyenyak dibuai mimpi yang indah-indah...fon aku mengeluarkan nada dering Kryptonite.Cis...aku tengok nombor yang tertera..no mamat tadi.Dengan suara jantan macho..aku angkat "Hello"..diam...dan sebelah sana terus meletakkan fon.Bangang...tepon orang pagi2 buta semata-mata nak letak tepon??Aku terus bagi text.."Lu cari pempuan baju merah ker??Ni No aku..BALAK DIER!!"pastu terus tido..

Pagi..aku perasan satu msg kat fon aku.."Lu balak baju merah ker???"..aku reply 'ha'a..wa nampak malam tadi tapi wa malas nak banyak citer"..then..diam agi...siol..

***Ramai ker jantan murahan menjaja chenta guna cara camtuh???cis..memalukan spesis2 jantan rockers...

Tuesday, November 3, 2009

Aku Manusia

Aku sebenarnyer takut...

Bila ada yang memandang aku dengan tanggapan...

Aku Ini Baik
Aku Ini Taat Agama
Aku Ini Patuh Pada Suruhan-Nya
Aku Ini Tahu Agama

Siyes...Sebab aku tahu..

Banyak lompong-lompong kosong...
Yang kadang tidak tertampal oleh aku...

Aku ini sekadar manusia biasa...
Yang bukan kadang-kadang melakukan silap...
Yang bukan kadang-kadang melupakan-Nya...
Kerana aku hanya Insan Yang Selalu Lalai...

Hrmm..
Aku juga takut bila mula terlalu rapat dengan seseorang..
Sebab aku takut akan melukakan...
Mungkin tidak hari ini...
Mungkin tidak esok...
Tapi mungkin pada masa depan...
Sebab aku tahu...
Aku selalu melukakan...

Monday, November 2, 2009

Separuh Beban Yang Hilang

Aku rasa sejak sebulan yang lalu(Kritikal) merupakan sebulan yang penuh dengan dugaan...masalah bertimbun2...macam tak penah berhenti..Datang macam air laut musim tengkujuh kat tepi pantai Batu burok kat Kuala Terengganu.

Tapi Alhamdulillah....semua beransur pulih..sedikit demi sedikit..

Dan aku...

Semakin kembali bersemangat seperti sebelum2 nih...kira orait lah tuh..

***Terima Kasih pada kawan2 yang sudi mendengar masalah aku...I owe u..

Saturday, October 31, 2009

Siri Jelajah Mesia!!

Dengan ini aku mengumumkan...

Sabtu dan Ahad depan aku akan buat road tour 1Mesia..

Bermula pada petang sabtu dari Shah Alam ke Johor...Dari Johor trussssssssss ke Terengganu.

Dan pada hari Ahad,aku akan balik ke Shah Alam melalui Kelantan.InsyaAllah.

***Tour De Langkawi pun tak brani nak celen gua pusing 1 mesia dlm 2ari...gua saspek sama diri sendiri...

Tuesday, October 27, 2009

Jiwa Makin Kelam

Aku tatau naper aku bukak blog ni mlm ni..
Bukak & kebil2 depan monitor...Naper aku tetiba blur???

Ader banyak yg nak diluahkan,dilepaskan,dijeritkan...
Tapi siyesshit...macam ader gam dunlop yang orang wat tampal kasut tuh kat mulut aku..
Macam kena jahit guna benang yang orang wat pancing ikan kat laut dalam..

Aku nak tido..
Tapi mata kelip2...
pusing kiri,pusing kanan...
last bangun balik light my cigar.

Aku paksa otak aku jangan fikir banyak2
Tapi mcm2 bayangan datang
Kadang kelam..kadang cerah.

Aku perlukan bantuan??
Maybe..Jiwa aku dah terlalu penuh untuk tanggung sorg2.
Otak aku terlalu sesak utk fikir sorg2.
Bahu aku mula lenguh untuk pikul beban sebesar nih.

Monday, October 26, 2009

BloG Ku Berupa Goblok H1Babi1!!

Apsal gua nyer blog tetiba tak terupdate entry nyer pada link sekutu2 gua??

Penat gua update...tapi gua tengok kat link sekutu2 gua..entry gua paling latest 'ARIK'...

H1Babi1 betul!!!

Jadi pada sekutu2 gua yang link kan blog gua nih..anda dinasihat agar tidak terpengaruh dengan Link gua yang tidak terupdate itu...gua senantiasa mengupdate blog gua..

cis lagi skali...

***Acung Jari Tengah

Saturday, October 24, 2009

Sekadar omongan

Kata orang-orang veteran...

"malang tiada datang tunggal"

Aku rasa memang betul.Tapi ia tak lebih dari sekadar ujian dan kifarah.

Jap2...aku ader gaya abang2 ker??erks..maksud aku macam abang pada sorang adek??

Hrmm...ntah.

***Perlukan masa untuk bertenang.

Monday, October 19, 2009

Anak Sulung

Kadang2 jadi anak sulung yang dah tade ayah nih mmg sangat2 berat...

Tanggungjawab..Astagfirullahalazim...besor bebenor...

Kadang2..rasa cam dah tak terpikul....

Tapi bila kenangkan ayat..

"Allah tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan hamba-Nya"

Aku tau...aku mampu.

Tapi tu lah....pecah paler otak baii!!!Migraine!!Gastrik!!Senggugut!!!seme ader lah...

Kondisen semasa:Keliwon
Kondisen Impian:Nuuuurrrrrrrrrr Kasehhhhhhh....(Nur Amina...ailebiu lah)

Thursday, October 15, 2009

ARIK

Jangan ada diantara kamu mengharamkan apa yang tuhan halalkandan jangan kamu halalkan apa yang tuhan haramkan....Dan jangan kamu ambil keterangan-keterangan tuhan sedangkan kamu tidak mengerti lalu kamu katakan tuhan melarangnya....kerana disisi Allah adalah berdosa besar jika kamu mengetahuinya

Kalaulah tuhan mengharamkan apa sebahagian yang dibuat oleh tangan kamu..sudah pasti ada diantara kamu akan menjadi orang-orang yang tertinggal. Dan tuhan lebih mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahuinya . Oleh itu peliharalah dari azab api neraka kerana siksaan Allah itu sangat keras jika kamu mengetahuinya .Dan jaga lah lidah mu jangan kamu katakan orang itu murtad sedangkan mereka itu orang yang takut kepada tuhannya . Tuhan lebih tahu siapa diantara kamu yang mengikut jalan yang lurus , sedangkan kamu tidak mengetahuinya . Ingat orang yang bercakap dusta terhadap Allah . Tuhan menjanjikan azab yang sangat keras untuk mereka ...

***memetik komen ARIK

Wednesday, October 14, 2009

Kanvas Kehidupan

Kengkadang..dunia seolah-olah begitu kejam bagi kita insan yang kerdil..
Kengkadang..aku rasa seolah-olah bakal dibaham..
Tapi itu lah dunia...

Tanggungjawab...
Kadang menyeksakan...
Kadang membebankan...
Tapi perlu dilunaskan.

Otak sebelah kananku berputar
Menghantar impuls-impuls...
untuk dijelmakan pada kanvas kehidupan..
Walau otak separa sedarku berterusan cuba menyatakan..
Ini cuma mimpi.

Tuesday, October 13, 2009

Hepi Dipavali

Boss:duke,ko dah wat advance gaji??

Aku:Haaa???advance??

Boss:Haa..advance gaji..kita 2 orang jer boleh wat...

Aku:Haa??(Aku termasuk dalam golongan orang2 penting kompeni ker)..

Boss:Kita kan nak sambut raya ujung minggu nih...hahahahahahahahahahahaha(gelak setan)

Aku:cet!!!hahaahah

***Hepi dipavali..cis

Thursday, October 8, 2009

Asal Usul Solat

Baru2 nih aku disoal dengan satu soalan yang amat mencabar minda aku yang paling bernas dan bergeliga tahap dewa nih..."duke,ko tau tak asal usul solat???saper yang mula2 mengerjakannya??"..perkhhhh..terbaekk soklan...

Aku pun mula lah menyiasat walaupun aku sememangnya tiada mesin masa untuk patah balik ke zaman purbakala untuk melihat siapa yang mula2 menunaikan ibadah solat...dan hasil nya....TADAAAAA!!!...

SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Dan setelah bertanya pada orang2 yang lebeh berilmu...jawapan yang ku peroleh dari database mereka sama dengan apa yang aku dapat..tapi jawapan sebenar hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui...Waallahualam.

***aku maseh blom mengenal agama kita dengan sepenuhnya....~sigh

Saturday, October 3, 2009

Cerita Tentang Hari Sabtu

Semalam aku menghadiri 3 open house & 1 majlis kawen..penat yang amat...juga kenyang yang amat...hehe..

Masa aku gi kenduri kawen tuh,aku mengambil kesempatan denga men'snap' pengantin dan majlis...aku wat bodoh jer ikut fotografer tuh..hahaha..seb bek dier sporting...

aku dah upload sedikit pic di flikr aku..sila ke link yng disediakan di tepi...hehe...

***ader sesapa mo upah gua edit pic raya???gua kena cari duet lebeh nih...hahaha

Tuesday, September 29, 2009

Bukakan lah Rumah-rumah Sedara!!

Hehehe...

Bese nyer pas2 raya nih banyak open house diadakan..
so..saper yang nak wat open house tuh..
jgn lah segan2 nak jemput aku yerk..
aku sudi meluangkan masa...
hahaha..

***nak turun 5 kilo sebulan puasa,nak nek 5 kilo cukup 1hari raya jer...

Saturday, September 26, 2009

Raya Datang Lagi

Hari Raya Yang keduapuluhtujuh aku sambut untuk seumur hidup aku nih...

Tade beza sangat dari yang lepas2...Sedikit perbezaan cuma pada duit..dulu menerima skrang memberi dan mengeluarkan...hehe..

Secara tradisi nyer..setiap kali malam raya..keluarga aku yang besar dan riuh yang amat akan membakar satay,babi-beratur,men mercun (skrang men yg mcm hari merdeka...bunga api kat langit..150 das) dan bergelak ketawa dan diselang seli sesi 'bahan membahan'.Juga sesi masak2.Antara hidangan wajib family aku di pagi hari raya...

1.Nasi briyani
2.Nasi himpit
3.Nasi dagang
4.Satay
5.Pulut kuning Gulai Ayam(kadang2 pada hari kedua)

Aku ckp ngan ma aku.."kalo sebulan along dok kg,kompem bulat"
Ma aku balas "makan jer...bukan slalu"
(dalam loghat trg)

***well...aku sayangkan keluarga aku yang sgt2 riuh ini...=D

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir Batin..

***makin tua makin raya x sronok sangat....~sigh

Tuesday, September 15, 2009

Apakah Kesan Ramadhan Pada Diriku???

Ramadhan berlalu dan aku berpuasa didalamnya
Namun...

Solatku masih tidak mahu kusempurnakan,tetapi ku tahu solat soalan pertama ditanya di akhirat.

Auratku masih mahu dan bangga aku dedahkan,sedangkan perintah Allah mengharamkannya.

Kedua Ibu Bapa Ku yang beriman aku derhakai, sedang syurga dengan Redha mereka.

Rokok teman karibku,sedang Allah mengharamkan mudharat atas diriku dan saudara seIslam denganku.

Ibadahku Hanya dibulan Ramadhan, sedangkan Islam itu sepanjang usia

Ramadhan berlalu pergi dan aku lalai lagi gembira, sedang keampunan Allah berganda padanya

Mati itu pasti, namun aku tiada bekalan menuju ke arahnya

Kubur itu kelam dan sempit kerana aku menjauhi AlQuran yang mampu melapang dan meneranginya

Syurga itu indah, namun perbuatanku menghalang aku memasukinya

Neraka itu amatlah pedih azabnya tapi aku sibuk mencari jalan untuk dihumban kedalamnya

Nyawaku ini adalah Hak Allah yang diberi pinjam sebentar, namun aku terus merosakkannya.

Adakah amalanku diterima Allah???

Ya Allah,jangan dicabut nyawaku lagi,aku mahu bertaubat dan berubah,
Dimana Ahli Ilmu dan Mukmin sejati, akan ku jejak,
Untuk peroleh ilmu demi Mu Ya Allah,
Semoga amalanku tidak sia-sia.

Alter Bridge-Metalingus

I've been defeated and brought down
Dropped to my knees when hope ran out
The time has come to change my ways

On this day
I see clearly everything has come to life
A bitter place and a broken dream
And we'll leave it all, leave it all behind

I'll never long for what might have been
Regret won't waste my life again
I won't look backI'll fight to remain:

On this day
I see clearly everything has come to life
A bitter place and a broken dream
And we'll leave it all behind

On this day its so real to me
Everything has come to life
Another chance to chase a dream
Another chance to feel
Chance to feel alive

Fear will kill me, all I could be
Lift these sorrows
Let me breathe, could you set me free
Could you set me free

On this day
I see clearly everything has come to life
A bitter place and a broken dream
And we'll leave it all behind
On this day its so real to me
Everything has come to life
Another chance to chase a dream
Another chance to feel
Chance to feel alive

Monday, September 14, 2009

Skeptikal??

Aku rasa kebelakangan ini..atau lebeh tepat dalam 2-3 tahun kebelakangan ini aku menjadi seorang manusia yang skeptikal.

Aku skeptikal???ntah...

Wednesday, September 9, 2009

Hari Paling Kurus Pahala!!

Stetment yg agak mencemaskan,mendebarkan distu...hehehe...

Yerp..aku rasa pahala poser aku hari ini amat berkurangan...Kenapa??

Sebab hari nih aku tak mampu menahan sabar dari memarahi orang...aper sahaja yang ternampak di mata..seme aku nak marah...

hrmm....

Kepada Erin yang telah membuat request untuk menjadi model eksperimen kamera aku...aku persilakan...Insyaallah...tade hal..bagus gak.ader gak bahan untuk di ujikaji...hahaha.bawak Fariz skali yer...Dan pastikan ko pakai baju yang ader tema...hehehe..nak lagi best..ajak benz & Arween skali...aku suka model pempuan... :">

2 hari lepas aku mula berjinak2 dgn fesbuk...siyes..jakun giler..tatau aku nak guna mende alah tuh..men taip jerk sesuka ati...hahaha..lantak lah..bukan aku siyes sangat pon...frenster aku pon suam2 kuku jer nak bukak..tagged???haram..daftar sahaja...hehehe

aku dah pohon cuti untuk raya...wow!!awalkan....hehehe...beselah..tahun nih azam nak balik awal skit..jadi anak yang taat...tolong ma...hehehe...tiap2 tahun balik lambat..mcm anak derhaka jerk aku rasa...hahaha..


***satu hari yang paling memenatkan otak...

Monday, September 7, 2009

Editing Terbaru

semalam aku baru jer transfer pic yang disnap ker pc..tengok2..belek2...

Aku try wat editing tapi aku rasa cam sayang...pasal pic dah cukup best.so..aku juz minima kan editing...wat masa nih aku nak menikmati dulu pic2 baru snap nih...dah bosan nanti baru leh wat xtreme editing...hehe

pada yang nak tengok..aku dah update kat flikr....fotopages tuh aku rasa nanti aku tutup akaun..pasal??rasa x best...heheh...

***nanti aku update lagi...terutama pic2 makanan yang kat bazar 13...mabeles!!

Sunday, September 6, 2009

Kecenderungan Pada Bayi??

Hari ni sepanjang hari aku membuta dan membaca novel.Dan aku berjaya habeskan..hehe..
Aku baru berkesempatan beli Mikhail..karya Ramlee Awang Murshid..Kisah dan plot yang agak menarik.Walau mungkin tidak sehebat Kisah Sunan.

Petang lepas asar aku sengsorang gi Tasek Shah Alam..Shoot aper2 yang menarek pada pandangan mata kasar ku...Makin banyak yang aku tau..makin best.Tinggal lagi nak cari skill tangkap pic sunset & orang melompat.maseh lom jumpa setting yang sesuai..Insyaallah.aku berusaha.

Tapi aku perasan,setiap kali aku tangkap pic..tak kira masa zaman pakai digital biasa mahupun DSLR ni,aku sangat suka menangkap pic budak/kanak2/bayi....sangat lah comel.Mungkin wajah budak yang mempunyai pelbagai react yang menarik...jap menangis,jap meraung,jap gelak....sungguh aku teruja.

Bila tengok balik pic budak2 yang aku tangkap..siyes aku ingat nak balik umah jer.Tangkap pic sepupu2 aku yang kecik n sangatlah manja dengan aku tuh..Tobat raya ni aku snap banyak2 pic dorang...hehe

***adakah kecenderungan ini merujuk pada faktor yang memerlukan aku membina 'Taman"???hahaha

Saturday, September 5, 2009

DSLR...Ko Memang Pengarang Jantung!!

Assalamualaikum...

Erm..aku semakin hampir mencapai matlamat aku...

PHOTOGRAPHER..

yerp..aku semakin hampir..hari ni, selepas waktu asar aku gi seksyen 13. Pegi bazar Ramadhan. Bukan nak beli makanan sangat pon. Sebab selera aku terbantut bila berpuasa.Ko letak ayam golek nari2 depan aku pun aku rasa aku tak heran.(Baca dengan intonasi penuh berlagak)

Start dari jam 5.30 petang sampai jam 7...aku bz shoot pic2 yang menarik..melakukan eksperimen pada kamera.Mencuba pelbagai setting yang ada. Banyak bende jugak aku dapat blajar. Penat tapi sangat menyeronokkan. Sampai aku tak sedar masa yang makin hampir untuk berbuka.

Buat pengetahuan kawan2..terutama pada Erin & Fariz, aku baru jer angkut DSLR.Nikon D60. Tu jer yang termampu stakat nih.Alhamdulillah...Aku maseh lagi dalam peringkat mengodek function2 yang ader pada kamera nih. Tapi siyesshit aku cakap,walopon dengan tahap aku yang begitu amatur,kualiti pic yang keluar menggunakan kamera nih...Superb!!tinggal lagi skill aku jer yang tak brape nak ngam..kena banyak lagi blaja..

So..insyaallah..kalo tade aral melintang,lepas raya nih aku akan start ikut wat job wedding/event...doa2 kan lah yerk..hehe...

***aku dah tatau aku ni nak jadi aper..hahaha..seni logam,seramik,grafik,tekstil dan skang foto.hehe

Wednesday, September 2, 2009

Kekhilafan

Bulan puasa merupakan bulan ujian buat umat Islam..buat penganutnya..buat aku.

Bulan yang sering menyedarkan aku.

Bulan yang menyedarkan aku hanyalah manusia.

Yang khilaf dan lemah.

Tapi langkah mesti diteruskan.

Menuju kedepan.

Tanpa sesal.

Monday, August 24, 2009

2002-Memori Puasa Di UiTM Kelantan I

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.30 pagi.Pada waktu tuh aku,C-pain,Go-z & Jabir baru jer balik dari studio Art & Design.Aku dengar citer studio tuh dah tak digunakan lagi skang sebab Skool dah dapat bangunan baru..dengki.

Masa tuh hostel kitorang kat area bawah bukit sementara studio lak kat area atas bukit.So faham2 jer lah tangga nak ke studio tuh tinggi camner.Sebab tuh gurl2 skool AD Machang punya betis & peha yang 'fit'.

Balik kepada story, aku ngan C-pain sudah mula merangkak ke katil masing2 akibat kepenatan mendaki. Nak gi Bazar Ramadhan pun pagi lagi.

Tetiba Go-z bersuara "Pain,murtabak nih bila punyer??"

"Semalam punyer"jawab C-Pain.

Go-z "Macam ok lagi nih..aku sental lah"

C-Pain " woih..basi dah tuh"

Go-z "ok lagi"(cubit bucu murtabak dan rasa)"siyes...ok lagi"

C-Pain "Mampus ko lah Z"

***Aku ingat kat Afrika jer orang kebuluran.

Saturday, August 22, 2009

1st Day Puasa

Hari ni hari sabtu..hari pertama puasa...

Aku bermula dengan pagi yang agak lembab.Maklumlah..cuaca mendung.Aku rasa payah giler nak bangun pagi...tapi..oh ya, aku mampu untuk bangun bersahur pagi tadi.Itu pun setelah dikejutkan dengan kejutan oleh Malaikat.

Aku bersahur dengan 3 sudu nasi goreng.Minum air kosong dan sebatang rokok.

Cuaca yang mendung pada hari ini menyaksikan aku senantiasa terasa mengantuk.Pergi kerja sekadar untuk punch card.Selebihnya,hanya berbaring dan berjalan.

Dalam kereta otw balik,disebabkan oleh hujan yang lebat dan aircond yang sangat sejuk dan juga kereta yang dipandu oleh Ijal,aku membuat keputusan untuk tidur dengan lena.Walaupun Ijal cuba mengejutkan aku (Kedengkian menyaksikan aku landing barangkali),aku masih mampu maintain tidur.

Sampai dirumah,aku terus sambung tidurku didepan TV yang menayangkan Cerita Hidustan dan disaksikan oleh teman serumahku.Dari aku melayan hindustan yang menari menampakkan pusat,aku rasa baik aku tidur.

Sepanjang hari aku rasa mengantuk.Barangkali disebabkan oleh kandungan nikotin dalam badanku tidak mencukupi.

***aku harap puasa ku masih ada pahala walaupun aku banyak tidur.hehe

Thursday, August 20, 2009

Puasa & Berhenti Rokok..kaitan??

yerp..sepertimana tajuk utk entry kali...

buat yg ke berapa ratus kalinyer...aku bercadang & menanam azam yang sungguh jitu utk berhenti merokok pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak nih..

Aku:aku ingat nak benti mrokok lah bulan poser nih...kalo x kena delay lagi 1 tahun..nak kena tunggu bulan poser tahun depan...

Ijal: Ko takkan berjaya Duke..Kompem x berjaya selagi ada aku..aku akan pastikan ko tak berjaya...

Junaidi: Ko siap2 tepon trus Jal.."Duke..ko dah isap rokok blom lepas buka poser??"

***Aku harap Setan yang ada pada dorang tak terlepas dari diikat bulan poser nih...

Sunday, August 16, 2009

Bas Punyer Ceritera

Assalamualaikum...

Hari Isnin yg lepas aku balik kampung...kali nih aku balik kg nek bas..setelah hampir 2 tahun kot aku tak nek bas..aku nek bas kul 10.00mlm..

Nek jer bas aku cek aku nyer nombor seat..cool..dapat single seat..ngeh ngeh ngeh..baru lebeh kurang setengah jam bas gerak..tinger aku yg sensitip nih mula mengesan bunyi yg pada masa skang memang menggerunkan...BATUK DAN BERSIN!!Aiseh..penutup idung lak tertinggal..terus aku kuarkan kain key/bandana aku...dengan cap itam,jaket itam n bandana itam..aku rasa aku kelihatan cukup sempurna sebagai seorang rocker..hehehe...owh..tak lupa..spek ku yg berbingkai itam...hehe

lebeh kuang kul 3 pagi bas benti rehat kat chendor,kuantan.aku turun gi beli air n lepas depan bas sambel menghisap makanan kesukaan jin..berkepul2...fuhhh...Tetiba aku tgk driver tu dtg..
"Bas rosak..nek bas Trans kat depan..10 jer dulu"...jadah...trus aku nek atas amek beg..

Aku nek bas Trans utk teruskan perjalanan sebagai anak rantau..sebagai penumpang..aku kena cari seat2 yg kosong..aku dapat tingkat 2 seat area blakang...

Tobat..pasnih aku takmo nek dah bas Trans 2tingkat n dok kat area blakang...naseb bek time benti aku tak makan...sampai KT aku tak leh tido...aku rasa dunia ku berpusing...

***

OTW dtg SA aku terpaksa amek bas siang hari..itu jer yg ada..dan itu juga tiket yg last..Seat NO 27!!!Siang hari n seat blakang!!!wow!!
Aku tak ingat sampai mana...tapi area Genting Sempah kot...Air cond bas wat hal...setengah jam aku dok dalam bas pada waktu siang hari n seat blakang tanpa aircond!!!

***Aku rasa paler otak aku smpi skang jd mudah pening...side efek kot...cis

Saturday, August 8, 2009

Babi Flu

Assalamualaikum...

Kita semua tahu tentang Babi Flu yg makin teruk melanda. Aku skang makin pantang tgk org selsema or demam or batuk or watever.....takut aku.

Semua org skang dah start pakai mask.Pempuan ker jantan,kecik ke besar,pendek ke tinggi,kurus ke obes...semua dah mula nak jadi mask rider.Tapi aku terpikir gak apa yg bos aku ckp..

"Islam dah galakkan pempuan pakai purdah lama dah..kalo pakai purdah dah tak yah risau pasal Babi Flu."...hehe

Ekceli..apa yg aku nmpk..pertama skali Islam dah bitau awal..Rasullullah s.a.w dah bitau awal2..
Mana2 kwsn yg diserang wabak,rakyat di kwsn tersebut tidak dibenarkan keluar dr kwsn tersebut..Tapi kita tak amek peduli...

Sekend....Islam dah cakap..JAGA KEBERSIHAN
Kita wat dono jer....

Sendri pikir lah...

***Tegap ker tak tegap..Babi Flu tak amek port...

Sunday, August 2, 2009

Seluar Weekend Dikala Kebosanan

Akibat kebosanan berada di rumah pada hari ini..2nd time dalam tahun ni aku gi Kabut Sale/Pasar Karat kat S13 tuh...tapi cam beselah..tade makna nya aku nak gi kul 9-10pg..aku gi kul 11.30 pg..Motif gi lambat??dapat murah time penjual2 nak tutup kedai...
hahahahahaha....

Aku memang mamat bandel..time terbelek-belek seluar tadi sangkut lak satu...rege??RM10. Tgk saiz..okeh cun..terus sambor tanpa check...

Balik2 try sarung..cis..macam mat rock kangkang...Agak singkat..bawah sikit je dari buku lali aku...tak penah2 aku beli sluar singkat kat buku lali...cis..harus lah dipotong jadikan sluar pendek...seb bek ko rege murah..

***tunggu nak balek raya je lah aku beli sluar...

Wednesday, July 29, 2009

Konvesyen Tekstil 2009

Assalamualaikum..

Hari Isnin & Selasa yang baru lepas suam2 kuku minggu nih aku dihantar untuk menghadiri TALK at UiTM...

TEXTILE CONVENTION 2009:INNOVATION OF BATIK,SONGKET & CREATIVE WEAVING THROUGH ART & SCIENCE

Ada banyak research2 baru yang mana pada aku sangat berguna dan boleh terus diperkembangkan...Terutama apabila melibatkan pembentangan kertas kerja dari golongan yang sudah mempunyai PHD..Tapi sebetulnya kajian yang dilakukan oleh mereka yang berkelulusan master pada pendapat aku masih tidak mencapai standard yang sepatutnya.Selayaknya kajian tersebut dikategorikan sebagai kategori DEGREE...Tapi itu hanya pendapat aku yang tidak mempunyai kelulusan..

Daripada pemerhatian aku, peserta yang hadir yang mana bukan dari bidang akademik amat berkurangan. Yang ramai hanyalah para pensyarah.Mungkin kurang dari segi publisiti.Program yang sebagus ini sepatutnya mampu menarik minat golongan yang involve dalam dunia Tekstil khasnya dan Seni amnya.Mungkin juga dari segi kadar bayaran yang mencecah RM200/person.Atau mungkin juga disebabkan oleh malis yang diadakan pada hari orang ramai bekerja..

Satu isu yang menarik perhatian..

Apa nasib yang akan menimpa para pembatik dan penyongket tradisional jika produk2 mereka dikeluarkan secara mass-pro dan menggunakan mesin??

Banyak idea yang dibentang semasa forum,tapi pada pendapat aku,biarlah untuk open market kita ketengahkan hasil keluaran tangan dan untuk mass-pro ditumpukan pada projek yang berskala besar seperti tender kerajaan,military dll...

Apakah kita mampu bersaing diperingkat global??
Pada pendapat aku..yerp..kita mampu asalkan kita kreatif dan mampu untuk adapth kebudayaan dan cara hidup mengikut tempat. Takkan kita expect omputeh akan pakai baju melayu & bersongket ketika berada di negara mereka...so,kita mesti bersedia untuk itu.

***Gaya penulisan yang ilmiah..hahaha

Sunday, July 19, 2009

Bola,bola & Bola

Baru2 ni ader sedikit perkongsian pendapat antara aku dan sorang kawan aku..

Dia berpendapat :- kita mesti support team2 bola kat mesia nih..sentiasa support..baru bola kat mesia leh maju.kebanyakkan dari kita akan ckp.."lebeh baik aku tgk kat tv"...patutnya kita sama2 turun stadium..support..

Pada aku..

Aku rasa rakyat mesia ni bukan xmo support team2 bola kat mesia nih...dorang nak sangat support..tapi bila tengok men bola cam budak skolah menengah...hati mana yang x saket..kita bayar utk tgk bende yang cantek..kita bayar utk tgk bende yg best...tade org sanggup bayar sekadar utk tgk sampah..x perlu kita bandingkan kita dgn UK..org kat sana even yg menganggur pun ader elaun..kuasa beli dorang tinggi..kuasa beli kita rendah..so..org2 kita lebeh berhati2 bila nak spend duit...bukan soal menang atau kalah..tapi soal kepuasan..bila team men bagus..ramai yg secara otomatik akan rela spend duit utk beli tiket n support team masing2..contoh:kelantan N Selangor.Korang rasa dak2 UK yg kadang2 kita agungkan sgt tuh sanggup ker spend duit utk tgk MyTeam VS Pahang???Nibong Tebal FC VS Polis???

Player2 dorang men as a pro..not like an amateur..dorang tau..dorang dibayar utk bermain..jadi dorang main tanpa main2...tmpt kita..berlatih pon ader yg prob..coach kata turun kul 5...kul 5.30 paling awal baru smpi..x campur lagi bila mlm bantai roti canai sama teh tarik...Dorang akan ckp."Korang igt senang ker men bola??"aku ckp.."Korang dibayar utk men bola..lagipon itu jln yg korang pilih.."

Buktikan korang bolah men sebagus Allahyarham Mokhtar Dahari,Soh Chin Aun,Ali Bakar,Isa Bakar,Arumugam..paling tidak Dollah Salleh,Zainal Abidin,Hashim Mustafa,Fandi Ahmad...dan paling tidak bukti kesungguhan korang utk pulihkan martabat bola sepak Malaysia...selepas tuh..korang pasti akan dpt tmpt kembali dlm hati peminat2 bola kat mesia...

Tapi walo apa pon aku ckp..walo apa pon aku rasa...aku tetap support Malaysia...sebab aku

ANAK MALAYSIA...

***Giler lah..begitu patriotik aku kali nih...

Wednesday, July 15, 2009

Eco-No-Money

Tahun ni merupakan tahun eco-no-money...tahun kemelesetan...tahun kegawatan....sana sini aku dengar tentang kompeni-kompeni buang pekerja sebagai 1 langkah untuk reduce cost...waktu kerje dipendekkan..shif dikurangkan...elaun-claim-bonus dll dibekukan...Bagi mereka yang bekerja di kompeni/kilang elektrik & elektronik, mereka lah antara barisan depan yang pertama gugur...

Kompeni tempat aku kerje lak baru mula terasa tempias dari situasi eco-no-money ni. Sales drop..volume production dikurangkan..projek dikecikkan..dan untuk pertama kali dalam sejarah kompeni ni yang dibuka pada awal 90-an..akan ada pemberhentian perkerja..mungkin.

Walopon yang akan dilucutkan dari kompeni adalah operator tapi aku sudah mula terasa bahang kemelesetan. Mahu atau tidak..aku dan boss akaun aku mesti mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan..sepatutnya kalo mengikut jangkaan, kompeni ni dah bungkus tahun 2006 namun boss akaun aku berjaya menyelamatkan keadaan..dan kali ni, aku berharap dia skali lagi akan menunjukkan keajaiban

***aku berdoa keadaan ini akan berubah

Tuesday, July 14, 2009

Maxis Yang Baik Hati

semalam berlaku 1 perkara yang menakjubkan....

Maxis bagi aku panggilan suara dari maxis ke maxis secara percuma...

Yer..PERCUMA!!

Tengs Maxis..ailebiulah....

Wednesday, July 8, 2009

Uptown Adalah Supermarket...

Satu malam....aku nak antar sorang budak ke stesen bas..seksyen 17.tapi oleh sebab masa dier nak nek bas tu lambat lagi..aku bawak lah dak nih gi makan dulu..pekena apa yg patut..tembolok mesti diisi dan yg pasti nya ianya adalah dibawah tajaan member aku tuh...hehe..

Lepas makan...

"mana aku nak gi...bas lambat lagi..ishhh...hrmm..bwk gi uptown jer lah.."bisik aku dalam hatiku yg suci...

"ko penah gi uptown??kita lepak sana dululah..bas pon lmbt lagi..."kata aku penuh berhemah...


"Uptown tuh supermarket ker??"soklan cepumas dari member aku...


***siyes aku tatau dier dari planet maner...cis..

Tuesday, July 7, 2009

Mereka Yang Gebang

Kadang-kadang aku naik menyampah..naik mual..mcm aku gayat naik kapal terbang hulur kepala tgk kat bawah...bila aku tengok stengah2 orang yang berlagak macam pandai...macam tau banyak bende..MCM BEST!!

Mengaku Indie...tapi kenal takat MUH,Hujan & BUNKFACE...

Mengaku tau muzik...tapi takleh citer pun kat aku sub2 genre..

Mengaku minat art...tapi hanya tau seni catan,fotografi & Sculpture...

Pakai baju Andy Warhol..tapi tatau saper Andy Warhol..


Aku nek fenin...fenin...

Sembang ader kontek sana sini...

Sembang ader projek mega megi

Sembang dulu bekas samseng jalanan (Mat mot)

Kalo tatau wat cara tatau..kalo tau skit..citer skit2..takyah lah nak tunjuk hebat depan aku...sembang kencang..bagi 1-2 soklan tergagap2..aku budak yg dididik dgn art pon maseh terkial2 nak tau pasal art..aku yg men muzik pon terkial2 lagi nak paham muzik..perlu ker menunjuk2??pada orang2 yang mcm tuh..korang memang klakar lah!!

***aku hanya seorang budak art & peminat muzik runcit2...

Wednesday, July 1, 2009

Aku Yang berbakat!!!

Apa perasaan kamu kalo kamu kira tarikh lahir kamu dan membawa maksud

1)Boleh berbincang
2)Boleh berbincang
3)Pemimpin..

mengikut kajian Hj Fadzilah Kamsah????

(sengih lebar2)...

Aku tak sangka aku mempunyai bakat kepimpinan yang belum diterokai dan maseh terpendam...

Dan aku maseh terasa hatiku sedang mengembang...sambel hidungku kembang kempis kebanggaan...

Next election kompem aku tawar diri....Pangkah TembakauJiwa....& aku kompem blanjer korang skyjuice...siyes..aku x tipu...

***korang x pangkah aku..mmg korang rugi coz tak tau menggunakan kelebihan bakat kepimpinan yang aku ader...

Saturday, June 27, 2009

Takziah

Entry kali ni khas untuk Ophylia a.k.a Azni Syahida...

Takziah untuk Ophylia kerana kehilangan seorang Ayah pada pagi Jumaat jam 6.30 pagi..
semoga Ophy akan terus kuat semangat dan banyak2 bersabar atas dugaan ini...

Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah....

Al-Fatihah...

Thursday, June 25, 2009

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan

Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah
Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.
Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap.

Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.
Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat.

Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.

Saturday, June 20, 2009

Lobok=Lobak??..Or Sawi???

Assalamualaikum..

3 malam yang lepas aku rasa bersemangat...yer..bersemangat untuk ke kedai membeli barang2 dapur umah aku yang makin kering..sebelum aku kedai.aku kena tanya Chef-Umah-Aku a.k.a Usop aper barang nak dibeli...

Chef-Umah-Aku:mu beli lado giling,fishcake,telor,kicak(kicap),sos tire(tiram),gulo,mi tio(kuew teow) nge LOBOK...

Aku hanya mendengar & angguk2 paler...senang jer tuh nak ingat..beselah..paler otak pakai pelincir...aku pon gi lah kekedai jawa kat blakang umah aku....sambel siul2 & isap rokok berjenama..

Sampai kat kedai aku pon laju jer amek barang2 yang usop pesan...tapi bila sampai part "lobok" tuh aku kaku jap.... "dier kim baper batang lak lobak nih..agak2 kalo wat tom yam gong cukup ker sebatang??"...aku amek jer lah sebatang...tak perlu beli banyak2 trus..test market dulu orang kata...

****

Usop:Bakpo ye beli lobok nih...kawe suh demo beli lobok nih...(tunjuk ke arah sawi)..ko tempat demo panggey go namo??
Usop:Apsal beli lobok ni...aku suh ko beli lobok nih...(tunjuk ke arah sawi)..ke tempat ko panggil aper??

Aku:kabo lah nok sawi..yang gi royak lobok..aku ingat lobak...cis
Aku:cakap lah sawi..yang gi cakap lobok..aku beli lah lobak..cis

***malam tuh aku makan kuew teow sup penuh lobak...

Monday, June 15, 2009

Once upon a time in Uitm Mace

Assalamualaikum...

ader sorang mamat nih...aku panggil apek..masa zaman dolu2,zaman keremajaan seme giler nak simpan rambut panjang..termasuklah si Apek nih..masa tuh kitorang study kat Uitm Mace...kalo korang nak tau katner Uitm tuh try lah google...Insyaallah...selamat lah korang..

Satu ari masa Apek baru park motor kat level bawah hostel,dier nampak lak sorang warden...yang memang terkenal dengan kesadisan..menghala lak tuju kat Apek..so..cepat2 lah mamat nih lari naik hostel..niat kat hati kompem nak lari..lari punya lari....last2 dier masuk bilik geng2 kitorang melepak...kitorang seme kebil2 jer tengok dier cam kelam kelibut..."jadahnyer mamat nih cam sasau semacam jerk nih..."

***

Pintu loker dibukak pelan2..yang bukak adalah warden yang sadis tuh...dengan gaya macho dier bersuara.. "ko buat aper kat dalam loker nih??"

Apek : sajer..(Muka sengih2)

***jangan menyorok dalam almari baju..tak strategik langsung...

Saturday, June 6, 2009

Shopping???Boros???

Assalamualaikum...

Tade aper yg menarik sgt pon nak aku bebel kali nih...sajer jer..nak update blog...biar ader entry baru..walopon tade isi...hehehe....

Aku prasan semalam..minggu nih aku jadi manusia yg boros....cis...lari dari tabiat aku slamer nih...minggu nih sajer aku dah beli..

-jam tgn...(jam b4 nih putus tali..mls nak anta kedai repair)
-beg baju...(beg baju b4 nih tertinggal kat kedai dobi..ader 1 jer lagi..tp aku syg nak guna..cantek sgt..)
-kotak rokok dunhill tembaga(ini psl aku wat koleksen kotak rokok)
-tali pinggang (dah mcm wat koleksi lak)
-bende yg gantung ada tulisan Allah n Doa nek kenderaan utk ltk dlm kete..

Adakah aku skang makin boros berbelanja???Maybe aku dah kene penyakit....

HOBI=SHOPPING????cis....tobat pasnih aku g keje balik keje jer....

***Minggu bersuka ria????jadah....

Thursday, June 4, 2009

Kempen Derma Dermi

Assalamualaikum...

Aku terbaca tentang program yg DIGI dok sibuk kempen2 skang..kempen derma2...

Kalo nak kira aku nih bukan lah pengguna MANUSIA-BULAT-KUNING-CAM-ALIEN tuh..tapi sebab bende nih tak guna duit aku & pakai duit derang jer..aku trus donate tanpa sebarang perkiraan dari segi matematik...

Korang leh masuk web tuh..pilih lah mana2 persatuan yang korang nak donate kan duit tuh..aku pilih Persatuan Pencinta Alam...mungkin sebab kat Klang Valley nih makin susah nak jupe hutan kot...



aku rasa tak salah gi jenguk2 jap n klik2 jap...bukan kene bayor pon..dari korang membazir gi donate kan kredit korang ker AFUNDI lah...VOTE lah...APERJADAH lagi lah...bek korang donate ke sini..ader gak pekdah nyer..

***donate...cam donat pun ader gak ejaan dier nih...hrmmmm....

Sunday, May 24, 2009

Matlamat...

Assalamualaikum..

Apa sebenarnya yang kita betul2 ingin kan dalam hidup kita??Juz before we die?

Duit???
Kuasa???
Pangkat??
Perempuan/Lelaki???
Anak/Pewaris???
Keluarga??

Aku sendiri tak tau aper sebenarnya yang aku betul2 inginkan...kejap aku nak jadi ini..kejap aku nak jadi itu..kejap nak jadi petani..kejap nak doktor...hehe(Imaginasi melampau)..

Tapi sebetulnyer..aku hanya lakukan aper yang aku fikir betul..dan aper yang aku rasa selesa..aku hanya mengikut flow. Bukan bermaksud aku tak berusaha...tak..tapi aku rasa aku tiada matlamat yang terlampau jauh ke depan...matlamat tu ader..cuma tak terlampau jauh sgt..
maybe sebab aku ni tergolong dalam mamat2 average...bukan tergolong dalam golongan pemikir/genius atau yang sama tahap ketinggian dengan yg disebut...

Aku selalu tetapkan dalam diri aku..2 tahun lepas nih aku nak jadi aper??Aku nak wat aper??biasanya aku limitkan dalam 2 tahun..2 tahun selepas grad aku perlu jadi aper??dan alhamdulillah..stakat nih perancangan aku maseh lancar..walopon mungkin tak sebagus yang aku expect..tapi aku maseh bersyukur...Dan aku maseh terus berusaha...Untuk maju dalam jalan aku sendiri...

Kenapa aku hanya limitkan matlamat aku selama 2tahun??ntah..aku takder jawapan yang khusus..cuma aku suka wat planning yang tak terlampau jauh ke depan..dan juga tak terlampau singkat untuk aku gapai..macam ma aku cakap "tak perlu nak fikir terlalu jauh..esok pon blom tentu kita hidup"...tapi itu tak bermakna kita tak perlu ader matlamat...itu perlu.Sekurang2nya kita ader matlamat hidup...

Dan matlamat aku yang seterusnya....KEDAI FOTOGRAFI!!!wish me luck...

***Hidup nih terlampau singkat untuk kita sia2 kan....

Monday, May 18, 2009

Pegangan Yang Kian Longgar

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni..aku rasa dirku aku makin berubah..maksud aku bukan dari segi perangai...mungkin lebeh tepat dari segi filosofi/pegangan/prinsip atau yang sama waktu dengannya...

Aku seolah2 dapat rasakan..hati aku makin tawar...makin tawar bila memikirkan tentang hubungan adam & hawa..aku seolah2 sudah makin hilang kepercayaan terhadap kaum hawa...banyak bende yang berlaku kebelakangan ini menyebabkan pandangan aku pada kaum hawa makin berubah..dulu aku pantang tgk pempuan freehair..aku rasa cam nak sepak jer..tapi skang..freehair or not..aku dah x nmpk beza..kadang2 yg freehair lagi elok perangai dr yang bertudung...bukak tudung,leh nampak gigitan2 manja kat tengkuk..

Dulu aku selalu memandang pempuan dengan hormat..namun kebelakangan ni..prasaan hormat tu makin menipis...Maybe aku skang lebih kuang camnih...

"lu punya hal...lu punya hak..lu punya suka"

Dulu aku selalu pasan..asal yg jahat..asal yg meninggalkan..asal yg curang..kompem jantan...skang nih..pempuan pun sama...malah kadang2 lagi teruk dr jantan2 keberet...

Dan aku....hanya terus jadi pemerhati dari jauh sambel isap rokok berjenama...

***Tak perlu utk mengejar kesempurnaan..sebab kesempurnaan tak pernah wujud dalam manusia...

Ketentuan Yang Punya Kuasa

Assalamualaikum...

Aku baru jer sampai dr kg...balik psl ader kecemasan...ari selasa ma aku tepon..ckp umi aku masuk spital..nak kena potong kaki psl kencing manis..ari rabu pagi aku terus balik...

Ari rabu mlm operate...lepas operate umi aku nmpk ok..walopon agak lemah...ptg kames aku bwk kaki umi utk ditanam...dlm family aku..kiranyer aku sorg jer yg tau kat mana kaki tu ditanam..sebab aku sorg jer yg gi tanam..

ari sabtu..umi aku cam sedar tak sedar..mcm mamai...sebelum aku balik ker sa...ma aku dah tanya..

"kalo umi mati,nak tunggu along ker?"
"takper lah...kalo rasa lambat..tanam lah dulu..along dah redha"
"takperlah camtu"

Jodoh maut nih ditangan Allah...aku selalu ingatkan diri aku..lagi pon sepanjang aku balik..aku dah sempat jaga umi aku..makan aku suap..minum aku suap..sempat urut2 umi...kalo umi "pergi" skalipun..aku dah takder prasaan terkilan...aku doakan umi aku dipanjangkan umur..namun jika dah ketentuan-Nya begitu..aku redha..

***aku cam dah tade semangat...

Monday, May 11, 2009

Ujian

Assalamualaikum...

Ujian itu untuk menguji keimanan kita kan??

Ujian itu untuk menaikkan martabat kita kan??

Ujian itu diberi mengikut kemampuan masing2 kan??

***Makin berat aku rasa nih....

Friday, May 1, 2009

Hukum Karma

Assalamualaikum...

Selalunya aku menghadapi masalah bila nak mulakan sebarang tulisan...or kalo chegu BM aku dulu ckp..pendahuluan karangan..heh..so..mintak maaf..pendahuluan karangan biasanya agak teruk..

Aku kadang2 terpikir...camner agak nyer rasa wat jahat??maksud aku cam bunuh org ker...rompak....tembak sana tembak sini..dushum sana dushum sini...agak2 korang..derang yang wat bende2 camtuh ader pk ker soal balasan???

Aku selalu ingatkan diri aku...sebab aku tau aku nih tak braper kuat iman..or mmg tak kuat langsung...setiap bende yang kita wat pasti ader balasan..tak kira jahat..tak kira baik..cuma kadang2 kita tak nampak balasan tuh...Pada aku ader 3 bende..

Pertama:Balasan..Kedua:Ujian...Ketiga:Nikmat...

Kalo aku usahakan sesuatu & tak dapat..aku selalu pk...maybe ini satu balasan utk segala dosa2 aku..kalo ianya bukan balasan,ia pasti ujian utk aku....dan kalo ia bukan ujian..ia adalah nikmat utk aku coz maybe kalo aper yg aku nk itu aku dpt,aku akan saket.(sekadar contoh),hehe...

Kalo dalam kepercayaan Hindu...ia dipanggil Hukum Karma...(tajuk lagu Wings)...hehe
Aku selalu percaya...

Kalau kita ingin disayangi,kita mesti menyayangi.
Kalau kita ingin dihargai,kita mesti menghargai.
Kalau kita ingin kesetiaan,kita mesti setia.
Kalau kita ingin naik gaji,jgn selalu lepak isap rokok macam aku..hahaha

Tapi kadang2 apa yang kita kita takkan dapat balik.so..aku berbalik pada yang kedua.."Ujian".
Lepas tuh..aku akan kembali sengih lebar2...sambel jariku mengepit sebatang rokok berjenama.

***kadang2 kita lupa bahwa kita mempunyai qada dan qadar...

Wednesday, April 22, 2009

Semalam Punyer Hal...

Semalam aku rasa aku dah wat rekod baru..gi Gurun,Kedah balik ari nek kete....haha..penat jugak lah..bawak lak pempuan pegnen...ishh...jap2 loyer..jap2 loyer...jap2 nak asam...~sigh...

Smlm dr Bukit Raja kul 8.30pg...benti kat RnR Sg.Buloh..bekfes...pastu baru gerak..lebeh kuang kul 9.30pg...dah lah festime drive bwk APV...best gak..tapi aku rasa sengal..HOD Marketing..tido..GM & DGM..tido...opismet..tido..aku sengsorang drive tanpa bantuan audio yang canggih manggih...juga tanpa bantuan rokok..sebab seme yg pegi bukan perokok..lagi ada pempuan pegnen...~sigh...dok plak dlm ekond...wahhhhhhhhhhh......sengal giler....

Singgah kat Sg.Petani mkn tghari....aku bedal jer aper yg ader..pastu cepat2 kuar..isap rokok...mmg masa tuh aku rasa Malaysia nih sgt aman dan sgt lapang....fuhhh...TERBAEKKK!!

Balik dr meeting..HOD Marketing lak drive...aku dok blakang skali sengsorg..siap nyanyi2...tepuk2 seat wat dram..walopon depan aku ader GM & DGM..aku wat bodo jer...haha...time audio memutarkan surah2 Al-Quran..aku follow Yasin jer..yg len aku dah hanyut gi Masjidil Aqsa....keh keh keh...

Sampai umah lebeh kuang kul 11 mlm..penat tp best...tp mata takleh lelap..siot..aku lelap kul 2pg..sengal...

***blog aku mmg tade pic mcm blog2 org len..sebab aku dah ader fp..(walopon tak terupdate)..hehe

Saturday, April 11, 2009

Hectic Week

assalamualaikum...

Minggu nih aku rasa minggu yg sgt2 hectic...sgt2 memenatkan...balik dr keje aku cuma pk mo tido..dan aku rasa mcm org tua minggu nih bila aku mula tido dlm kul 11-12pm...haishh~...

kepada yg tahu ttg fasa ke-2 aku..salah satu item itu telah aku miliki...but len dr model yg aku nak dulu...satu dah dapat...lagi 3 things to go...takper..pelan2 kayuh...hehe

Smlm tetiba aku rasa cam terpikir nak sambung blajar..wat master ker aper...tp bila pk2 balik..aku takut x mampu...tgk lah camner nnt..kot2 aku terbukak hati..niat tuh mmg dr dulu dah ader..tp masa belum mengizinkan...

***aku makin kepenatan..maybe disebabkan peningkatan faktor umur...pasnih aku rasa maybe aku layan citer Gerak Khas lak mcm org2 tua kat kg...~sigh

Monday, April 6, 2009

Yang Remeh Dan Yang Temeh

Assalamualaikum...

Kita kadang2 lupa pada perkara2 yang remeh temeh..mungkin pada tanggapan ianya satu perkara yang tak penting...tapi ada kala, yang remeh itu lah yang penting...

Perkataan MAAF,TERIMA KASEH & TOLONG..
Ramai dikalangan kita skang makin lupa untuk gunakan perkataan ini...mungkin pada kita tak penting..atau...tak perlu...atau...apa saje kemungkinan yang menyebabkan kita tak mahu guna atau lupa untuk menggunakannya...

***
Seorang bos akaun tempat aku keje..bila dier menyuruh orang bawahan dier takkan lupa ucapkan perkataan tolong... "tolong bwk masuk fail ni ke dalam ye" dan disusuli ucapan "terima kaseh"...

Ucapan yang ringkas tapi pada aku bawa makna yang besar pada orang bawahan dier..terasa dihormati.walopon beliau ada hak untuk sekadar menyatakan "nnt bwk masuk fail ni".

***

Ucapan sedemikian jugak pada aku boleh melembutkan jiwa...menjauhkan dari rasa bongkak..atau mungkin takbur..atau mungkin jugak riak..

Mungkin kita semakin lupa pada tempat kita berjejak...bahwe kita skadar hamba-Nya dan bukan tuan pada sesaper...

***sama2 lah kita cuba praktikkan..aku pun baru2 nak blajar...hehe

Friday, April 3, 2009

Petang Jumaat

Arini sajer aku 4 kali aku post entry..nmpk sgt aku tgh busan..bukan tade keje..hilang akal aku tade keje??tapi disebabkan oleh ketiadaan "mam besar" (boss)..aku seolah2 berada di tepian pantai sambel melihat keindahan liuk lentuk badan wanita-wanita jepun separa bogel....Indah nyer dunia...

Siyeshit..minggu ni aku rasa tensen..pasai apa no??pasai aku tak suka guna EXCEL!!!ngantok dowh upernyer wat documentation...aku lagi rela wat design 10 keping lah wat documentation sekeping...siyes beb...

Dan saat ini aku rasa cam tawa dalam tangisan..suka x hengat dunia pasal boss tade tapi aku diseksa oleh bunyi-bunyian hidup yang sumbang dari opismet aku nih..(aku type nih depan dia)..kutuk depan2...menyanyi tapi YA Allah..sore...~sigh

***siyes pasni aku turun lepak isap rokok 3 jam...

Lady Marmalade

It was late in the evening when the moonlight shines
Getting high getting drunk sipping on wine
What am i gonna do tonite when ur gone by my side again

I can't barely see u in the crowd; i'm going insane
chasing shadows from the light; leading my way
went up to the stairs and that's was when i saw marmalade again

So wet in bed
the moans u fakes
i've made mistake
just leave me here in my state

lady marmalade
lady get me laid
lady marmalade

I woke up in the morning
you're gone in a glance
as i staggered and as i walked, i was learning the 'dance'
suffocation in my lungs with every breath i have to take
the answer is i go thru the one night stand
the way u 'waltz' the way u 'tango'...where's your stance?
what am i gonna do tonite when ur gone by my side again

Dont leave me,
my sweet lady
dont leave me..
dont you walk out that door

lady marmalade
lady get me laid
lady marmalade

***best x hengat