Tuesday, December 29, 2009

Bila kita makin melupakan....

Aku baca dalam blog erin...

kriteria...maybe..

"cari yang kurang handsome tapi gigih cari rezeki"..lebeh kuang camni lah ayat nya...
aku takmo cakap pe2 pasal kriteria nih...bagus jugak sebenarnya..(maybe sebab aku x ensem)..haha

But,apa yang paling penting dalam jiwa kita sebenarnya??
Apa yang paling penting untuk kita hadap dunia yang kadang2 kejam nih??
Apa yang paling penting sebagai pedoman dan panduan kita??

AGAMA

Kita manusia selalu melupakan Allah bila kita senang...selalunya masa susah baru kita terhegeh2 berdoa bersujud lama2 macam tak nak bangun sampai bengkak dahi....aku tak cakap orang. Aku cakap nih berdasarkan pengalaman aku sendiri...Tapi bila dah nampak jalan keluar,kita mula kembali leka dengan dunia.maybe aku jer kot....hehe

Bab kriteria laki....aku pun tatau camner nak cakap...majoriti gurl akan cakap nak yang macam nih macam tuh macam gituh. Semakin jarang yang cakap kriteria yang pertama adalah AGAMA.
Pada aku,lelaki itu perlu teguh agama nya kerana dia lah yang bakal memimpin dan membimbing.Aku tak cakap suh gurl seme cari Pak Imam or Geng Tabligh...kalo camtuh spesis laki cam aku makin kekurangan pilihan lah...Cukuplah kalo laki itu hukum hakam agama.Puasa,solat,zakat dan tau kenal huruf2 jawi dalam bahasa arab dalam Al-Quran.

Tapi lagi bagus kalo korang leh cari yang ada agama,kuat bekerja,hensem,bertanggungjawab dan berharta.Tapi kalo takleh,carilah yang ada asas agama.Kita berkahwen bukan untuk didunia semata.Biarlah sampai AKHIRAT..Dunia kalo tolak cuti raya,cuti merdeka,hari pekerja,Annualleave,MC....baper lama lagi kita ader kat dunia nih???Purata umur manusia cuma 60++...aku lagi skit akan masuk separuh....tinggal separuh lagi umur aku kat dunia nih..

Sebab tuh aku cakap..aku nasihat....paling penting...AGAMA...

Banyak yang aku selidik punca penceraian masa skang...kekurangan dalam agama.Bukan seme but majoriti.

Sedihnya aku melihat orang segama dengan kita makin melupakan agama sendiri.

***Ujian itu adalah teguran dari Allah pada hambaNya yang dah lama tak berbicara denganNya.

4 comments:

b3nz said...

betullah tu. aku pun lupe jugak walau doa nak jumpa jodoh boleh bimbing. tp, mcm abaikan jugak.
konon nak terima seadanya, berubah sama-sama. dah sakit baru sibuk nak mintak tolong Allah. huhu
thanks asrol post ni..

Anonymous said...

apa ada pada agama kalau dia tidak tahu erti agama yg sebenar
Agama tidak hanya pada ibadah semata2. ye mmg perempuan melihat dr segi itu.
tetapi tidak terkecuali lelaki yang melihat dr segi rupa.

islam suka pada kekayaan kena ingat itu
tangan yang memberi lebih baik drpd tangan yang menerima

kita lupakan Allah bila senang. tidak dinafikan. tp kita kena renungkan..

sejauh mana yg tak senang itu mengingati Allah. Mereka jg melupakan Allah.. pernah kita berfikir ttg itu..


no hard feeling.. this is my point of view

Hezy-rena said...

fuuh~~~

harus kene wat perbincangan meja bulat nih...

isu yg best tuk di perkatakan =)

Unknown said...

benz:keh keh keh..samo jo kito ni benz...haha

Anonimus:Aku hanya menulis secara ringkas...kalo bercerita ttg agama...panjang.

Yerp laki kebanyakkan pndang pd rupa...gurl pun camtuh..aku x pelik..cuma aspek yg lebeh perlu dipentingkan iaitu agama kadang2 kita lupa..Maksud aku,laki itu tanggungjawab dia lg berat.so dia mesti tau asas2 agama bukan saja dr teori mlh dipraktikkan.sebab laki yg akan jd ketua keluarga.Tak guna harta byk muka ensem tp main pempuan teguk arak.

Yerp..Islam nak umatnya kaya..sebab tuh aku ckp...kalo leh cr yg ensem,kaya,dan beragama (leh baca balik)..tp kalo xleh,crlah yg ada pegangan agama.

Aku x ckp yg senang itu lupa Allah dan aku x ckp yg susah itu igt Allah...aku ckp bila kita dah bese senang,kita leka.bila kita susah,br terhegeh2 nk mntk pertolongan Allah..

Sekadar pandangan...

Erin:leh diusulkan utk AGM akan dtg..hahaha