Wednesday, July 15, 2009

Eco-No-Money

Tahun ni merupakan tahun eco-no-money...tahun kemelesetan...tahun kegawatan....sana sini aku dengar tentang kompeni-kompeni buang pekerja sebagai 1 langkah untuk reduce cost...waktu kerje dipendekkan..shif dikurangkan...elaun-claim-bonus dll dibekukan...Bagi mereka yang bekerja di kompeni/kilang elektrik & elektronik, mereka lah antara barisan depan yang pertama gugur...

Kompeni tempat aku kerje lak baru mula terasa tempias dari situasi eco-no-money ni. Sales drop..volume production dikurangkan..projek dikecikkan..dan untuk pertama kali dalam sejarah kompeni ni yang dibuka pada awal 90-an..akan ada pemberhentian perkerja..mungkin.

Walopon yang akan dilucutkan dari kompeni adalah operator tapi aku sudah mula terasa bahang kemelesetan. Mahu atau tidak..aku dan boss akaun aku mesti mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan..sepatutnya kalo mengikut jangkaan, kompeni ni dah bungkus tahun 2006 namun boss akaun aku berjaya menyelamatkan keadaan..dan kali ni, aku berharap dia skali lagi akan menunjukkan keajaiban

***aku berdoa keadaan ini akan berubah

No comments: