Tuesday, September 15, 2009

Apakah Kesan Ramadhan Pada Diriku???

Ramadhan berlalu dan aku berpuasa didalamnya
Namun...

Solatku masih tidak mahu kusempurnakan,tetapi ku tahu solat soalan pertama ditanya di akhirat.

Auratku masih mahu dan bangga aku dedahkan,sedangkan perintah Allah mengharamkannya.

Kedua Ibu Bapa Ku yang beriman aku derhakai, sedang syurga dengan Redha mereka.

Rokok teman karibku,sedang Allah mengharamkan mudharat atas diriku dan saudara seIslam denganku.

Ibadahku Hanya dibulan Ramadhan, sedangkan Islam itu sepanjang usia

Ramadhan berlalu pergi dan aku lalai lagi gembira, sedang keampunan Allah berganda padanya

Mati itu pasti, namun aku tiada bekalan menuju ke arahnya

Kubur itu kelam dan sempit kerana aku menjauhi AlQuran yang mampu melapang dan meneranginya

Syurga itu indah, namun perbuatanku menghalang aku memasukinya

Neraka itu amatlah pedih azabnya tapi aku sibuk mencari jalan untuk dihumban kedalamnya

Nyawaku ini adalah Hak Allah yang diberi pinjam sebentar, namun aku terus merosakkannya.

Adakah amalanku diterima Allah???

Ya Allah,jangan dicabut nyawaku lagi,aku mahu bertaubat dan berubah,
Dimana Ahli Ilmu dan Mukmin sejati, akan ku jejak,
Untuk peroleh ilmu demi Mu Ya Allah,
Semoga amalanku tidak sia-sia.

No comments: