Friday, February 26, 2010

Servis Kereta-Dari Yang Bukan Pakar

Ekceli entry kali nih adalah atas permintaan cik benzura....

Entry ni aku tulis sekadar dengan niat untuk membuka mata cik benzura tentang kereta. Kerana semalam aku hampir menghantukkan kepalaku ke arah dinding kedai yang setebal setengah kaki apabila berdiskusi pasal kereta dengan cik benzura.

Tajuk Besar:Besik Penjagaan Kereta.

Sub Tajuk : Servis
Kereta biasanya perlu diservis selepas 5000km. Tapi sebenarnya ianya bergantung pada jenis minyak pelincir yang korang gunakan. Sila perhatikan pada botol minyak pelincir kalian.
Akan terdapat beberapa maklumat penting untuk dikongsi.

1)Minyak pelincir ada yang digunakan untuk 3000km,5000km & 9000km.So,pastikan korang servis balik selepas cukup limit yang tertera.

2)Terdapat nombor seperti ini:
-0w-40,5w-40,10w-40,15w-50,20w-50 dan macam2 lagi.
Perhatikan nombor didepan.Semakin kecik nilai nombor tersebut,semakin nipis/cair lah minyak tersebut.Kebiasaannya untuk enjin kereta baru,aku sajes korang pakai bawah dari 15w.paling bagus 5w-10w. So,enjin akan jadi lebeh ringan dan pikap akan sedikit terasa.

3)Minyak pelincir ada beberapa kategori seperti fuli-sintetik,semi-fuli & mmg tade fuli2.haha
Sebaiknya untuk enjin yang masih baru,gunakan fuli-sintetik or semi-fuli.

4)Kalo korang nak rasa enjin korang pikap dan kuat,aku sajes korang try Mobile fuli-sintetik.Kalo nak jaga enjin,pakai Shell.

5) Nak lagi cun,korang campur skali dengan ENGINE TREATMENT. Bukan Oil Treatment. Kegunaan dia untuk menjaga part2 dalam enjin korang supaya kurang haus dan tahan lebeh lama.

6)Kalo korang dah terlebeh KM dr sepatutnya diservis,korang takyah risau2 or panik bagai. Sebab kalau enjin korang tu masih 'dara' or stendet or NR,lebeh sikit2 around 500km-1000km,ia tak jadi masalah besar.

7)Masa terbaik untuk check minyak pelincir dalam enjin adalah pada waktu SEBELUM ENJIN DIHIDUPKAN PADA HARI ITU sebab pada masa tu,minyak dalam enjin sedang mendap dan masih belum beroperasi. Bila korang dah start enjin,takat minyak akan naik ke atas.

8)Pastikan masa korang check,korang sentuh dengan jari sedikit.Kalau minyak tersebut terlampau cair berbanding yang asal,lebih baik korang hantar servis walaupun masih belum sampai KM yang sepatutnya. Begitu juga kalau korang rasa ianya menjadi likat seperti gel.

9)Pastikan selepas servis,pomen korang lekatkan sticker servis pada cermin depan bahagian dalam dan di isi sepenuhnya. Ini adalah untuk memudahkan korang mengingat bila sepatutnya korang servis.

Sekian dari aku untuk kali nih. Cerita dari yang bukan pakar.

6 comments:

b3nz said...

ahahahahahahha!
thanks lah asrol. jasamu ku kenang! muahahaha! walaupun aku masih x ingat sangat pun. akekkee
eh, mlm ni aku berjaya drive ke giant. malam ok!
:))

Hezy-rena said...

/me n00b

*_*

Unknown said...

Benz:sila take note...haha

Erin:aku pon noob jugak...

Nixi:teshin shinmao..wo ai ru shier ti ngeng....
(aku tak paham apa aku tulis)

Sila tulis Bm or BI..hehe

Bozu said...

gua pernah buka minyak hitam pastu start enjin.serius dia mengaum macam celaka..

Anonymous said...

bro

servis/tukar minyak pada 5000km sebenarnya sudah kuno (maksudnya utk kereta2 zaman nenek kita mungkin yer)

kereta kini, enjin dan moden, teknologi utk buat enjin dah sangat canggih.

makanya, servis memang boleh extend. kalau perasan, bmw;merc dan volvo dah mula letak service interval mereka setiap 20K km.

cumanya - servis 5K ni masih 'perlu' sebab 'mereka' kata ianya perlu... membawa maksud.. mereka cakap kita perlu servis setiap 5K sebab kita terpaksa servis tempat mereka dan mereka mengaut keuntungan dari kita...


---:)

Unknown said...

abg long:bro..skang saya citer utk kete STENDET MESIA..lagipon ni utk memudahkan pemahaman bg perempuan..sebab gurl yg mtk tolong citer sikit sebyk...hehe..so,citer yg besik2 jer..bg senang phm..hehe