Thursday, December 16, 2010

Plagiat

Kisah tentang manusia-manusia penyangak yang suka mencuri hasil karya manusia-manusia lain dah banyak kali aku jumpa. Sekali fikir, memang palat. Dua kali fikir.......tetap palat. Tapi lepas tu terfikir.....kesian.

Nampak seolah-olah penyangak tu sangat kering idea dan juga gila glamor. Nak dapatkan perhatian dengan menciplak hak orang lain. Nampak sangat akal tak berapa nak ada.

Aku selalu mengikut blog Nazri (dunia-vovin). Kaedah penulisan dan cerita-cerita sangat menarik. Dan entri terbaru tentang seekor mangkuk yang memplagiat karya-karya beliau.

Aku juga kadang-kadang kekurangan idea untuk menulis di blog tapi tak pulak sampai untuk aku meng-copy dan meng-paste karya orang lain dan selepas tu mengaku karya sendiri. Mungkin aku bukan budak yang kurang akal.

Taubat lah weih..mencuri tu berdosa.

3 comments:

Bozu said...

kesian kan?
tapi macam mana nak buat..

Unknown said...

benda2 camni akan terus berlaku..wujud watak yang baik, mesti ada watak yang jahat. Kalau takde magneto,x-men nak lawan saper?

Bozu said...

itu yang menariknya dunia ini kan..