Thursday, December 23, 2010

Islam Sekarang

Semenjak kebelakangan ini heboh satu Malaysia tentang pergerakkan Syiah yang makin tersebar di Malaysia. Pelbagai cerita dan kisah mula terpapar.Pelbagai tanggapan, label, persepsi timbul.

Syiah bukan satu aliran yang baru. Ia bermula pada zaman Khalifah Uthman. Dipercayai dikalangan Ahlu Sunnah dan Syiah, orang yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba. Aliran ini diperangi oleh Ali Karramallahuwajhah sendiri walaupun pada hakikatnya aliran ini mengagungkan beliau. Di dalam Syiah pula terdapat banyak Mazhab. Antaranya Zaidiyah,Imamiah dan lain-lain lagi. Ada yang bersederhana dan ada yang ekstrim sehingga mengkafirkan para sahabat dan Khalifah selain Ali. Terlampau banyak perkara yang dilakukan oleh golongan ini berdasarkan kepercayaan tanpa bukti dari dalil atau nas-nas Al-Quran atau dari Hadith yang Sahih. Mempercayai 12 imam mereka adalah maksum, mempercayai Imam ke-12 mereka yang hilang didalam sebuah gua sejak berabad lama akan muncul kembali antara perkara yang tak masuk akal dipercayai oleh mereka. Syiah satu golongan yang bersandarkan pada masa lalu tanpa mahu terus melihat ke depan. Terperangkap oleh belenggu masa lalu yang menjerut leher mereka sendiri.

Namun, apa bezanya Syiah dan Ahlu sunnah pada masa kini?Atau umat Islam keseluruhannya?

Kita juga terperangkap oleh keagungan tamadun Islam yang lampau. Mana Keagungan tamadun Islam pada masa sekarang? Kita bercerita tentang kehebatan Ibnu Sina,Ibnu Khaldun,Umar Abdul Aziz,Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Muhammad Bin Idris, Imam Ahmad bin Hambal,Imam Nawawi,Imam Ibn Taimiyyah, Abu Hassan Al-Assyari dan ramai lagi tokoh-tokoh besar dalam Islam. Tapi itu semua satu masa dulu. Sekarang?

Kita bercerita tentang kehebatan Tamadun Kerajaan Islam. Bermula dari Nabi Muhammad S.A.W, Zaman Khalifah Ar-Rasyidin,Ummaiyyah,kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tapi dimanakah kerajaan Islam sekarang?

Islam itu SATU. Allah itu SATU.Nabi Muhammad itu SATU.Al-Quran juga SATU. Tapi kita berpecah kepada pelbagai golongan yang tak terkira banyaknya. Dan kita terus berbalah sesama sendiri dan menikus bila diacah oleh mereka yang bukan Islam terutama oleh bangsa Yahudi. Lantang bergaduh dan berbalah sesama Islam, pengecut bila disergah Yahudi,Amerika dan Sekutu.

Dalam Ahlu Sunnah sendiri berpecah pada pelbagai Mazhab. Maka lahirlah ramai fanatik-fanatik mazhab yang kadangkala dangkal fikiran tak boleh ditegur dan disentuh. Dah ikut Syafie mana boleh ikut Maliki. Sedangkan ramai dikalangan mereka tidak mengetahui nama Imam Mazhab Syafie itu sendiri. Apa kitab yang dikarang Al-Imam Syafie pun tak diketahui. Hanya tahu mengikut membuta tuli. Bukankah didalam Al-Quran sudah terang melarang untuk kita mengikut tanpa ILMU? Bukan kah ada Hadith Sahih yang menyatakan hanya dengan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, barulah kita takkan tersesat? Tidakkah kita berfikir?

Sudah-sudahlah berbalah. Cukup-cukuplah bersengketa antara Islam. Islam tidak pernah lemah. Namun Umat Islam adalah satu umat yang lemah selagi tidak bersatu.

No comments: