Wednesday, September 24, 2008

Wanita II

Assalamualaikum...

Aku sentiasa bermasalah bila ingin memulakan tulisan
diruangan blog ini..aku memang bermasalah untuk mencari
ayat sebagai pembuka kata...heheh..jadi setiap tulisan
di blogku mempunyai pembuka kata yang agak kurang menarik.

Untuk topik kali ini,aku ingin menyambung sedikit tentang
wanita/perempuan/gadis..DARI SUDUT PANDANGAN MATA KASAR
SEORANG INSAN LELAKI YANG KHILAF...

Aku sentiasa memerhati...aku cuba memahami suatu makhluk
ciptaan Allah dari kaum HAWA..Pada pandangan aku..
mereka ini suatu makhluk yang amat istimewa..sehingga
Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan kita supaya berbakti
pada ibu kita lebih 3 kali dari seorang ayah..Ini
menunjukkan bahawa kaum HAWA ini memang istimewa.

Pada diri seorang wanita..adanya satu sifat SABAR yang
tiada dalam lelaki...Dalam diri wanita..adanya satu sifat
LEMAH LEMBUT yang tiada dalam diri lelaki..Dalam diri
wanita adanya satu sifat MALU yang tiada dalam diri lelaki.
Dalam diri wanita adanya satu sifat PRIHATIN/PEKA walau
dalam perkara yang kecil yang tiada dalam diri lelaki.
Dan aku sebagai seorang lelaki..aku akui...AKU KAGUM
DENGAN SIFAT-SIFAT ITU..

Lelaki mana yang sanggup bangun pada tengah malam
semata-mata untuk membuat susu anak??Lelaki mana yang
sanggup bangun pada tengah malam untuk menukar lampin
seorang anak??Lelaki mana yang sanggup untuk kedapur
menyiapkan makan malam selepas pulang dari kerja??
DAN ITU SEKALI LAGI MEMBUATKAN AKU KAGUM!!

Tapi kenapa kaum yang seistimewa ini merupakan golongan
yang paling ramai dalam NERAKA??hrmm...Aku tak bermaksud
cuba mengupas dari sudut agama sebab aku sendiri kurang
arif dalam agama...cuma dari pendapat aku...
sekarang ini terlampau ramai perempuan yang MURAH...
Ingin aku tekankan disini..TIDAK SEMUA...TAPI HAMPIR
KEBANYAKKAN...

Aku sedih bila aku memandang..ramai dikalangan muslimah
hari ini..makin kehilangan sifat "HAWA" itu...Mereka suka
untuk menjadikan BADAN mereka sebagai tatapan umum...
Mereka suka dieksploitasikan sebagai PELARIS sesuatu
produk...Mereka tanpa segan silu BERPELUKAN dengan lelaki
tanpa memikirkan batas yang ada..DAN AKU SEDIH UNTUK ITU..

Memang aku sedari..Syurga @ Neraka itu HAK MUTLAK ALLAH..
Walau sejahat mana pun manusia itu,tapi kalau Allah
mengatakan "ENGKAU MASUK SYURGA"..orang itu akan tetap masuk
syurga...tak semesti YANG SELALU SOLAT itu masuk syurga..
dan belum tentu seorang PELACUR itu masuk neraka...Itu
ketentuan-Nya.Namun jalan yang kita pilih boleh
menjuruskan kita ke arah mana kita pergi apabila kita MATI.

DAN AKU HANYA TERUS MAMPU MEMANDANG..DENGAN KESEDIHAN...

2 comments:

Miss Nazla said...

thanks for the reminder

Unknown said...

sama2 kita beringat..hehe