Wednesday, October 5, 2011

Ilmu Fotografi

Assalamualaikum...

Aku rasa ramai yang kenal aku tahu aku memang peminat fotografi. Malah lebih dari itu aku mahu hidup didalam seni. Kerana seni itu pada ku cukup indah.

Telah beberapa tahun aku masuk dalam dunia fotografi. Macam-macam yang aku cuba. Juga macam-macam ragam manusia yang ku jumpa. Dari senaif manusia hingga yang hitamnya kata.

Tapi aku akui, jika dibandingkan dengan ramai lagi fotografer diluar sana, aku ini bukan apa-apa. Ilmu yang aku ada hanya sedikit. Terlampau ramai diluar sana yang lagi banyak ilmu nya dariku. Yang ingin aku kenal. Yang ingin aku cungkil ilmunya.

Namun dalam masa yang sama, aku mempunyai kawan-kawan yang mula berjinak dengan kamera DSLR. Dengan sedikit ilmu yang kutahu, ku ajarkan satu persatu. Setakat yang aku tahu. Namun aku tak pernah anggap hubungan mereka dengan aku sebagai hubungan guru-murid. Pada aku,aku hanya berkongsi. Lagipun, ilmu yang ku ada,semua sekadar pinjaman dari Allah. Sekuarang-kurangnya, jika satu hari nanti aku hilang ingatan, aku ada kawan-kawan yang boleh mengingatkan aku.

Namun kadang timbul rasa berat. Bukan berat hati ingin berkongsi, namun berat dengan tanggungjawab yang aku pikul. Ilmu yang kuberi, akan dipersoalkan di akhirat. Aku cuma ingin ilmu yang aku kongsi, boleh mendatangkan manfaat.

Aku selalu berpendapat, mendengar dan belajar dari pelbagai sumber adalah lebih baik dari satu sumber. Belajarlah dari fotografer-fotografer yang ramai di luar sana. Cungkil lah ilmu mereka. Mungkin bukan setakat ilmu fotografi, malah ilmu tentang kehidupan.

Owh..bulan sebelas nanti aku dapat buat Wedding Lightpainting pertama. Hope semua akan berjalan lancar. Lokasi di Melaka.InsyaAllah.

No comments: