Sunday, August 21, 2011

Poligami

Sebagai lelaki..aku selalu mendengar ayat-ayat seperti ini dari mulut seorang lelaki.

"kahwin ramai ni sunnah"

"dah takdir kahwin lebih"

Islam menghalalkan poligami. Malah Rasulullah sendiri menunjukkan teladan dan contoh bahawa poligami memang dibenarkan didalam Islam.

Malah turunnya ayat Al-Quran dalam Surah An-Nisaa ayat 3

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Ini lah ayat yang sering digunakan oleh lelaki apabila berbicara tentang poligami. Tanda halalnya poligami disisi Islam.

Kebanyakkan lelaki suka menggunakan separuh ayat tersebut. Ambil yang mana suka dan buang yang mana tidak sesuai. Itulah moto kebanyakkan dari kita. Bacalah sepenuhnya kawan. Bacalah sampai habis ayat. Kalau rasa tidak mampu untuk berlaku adil,cukup sekadar satu untuk mengelakkan dari berlaku kezaliman.

Mampukah kamu kalau Solatmu tidak dijaga? Mampukah kamu kalau masih lagi menumpang gaji isteri? Mampukah kamu?

Berbicara tentang sunnah. Aku tau poligami antara sunnah Nabi S.A.W. Namun perlu diingat, dari kalangan isteri-isteri Baginda, hanya Aisyah bt. Abi Bakr r.a sahaja yang dikahwini Baginda berstatus anak dara. Sementara yang lain-lain adalah balu-balu,ibu tunggal malah ada yang sudah lanjut usianya. Bukankah berbeza dengan poligami yang diamalkan lelaki sekarang?

Aku lelaki namun aku tidak setuju dengan trend poligami sekarang. Sebelum berbicara sunnah Nabi tentang poligami, elok kita lihat dalam diri. Apakah sunnah-sunnah lain telah kita perbuat? Solat 5 waktu secara berjemaah merupakah antara sunnah pada pendapatku yang paling penting. Sudahkah kita menunaikannya??

Sudahkah kita memahami maksud-maksud ayat Al-Quran?

Maaf, ini sekadar pendapatku. Hanya sekadar manusia yang kekurangan ilmu. Sesungguhnya Allah jualah Yang Lebih Mengetahui. Ku Pulangkan segala padaNya.

No comments: