Wednesday, February 26, 2014

Kita....Hamba.

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni, kita akan selalu dihadapkan dengan pelbagai isu. Pelbagai masalah. Pelbagai karenah. Bergantung pada kita cara mana kita berfikir. Cara mana kita menangani.

Ada yang membuat keputusan secara terburu-buru bila dihadapkan dengan satu masalah. Ada pula antara kita yang sentiasa cuba mengupas isu terlalu dalam sehingga menyentuh keperibadian orang lain. Ada pula yang suka berfikir menggunakan logik akal semata. Itulah antara karekter yang ada dikalangan kita.

Mungkin disebabkan aku seorang yang berfikir secara ringkas menyebabkan aku tidak memahami manusia yang berfikir secara terlampau kompleks.

Mungkin disebabkan aku seorang yang cuba mencari dalil agama terlebih dahulu sebelum menggunakan logik akal menyebabkan aku tidak selalu sependapat dengan mereka yang memandang dengan logik akal mereka.

Mungkin disebabkan aku tidak suka terlalu memikirkan sesuatu masalah secara tertekan/menumpukan/(berfikir term yg sesuai...tak jumpa) menyebabkan aku tidak memahami orang-orang yang kelihatan tertekan dan melepaskan tekanan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Mungkin disebabkan aku selalu cuba untuk sentiasa berfikir positif (walau bukan kadang-kadang aku terbabas) menyebabkan aku tidak mampu memahami mereka yang selalu cuba berfikir dan bertindak negatif.

Aku tidak suka menilai manusia sehingga aku mempersoalkan niat seseorang. Pada aku cukuplah apa saja yang aku nampak. Bersangkan baik lah. Berlapang dadalah dengan manusia lain. Jangan persoalkan niat mereka. Bukan kerja kita mempersoalkan niat manusia lain. Jika dia ikhlas, pahala lah untuknya. Jika dia munafik, dosalah untuknya. Jangan ditambah dosa kita yang kian meleret dengan dosa yang lain pula. Jangan sampai kita mempersoalkan urusan takdir dan hidayahNya. Apa yang melibatkan urusanNya, serah saja pada Dia. Dia lebih Mengetahui.

Ada pula yang aku lihat meremehkan agama. Astaghfirullah.  Kadang tanpa sedar, kita sendiri meremehkan agama. Meremehkan HakNYA. Kita lewatkan solat malah ada yang meninggalkan solat. Kita jarang mengingatinya. Kita meremehkan hukumNYA.

Dengan alasan,

Allah itu Maha Pengampun.

Adakah kita tahu bila kita dijemput pulang? Bila nyawa kita bakal direntap Izrael? Pastikah kita bahawa kita sempat bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun?

Janganlah disebabkan sifat pemurahNya, kita memandang mudah hukumNya. Kita meremehkan hukumNya.

Kita ini bukan sesiapa. HambaNya sahaja. Mohon sedar. HAMBA!!

Moga kita semua sentiasa dalam ampunanNya dan rahmaNya.

Assalamualaikum.

No comments: