Wednesday, March 5, 2014

Untuk Kamu Semua

Assalamualaikum

Dimana harus aku mulakan.

2 tahun lepas. Bulan Ogos ini genap 3 tahun. Aku berjumpa dengan seseorang.
Seseorang yang perlu untukku catit.
Seseorang yang perlu untuk aku kenang.
Seseorang yang telah membentuk aku hari ini.

Sedikit atau banyak bukan persoalan.

Dia hadir tika aku dalam perjalanan mencariNYA. Dalam perjalanan mengenalNYA. Dalam bertatih mengamalkan suruhanNYA.

Kerna dia, aku lebih berhati-hati bila berkata.
Kerna dia, aku lebih suka pendamkan saja kata-kata.
Kerna dia, aku belajar mengenal sedikit sifat wanita.

Dan kerna dia, hari ini aku bebas dari mencandukan tembakau.Walaupun nickname aku tidak berubah.

Terima kasih untuk segala-galanya. Terlalu banyak jasa untuk dibalas. Semoga Allah mengurniakan limpahan rahmatNYA padamu.

***

Hari ini

Walaupun sudah lama aku tidak berjumpa, berbual, melepak, berkongsi tentang apa saja namun segala yang pernah aku pelajari ketika dulu seolah bersebati dengan diri.

Bila kali terakhir aku melepak, berbual, minum, makan dengan dia? 30/3/13.
Bila kali terakhir aku berjumpa dengan dia? Jamuan hari raya. Mungkin dalam setengah tahun.

Masa yang berlalu denga begitu pantas.

Maka, apabila ada yang meminta aku "bercakap" setelah lama aku bersebati dengan "berdiam", ia
pastinya menjadi sedikit sukar untuk aku.

Maka apabila ada yang meminta aku berterus-terang dengan perkataan sedang aku sudah terpatri dengan berterus-terang dengan perbuatan, ia menjadi kesukaran untukku.

Tapi, ini lah hidup. Ini lah pelajaran. Yang tak mungkin pernah habis.

Kedua-dua cara. Bercakap dan berdiam. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Bergantung pada situasi dan keadaan.
Walau mngkin aku lebih selesa berdiam, tidak bermakna itu yang terbaik.

Maka tegurlah aku untuk setiap perbuatan yang menyimpang hati.

Kerna aku cuma manusia. Bukan malaikat.

Assalamualaikum.

***

Entry ini adalah sebagai satu penghargaan untuk Cik Kenari dan juga jawapan kepada yang mungkin seringkali menganggap aku selalu keluar dengan Cik Kenari.senyum

Juga sebagai jawapan tentang sedikit dari perangai aku.

4 comments:

Anonymous said...

yeay buat cik kenari

Anonymous said...

Wow untuk Cik Kenari. Untung nya Cik Kenari. Macam-macam dia dapat dari penulisan ini. Penghargaan dan meletak beliau pada kedudukan tertinggi di mata masyarakat umum. Cik Kenari mungkin berkata "Semua ini dari Allah". Kata-kata ini mencerminkan jiwanya yang selalu tunduk dengan ketentuan Allah. Bukan itu sahaja insyallah alhamdulillah syukur masyallah dsbgai sudah tidak lekang dari kata-katanya. bayangan daripada kata-kata pujangga lama.

tembakaujiwa said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Anonymous Pertama : yeay jugak..eh?

Anonymous Kedua : Semoga kita semua mencontohinya dan istiqamah pada jalan ni..amin.