Saturday, October 24, 2009

Sekadar omongan

Kata orang-orang veteran...

"malang tiada datang tunggal"

Aku rasa memang betul.Tapi ia tak lebih dari sekadar ujian dan kifarah.

Jap2...aku ader gaya abang2 ker??erks..maksud aku macam abang pada sorang adek??

Hrmm...ntah.

***Perlukan masa untuk bertenang.

Monday, October 19, 2009

Anak Sulung

Kadang2 jadi anak sulung yang dah tade ayah nih mmg sangat2 berat...

Tanggungjawab..Astagfirullahalazim...besor bebenor...

Kadang2..rasa cam dah tak terpikul....

Tapi bila kenangkan ayat..

"Allah tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan hamba-Nya"

Aku tau...aku mampu.

Tapi tu lah....pecah paler otak baii!!!Migraine!!Gastrik!!Senggugut!!!seme ader lah...

Kondisen semasa:Keliwon
Kondisen Impian:Nuuuurrrrrrrrrr Kasehhhhhhh....(Nur Amina...ailebiu lah)

Thursday, October 15, 2009

ARIK

Jangan ada diantara kamu mengharamkan apa yang tuhan halalkandan jangan kamu halalkan apa yang tuhan haramkan....Dan jangan kamu ambil keterangan-keterangan tuhan sedangkan kamu tidak mengerti lalu kamu katakan tuhan melarangnya....kerana disisi Allah adalah berdosa besar jika kamu mengetahuinya

Kalaulah tuhan mengharamkan apa sebahagian yang dibuat oleh tangan kamu..sudah pasti ada diantara kamu akan menjadi orang-orang yang tertinggal. Dan tuhan lebih mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahuinya . Oleh itu peliharalah dari azab api neraka kerana siksaan Allah itu sangat keras jika kamu mengetahuinya .Dan jaga lah lidah mu jangan kamu katakan orang itu murtad sedangkan mereka itu orang yang takut kepada tuhannya . Tuhan lebih tahu siapa diantara kamu yang mengikut jalan yang lurus , sedangkan kamu tidak mengetahuinya . Ingat orang yang bercakap dusta terhadap Allah . Tuhan menjanjikan azab yang sangat keras untuk mereka ...

***memetik komen ARIK

Wednesday, October 14, 2009

Kanvas Kehidupan

Kengkadang..dunia seolah-olah begitu kejam bagi kita insan yang kerdil..
Kengkadang..aku rasa seolah-olah bakal dibaham..
Tapi itu lah dunia...

Tanggungjawab...
Kadang menyeksakan...
Kadang membebankan...
Tapi perlu dilunaskan.

Otak sebelah kananku berputar
Menghantar impuls-impuls...
untuk dijelmakan pada kanvas kehidupan..
Walau otak separa sedarku berterusan cuba menyatakan..
Ini cuma mimpi.

Tuesday, October 13, 2009

Hepi Dipavali

Boss:duke,ko dah wat advance gaji??

Aku:Haaa???advance??

Boss:Haa..advance gaji..kita 2 orang jer boleh wat...

Aku:Haa??(Aku termasuk dalam golongan orang2 penting kompeni ker)..

Boss:Kita kan nak sambut raya ujung minggu nih...hahahahahahahahahahahaha(gelak setan)

Aku:cet!!!hahaahah

***Hepi dipavali..cis

Thursday, October 8, 2009

Asal Usul Solat

Baru2 nih aku disoal dengan satu soalan yang amat mencabar minda aku yang paling bernas dan bergeliga tahap dewa nih..."duke,ko tau tak asal usul solat???saper yang mula2 mengerjakannya??"..perkhhhh..terbaekk soklan...

Aku pun mula lah menyiasat walaupun aku sememangnya tiada mesin masa untuk patah balik ke zaman purbakala untuk melihat siapa yang mula2 menunaikan ibadah solat...dan hasil nya....TADAAAAA!!!...

SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Dan setelah bertanya pada orang2 yang lebeh berilmu...jawapan yang ku peroleh dari database mereka sama dengan apa yang aku dapat..tapi jawapan sebenar hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui...Waallahualam.

***aku maseh blom mengenal agama kita dengan sepenuhnya....~sigh

Saturday, October 3, 2009

Cerita Tentang Hari Sabtu

Semalam aku menghadiri 3 open house & 1 majlis kawen..penat yang amat...juga kenyang yang amat...hehe..

Masa aku gi kenduri kawen tuh,aku mengambil kesempatan denga men'snap' pengantin dan majlis...aku wat bodoh jer ikut fotografer tuh..hahaha..seb bek dier sporting...

aku dah upload sedikit pic di flikr aku..sila ke link yng disediakan di tepi...hehe...

***ader sesapa mo upah gua edit pic raya???gua kena cari duet lebeh nih...hahaha