Hujan melimpah ke bumi. Matahari malu menjenguk diri. Angin yang dingin membias ke muka.
Manusia yang berpusu keluar. Bangkit melakukan rutin harian. Mungkin ada dikalangan mereka tenang melayan celoteh dari suara di audio. Mungkin ada yang terburu lantaran asyik melayan mimpi di kala hujan.
Dan aku bersama deruman enjin motor yang agak lemah, menelusuri hingar bingar dan kelam kabut warga Shah Alam. Menyelit di antara dua baris kereta yang tersusun rapat. Rasa sedikit bahang.
Sejuk pagi ini. Cuaca sejuk yang sentiasa bermusuh dengan dadaku. Baru kebah dari selsema. Harap sejuk pagi ini tidak memudaratkan dadaku.
Risau.
2 comments:
Datang menziarahi kamu.
Menarik. Tak sempat menghadam semua.
Nanti aku datang lagi. Tergesa-gesa mahu bermesyuarat.
* senyum paling manis untuk kamu*
Terima kasih kerana menjadi pembaca senyap blog WL
sama2....
*Senyum*
Dan terima kasih.
Post a Comment