Selepas pemergian Umi aku, esoknya giliran atuk saudaraku menyusul.
Khamis lepas, maklong ku pula menyusul ahli keluargaku yang terdahulu pergi.
Maklongku dimasukkan ke wad CCU Hospital Sulatanah Aminah. Berada disana untuk 2hari. Selepas mendapat persetujuan oleh anak-anak maklong (Sepupu-sepupu), doktor menebuk bahagian leher untuk membuang bahagian saluran yang tersumbat. Sebelum itu, cadangan untuk membedah jantung maklongku dibatalkan kerana keadaan maklong yang tidak stabil.
Selepas semua ikhtiar tidak menunjukkan sesuatu yang positif, kami semua hanya mampu berdoa. Dan berusaha untuk menghadapi kemungkinan yang tidak diinginkan dan belajar untuk redha.
Dan pada hari khamis pagi, maklong meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Menyusuli ahli-ahli keluarga kami yang terdahulu.
Semoga arwah maklongku ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai. Maklong sangat cantik pada hari akhirnya. Senyum
Dikalangan ahli keluargaku, maklong merupakan ahli keluarga kami yang paling terer membuat sambal belacan. Paling sedap diseluruh dunia.
Dan pastinya aku akan sangat merindui gelak ketawa maklongku yang sangat periang.
Entah esok, entah lusa giliran kita pula untuk menyusul ke sana.