Tuesday, June 16, 2015

Dahsat Publikasi

Assalamualaikum

Lama rasanya aku tak buka blog ni. Jenguk pun tak. Nak kata bizi tadelah sangat.

2minggu lepas, pulang ke kampung. Sambut besday my mum. Walaupun kecil tapi meriah. Dengan pakcik makcik sepupu sepapat semua ada, aku rasa macam hari raya. Pergi mandi air terjun, sama-sama buat pizza, ramai-ramai kat dapur masak-masak. Semua kecoh. Aku sayangkan family aku.

Kerja hakiki aku sekarang makin kurang stabil. Company aku kerja sekarang tengah krisis. Tapi rasanya bukan setakat company tempat aku berkerja sahaja yang krisis, majoriti company di Malaysia pon sedang mengalami krisis ekonomi. Ini kerana faktor ekonnomi Malaysia yng tak menentu. Dengan currency yang merundum. Dengan customer-customer yang makin mengecilkan production. Tapi, walaupun dalam keadaan macamtu, aku rasa aku sentiasa bizi di ofis. Ini kerana income company tempat aku berkerja sekarang banyak tertumpu pada pengeluaran songket, maka aku menjadi manusia yang memerlukan 4 tangan. eh? tak boleh. Nanti orang ingat aku alien. or dewa hindu


Sekarang telah menubuhkan satu entiti baharu. Dahsat Publikasi dengan tagline - alternatif kepaa alternatif. Planning dalam masa terdekat menjadi ejen untuk publisher-publisher indie yang lain. Baru sahaja menerbitkan zine. Terbitan sulung kami berjudul PROSA ALIEN. Tulisan Aen Sa'ari. Bakal doktor. InsyaAllah. Kalau terasa nak cari buku-buku indie, bolehlah jumpa kami or jumpa aku.

Semoga semua berjalan lancar. Amin.




No comments: