Monday, September 21, 2015

Habit Jilake

Assalamualaikum

Dari dulu aku suka gunakan bahagian tepi tangga untuk menggelongsor. Tambah lagi bila guna tapak kasut yang licin. Dia punya laju, kejap je sampai ke bawah.

Memandangkan bilik aku di tingkat dua, maka aku perlu selalu menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Jadi habit aku untuk menggelngsor memang aku gunakan sepenuhnya.

Budak-budak ofis aku memang dah tahu sangat perangai aku. Bila dipanggil meeting kat bilik meeting di tingkat bawah, jarang sangat aku bersopan menggunakan tangga. Turun satu persatu tangga. Itu pasti aku dalam keadaan mood yang sangat jahanam.

Pernah sekali waktu dah nak balik, aku dengan selamba menggelongsor. Seperti biasa.

Tapi hari itu tak jadi biasa. Hari itu jadi luar biasa.

Skit lagi aku nak sampai ke bawah dalam keadaan menggelongsor, GM aku muncul secara tiba-tiba didepan tangga bahagian bawah.

"Ko buat apa duke?"

"hehehe..tade apa bos"

Jahanam aku.

Monday, September 7, 2015

Nasihat

Assalamualaikum

Malas nak tulis panjang-panjang. Cuma nak note kat sini. Sebenarnya ada manusia yang walaupun dia tahu teguran/nasihat itu betul, dia tak boleh terima. Walaupun cara ditegur itu dengan cara yang paling baik.

Siap kene marah.

Siap putus hubungan.

Aku? Sebagai kawan, aku takkan memutuskan silaturahim aku dengan sesiapa. Terpulang. Kalau rasa nak berkawan, boleh je cari aku. Walaupun lepas ko maki aku. Walaupun lepas ko tengking aku. Tade hal.

Cuma cara aku berkawan memang camtu. Yang mana aku nampak tak kena, tak betul, aku akan tegur. Kenapa aku sibuk nak tegur orang? sebab aku sayang. Kalau aku tak sayang, aku buat derk je.

Sayang kat sini luas. Sayang bukan setakat nak kena couple. Sempit giler definasi tu. Tapi kalau pada korang nak sayang orang maksudnya kene couple, terpulanglah. Korang punya hak. Aku tak campur.

Pada aku, aku sayang semua kawan-kawan aku. Tambah lagi kawan yang rapat. Kawan yang agak rapat. Kawan yang semakin rapat. Sebagai kawan. Sebagai saudara seagama. Aku sayang.

Namun, aku akan tetap camni. Berpesan-pesan sesama kita. Aku selalu jadikan kisah Rasulullah saw ketika dakwah baginda ditolak penduduk Taif. Walaupun baginda ditolak, dilempar batu sehingga berdarah kepala, baginda tetap mendoakan kebaikkan untuk mereka.

Semoga aku jua begitu. Masih menghulur bunga pada mereka yang melempar besi bergerigi.