Wednesday, June 19, 2013

Malas

Malas nak menaip...
Malas nak update...

Okeh... Saya Malas segala-galanya.

Hari Malas sedunia...



Monday, June 3, 2013

Slack

Assalamualaikum wbt

Semenjak management baru di kilang, macam-macam law baru. Ini dasar transformasi. Ini dasar baru.

Dan yang terbaru, Dilarang Memakai JEANS!!WATTTT???kemon menggggg....

Sepanjang aku keje, aku cuma ada 2 slack. Dua2 pon orang bagi. Harap aku nak beli slack cam agak jauh dari mimpi.

Dah la aku tak berapa into dengan slack kain lembut-ditiup-angin-nampak-bentuk-peha. Yang ada pulak memang jenis tuh.

Maka menapaklah aku mencari slack berjenama Dockers. Itu je yang rasanya mampu melekat dijiwa.

***

Berjalan masuk opis dengan kemeja dan slack. Ditegur oleh salah sorang budak akaun.

"Assalamualaikum cikgu"

Aku jeling nipis.

Sunday, May 26, 2013

Maklong Dalam Kenangan

Tahun ini seperti tahun berkabung untuk keluarga aku.

Selepas pemergian Umi aku, esoknya giliran atuk saudaraku menyusul.

Khamis lepas, maklong ku pula menyusul ahli keluargaku yang terdahulu pergi.

Maklongku  dimasukkan ke wad CCU Hospital Sulatanah Aminah. Berada disana untuk 2hari. Selepas mendapat persetujuan oleh anak-anak maklong (Sepupu-sepupu), doktor menebuk bahagian leher untuk membuang bahagian saluran yang tersumbat. Sebelum itu, cadangan untuk membedah jantung maklongku dibatalkan kerana keadaan maklong yang tidak stabil.

Selepas semua ikhtiar tidak menunjukkan sesuatu yang positif, kami semua hanya mampu berdoa. Dan berusaha untuk menghadapi kemungkinan yang tidak diinginkan dan belajar untuk redha.

Dan pada hari khamis pagi, maklong meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Menyusuli ahli-ahli keluarga kami yang terdahulu.

Semoga arwah maklongku ditempatkan dikalangan hambaNya yang diredhai. Maklong sangat cantik pada hari akhirnya. Senyum

Dikalangan ahli keluargaku, maklong merupakan ahli keluarga kami yang paling terer membuat sambal belacan. Paling sedap diseluruh dunia. 

Dan pastinya aku akan sangat merindui gelak ketawa maklongku yang sangat periang.

Entah esok, entah lusa giliran kita pula untuk menyusul ke sana. 


Tuesday, May 21, 2013

Perjuangan

Assalamualaikum wbt...

Sudah beberapa kali hasrat untuk menulis tertangguh. Sedang pada sela masa aku hanya tercatuk depan laptop menghadap tiubkamu.

Alhamdulillah PRU13 sudah berakhir. Keputusan juga sudah keluar. Walau apa jua keputusan, yang penting ini waktu untuk melihat perubahan seterusnya. Ini bukan lagi waktu untuk terpekik terlolong seperti manusia tanpa adab dan ajaran agama.

Pada hari pengundian, berlaku pelbagai kekecohan (samada ditimbulkan dari pihak Kerajaan atau PR). Isu pengundi hantu, Blackout, Undi Pos, Penambahan kertas undi, dakwat kekal yang tak berapa nak kekal dan pelbagai lagi.

Pelbagai gelagat juga aku perhatikan semsa proses untuk membuang undi. Gelagat mereka yang tua, pertengahan dan pucuk muda baru nak kenal dunia. Seronok!!

Namun bukan itu yang ingin aku coretkan.

Berbalik soal PRU13. Ini soal politik. Ini soal perjuangan. Ini soal masa depan.

Aku tidak mencampuri walauapa jua fahaman/idealogi politik yang kamu dukung. Terpulang. Cuma aku ingin bertanya. Apa sebenarnya yang kamu perjuangkan?

Br1M?Pr1ma?Penghapusan Tol?Mansuhkan Ptptn?

atau

Perjuangan meletakkan AlQuran dan Sunnah pada kedudukan tertinggi dalam hierarki negara?

Apakah perjuangan kamu untuk dunia dan akhirat atau perjuangan dunia semata?

Terpulang. Masing-masing boleh bertanya pada diri sendiri tentang perjuangan masing-masing.

Cuma sedikit pesan dari manusia yang sering salah dan silap. Tak perlu untuk terlalu taksub dengan pemimpin dan parti. Mereka semua hanya manusia biasa. Bukan Nabi yang Maksum. Jangan diturut emosi. Bimbang dicampuri bisikan-bisikan syaitan.

Berjuanglah untuk Islam. InsyaAllah. ^_^

Thursday, May 2, 2013

Jom Mengundi

Alhamdulillah...

Selesai tugas...Boleh pulang mengundi.

Jom Mengundi!

***
Malas nak tulis panjang2

Tuesday, April 16, 2013

Hidup

Hidup...

Tidak seperti yang kita angankan...
Yang kita dambakan..
Biasanya keterbalikkan dari apa yang kita hajatkan..
Dan kadang seolah tiada lagi harapan di hadapan..

Namun aku selalu percaya..
Walau apa jua yang datang
Baik atau buruk sesuatu itu...
Semuanya berlaku atas izinNya..

Sememangnya kita manusia
Lemah dan longlai..
Namun jangan jadikan tembok itu halangan
Untuk kembali bangkit
Kembali terbang
Walau dengan susah payah
Walau dengan jerit perih

Sememangnya menulis dan berkata lebih mudah dari apa yang ditanggung
Tiada siapa yang berani mengatakan kehidupan ini mudah
Namun perlukah berkeluh kesah sepanjang riwayat?
Itu tidak akan merubah apa pun

Tidak penting sejauh mana kita kecewa
Tidak penting sejauh mana kita menangis
Tidak penting sejauh mana kita tenggelam
Apa yang penting sepantas mana kita untuk bangkit
Sepantas mana kita untuk kembali menongkah arus hidup
Sepantas mana kita untuk kembali terbang!

Terbanglah...Bangkitlah...Wahai manusia..

Monday, April 15, 2013

Depression


KEMURUNGAN –KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI
Pengenalan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

-        Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya
kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

-        Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

-        Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

-        Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan
-Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
-Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
-Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
-Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
-Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
-Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
-Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
-Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
-"Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi   suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
-Rasa tidak tenteram dan mudah marah
-Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
-Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.
-Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput) 

Tips Untuk Mengatasi


Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT. 
JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.
HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM  ; 28 September 2011


Sedikit perkongsian. Semalam berborak-borak dengan seorang doktor. Terkeluar topik ini. 

Satu penyakit yang tak kelihatan namun memamah diri perlahan-lahan. Malah mampu menukar karekter seseorang. Sangat bahaya ekceli.