Thursday, April 14, 2011

Sebelum Pergi

Aku pernah berkata aku lebih suka menulis bila perasaan aku terganggu. Mungkin ini jalan yang lebih baik. Mungkin juga ini jalan yang lebih teruk.

Aku tak tahu. Suatu yang pasti aku lebih lega dengan jalan ini.

Entah kenapa aku rasa sangat sayu. Rasa kehilangan.Tapi aku tak kehilangan apa-apa. Aku membayangkan kemungkinan bahawa aku akan "pergi". Apa yang aku inginkan?

Persoalan yang menakutkan. Aku tak tau apa yang menungguku di "seberang sana". Tapi aku tau aku akan meninggalkan ramai wajah-wajah kesayangan aku. Keluargaku. Teman-temanku. Mungkin juga wajah gadis kesayangan. Yang tak pernah tahu.

Atau mungkin telah menolakku. *Senyum*

Aku berharap, andai ditakdirkan aku "pergi", aku akan melihat wajah-wajah kesayangan aku sentiasa tersenyum. Aku harap mereka sentiasa bahagia. Sentiasa tabah menghadapi dunia.

Dan sentiasa ingat, bahawa Allah itu Yang Wajib Disembah. Islam itu pegangan. Muhammad s.a.w itu Idola. Dan aku harap mereka sentiasa tersenyum. Walau dalam kepayahan.

Apa lagi yang aku inginkan selain itu? Aku sendiri tak tau. Sebab aku tau, walau sekuat mana pun keinginan aku ingin melihat mereka mengingati aku, untuk selamanya, namun roda hidup akan terus berputar. Sampai satu saat, ingatan mereka padaku akan mulai pudar.

Mungkin yang akan selalu mengingati aku adalah wanita kesayangan aku.

"Ma,abang long sayang ma". *Senyum*

Apa yang tinggal untukku? Mungkin hanya nama.

Andai 'masa' aku masih belum tiba, aku harap aku dapat menggunakan sisa-sisa waktu yang ada untuk membuatkan mereka terus tersenyum. Dan aku barharap, aku mampu mengubah perangaiku. Supaya wajah-wajah kesayangan aku terus tersenyum.

Sesungguhnya mati itu pasti.

Dunia ini hanyalah sebuah stesen transit. Sebelum kita sampai ke destinasi.