Tuesday, December 27, 2011

Bahasa Jiwa

Kebelakangan ini, aku sudah berubah. Bukan menjadi insan lebih baik tapi sebaliknya. Hingga menyebabkan orang sekelilingku rasa tidak selesa. Rasa terluka. Malah aku sendiri hampir tidak mengenal diri aku sendiri. Aku sendiri mula tidak faham dengan diri aku.

Setiap manusia dianugerahkan dengan masalah olehNYA. Sebagai pelajaran. Sebagai pengalaman. Harus ku akui, aku mula gagal menyerap tekanan yang datang bertubi-tubi. Kiri dan kanan. Aku cuba meraih ketenangan dengan hadap padaNYA, namun nyata aku gagal meraih khusyuk.

Aku tiada tempat ingin berkongsi. Apa yang ada dijiwa. Ingin berkongsi dengan teman, namun aku tidak punya kekuatan. Seboleh aku,tidak ingin meragut keceriaan mereka dengan masalah aku. Aku cuma ingin mereka sentiasa tersenyum. Untuk teman-temanku yang aku sangat sayang, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka.

Namun akhirnya, ia memakan diri. Teman-temanku menjadi mangsa. Tiada terniat untuk melukakan. Tidak pernah aku inginkan jadi orang yang biadap. Aku kurang ajar dengan temanku. Aku kurang ajar dengan keluarga mereka. Aku kurang ajar dengan teman-teman mereka. Sungguh ini bukan diriku lagi.

Mungkin ini ujian. Mungkin jua ini balasan di atas dosa-dosaku. Dan aku redha.

Aku mohon maaf pada semua insan-insan disekeliling aku. Atas kekhilafan diri aku. Aku akan cuba berubah jadi lebih baik.

No comments: