Tuesday, July 9, 2013

KurniaanNYA

Kita dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t dengan bakat dan kelebihan yang tersendiri. Ada yang berbakat dalam melukis. Ada yang berbakat dalam berbicara. Itu semua kurniaan Allah s.w.t Yang Maha Agung.

Ianya bukanlah sepertimana kita bangun pagi dan berkata "aku ingin menjadi penulis hari ini" dan hari itu berlalu pergi dengan kita menyiapkan sebuah karangan 380 patah perkataan. Adakah ia semudah itu?

Semasa zaman pembelajaran aku di School of Art & Design dulu, aku dikelilingi oleh insan-insan yang sangat berbakat dalam dunia seni. Aku menggunakan perkataan seni kerana perkataan itu lebih luas berbanding jika aku khususkan kepada seni catan, seni seramik atau seni logam halus contohnya.

Perlu juga untuk aku akui, bakat yang ada pada aku tidak sehebat mereka. Mungkin aku tidak cukup berseni. Aku cuma seorang peminat seni. Minat dan bakat adalah perkara yang berbeza.

Namun ramai dikalangan mereka yang ku angkat menjadi benchmark, akhirnya mereka pula yang gugur sebelum sampai garisan penamat. Entah dimana silapnya. Sayang.

Semoga dengan bakat yang tidak seberapa ini, aku akan terus gagah untuk berseni. Walau mungkin acapkali tersembam.

No comments: